Sunday, December 17, 2006

ADAKAH MASA HADAPAN

UNTUK BANGSA KITA?

Oleh: Kassim Ahmad

1 Disember, 2006

Bahagian I

Tiga siri artikel ini ditulis dengan tujuan untuk mengkaji masa depan bangsa kita ketika kita sedang melangkah masuk generasi merdeka yang ketiga. Ada dua sebab kita berbuat demikian. Pertama, sama ada kita sedar atau tidak, kita hidup sekarang dalam sebuah sistem antarabangsa (global) yang sedang menuju kehancuran total yang cepat, akibat perbuatan curang manusia sendiri. Oleh yang demikian, kita sebagai sebuah bangsa yang berdaulat, secara sedar, harus memikirkan suatu sistem alternatif untuk keluar dari kegelapan yang menyelubungi kita. Kedua, kita harus kaji secara lebih terperinci soal falsafah hidup bangsa kita supaya asas kehidupan kita lebih kukuh dan mantap untuk menjaminkan kelansungan bangsa kita dalam dunia yang mendatang.

Malaysia sebuah negara baru yang dibina di atas asas Kesultanan Melayu Melaka, setelah dijajah oleh pelbagai penjajah, Barat dan Timur, selama 446 tahun pada waktu kita merdeka pada 1957. Oleh kerana dalam masa itu, bangsa-bangsa imigeran lain, khasnya Cina dan India, termasuk juga Arab dari Asia Barat, (tetapi tidak termasuk sukubangsa-sukubangsa lain di Kepulauan Melayu, kerana mereka termasuk di dalam kumpulan rumpun Melayu), maka Malaysia telah menjadi sebuah negara majmuk dengan penduduk dan warganegaranya terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya. Oleh sebab itu, Perlembagaan Persekutuan melindungi hak ketuanan Melayu melalui institusi Raja-raja Melayu yang beperlembagaan, kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Di samping itu, hak-hak kebebasan untuk mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing bagi semua sukubangsa juga dilindungi oleh Perlembagaan.

Inilah yang disebut sebagai Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh Pengasas-pengasas bangsa dan yang ditekankan dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang ke-57 pada 15 November lalu. Agak menarik untuk diberi perhatian bahawa apa yang dipanggil Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh pakatan Kiri (PUTERA-AMCJA) [1] pada 1948 tidak jauh lari dari Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh gabungan politik UMNO-MCA-MIC. Malah nama identiti bangsa baru yang hendak dibangunkan itu ialah Melayu.[2]

Dipendekkan cerita, Malaya dan kemudian Malaysia mencapai kemerdekaannya melalui perundingan dengan Kerajaan Inggeris serta mengambil-alih sistem ekonomi-politik liberal-kapitalis Barat. Dasar luar kita pun pro-Barat pada peringkat permulaannya. Ini berbeza dengan sesetengah negara Islam lain, seperti Mesir, Iraq dan Libya, termasuk jiran dan bangsa serumpun dengan kita, Indonesia. Negara-negara ini lebih mirip ke blok Timur, membuat perubahan melalui kaedah-kaedah revolusioner dan bereksperimen dengan sistem sosialis. Namun demikian, setelah kira-kira empat puluh tahun, apabila sistem Sosialis Timur runtuh di Rusia, Eropah Timur dan China dan sistem kapitalis neoliberal Barat menang dalam pertembungan ideologi ini, keadaan negara kita dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan kemajuan sains dan teknologi, secara perbandingan, tidak jauh beza; malah mungkin lebih baik.

Sistem liberal-kapitalis kita roboh dalam peristiwa rusuhan kaum Mei 13, 1969. Perdana Menteri pertama, Tengku Abdul Rahman, terpaksa menyerah kuasanya kepada timbalannya Tun Abdul Razak yang kemudian, setelah melalui pemerintahan darurat MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) selama dua tahun, melakukan beberapa perubahan dasar. Perubahan dasar ini termasuk Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran, dasar Bahasa Kebangsaan dan dasar luar dari yang pro-Barat kepada dasar berkecuali. Di bawah pimpinan Tun Razak juga, PAS, sebuah parti Melayu yang berdasarkan agama, yang ditubuhkan pada 1951, dibawa masuk pada 1973 ke dalam Barisan Nasional, yang sekarang bukan lagi terdiri dari tiga buah parti, tetapi empat belas buah.

Pada waktu ini, orang Melayu bersatu di dalam Barisan Nasional, diwakili oleh UMNO dan PAS. Dasar Ekonomi Baru membuka peluang kepada orang Melayu memasuki pelajaran tinggi dan memasuki bidang-bidang perniagaan kecil, sederhana dan juga besar, dan dalam masa tiga puluh tahun bilangan orang Melayu dalam bidang-bidang iktisas meningkat berkali ganda. Demikian juga bilangan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan koperat meningkat. Wajah UMNO bertukar dari sebuah parti marhaen kepada sebuah parti kelas menengah yang berideologikan kapitalisme. DEB menghasilkan kontradiksinya: peluang ekonomi dan sosial membawa kepada kemewahan, materialisme dan perasaan tamak. Pada masa inilah “politik wang” masuk ke dalam parti. Perjuangan bangsa menjadi pudar. Undi, jawatan dan pangkat dalam parti boleh dibeli: yang mahu jawatan dan pangkat ada wang untuk membeli; yang ada undi dan kuasa mahu jual untu mendapat wang!

Demikianlah dasar liberal Barat merosakkan UMNO. Lalu UMNO berpecah kepada Semangat 46 pada tahun 1987-88 dan kepada Parti Keadilan yang menubuhkan Barisan Alternatif dengan PAS dan Semangat 46 (PAS keluar dari B.N. pada tahun 1977 dan dikuasai oleh golongan ulama radikal pada 1983). Dalam pilihanraya umum 1999, Barisan Nasional kalah di Terengganu dan Kelantan dan hilang banyak kerusi di Kedah, Perlis, Perak dan Selangor.

Dalam pilihanraya umum 1999, walaupun majoritinya merosot, Barisan Nasional masih dapat mempertahankan majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri yang dikuasainya. Walau bagaimanapun, peremajaan UMNO tercapai apabila sayap puterinya ditubuhkan pada 2001.Setelah keadaan dalam UMNO kembali stabil berikutan pemecatan Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memegang teraju pimpinan UMNO dan Kerajaan selama 22 tahun meletak jawatan dan menyerahkan pimpinan parti dan negara kepada pengganti yang dipilihnya, Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 31 Oktober, 2003. Dalam pilihanraya umum 2004, di bawah pimpinan Abdullah, Barisan Nasional mendapat mandat yang terbesar sejak pilihanraya umun 1978. Nyatlah, rakyat Malaysia ingin memberi peluang kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang baru untuk melaksanakan janji-janjinya dalam pilihanraya itu, khasnya penghapusan rasuah.

Masalah pertumbuhan dan kemajuan ekonomi bukan saja mengembangkan kek ekonomi, tetapi juga membahagikannya dengan adil, termasuk menghapuskan pembaziran dalam perbelanjaan awam yang sekarang sedia tinggi dan perlu dikurangkan untuk mengoptimumkan kegunaan sumber-sumber kita. Rasuah perlu dibendung dan dihapuskan. Kerosakan UMNO dari segi falsafah perjuangan perlu dibaiki. Selain itu, tiga masalah besar menghantui kemajuan negara dan bangsa kita sekarang. Masalah-masalah itu ialah peranan Islam, perpaduan bangsa dan gejala sosial negative, khasnya dadah yang melumpuhkan sebagain besar tenaga muda kita. Kita akan mengkaji masalah Islam dalam artikel akan datang.

Sambongan: Bahagian II




[1] PUTERA= Pusat Tenaga Rakyat, yang terdiri dari beberapa pertubuhan Kiri Melayu. AMCJA= All Malaya Council of Joint Action, teridiri dari pertubuhan-pertubuhan Kiri bukan-Melayu. Perhatikan bahawa Pengasas MCA, Tan Cheng Lock, ialah Pengerusi AMCJA.

[2] Lihat Ramlah Adam, Ahmad Boestamam – Satu Biografi Politik; hal. 193.

3 comments:

Anonymous said...

Pak Kassim

Bagaimanakah usaha-usaha memperbetulkan 'kerosakan UMNO dari segi filasafah perjuangan'?

UMNO kalau ditegur dari demonstrasi jalanan akan mengundang pertembungan filasafah perjuangan partai dengan yang dicapnya filasafah jalanan. Bukan keris berterbangan di tiang bendera saja.

Kalau di tegur secara diam-diam, besar kemungkinan jadi cerita orang bisu dengan orang pekak. Atau mungkin lebih grafiknya saperti bermesra dengan orang yang mati-mati kecil. Bermesra dengan mayat itu lain ceritanya.

Sukar bagi orang luar pagar hendak buat kerja tegur-menegur orang rumah yang angkuh. UMNO ini orang luar pagar, katakanlah. Forum Iqra itu dewan orang bijaksana.

Maka saya pun ternanti-nantilah akan sambungan cerita bangsawan Pak Kassim ini: Hikayat Pak Kassim.

Salaam Mesra untuk Pak Kassim.

Anonymous said...

Akibat pukul bloogers semua bertaburan. Yang tinggal macam rekod rosak:

It's Impossible (Somos Novios)
Andrea Bocelli & Christina Aguilera

Andrea
Somos novios
Pues los dos sentimos mutuo amor profundo
Y con eso ya ganamos lo mas grande de este mundo
Nos amamos, Nos Besamos, Como novios, Nos deseamos
Y hasta aveces, sin motivo, sin razon, nos enojamos

Christina
Somos novios
Mantenemos un cariño limpio y puro
Como todos, preocuramos el momento mas obscuro

Andrea & Christina
Para hablarnos, Para Darnos el mas dulce de los besos
Recordarte que color son los cerezos
Sin hacer mas comentarios
Somos novios

It's Just Impossible

Nos Amamos, Nos besamos, Como novios, Nos deseamos
Y hasta aveces, sin motivo, sin razon, nos enojamos

Christina
Sin motivo, Sin razon

Andrea
Somos novios

Andrea & Christina
Mantenemos un cariño

Andrea
Limpio y puro

Andrea & Christina
Como todos, preocuramos el momento mas obscuro
Para hablarnos, Para Darnos el mas dulce de los besos
Recordarte que color son los cerezos
Sin hacer mas comentarios, somos novios
Somos Novios
Siempre Novios
Somos Novios

Copyright (c) 2006 Universal Music Sdn Bhd

Taking a break from thinking too much and my zikir goes wandering.
Unlike you, Pak Kassim - always focus and you know what to do.

Just keeping you company, Pak Kassim. MarinaM like this lay out, too. Great minds think alike, Pak Kassim.

I wish I can keep the zikir going rain or shine, in sickness or in health.

Dgn salaam

A Voice said...

Mr Anonymous

Don't waste yr time. Kassim Ahmad dah tua dan dah jadi conformist bukanlah reformist. In fact, dia dah jadi pengampu. He can write great background but he got nothing useful to proposed. He is sold to the highest bidder!!!

P/S Believe me, I've watch him since the 80s.