Thursday, July 03, 2008

Hadis: Satu Penilaian Semula #17

Bab IV Kritikan Terhadap Hadis


Seperti telah kita lihat dalam bab lalu, sejarah telah membuktikan sepenuhnya bahawa pada waktu Nabi Muhammad wafat pada 11 Hijrah (632 T.M.) seluruh Quran sepertimana yang diwahyukan oleh Tuhan kepada beliau melalui malaikat Jibrail telah tercatat dan telah disusun oleh beliau di bawah arahan wahyu. Hal ini bukan sahaja telah disaksikan oleh sejarah, tetapi telah juga ditegaskan oleh Tuhan sendiri dalam firmanNya: “Kamilah yang bertanggungjawab menyusunnya menjadi Quran.”1 Sebaliknya, catatan-catatan hadis yang disahkan oleh Nabi, seperti yang dilakukan olehnya terhadap Quran, tidak ada.2

Seperti telah kita lihat dalam Bab III, hadis-hadis telah dikumpul dan ditapis untuk mengadakan apa yang dipanggil hadis-hadis ‘sahih’ antara 200 dengan 250 tahun kemudian. Pemilihan dan penapisan enam pengumpul Hadis, khasnya Bukhari dan Muslim, merupakan tidak lebih daripada pendapat-pendapat mereka tentang apa yang dikatakan hadis ‘sahih’. Pengkaji-pengkaji lain di zaman lain mengadakan ukuran-ukuran ‘kesahihan’ yang lain pula. Inilah punca kontroversi yang tidak berkesudahan mengenai Hadis. Ia merupakan tekaan dan agakan terhadap apa yang telah diucapkan dan dilakukan oleh Nabi. Pendek kata, ia merupakan pendapat manusia yang tidak terjamin kebenarannya, sedangkan Quran dijaminkan kebenarannya oleh Tuhan sendiri.3 Inilah kelemahan umum Hadis.


Aliran Kritikan Senantiasa Wujud

Kritikan terhadap Hadis, malah penolakan teori Hadis seperti yang ditaja oleh Imam Shafi’I bukan satu perkara baru. Kaum Mu’tazilah dari zaman Shafi’i lagi telah mendatangkan dua hujah yang kukuh untuk menolak teori ini, iaitu Hadis merupakan tekaan dan agakan, dan Quran lengkap dan tidak memerlukan buku-buku lain untuk melengkapkannya.4 Malangnya, oleh kerana gerakan Hadis terlalu kuat dan oleh kerana beberapa faktor sosial dan intelektual lain yang menyebelahi gerakan Hadis pada waktu itu maka kritikan dan penentangan ini merupakan satu aliran minoriti yang tidak berkesan.

Gerakan islah Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh yang bermula pada akhir abad kesembilan belas menumpukan perhatian kepada pemberantasan faham taqlid dan tidak kepada masalah Hadis. Umumnya, gerakan ini tidak menolak Hadis sebagai sumber teologi dan hukum. Para mujadid ini hanya ingin membuat pemilihan yang lebih ketat terhadap hadis-hadis yang diterima.5 Namun demikian, kita juga dapat menyaksikan aliran yang menolak Hadis di Mesir dan di India.6 Kemungkinan besar aliran ini telah juga muncul di negara-negara Islam lain. Oleh yang demikian, aliran penolakan Hadis senantiasa wujud dalam masyarakat Islam. Ini satu hakikat yang penting diperhatikan.


Kelemahan Umum Hadis: Tekaan dan Agakan


Akhir-akhir ini setengah penulis cuba mendatangkan apa yang mereka anggap bukti-bukti sejarah bahawa hadis telah mulai dicatat sejak Nabi hidup lagi. Dikatakan beberapa sahifah atau catatan peribadi beberapa orang sahabat Nabi telah wujud.7 Malangnya, rekod sahifah-sahifah ini tidak ada lagi kecuali apa yang dikatakan sahifah Hammam ibn Munabbih (m. 101 atau 102), seorang murid Abu Hurairah yang menurunkan 140 hadis daripada Abu Hurairah.8 Namun demikian, kita tidak mempunyai keterangan-keterangan yang pasti tentang kewujudan sahifah-sahifah ini.9

Bukan saja pengumpulan hadis-hadis ke dalam Enam Buku ‘sahih’ tidak disaksikan, malah mengikut beberapa buah hadis ‘sahih’, Nabi sendiri telah melarang penulisan hadis. Sebuah hadis riwayat Muslim dan Ibn Hambal menyatakan: “Abi Sa’id al-Khudri melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, ‘Jangan menulis sesuatu daripadaku kecuali Quran. Barangsiapa telah menulis sesuatu selain daripada Quran hendaklah memadamnya.’.” Ibn Hanbal juga melaporkan lagi, “Zayd Ibn Thabit (seorang pencatat wahyu Nabi yang rapat) menziarahi Khalifah Muawiyah dan mencerita kepadanya sebuah cerita mengenai Nabi. Muawiyah suka mendengar cerita itu lalu memerintahkan seorang pencatat menulisnya. Tetapi Zayd berkata, “Rasulullah telah memerintahkan kami supaya tidak menulis sesuatu daripada hadisnya.”

Kita menurunkan hadis-hadis ini bukan sebagai bukti-bukti mutlak untuk menafikan autoriti Hadis (kerana wujud hadis-hadis lain yang membenarkan penulisan Hadis),10 tetapi, secara nisbi, nyatalah hadis-hadis ini lebih munasabah dan lebih menggambarkan pendirian Nabi. Adalah tidak munasabah sama sekali bagi Nabi meletakkan kata-katanya setaraf dengan Quran. Juga tidak munasabah bagi Nabi menghendaki umatnya mengikut sesuatu yang tercatat secara sah dan pasti sebelum beliau wafat, seperti konon dinyatakan dalam hadis Pidato Perpisahan.

Marilah kita memeriksa apa yang telah dilaporkan sebagai hadis mengenai sunnah dalam Pidato Perpisahan Nabi sewaktu beliau melakukan haj akhir. Hadis ini mempunyai dua isnad: satu oleh Jabir b. Abdullah dan satu lagi oleh Malik b. Anas. Laporan Jabir ada dua versi:

(a) Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa Rasulullah berpidato kepada rakyat dan berkata, “…dan aku telah meninggalkan kepadamu satu perkara: jika kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku, iaitu kitab Allah. Kamu akan ditanya tentangku. Jadi, apa akan kamu kata? Mereka menjawab, “Kami akan memperaku bahawa kamu sebenarnya telah menyampaikan dan menyempurnakan perutusan dan memberi peringatan.” (Riwayat Muslim)11 (Tekanan ditambah).

(b) Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata dalam Haj Akhir: “Dan aku telah meninggalkan di antara kamu satu perkara: jika kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku - kitab Allah dan apa yang kamu dapat daripadaku melalui soalan (Hadis) (Riwayat Muslim)12 (Tekanan ditambah).

Malik bin Anas melaporkan sebuah hadis cacat bahawa Rasulullah berkata: “Aku meninggalkan kepadamu dua perkara; selagi kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat – kitab Allah dan sunnah rasulNya. (Muwatta)13 (Tekanan ditambah)

Tidak perlulah saya huraikan kontradiksi-kontradiksi yang ketara dalam kedua-dua hadis ini. Laporan Jabir dalam kedua-dua versinya menyatakan bahawa Nabi meninggalkan satu perkara saja, tetapi dalam versi kedua ayat akhir telah dipinda dan perkataan hadis ditambah oleh editor dalam kurungan. Hadis kedua yang menyatakan Nabi telah meninggalkan dua perkara dikatakan cacat oleh ahlul-Hadis sendiri!

Saya ingin menambah satu lagi keterangan mengenai hadis ini. Dalam sirahnya, Ibn Ishaq berkata: “Al-Zuhri memberitahu kepada saya daripada Anas bin Malik: Pada esoknya selepas Abu Bakr menerima pelantikan di dalam dewan, beliau duduk lalu Umar bangun dan bercakap…beliau berkata, ‘Wahai rakyat…Tuhan telah meninggalkan kepada kamu kitabNya; dengannya Dia membimbing rasulNya…14 (Tekanan ditambah).

Dapat dilihat dari sini bahawa hadis Pidato akhir yang mendakwa Nabi telah meninggalkan dua perkara kepada umatnya adalah palsu.

Kata putus mengenai Hadis dan larangan terhadap Hadis diberikan secara langsung dan tidak langsung oleh Quran sendiri. Dalam Bab II kita telah merujuk kepada penggunaan perkataan-perkataan ‘hadis’ dan ‘sunnah’ dalam Quran dan kita telah mendapati bahawa tidak satu pun daripada perkataan-perkataan ini membenarkan kewujudan Hadis atau Sunnah Nabi.15 Beberapa perkataan ‘hadis’ merujuk kepada Quran dan menafikan makna selain daripada Quran. Perhatikan:

Inilah wahyu-wahyu Tuhan yang kami bacakan kepadamu dengan sebenarnya; hadis yang manakah selain wahyu-wahyu ini yang mereka percayai? (45:6)

Tuhan menurunkan hadis terbaik, sebuah kitab yang tidak bercanggah, dan menyatakan kedua-dua jalan (ke syurga dan neraka).” (39:23)

Ini sebuah wahyu dari Tuhan sekalian alam. Kamu ingin mengelak hadis inikah? (56:80-81)

Perlu diperhatikan bahawa ayat pertama melarang kita mempercayai hadis selain daripada Quran, yang kedua menyatakan bahawa hadis yang terbaik ialah Quran, dan yang ketiga menyindir kita kerana kecenderungan kita untuk membelakangkan Quran serta menggunakan hadis-hadis lain.

Perlu diperhatikan juga bahawa dalam Quran perkataan ‘hadis’ digunakan dalam dua pengertian yang bertentangan. Hadis Quran diungkapkan sebagai ‘hadis terbaik’ (ahsan’al hadis) dalam ayat 23 surah 39 tadi dan ‘omong kosong’ (lah’wal-hadis) dalam ayat 6 surah 31. Perhatikan ayat ini sepenuhnya:

Setengah orang menegakkan omong kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Tuhan tanpa pengetahuan, dan untuk memperolok-olokkannya. Mereka akan mendapat seksaan yang menghinakan.

Kita telah melihat bukti-bukti bahawa Quran merupakan ‘hadis terbaik’ dalam Bab II. Kita telah dan akan melihat, sambil kita maju dalam kajian ini, bahawa kebanyakan hadis merupakan “omong kosong” yang “menyesatkan manusia dari jalan Tuhan tanpa pengetahuan”.


Sambongan: Kelemahan Kritikan Isnad

4 comments:

Anonymous said...

salam, adakah pak kassim menulis berlandaskan quran semata2 untuk membenarkan/menegakkan hujah pak kassim, saya dah baca buku terbaru pak kassim, banyak yang pak kassim ceritakan pengalam pak kassim mendapatkan imlu melalui siri pembacaan yang tak ada sempadan dan akhirnya kembali kepada alquran sebagai sumber .. kenapa tidak pak kassim hanya membaca quran semata ..

Anonymous said...

Orang-orang yang ikhlas membaca dan mengkaji, dan memahami kandungan Al-Quran, akan turut terseret untuk membaca buku-buku lain. Kerana, itulah caranya untuk mendapat hidayah Tuhan, dan menjadi seorang pemikir, sebagaimana yang diajarkan Al-Quran sendiri.

Mereka berdiri di atas rel Al-Quran semata-mata, samada dari sudut pemikiran, kepercayaan, tutur kata mahupun perbuatan, biarpun seribu buah buku telah mereka baca. Kenapa?.. Kerana setiap lembaran buku yang mengandung kebenaran, dibela oleh Al-Quran sendiri.

Terima kasih.

moloyue said...

Sdra kata 'kebanyakan hadis adalah omong kosong". Saya faham sdra telah berhijrah drpd seorang yang berfahaman sosialis kepada yang berfahaman "ahli Quran" yang menolak hadis. Saya tak dapat gambarkan bagaimana sdra hidup sebagai seorang Islam tanpa berpandukan kitab-kitab atau mazhab yang berlandaskan Quran dan Hadis. Kalaulah boleh sdra menceritakan serba ringkas amalan-amalan sdra sebagai seorang Islam yang hanya berlandaskan Quran. sekian.

moloyue said...

Di bawah saya turunkan petikan dari satu artikel bertajuk, "Why Shariah: An Article Refuting Those Who Doubt The Shariah" oleh Noah Feldman dan disiarkan dalam The New York Times. Mat salleh ini bukanlah pengikut Mazhab Shafie tetapi dia lebih faham mengenai sejarah Islam terutama peranan sunnah Nabi dlm perudangan Islam drpd sdra Kassim Ahmad:

"To understand Shariah’s deep appeal, we need to ask a crucial question that is rarely addressed in the West: What, in fact, is the system of Islamic law? In his lifetime, the Prophet Muhammad was both the religious and the political leader of the community of Muslim believers. His revelation, the Koran, contained some laws, pertaining especially to ritual matters and inheritance; but it was not primarily a legal book and did not include a lengthy legal code of the kind that can be found in parts of the Hebrew Bible. When the first generation of believers needed guidance on a subject that was not addressed by revelation, they went directly to Muhammad. He either answered of his own accord or, if he was unsure, awaited divine guidance in the form of a new revelation.

With the death of Muhammad, divine revelation to the Muslim community stopped. The role of the political-religious leader passed to a series of caliphs (Arabic for “substitute”) who stood in the prophet’s stead. That left the caliph in a tricky position when it came to resolving difficult legal matters. The caliph possessed Muhammad’s authority but not his access to revelation. It also left the community in something of a bind. If the Koran did not speak clearly to a particular question, how was the law to be determined?

The answer that developed over the first couple of centuries of Islam was that the Koran could be supplemented by reference to the prophet’s life — his sunna, his path. (The word “sunna” is the source of the designation Sunni — one who follows the prophet’s path.) His actions and words were captured in an oral tradition, beginning presumably with a person who witnessed the action or statement firsthand. Accurate reports had to be distinguished from false ones. But of course even a trustworthy report on a particular situation could not directly resolve most new legal problems that arose later. To address such problems, it was necessary to reason by analogy from one situation to another. There was also the possibility that a communal consensus existed on what to do under particular circumstances, and that, too, was thought to have substantial weight.

This fourfold combination — the Koran, the path of the prophet as captured in the collections of reports, analogical reasoning and consensus — amounted to a basis for a legal system. But who would be able to say how these four factors fit together? Indeed, who had the authority to say that these factors and not others formed the sources of the law? The first four caliphs, who knew the prophet personally, might have been able to make this claim for themselves. But after them, the caliphs were faced with a growing group of specialists who asserted that they, collectively, could ascertain the law from the available sources. This self-appointed group came to be known as the scholars — and over the course of a few generations, they got the caliphs to acknowledge them as the guardians of the law. By interpreting a law that originated with God, they gained control over the legal system as it actually existed. That made them, and not the caliphs, into “the heirs of the prophets.”