Sunday, July 20, 2008

Hadis: Satu Penilaian Semula #19

Bab IV: Kritikan Terhadap Hadis


Teori Keselarasan Hadis


Menjangka kritikan-kritikan dari pembantah-pembantah teorinya, Imam Shafi’i telah mewujudkan teori keselarasan Hadis, yakni Hadis tidak boleh bercanggah dengan Quran dan tidak boleh bercanggah sama sendiri. Jika didapati bercanggah sama ada dengan Quran atau dengan hadis-hadis lain, maka percanggahan ini pada lahir saja dan tidak percanggahan sebenar..23 Ini nyata sebuah teori yang pintar untuk mengelak kelemahan-kelemahan Hadis yang ketara, tetapi apakah teori ini boleh menyelamatkan Hadis adalah satu perkara lain. Kita akan melihat bahawa ia tidak boleh menyelamatkan Hadis.

Dalam satu huraian yang agak berbelit-belit, Shafi’i mendakwa bahawa Hadis tidak boleh bercanggah dengan Quran dan tidak boleh bercanggah sama sendiri. Ringkasnya, beliau menegaskan Nabi sebagai jurubicara Tuhan, yang perlu ditaati oleh orang-orang mukmin secara mutlak atas perintahNya, mempunyai kuasa untuk menjelaskan hal-hal yang dinyatakan secara umum dalam Quran dan dengan demikian tidak terdapat percanggahan di antara sunnah dan Quran. Percanggahan kadang-kadang ternampak di antara satu sunnah dengan yang lain kerana keadaan-keadaan yang berbeza yang menimbulkan sunnah-sunnah itu atau kerana laporan-laporan yang tidak lengkap, dan kontradiksi yang sebenar tidak wujud.

Perhatikan dialog antara Shafi’i dengan penyoalnya:


Dia (penyoal) bertanya: Mungkinkah sunnah bertentangan dengan Kitab (Tuhan)?

Shafi’i menjawab: Tidak mungkin! Kerana Allah subhanahu wa ta’ala mengenakan kewajipan ke atas manusia (mentaati syariah) melalui dua jurusan – yang berasal dari Kitab – KitabNya dan sunnah. (Yang kedua ini mengikat kerana kewajipan untuk taat diletakkan dalam kitab dan patutlah diikut. Jika tidak mungkin Rasul membenarkan sunnahnya dimansuhkan (oleh Kitab) tanpa beliau sendiri mengadakan satu sunnah lain untuk memansuhkannya. Sunnah yang memansuhkan diketahui kerana ia datang kemudian, sedangkan kebanyakan ayat Quran yang memansuhkan hanya dapat diketahui dengan (petunjuk-petunjuk melalui) Sunnah Rasul.24


Shafi’i sebenarnya tidak memberi contoh-contoh yang terang untuk membuktikan teori keselarasan Hadisnya. Apa yang dihuraikan oleh beliau ialah apa yang dikatakan oleh ahlul Hadis peranan sunnah sebagai penjelas dan pengkhusus kepada ketentuan-ketentuan umum dalam Quran. Perkara ini telah saya bincang dan bahas dalam Bab II. Walau bagaimanapun, eloklah kita bincang hujah Shafi’i mengenai hukuman zina di mana hukuman Wuran bercanggah dengan hukuman Hadis.

Quran menetapkan hukuman zina dengan ayat yang berbunyi:

“Penzina perempuan dan penzina lelaki, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang mereka seratus rotan, dan janganlah perasaan belas kasihan menghalang kamu daripada menjalankan hukuman Tuhan, jika kamu benar-benar beriman kepada Tuhan dan hari kemudian.”25

Hadis pula menyatakan: “Umar melaporkan, Tuhan telah menghantar Muhammad dengan sebenarnya dan mewahyukan Kitab kepadanya. Di antara ayat-ayat yang telah diwahyukan Tuhan maha kuasa ialah ayat merejam dengan batu hingga mati dan kami pun merejam dengan batu hingga mati. Merejam hingga mati dalam Kitab Allah adalah benar terhadap suami dan isteri yang berzina, jika disabitkan kesalahannya atau jika mengandung, atau ada pengakuan salah.”26


Shafi’i menghuraikan kontradiksi ini demikian: “Sunnah Rasul menentukan bahawa hukuman sebat seratus kali untuk (penzina) yang belum berkahwin disahkan, tetapi dimansuhkan untuk yang telah berkahwin; dan hukuman rejam untuk (zina) pasangan yang telah berkahwin disahkan.”27

Tafsiran di atas amat menarik. Bukan saja hukuman sunnah bercanggah dengan hukuman Quran, tetapi nampaknya sunnah telah diberi kuasa untuk mensahkan dan membatalkan hukuman quran! Anehnya, di tempat lain Shafi’i tidak membenarkan sunnah membatalkan Quran atau Quran membatalkan sunnah. Di situ beliau menegaskan hanya Quran boleh membatalkan quran, dan hanya sunnah boleh membatalkan sunnah.28 Nyatalah teori keselarasan Hadius tidak terpakai.

Kelemahan Hadis yang terbesar ialah kontradiksinya dengan kalimah Tuhan, iaitu Quran. Beratus-ratus contoh boleh kita berikan, tetapi kita akan membataskan contoh-contoh ini kepada beberapa perkara yang besar saja. Berikut kita senaraikan:


Sambongan: Kontradiksi Dengan Quran

12 comments:

Anonymous said...

jadi kerana kita melaksanakan hukum rejam maka kita pun tak maju ..... kerana kita pakai serban maka kita pun tak maju .. kalau macam tu senang sangatlah kita nak jawab depan tuhan kelak ..

Anonymous said...

Saudara anonymous 3.43am,

Saudara kena baca habis dulu buku Hadis - Satu Penilaian Semula.

Buku ini bukan dibuat kerana ada hukuman rejam, atau serban seperti anggapan saudara.

Tidak perlu sensitif bab serban tu sbb Tuhan jadikan Muhammad sebagai rasul bukannya utk memperluaskan pengaruh pakaian arab tetapi untuk mentauhidkan Allah - Tuhan Yang Satu.

LazerJuan said...

Remembered watching the video of you being `interrogated' by religious representatives during the your infamous anti-hadith `trial'. I was in secondary school then and did not really understand what it was all about. You were seen as a `syaitan' who did not show any emotions. also remembered an Ustaz getting emotional screaming at you in a Kedahan accent.

Today I am 41. Graduated from International Islamic Univ way back in 1990. Proud to say that they had a very small student population then. Also very proud to say that the `connection' made with the Islamic education offered was `achieved' to a certain extent. And being part of a university set-up, you must be well versed with the `Islamic propaganda' bombarded by the authorities.

Since my days at UIA even in secondary school, there were certain question about Islam which bothered me. Later, over the years, I had to make my own deductions that these questions were not about Islam but the man made aspects of the religion. I was afraid that my aqidah will be questioned by these doubts.

Simple examples are:

1.Position of Jews in Islam..Bangsa yang dilaknati. Does not support ~god made you in different colours, creed so that you would get to know one another" and "Best among you in the eyes is God is the level of taqwa"..and many more Quranic verses!
(More I read, more I realise that it is political...but would never say it aloud coz I will be shot!!)

2. Stories about earlier prophets..some stories sounded more like myths!!

We are to believe the revelations of the 4 Holy Books. However the first 3 have `disappeared' or do not exist in its original form. Only Quran is the guaranteed source by Allah. Yet some of the earlier prophets' stories (taught by Muslim Ustaz and Ustazahs) are so biblical...verbatim of the Gospels. Some tales did not even appear in the Quran.

3.Dikalangan orang Melayu khasnya, mudah sangat kita dengar phases like `dari kitab lama', `tertulis dalam kitab lama' and `menurut Ustaz'.
Scarry to think that these kitab lama has authority like the Quran. Lagi menakutkan when syarahan by certain ustaz and ustazah quoting these kitab lama. Worse still not knowing the history of the kitab or using the term just for convenience.


I came across your blog by accident at this wee hour of the morning. Have always wanted to read your anti-hadith thoughts. Not to percaya bulat-bulat but to understand what you are trying to bring forward. At the same time, I am also concerned that my `quest' will `buat my aqidah lari'. I have just read the first few chapters of your pernilaian semula and shall reserve my comments for now.

May Allah shed some light in our quest for the true and pure teachings of Islam
Wassalam.

LazerJuan said...

are so biblical...verbatim of the Gospels. Some tales did not even appear in the Quran.

Error to the above comment.

What I meant was stories of past prophets taken from the Old Testament while tales of Isa taken verbatim from the Gospels.

Kalau nak tolak Bible, do it in totality. Do not ever pick and choose certain stories which we think are in line with Islam. In the end, if such practice (or similar practices) are being condoned, we are very much similar to the Vatican.

LazerJuan said...

Dear Bro Kassim,

I've read your postings on Hadith and also the comments posted by visitors and your goodself. Yet there are certain main issues which I hope you can enlighten me.

1. The term anti-Hadith, having such a negative connotation (at face value), are you comfortable with it?

There are times I understand your stand on Hadith is merely reevaluating its position in Islamic jurisprudence as well as in a Muslims' daily life. However there are times that I can sense that you suggest we should put it aside completely. (pardon me if I am unable to grasp the true message)

I for one, believe that current Islamic scholars should should evolve in their methods of thinking instead on just relying on old kitabs handed down by the scholars of yesteryears.

I agree with you that the method of compiling Hadith were not foolproof. We (layman Muslims)sometimes put too much `respect' personalities like Shafie, Muslim, Bukhari etc. Yet these very same personalities never said that their findings or deductions should be seen as binding. final or `uncorrectable'.

What do you think is best for a person (with some basic Islamic knowledge) like me do. Or am I suppose to accept the fact that Muslims will continue to be at loggerheads until akhir zaman and wait for Isa al-Masih to rectify things?

That could just be the easy way out...

Thank you.

Burung Hantu said...

@LazerJuan said,
"...wait for Isa al-Masih to rectify things?"

I don't think Isa's going to wake up from his grave to solve our problem!

Anonymous said...

Menyelami pemikiran ulama' ortodoks

Dr. Kassim Ahmad telah menunjukkan dengan jelas akan kesalahan pendokong teori jurispruden klasik yang terpedaya dengan teori keselarasan hadis.

Ulama' ortodoks akan menentang dakwaan 'musuh-musuh' mereka bahawa teori jurispruden klasik meletakkan Quran setara dengan hadis/sunnah. Teori ini menyenaraikan sumber-sumber jurispruden yang terdiri daripada;

(1) Quran
(2) Hadis/sunnah
(3) Ijma'a ulama'
(4) Qias

Dari sudut perbezaan hieraki Quran dan hadis/sunnah, teori ini tidak ada celanya. Maka apabila kita menyandarkan masalah salah faham umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenar terhadap kesilapan ulama' ortodoks yang mengajarkan bahawa kedudukan Quran dan hadis /sunnah adalah setara, mereka dengan tegas akan menafikannya. Kitab-kitab karangan mereka dengan jelas menunjukkan hieraki seperti di atas.

Tetapi pada masa yang sama, mereka juga berpegang dengan teori keselarasan hadis. Teori ini nyata tidak terpakai sebagaimana yang ditunjukkan oleh Dr. Kassim, dengan diberikan contoh (di antara ratusan contoh) percanggahan di antara Quran dan hadis berkenaan hukuman ke atas penzina. Kita dapat lihat betapa teori ini mampu memberikan hadis otoriti yang mengatasi Quran!

Biasanya apabila meyelesaikan masalah kontradiksi di antara hadis-hadis sahih Bukhari dengan ayat-ayat Quran misalnya, ulama' ortodoks - sebagai mengikut jejak langkah Syafi'ie - akan menggunakan teori keselarasan hadis sebagai jalan mudah. Tetapi apabila menjawab dakwaan kaum rasionalis bahawa ulama' ortodoks meletakkan hadis/sunnah pada kedudukan yang (sekurang-kurangnya) setara dengan Quran, mereka akan melepaskan diri dengan menggunakan teori jurispruden klasik.

Jelas sekali bahawa teori keselarasan hadis bertentangan dengan teori jurispruden klasik - hadis/sunnah tidak boleh berada di bawah kedudukan Quran dan setara dengan Quran pada masa yang sama, sebagai sumber jurispruden.

Sungguh menarik bila kita mempelajari bahawa kedua-dua teori yang saling tolak-menolak ini dikemukakan oleh orang yang sama, iaitu imam Syafi'ie. Apakah beliau mengalami kekeliruan yang besar dalam dirinya? Atau beliau menyedari masalah ini, tetapi memendamkannya kerana sebab-sebab tertentu?.. Bagaimana pula halnya dengan ulama' ortodoks - apakah mereka juga keliru? Atau mempunyai "sebab-sebab tertentu"?...

Terima kasih.

Burung Hantu said...

Utusan Malaysia,

"Hanya patut diberi perhatian, tidak semua nyanyian itu halal, jika ia menggugat asas iman. Puisi tahun 60an mengatakan “dan Tuhan sudah mati..” satu contoh puisi yang tidak dibenarkan."

Saya rasa penulis soal jawab agama itu merujuk kpd En Kassim.

Bacaan lanjut di,

Muzik dan nyanyian dalam Islam

Melayu said...

Satu contoh lain percanggahan antara hadis dan Quran ialah berkenaan cara mengambil wudhu'. Dalam Quran, hanya ada 4 langkah untuk berwudhu'. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam surah Al-Maidah;

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat, maka basuhlah muka dan kedua belah tangan kamu hingga ke siku, dan usaplah kepala kamu, dan basuhlah kedua kaki kamu hingga ke buku lali. (5:6)

Tapi bila kita mula merujuk hadis, bilangan langkah yang terlibat mencecah kira-kira 9 langkah!Ini adalah percanggahan prinsip, bukan kaedah.

Melayu said...

Nabi Muhammad hanya meninggalkan Quran sebagai pegangan hidup umat Islam. Kekeliruan timbul bila hadis Nabi yang asal ditokok tambah, dan bahkan, bila hadis cacat (berdasarkan kajian ahli-ahli hadis) pun diikuti*. Ikutan terhadap hadis cacat ini tidaklah menghairankan kita, kerana ia dicatit oleh imam Malik sendiri dalam kitab fekahnya yang masyhur, Al-Muwatta'.

Siapa dia imam Malik ni? Dia adalah guru kepada imam Syafi'ie. Hubungan mereka begitu erat, sehinggakan Syafi'ie digelar sebagai 'tongkat imam Malik', kerana selalu memimpin imam Malik yang sudah uzur masuk ke dalam masjid. Bahkan sebelum bertemu dengan gurunya lagi, Syafi'ie telah menghafal seluruh kitab Al-Muwatta', pada usia yang amat muda!

Oleh yang demikian, tidak keterlaluan jika kita katakan, siapa sahaja yang taksub kepada mazhab Syafi'i sekurang-kurangnya menyanjung kedudukan Maliki. Sanjungan yang diberikan lantaran sikap taksub membawa kepada taqlid buta. Maka hadis cacat dalam Al-Muwatta' pun turut di'sanjung'.

* Sila rujuk http://kassimahmad.blogspot.com/2008/07/hadis-satu-penilaian-semula-17-bab-iv.html

Melayu said...

Respon kepada Ibnu Abdillah

Kekeliruan akan kekal mengelirukan, jika kita enggan menggunakan fikiran untuk memecahkannya. Bak kata Immanuel Kant, dare to think! (beranilah untuk berfikir!) Falsafah ini menggambarkan pemikiran masyarakat Eropah di zaman pencerahan. Sebelum itu, ketika mereka dibelenggu dengan sistem teokrasi agama dalam zaman kegelapan, falsafah ini subur dalam pemikiran umat Islam di zaman keemasannya, terutama sekali dengan berkat perjuangan kaum Mu'tazilah. Sayang sekali, kita umat Islam sudah lama membuang falsafah ini jauh-jauh.

Adakah kita sudah bersedia untuk mengutipnya semula?..

Anonymous said...

Bentuk 'evolusi' teori jurispruden yang bakal menggantikan teori jurispruden klasik As-Syafi'ie

Sebahagian mereka yang menjadikan Quran sahaja sebagai pegangan hidup, mungkin berkecenderungan untuk menyenaraikan sumber jurispruden sebagaimana berikut;

-Quran sahaja

Tetapi jika Quran dibaca, dikaji dengan ikhlas, dan difahami, dengan teliti, maka golongan ini akan bergabung dengan sebahagian lagi yang menggunakan senarai sumber jurispruden berikut;

i - Quran
ii- Apa jua sumber yang selaras dengan Quran

Ini kerana Quran itu sebuah kitab suci yang benar, dan membela kebenaran. Maka mana-mana sumber yang benar dibela oleh Quran sendiri;

Maka berilah khabar kegembiraan buat hamba-hambaKu. Iaitu mereka yang mendengarkan pendapat-pendapat, lalu dituruti mana yang terlebih baiknya. Itulah mereka yang dikurniai hidayah oleh Tuhan, dan itulah orang-orang yang berfikiran dalam (39:17-18)

Nyata sekali bahawa Tuhan tidak meletakkan Quran sahaja sebagai sumber tunggal jurispruden, tetapi juga mengalu-alukan sumber-sumber lain yang selaras dengannya. Walaubagaimanapun, kedudukannya sebagai sumber pertama jurispruden tetap terpelihara;

Tuhan menurunkan hadis terbaik, sebuah kitab yang tidak bercanggah, dan menyatakan kedua-dua jalan (ke syurga dan neraka) (39:23)

Sesetengah pihak berasa kurang senang dengan senarai sumber jurispruden yang turut mengambilkira 'sumber-sumber lain yang selaras dengan Quran', kerana bagi mereka, ia menggambarkan suatu bentuk pelanggaran terhadap konsep tauhid. Kepada mereka kita katakan, konsep tauhid dilanggar apabila sumber-sumber lain yang tidak selaras dengan Quran turut digunapakai. Contohnya, bila hadis digunapakai bersama-sama Quran sebagai sumber jurispruden, konsep tauhid terlanggar dengan sendirinya.

Persoalan yang seterusnya adalah berkenaan iktikad bahawa Quran adalah sebuah kitab suci yang lengkap, sempurna, dan terperinci. Jika itulah ciri-ciri Quran, mengapakah sumber-sumber lain - sekalipun selaras dengan Quran - masih perlu diambil kira?

Quran itu lengkap, kerana prinsip-prinsipnya mencakupi seluruh lapangan kehidupan - falsafah, sains, pendidikan, sosial, ekonomi, politik, budaya, geografi, dan sebagainya. Ia sempurna, kerana hanya mengandungi kebenaran, dan ayat-ayatnya tidak bercanggah antara satu sama lain - kitab suci ini tiada cacat celanya. Ia terperinci, kerana segala prinsip yang benar terkandung di dalamnya.

Maka mana-mana sumber yang tidak mencabar kelengkapan, kesempurnaan, dan keterperincian Quran, dan pada masa yang sama selaras dengan ajaran Quran, harus diambil kira, berdasarkan ayat 39:17-18 di atas. Satu contoh berkenaan sumber yang mencabar ciri-ciri ini ialah hadis yang mengajarkan bahawa langkah-langkah wudhu' terdiri daripada 9 atau 10 langkah, sedangkan Quran hanya menyenaraikan 4 langkah. Penambahan 5 atau 6 langkah terhadap langkah-langkah wudhu' Quranik dengan jelas mencabar keterperincian Quran. Maka sumber hadis ini tertolak dengan sendirinya, walau bagaimana kita membelanya sebagai sumber yang selaras dengan ajaran Quran sekalipun!

Mengambil kira persoalan-persoalan berbangkit di atas, akhirnya kita dapati bahawa senarai sumber jurispruden yang terakhir adalah sebagamana berikut;

i - Quran
ii- Apa jua sumber yang selaras dengan Quran DAN tidak mencabar kelengkapan, kesempurnaan, dan keterperincian Quran.

Sekian.