Wednesday, January 21, 2009

THE PROMISE OF BARACK OBAMA

By: Kassim Ahmad
21 January, 2009


On that day, We will fold the heavens like the folding of a book. Just as We initiated the first creation, We will repeat it. This is our promise; We will certainly carry it out. We have decreed it in the Psalms, as well as in other scriptures, that the earth shall be inherited by My righteous servants. (Quran, 21: 104-05)

The 44th President of the United States of America and its 1st Afro-American to be so elected has just been sworn into office, witnessed by two million Americans in front of the Lincoln Memorial, many more millions through t.v. in Europe and throughout the world. Never has such hopes for a sorely needed change in America and throughout the world been seen. It is history in the making.

Will the promise be fulfilled? There are no less skeptics in America itself and in the world at large. The ideological believers, affirmers in the veracity of truth, if you like, have always been few. The Abrahams, the Moses, the Jesuses and the Muhammads of history – how many followed them, in the beginning at least? But the hope, and the enthusiasm they fired in the people for a just world have displayed the deepest of sacrifices, not seen in ordinary times. It is only seen in revolutionary times. Such is our times. The American people and the peoples of the world are ready to fight for a just world on earth. As the Quran states above, “We have decreed in the Psalms, as well as in other scriptures, that the earth shall be inherited by My righteous servants.”

The symbolism of Abraham Lincoln that Barrack Obama has chosen is appropriate and highly significant. It was Abraham Lincoln who said in the world-famous speech, Gettysburg Address, on 19th November, 1863, “…It is for us the living, rather, to be dedicated here to the unfinished work which they who fought here have thus far so nobly advanced. It is rather for us to be here dedicated to the great task remaining before us – that from these honoured dead we take increased devotion to the cause for which they gave the last full measure of devotion – that we hereby highly resolve that these dead shall not have died in vain – that this nation, under God, shall have a new birth of freedom – and that government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the earth.”

As they listened to Obama’s Inaugural Speech, one can see the tears, the happiness and the hopes these millions, in America and everywhere else in the world, displayed in their faces. It is a poignant moment in history, presaging epoch-making changes. It does not occur everyday. As I said earlier, we are living in revolutionary times!

Remember the slave leader who fought the Roman Empire in 73-71 B.C., Spartacus? When the Emperor’s general asked those who became his prisoners to identify Spartacus, all of them said in unison, “I am Spartacus!” Today the oppressed peoples of the world, in America and in the wider world, identified themselves with Obama, the descendent of slaves that the American Civil war (1861-69) fought to abolish. Today the slave leader, the Spartacus of modern times, is now the President of the United States of America.

It can only happen in America, the land of the Pilgrim Fathers, the Republic that was born in an anti-colonial war against Britain. It cannot happen under any other past American presidents, including the assassinated John F. Kennedy, not to the say, the two Bushes of the last twelve years! Obama came after the great African-American leader of the civil rights movement, Martin Luther King, who also was assassinated. The American people, both White and Black, have had enough. The world’s peoples, in Europe, in West and East Asia, and in Latin America have had enough. From slavery to freedom! From the oppression of the world’s oppressors to the liberation by generations of revolutionary fighters for total universal freedom! That is what is happening. It is great history in the making.

Will Obama succeed when Spartacus, Abraham Lincoln, F. D. Roosevelt and John F. Kennedy did not? This is like saying that Abraham, Moses, Jesus and Muhammad did not succeed. All these great humanist revolutionary leaders succeeded to the extent allowed by their times. Obama is a humanist revolutionary leader of a world that is a global village with Washington as its capital. Obama is a humanist leader in the tradition of those great humanist revolutionary leaders of the various nations of the human race, the God-appointed leader, the Khalifah of the world, commissioned by God Himself to change the world, as the Quranic verse we quoted above states. He must succeed, as he is supported by hundreds of millions of people in the world to do the great work of promoting good and preventing evil.

But if he should fail, others will be raised in quick order to complete this mission that Abraham Lincoln spoke so eloquently about and that God Himself promised victory to.


Kassim Ahmad is a Malaysian writer. He can be contacted at kassim03@stremyx.com. His website is http://www.kassimahmad.blogspot.com/

Friday, January 16, 2009

PAKATAN RAKYAT DAN HUKUM HUDUD:
BAGAIMANA JALAN KELUAR?

Oleh: Kassim Ahmad
16 Januari, 2009

Bolehkah masalah Hukum Hudud memcahkan Pakatan Rakyat? Walaupun perkara ini tidak dimasukkan ke dalam Menifesto Pilihanraya 2008 dan PAS sudah mengenengahkan konsep “Negara Kebajikan”, baru-baru ini ia telah ditimbulkan balik oleh seorang pegawai tinggi PAS. Dengan segera ia dibantah oleh DAP. DAP mengugut akan keluar dari Pakatan Rakyat, jika Hukum Hudud dilaksanakan dalam sebuah pentadbiran Federal yang mereka kuasai. Ugutan ini berikut dari kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa Hukum Hudud akan dilaksanakan terhadap orang Islam saja.

Dalam esei ini, kita akan kaji sejauh mana Hukum Hudud itu sebagian dari Undang-undang Syari’ah. Di samping itu, kita akan sentuh juga konsep “Negara Islam”.

Islam sebagai agama yang direstui oleh Tuhan dan selaras dengan natural law mestilah menjadi pedoman kepada orang mukmin dalam semua hal, termasuk kenegaraan. Jika orang mukmin memerintah negara, mereka disuruh memerintah dengan undang-undang Tuhan. Namun demikian, kita dapati suatu perkara yang patut kita kaji secara mendalam. Dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sendiri apabila beliau berhijrah ke Madinah untuk mentadbir negara-kota itu, kita tidak menjumpai Hukum Hudud disebut. Juga ia tidak menyebut konsep “negara Islam”, yang diketengahkan oleh beberapa gerakan Islam moden, seperti Ikhwan ‘ul-Muslimun di Mesir dan Jama’at –al-Islami di Islam Pakistan yang dipimpin oleh Maulana Maududi.

Apabila kita mengkaji secara mendalam dua perkara ini, kita akan mendapat jawapan-jawapannya. Konsep “undang-undang tetap” tidak terdapat dalam Quran, dan tidak terdapat dalam mana-mana undang-undang, kerana ia tidak logik. Semua undang-undang berubah dari semasa ke semasa dan dari setempat ke setempat. Perkataan Arab hudud (tunggal had) , bermakna “sempadan”, tidak merujuk kepada undang-undang. Ia merujuk kepada konsep kesederhanaan, “jalan pertengahan” dan tidak terlampau. Inilah makna hudud. Namun demikian, kaum fukaha zaman dulu telah medtafsirkannya sebagai merujuk kepada sejenis undang-undang tetap. Ini ijtihad mereka. Ijtihad ini harus kita semak balik.

Perhatikan bahawa ajaran-ajaran Quran tergolong kepada dua dimensi: dimensi sejarah dan terikat dengan sejarah itu, dan dimensi universal, yang terbuka. Ambil contoh ayat mengenai hukuman pencuri. “Pencuri, lelaki atau perempuan, potong tangan mereka, sebagai hukuman bagi jenayah mereka serta sebagai suatu pencegahan daripada Allah. Tetapi jika seseorang itu bertaubat setelah melakukan jenayah ini serta berubah, Tuhan menebus dosanya. Tuhan Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (5: 38-39) Tidak ada suatu perkataan yang menyatakan bahawa hukuman ini tetap; malah ayat berikutnya menyuruh kita meringankan hukuman itu, sehingga pengampunan, jika pesalah itu insaf dan bertaubat. Mengapakah kaum fukaha klasih kita mengabaikan ayat berikutnya?

Semua ayat yang dikaitkan dengan Hukum Hudud oleh kaum fukaha klasik bersifat demikian.

Jadi, nyatalah benar apa yang kita katakan bahawa apa yang dipanggil Hukum Hudud sekarang ialah salah-tafsir oleh kaum fukaha dulu. Sebab itu ia tidak disebut dalam dokuman perundangan yang penting dalam sejarah Islam – Piagam Madinah.

Ada dua prinsip dalam hukum kesiksaan Islam. Prinsip-prinsip itu ialah keadilan dan kerahiman. Jika kita menghukum mengikut prinsip-prinsip ini, kita menghukum mengikut undang-undang Tuhan.

Ketatanegaraan suatu bidang kehidupan yang penting. Islam bukan semata-mata sembahyang, puasa dan naik haji; ia juga suatu sistem ketatanegaraan. Namun demikan, baik dalam Quran, mahupun dalam Piagam Madinah, kita tidak akan terjumpa dengan konsep “Negara Islam”. Mengapa? Kerana dalam masyarakat Madinah, seperti juga dalam masyarakat moden hari ini, sifat masyarakat itu majmuk. Ada pelbagai bangsa dan agama. Dalam masyarakat Madinah, terdapat orang Arab Islam, orang Arab kafir, orang Yahudi dan juga orang Kristian. Konsep “Negara Islam” akan membawa perpecahan kepada masyarakat itu, kerana agama-agama lain akan merasa terpinggir, kerana agama mereka tidak menjadi dasar negara. Apabila kita memerintah sesebuah negara dengan mengikut prinsip-prinsip pemerintahan yang ditetapkan oleh Tuhan, maka itulah yang dikehendaki daripada kita. Prinsip-prinsip itu ialah memerintah dengan adil, melalui perundingan, melaksanakan amanah Tuhan dan rakyat, membangunkan sistem kewangan dan ekonomi tanpa riba, rasuah, pembaziran dan penipuan, dan menegakkan kebaikan dan melarang kejahatan. Demikianlah Nabi Muhammad mentadbirkan negara-kota Madinah, dan demikianlah dianjurkan dalam Quran. Kita tidak dikehendaki menyebut “Negara Islam”, kerana konsep ini akan memecah-belahkan negara itu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, bertindak betul mengkritik Hukum Hudud dan konsep “Negara Islam”. Seperti yang telah kita katakan, Hukum Hudud merupakan salah-tafsir ahli-ahli hukum Islam tradisional dan perlu dikaji balik. Islam suatu agama atau persisnya suatu cara hidup universal yang berdasarkan kebenaran, keadilan dan kerahiman. Ia bukan untuk orang-orang Arab atau Melayu saja; ia untuk seluruh manusia. Perlulah ia dikemukakan kepada dunia dalam bentuk keuniversalan dan kemanusiaannya yang sempurna.


Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim03@streamyx.com Laman web beliau: http://www.kassimahmad.blogspot.com/

Thursday, January 08, 2009

PEMBUNUHAN DI GENTING GAZA:
SIAPA YANG BENAR: ISRAEL ATAU ARAB?

Oleh: Kassim Ahmad
7 Januari, 2009


Menolong orang mukmin itu tanggungjawab Kami. (Quran, 30: 47)

Jika Tuhan menolong kamu, tiada siapa yang boleh mengalahkan kamu; dan
jika Ia meninggalkan kamu, siapakah yang boleh menolong kamu selepas Dia? (Quran, 3: 159)

Ayat-ayat suci yang kita petik di atas jelas maknanya. Kebenarannya telah pun dibuktikan, antara lain, dalam perjuangan nabi-nabi Ibarhim, Musa, Isa dan Muhammad. Namun demikian, dalam konflik Arab-Israel selama lebih 60 tahun dalam enam peperangan, orang Arab kalah kepada orang Israel. Mengapakah orang Arab, yang beragama Islam, dan orang-orang Islam lain, kalah kepada orang Israel, yang beragama Yahudi? Memandang kepada ayat-ayat suci di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Tuhan tidak menolong mereka, kerana kemukminan mereka tidak diterima oleh Tuhan.

Sudah sampai masanya orang Arab, termasuk orang-orang Islam lain di dunia, berfikir secara serius tentang perkara ini. Tidak syak lagi, mereka telah membuat kesilapan-kesilapan yang besar. Apakah kesilapan-kesilapan itu?

Perkara pertama yang jelas sekarang ialah perpecahan di kalangan orang Arab terhadap Palestin. Ada puak Fatah dan penyokong-penyokongnya di kalangan bangsa-bangsa Arab; ada puak Hamas dengan penyokong-penyokongnya pula. Fatah yang sekarang menerima konsep dua negara, satu Israel dan satu lagi Palestin, dibantah oleh Hamas (yang menang dalam pilihanraya) yang tidak bersetuju dengan konsep dua negara ini dan, malah tidak mengiktiraf hak orang Israel untuk menubuhkan negara mereka sendiri.

Perkara kedua ialah sikap dan dasar negara-negara Arab dan negara-negara Islam lain terhadap Amerika Syaraikat, sekutu Israel yang paling rapat. Ada di antara mereka yang sikapnya pro-A.S., seperti Arab Saudi dan Kuwait. Malah di Arab Saudi dan Kuwait ada tentera A.S. yang bertujuan melindungi mereka dari musuh. Ada pula negara-negara Arab dan Islam, seperti Iran dan Syria, yang anti-Amerika. Secara logiknya, A.S. harus dianggap musuh oleh negara-negara Arab dan Islam, dan mereka harus memeranginya.

Seperti yang kita ketahui, perpecahan ini telah membawa kepada dua kejadian moden yang tragik. Pertama, Perang Iran-Irak dalam tahun-tahun 1981-88. Nyata perang itu dihasut oleh A.S., Israel dan Inggeris. Ia tidak akan berlaku sekiranya Iran menerima cadangan genjatan senjata oleh Iraq pada permulaan perang itu. Kedua, pencerobohan dan penaklukan A.S.-Inggeris terhadap Iraq pada 2003 dengan bantuan Arab Saudi dan Kuwait yang membenarkan bumi mereka digunakan oleh kaum penceroboh itu untuk melancarkan serangan mereka.

Kedua-dua peristiwa tragik ini tidak perlu berlaku sekiranya umat Islam bepegang teguh kepada konsep persaudaraan Islam, yang diperintahakan oleh Tuhan kepada kita. Kita ingin bertanya mengapakh pertubuhan Islam antarabangsa, OIC, gagal melakukan sesuatu untuk mengelak tragedi-tragedi ini? Sekarang negara-negara Islam, sama ada OIC atau sesuatu kumpulan lain, perlu bertindak untuk mengatasi perpecahan ini serta mengambil suatu pendekatan yang boleh menyelesaikan masalah Palestin ini.

Kita harus bertitik-tolak dari hakikat bahawa masalah ini melibatkan hak asasi dua kumpulan manusia: orang Arab Palestin dan orang Israel. Orang Arab Palestin ada hak untuk menubuhkan sebuah negara mereka yang bebas, merdeka dan berdaulat. Demikian juga orang Israel mempunyak hak untuk menubuhkan sebuah negara mereka yang bebas, merdeka dan berdaulat.

Sejak perisytiharan Balfour pada 2 November, 1917 memberi restu dan sokongan kepada orang Yahudi untuk mendirikan sebuah negara mereka sendiri di Palestin, banyak perkara sudah berlaku, termasuk pengiktirafan negara Israel merdeka dan berdaulat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Mei 15, 1948 dan enam peperangan antara negara-negara Arab dan Israel yang berakhir dengan kekalahan bangsa-bangsa Arab. Pada hari ini, masalah konflik Arab-Israel masih jauh dari penyelesaian.

Kita harus bertanya kepada diri kita: Bolehkah negera-negara Arab dan negara-negara Islam lain mengalahkan Israel? Jawabnya tidak mungkin, kecuali dengan mencetuskan suatu peperangan nuklier antara Iran dan Israel. Peperangan seperti ini akan memusnahkan tamadun, dan perlu dielak demi keselamatan semua pihak.

Adakah pilihan kita berperang semata-mata? Di atas kita telah bersetuju bahawa kedua-dua bangsa Arab Palestin dan bangsa Israel berhak menubuhkan sebuah negara-bangsa yang merdeka dan berdaulat di bumi Palestin. Inilah asas perdamain antara Israel dan bangsa Arab. Namun demikian, perpecahan di kalangan bangsa Arab dan negara-negara Islam lain, yang telah kita sebut di atas, mestilah di atasi. Dengan demikian, orang Arab dan orang Islam boleh berdamai dengan Israel dengan syarat Israel bersetuju untuk merunding dan memutuskan dengan saksama semua soal yang hak di antara orang Palestin dan orang Israel. Tidak perlu ada orang tengah, seperti A.S. dan lain-lain, untuk menjalankan perundingan ini.

Harus diingat bahawa pada asalnya, dua bangsa ini (Arab dan Israel) ialah dua beradik dari keturunan anak-anak Nabi Ibrahim, iaitu Ismail (Arab) dan Ishak (Israel). Bangsa Israel terkenal sebagai suatu bangsa yang gigih dan pandai. Einstein, Beethoven dan Marx ialah tokoh-tokoh besar Yahudi. Lihat bagaimana mereka telah membangunkan negara Israel menjadi sebuah negara yang maju dalam masa dua generasi. Bangsa Arab dan orang Islam boleh belajar daripada mereka untuk menjadi maju. Martin Buber, seorang ahli falsafah Austria-Israil (1878-1965) telah berkata dalam sepucuk surat terbukanya kepada Mahatma Gandhi pada 1939: “Penduduk kami tidak datang ke sini seperti kaum penjajah dari Barat untuk memaksa kaum pribumi bekerja untuk mereka; mereka sendiri mengenderai tenggala di bahu mereka dan mereka memeras tenaga dan darah untuk menyuburkan bumi. Tetapi bukan saja untuk kami yang kami hendakkan kesuburannya. Para petani Yahudi telah mula mengajar saudara-saudara mereka, para petani Arab, untuk mengusahakan tanah dengan lebih baik; kami mahu mengajar mereka lebih jauh: bersama mereka kami mahu mengusahakan tanah itu – untuk berkhidmat kepadanya, seperti kata pepatah Hebrew. Semakin subur tanah ini, semakinlah banyak ruang bagi kami dan bagi mereka. Kami tidak berhasrat untuk merampas harta mereka: kami mahu hidup bersama mereka. Kami tidak mahu menguasai mereka: kami mahu berkhidmat bersama mereka …”

Pada awalnya, ada juga pemimpin-peminpin Arab yang mengalu-alukan kedatangan bangsa Israel ke Palestin. Pemimpin-pemimpin ini termasuk Sherif Hussein, penjaga tempat-tempat suci Islam di Semenanjung Arab dan Dawood Barakat, editor akhbar Mesir Al-Ahram. Ingat kembali waktu Pertubuhan Pembebabsan Palestin (P.L.O.) pada Mei 1964: Piagamnya secara rasmi menuntut pembubaran negara Israel. Sekarang mereka sudah menerima konsep dua negara: Israel dan Palestin, tetapi ada satu puak Arab dan Islam yang mahu kembali kepada pendirian Fatah 45 tahun dulu! Ini hanya mengulang sejarah tanpa penyelesaian!

Tuhan memerintah kita supaya berdamai, jika musuh minta berdamai. Iktiraf hak bangsa Israel untuk menubuhkan negara mereka di bumi Palestin; pada masa yang sama, berunding untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang memenuhi kedua-dua cita-cita kebangsaan orang Palestin dan orang Israel.


Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim1234@gmail.com Laman web beliau http://www.kassimahmad.blogspot.com/