PAKATAN RAKYAT DAN HUKUM HUDUD:
BAGAIMANA JALAN KELUAR?
Oleh: Kassim Ahmad
16 Januari, 2009
Bolehkah masalah Hukum Hudud memcahkan Pakatan Rakyat? Walaupun perkara ini tidak dimasukkan ke dalam Menifesto Pilihanraya 2008 dan PAS sudah mengenengahkan konsep “Negara Kebajikan”, baru-baru ini ia telah ditimbulkan balik oleh seorang pegawai tinggi PAS. Dengan segera ia dibantah oleh DAP. DAP mengugut akan keluar dari Pakatan Rakyat, jika Hukum Hudud dilaksanakan dalam sebuah pentadbiran Federal yang mereka kuasai. Ugutan ini berikut dari kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa Hukum Hudud akan dilaksanakan terhadap orang Islam saja.
Dalam esei ini, kita akan kaji sejauh mana Hukum Hudud itu sebagian dari Undang-undang Syari’ah. Di samping itu, kita akan sentuh juga konsep “Negara Islam”.
Islam sebagai agama yang direstui oleh Tuhan dan selaras dengan natural law mestilah menjadi pedoman kepada orang mukmin dalam semua hal, termasuk kenegaraan. Jika orang mukmin memerintah negara, mereka disuruh memerintah dengan undang-undang Tuhan. Namun demikian, kita dapati suatu perkara yang patut kita kaji secara mendalam. Dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sendiri apabila beliau berhijrah ke Madinah untuk mentadbir negara-kota itu, kita tidak menjumpai Hukum Hudud disebut. Juga ia tidak menyebut konsep “negara Islam”, yang diketengahkan oleh beberapa gerakan Islam moden, seperti Ikhwan ‘ul-Muslimun di Mesir dan Jama’at –al-Islami di Islam Pakistan yang dipimpin oleh Maulana Maududi.
Apabila kita mengkaji secara mendalam dua perkara ini, kita akan mendapat jawapan-jawapannya. Konsep “undang-undang tetap” tidak terdapat dalam Quran, dan tidak terdapat dalam mana-mana undang-undang, kerana ia tidak logik. Semua undang-undang berubah dari semasa ke semasa dan dari setempat ke setempat. Perkataan Arab hudud (tunggal had) , bermakna “sempadan”, tidak merujuk kepada undang-undang. Ia merujuk kepada konsep kesederhanaan, “jalan pertengahan” dan tidak terlampau. Inilah makna hudud. Namun demikian, kaum fukaha zaman dulu telah medtafsirkannya sebagai merujuk kepada sejenis undang-undang tetap. Ini ijtihad mereka. Ijtihad ini harus kita semak balik.
Perhatikan bahawa ajaran-ajaran Quran tergolong kepada dua dimensi: dimensi sejarah dan terikat dengan sejarah itu, dan dimensi universal, yang terbuka. Ambil contoh ayat mengenai hukuman pencuri. “Pencuri, lelaki atau perempuan, potong tangan mereka, sebagai hukuman bagi jenayah mereka serta sebagai suatu pencegahan daripada Allah. Tetapi jika seseorang itu bertaubat setelah melakukan jenayah ini serta berubah, Tuhan menebus dosanya. Tuhan Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (5: 38-39) Tidak ada suatu perkataan yang menyatakan bahawa hukuman ini tetap; malah ayat berikutnya menyuruh kita meringankan hukuman itu, sehingga pengampunan, jika pesalah itu insaf dan bertaubat. Mengapakah kaum fukaha klasih kita mengabaikan ayat berikutnya?
Semua ayat yang dikaitkan dengan Hukum Hudud oleh kaum fukaha klasik bersifat demikian.
Jadi, nyatalah benar apa yang kita katakan bahawa apa yang dipanggil Hukum Hudud sekarang ialah salah-tafsir oleh kaum fukaha dulu. Sebab itu ia tidak disebut dalam dokuman perundangan yang penting dalam sejarah Islam – Piagam Madinah.
Ada dua prinsip dalam hukum kesiksaan Islam. Prinsip-prinsip itu ialah keadilan dan kerahiman. Jika kita menghukum mengikut prinsip-prinsip ini, kita menghukum mengikut undang-undang Tuhan.
Ketatanegaraan suatu bidang kehidupan yang penting. Islam bukan semata-mata sembahyang, puasa dan naik haji; ia juga suatu sistem ketatanegaraan. Namun demikan, baik dalam Quran, mahupun dalam Piagam Madinah, kita tidak akan terjumpa dengan konsep “Negara Islam”. Mengapa? Kerana dalam masyarakat Madinah, seperti juga dalam masyarakat moden hari ini, sifat masyarakat itu majmuk. Ada pelbagai bangsa dan agama. Dalam masyarakat Madinah, terdapat orang Arab Islam, orang Arab kafir, orang Yahudi dan juga orang Kristian. Konsep “Negara Islam” akan membawa perpecahan kepada masyarakat itu, kerana agama-agama lain akan merasa terpinggir, kerana agama mereka tidak menjadi dasar negara. Apabila kita memerintah sesebuah negara dengan mengikut prinsip-prinsip pemerintahan yang ditetapkan oleh Tuhan, maka itulah yang dikehendaki daripada kita. Prinsip-prinsip itu ialah memerintah dengan adil, melalui perundingan, melaksanakan amanah Tuhan dan rakyat, membangunkan sistem kewangan dan ekonomi tanpa riba, rasuah, pembaziran dan penipuan, dan menegakkan kebaikan dan melarang kejahatan. Demikianlah Nabi Muhammad mentadbirkan negara-kota Madinah, dan demikianlah dianjurkan dalam Quran. Kita tidak dikehendaki menyebut “Negara Islam”, kerana konsep ini akan memecah-belahkan negara itu.
Pengerusi DAP, Karpal Singh, bertindak betul mengkritik Hukum Hudud dan konsep “Negara Islam”. Seperti yang telah kita katakan, Hukum Hudud merupakan salah-tafsir ahli-ahli hukum Islam tradisional dan perlu dikaji balik. Islam suatu agama atau persisnya suatu cara hidup universal yang berdasarkan kebenaran, keadilan dan kerahiman. Ia bukan untuk orang-orang Arab atau Melayu saja; ia untuk seluruh manusia. Perlulah ia dikemukakan kepada dunia dalam bentuk keuniversalan dan kemanusiaannya yang sempurna.
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim03@streamyx.com Laman web beliau: http://www.kassimahmad.blogspot.com/
30 comments:
Ijtihads by jurists or fuqahas are not eternally binding. Ia boleh di review dan tidak absolute. Yang absolute hanyalah firman Allah yang specific dalam Quran.
Great Islamic thinkers of the past have one common characteric..HUMILITY atau RENDAH DIRI. They know their position/responsibility in the society/ummah and terus terang minta untuk ditegur jika pendapat mereka di dapati tidak adil atau kurang substance. Mereka tidak segan untuk menyuruh ummah menolak pendapat mereka jika terdapat pendapat lain yang lebih `valid atau practical'. For them, the `door’ for discussion or intellectual discourse is always open. Amat berat bagi mereka to judge something as `black or white’. Instead they prefer the colour grey…different shades of grey. This in the end ensures the evolution of syariah within the scope and guidance of the Quran hingga ke akhir zaman.
Tapi masalahnya, pada hari ini, the so called cerdik pandai ugama or ulama dah jadikan gelanggang ilmu ugama itu their private playground. Suara dari kalangan yang betul-betul berilmu di tenggelami oleh riuk pikuk mereka yang mempunyai other interest i.e. political, national, racial and other self interest. Saya kurang pasti yang golongan self anointed ini sedar atau tidak yang sermons mereka ini tainted atau tidak. But again, if humility is lacking, jadilah the `holier than thou’ mentality, the evil yang berselindung disebalik kesucian ugama.
Maaf jika comment saya ini dalam bahasa rojak. Muslims always critisize the Catholic church about how the Vatican has distorted the true teachings of Nabi Isa. Jika dikaji dengan terperinci, what is happening in the Islamic world pun dah macam nak follow the steps of the Vatican, maybe on a lesser degree. But who knows, if Muslims were to perpegang kepada Ijtihad ulama and kitab-kitab (selain Quran) seolah-olah ianya semua valid for eternity tidak hairan jika the true spirit of Islam is flushed down the toilet, replaced by views of individuals.
Pak Kassim, I understand that you are in the midst of writing a book, but please, please…do not stop writing in your blog. Issues like this need to be highlighted. Saya berharap juga yang Islamic scholars lain (bukan yang publicity seekers) to have their voices heard. The mess which our ummah is in right now is amat menakutkan. Seeing things through the perspective of twisted individuals (sedar atau tidak) will continue dragging us into this downward spiral. Making statements without seeing things from the perspective of history and the true teachings of Islam will ensure the Ummah being a lost flock.
Pak Kassim,
This essay should be read by all Malaysians in particular the Malays.
Suggest have it featured in the Malay language newspapers.
Pakistan women suffered untold injustice under Hudud Laws until amended by Gen Musharaf in 2006.
Thank you for the revelation.
Assalamu'alaikum Pak...
Cukup menarik perhatian saya. Kata-kata bapak seharusnya diberi perhatian oleh mereka-mereka yang bermata...
“kita menghukum mengikut undang-undang Tuhan”?
Come on la. Sejak bila Tuhan set up a row of hukums for mankind to judge each other which?
What kind of game is this Tuhan playing by creating weak human beings then setting up hukum for them to follow, or not to follow in a guidebook?
Please, let’s set aside religious fervour for once and start thinking with common sense for a second. Let’s not just blindly say “ini hukum ciptaan Tuhan, lain semua hukum ciptaan manusia, maka hukum Tuhan adalah yang paling sempurna, lagi sempurna dari hukum ciptaan manusia”.
They contradict themselves. Tuhan bagi manusia akal untuk fikir dan mencipta jalan dan mentadbir diri sendiri. Maka kenapa nak menyangkal ciptaan manusia yang pada pokoknya turun dari akal kurniaan Tuhan sendiri?
Cukup lah kita rakyat Malaysia asyik nak berfanatik pasal agama.
Kita bersolat dan jaga keimanan masing masing saja la.
Ni nak perkenalkan hudud la itu la ini lah… tak perlu la bazir masa.
52 tahun kita merdeka takde hudud. Adakah ianya membawa kepada keruntuhan atau kehancuran?
Negara-negara maju macam Sweden mempunyai kadar jenayah yang antara paling rendah di dunia — mana hukum hududnya? Takde pun di situ.
Maka berfikir luas la sedikit, wahai Muslimin sekalian. Jangan terlalu terbelenggu dalam fikiran agama saja seolah-olah agama itu penyelesaian untuk segala masalah manusia.
Bangkitlah, wahai manusia. Kikiskanlah kejahilan kamu.
Salam..
Secara prinsipnya, saya menyokong komen yang diutarakan oleh Lazer Juan.
Seperti yang sering Dr katakan, masalah yang melanda umat Islam sekarang ialah puak "ulamak" mengawal pemikiran umat Islam itu sendiri.
jangan berhenti berblog tuan. Di sini lebih pantas.
saya juga melihat dari pandangan pak kassim. tentang taubat, dan ampunan, serta humanity in this context.
in islam, allah is the greatest. maha mengetahui, maha pemurah, dan maha pengampun.
tetapi demikian, telah tetap dinyatakan "hudud" itu hak allah. it is an 'ultimate' law, for the believers. if you believe in hell, the sufferings afterwards (which is something beyond ur understanding, you must also believe in this) an eye for an eye, a tooth for a tooth. bunuh, dibalas bunuh, atau diganti dengan 100 ekor unta.
dan kemudiannya, selepas dinyatakan 'hudud' itu barulah, di nyatakan sifat pengampun nya.
dengan kadar jenayah yang meningkat, i don't mind to opt for this option. why muslims fear of others' perception. we are practicing ours. and they with theirs. why muslims feel that 'hudud' itself is good-for-nothing?
cuma perlaksananya agak payah. and btw, "negara islam" itu wujud apabila penganut2 islamnya benar-benar islam. hal ini tidak disangkalkan pada zaman nabi, mereka yang lihat mekah dan madinah, serta baghdad menamakannya negara-negara islam, kerana budaya masyarakat tersebut adalah dari "islam", bukan sekadar bersifat humanity. kerana islam, bukan sekadar humanity, it is more than that.
teruskan berblog!
Salamun'alaikum, Pak Kassim
Saya terinspirasi dari tulisan-tulisan Bapak yang tajam dan berusaha konsisten dengan kalam Allah. Saya haturkan terima kasih atas ajaran yang diberikan kepada pembaca, salah satunya adalah saya. Saya berharap bisa hendaknya seperti Anda kelak, memiliki pemikiran tajam dan jernih. =Hendri, Indonesia=
Terima kasih, Dr. Anda memberikan saya pengetahuan terdalam tentang Islam, tentang agama yang saya cintai. Semoga Allah melimpahkan karuniaNya kepada Anda dan kebahagian sepanjang masa...
-Hendri-
ILMUAN ISLAM YANG MUKTABAR,BIASANYA MENGELAK DARI BERPOLEMIK,TETAPI LEBIH KEPADA MEMBIMBING UMAT ISLAM KEJALAN YG DIREDHAI ALLAH.MEMPUNYAI SIFAT ZUHUD DAN WARAK DAN SEDIA BERKORBAN JIKA ALLAH DAN RASULRASULNYA DIPERSENDA.YG DI TIMBANG DINERACA ALLAH IALAH IMAN,BUKAN KEPERCAYAAN.KALAU PERCAYA TETAPI TIDAK BERIMAN,MAKA JADILAH IBLIS YANG PERCAYA AKAN ALLAH TETAPI TIDAK BERIMAN KPDNYA.
astaghfirullahalazim..mengucap kassim..tlg jgn trpengaruh dgn pemikiran logik kassim.terpesong akidah.Allah Maha Besar
apa yang saya belajar bukan mudah untuk laksanakan hukum hudud;bukan boleh tuduh orang curi lepas tu terus potong tangan... ikut quran dan as sunnah dengan betul seperti yang difahami Rasullaah saw, para sahabat baginda saw dan anak2 didik para sahabat... saya rasa seperti ada yang tidak kena dengan kenyataan hukum yang sudah ditetapkan Allah boleh berubah ikut zaman...al-quran panduan manusia sampai akhir zaman dan ia tidak akan berubah; x akan seperti injil dan taurat yang banyak ditokok tambah! menurut bible lagi lah teruk orang yang tak berkhatan mesti dibunuh (genesis 17:14)...hmm,tapi semua kah orang yahudi dan kristian berkhatan?
kita hanya hambaNya...
http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2008/12/iman-semut.html
subhanAllaah...AllaahuAkbar!!
salaam...
Sdr BazLa'
1. Harus dibezakan antara bentuk-bentuk hukuman dengan prinsip. Prinsip-prinsip hukuman ada dua: (a) hukuman adil atau setimpal, (b) hukuman ihsan.
2. Zaman dulu, di mana-mana kawasan budaya pun, hukumannya keras. Misalnya, di England, salah satu hukuman untuk pencuri dalam abad ke-19 ialah bunuh.
3. Dua prinsip di atas tidak berubah. Bentuk-betuknay berubah.
Harap maklum. Wassalam.
Kita bincang pasal perubatan tetapi tiada pakar perubatan atau doktor yg terlibat; kita bincang pasal perundangan tetapi tiada pakar perundangan atau peguam yg terlibat; kita bincang pasal kejuruteraan tetapi tiada jurutera yg terlibat; Disini kita bincang pasal Islam tetapi tiada ulamak yg terlibat, maka semua disini adalah spt org-org buta yg cuba memberitahu bentuk atau rupanya seekor gajah!!
Bukannya kita tidak boleh membincangkan perubatan, perundangan, kejuruteraan atau sebagainya tetapi perlu ada rujukan ilmiah. Kalau ada yg kata daun herba ini adalah penyelesaian kpd penyakit kencing manis dan ada pula yg mengamalkannya dan membawa maut sama juga dng org yg mengikut pendapat sdra Kassim dan akhirat nanti masuk neraka.
Pak Kassim,
Apa yang diutarakan dalam tulisan Pak Kassim ini kelihatannya berat sebelah. PAS diajak untuk meliberalkan doktrin 'negara Islam' dan 'hukum hudud'nya. Bahkan hanya DAP seolah-olah berada di landasan yang benar.
Boleh Pak Kassim nyatakan pula apa kesilapan terbesar DAP, yang menyebabkan pakatan rakyat bukan 'pakatan rakyat' yang reel? Saya rasa, jika PAS sahaja yang sanggup meliberalkan doktrin mereka, maka tiada hasil positif yang boleh diperolehi.
Wassalam.
Sdr Ataturk,
1. Saya tidak berat sebelah. Ideologi PAS sekarang, dibanding dengan waktu Dr Burhanuddin, konservatif dan jumud. Ini bukan "Jalan Yang Lurus" yang dianjurkan oleh Islam.
2. Kesilapan DAP ialah dasar "Malaysian Malaysianya" yang tidak berpijak di bumi Malaysia.
Wassalam.
Kassim Ahmad telah membuktikan kepakarannya dalam bidang agama, falsafah, politik, dan falsafah.
Moloyue jangan taksub pada ulama. Takut nanti jadi syirik. Orang syirik pasti masuk neraka.
Salam Pak Kasim,
Seharusnya Pak Kasim mempelajari ilmu Usul Fikah terlebih dahulu sebelum mentafsir ayat-ayat Al-Quran.
Ayat-ayat Al-quran tidak seharusnya ditafsir mengikut maknanya dalam Bahasa Melayu.
Harap Pak Kasim dapat merujuk ilmuwan Ilmu Usul Fikah terlebih dahulu tentang ilmu bagi menetapkan hukum daripada ayat Al-Quran.
Saudara Anonymous (12:20 AM),
Komen saudara itu telah dijawab oleh Kassim Ahmad dalam abad, bahkan milenium yang lalu. Sila baca tulisan beliau bertajuk "Penilaian Ringkas terhadap Tafsir Klaisk" di;
http://www.stormloader.com/qsmjam/agama/ren19x.html
Sila baca juga tulisan-tulisan beliau yang lain di laman web itu.
Terima kasih.
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.............
Pertamanya rasa merasa amat terkilan & sedih dengan artikel2 yang ditulis oleh tuan kerana menurut pandangan saya terdapat byk percanggahan dan falasi. Saya b'syukur tuan masih meyakini akan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Sebagai orang Islam Jangan sesekali kita merasa ragu2 dalam bab Tauhid atau akidah, tidak mengapa jika kita berselisih pendapat mengenai bab fiqh atau syariat tetapi celaka bagi mereka yang bercanggah mengenai syariat sehingga merosakkan akidah atau menyebabkan orang ramai(islam) ragu2 dalam akidah islamiyah. Berkenaan Hukum Hudud dan Negara Islam, apa sekalipun title atau nama yang dipakai yang pentingnya ianya berlandaskan kepada Al-Quran&Hadith. Tidakkah kita sebagai orang Islam sepatutnya bercita-cita akan terlaksananya islam di dunia ini meliputi segenap aspek kehidupan samada sosial,ekonomi,pendidikan,politik, agama,hubungan dan sebagainya. Tidakkah kita sebagai orang islam sewajibnya menjadi seorang muslim yang mukmin. Tegas bahawa muslim sahaja belum tentu menjamin anda mendapat balasan syurga Allah S.W.T. Tidakkah kita berikrar 5 kali sehari didalam solat bahawa "sesungguhnya solatku,amalku,hidupku dan matiku kerana Allah,tuhan sekelian alam."
Tauhid, syariat
Untuk mengelakkan keraguan dalam soal tauhid, kita perlu menjalankan fikiran tatkala membaca Quran dan pandangan-pandangan orang lain. Maknanya membaca dengan kritikal. Dengan ini, bukan sahaja kita akan beroleh keyakinan dalam soal tauhid, tetapi juga keyakinan dalam soal syariat. Kalau tauhid sudah kukuh, syariat pun teguh, kerana tauhid itulah tiang agama. Tauhid yang sudah kukuh tidak akan roboh dengan perbezaan pandangan dalam apa jua hal, termasuklah hal-hal berkaitan syariat.
Kecelakaan
Kecelakaan itu buat mereka yang bertaklid buta, sehingga menjadi taksub dengan suatu pandangan, dan tertutup hatinya daripada mendengar pandangan yang lain secara kritikal.
Keraguan
Keraguan akan kekal meragukan jika kita tidak menjalankan fikiran untuk memecahkannya. Pecahkanlah keraguan itu secara rasional dan saintifik, nescaya keyakinan akan datang.
'Hukum Hudud'
Quran mengajarkan prinsip keadilan dalam menjatuhkan hukuman, dengan kaedah yang sesuai dengan ruang-masa dan keadaan. 'Hukum Hudud' yang dilaung-laungkan PAS itu bukan sahaja tidak selaras dengan ajaran Quran, bahkan lebih mementingkan kaedah berbanding prinsip dalam melaksanakan hukuman.
'Negara Islam'
Quran tidak mengajarkan kita supaya 'negara Islam' itu diisytiharkan dalam perlembagaan. Jika itu berlaku, maka tiadalah keadilan kepada rakyat yang bukan Islam, sedangkan mereka juga warganegara Malaysia, yang terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan Islam, dan membentuk satu ummah. Jangan pecahbelahkan mereka!
Apa yang perlu dilaksanakan?
Yang perlu ialah, melaksanakan prinsip-prinsip Islam yang universal dalam pemerintahan, seperti adil, kebebasan dalam beragama, mendengar suara rakyat (vox populi), perundingan dalam pemerintahan, tidak melindungi orang yang bersalah. Tetapi konsep 'negara Islam' PAS bukan begitu. Misalnya, PAS tidak merelakan kebebasan beragama, bahkan berdasarkan 'hukum Hudud' mereka, orang Islam yang masuk agama lain wajib dibunuh!Suami-isteri yang berzina pula wajib direjam sampai mati! Inilah 'hukum Hudud', dan inilah konsep 'negara Islam' PAS. Ini bukan soal nama. Ini soal prinsip. Nyata sekali prinsip-prinsip PAS dalam hal ini tidak selaras dengan prinsip-prinsip Quran. Yang mana patut kita dahulukan; Ajaran ulama PASkah, atau ajaran Quran?; Ajaran ulama oligarkikah, atau ajaran Tuhan? Orang-orang beriman pastinya mendahulukan Tuhan.
Dr. Kassim Ahmad. Teruskan berblog!...
Saudara Kassim,
Pandangan saudara mengenai hukum hudud amatlah bernas sekali, penuh dengan fakta - fakta sejarah dan penilitian yang mendalam tentang hukum hudud tersebut. Malangnya pihak yang menyokong hukum hudud tersebut tidak memahami konsep tersebut atau kurang arif mengenainya sehinggakan menyokongnya secara membabi buta. Inilah polemik yang menghantui umat Islam Malaysia.
Assalamu'alaikum...
Kita ini adalah hak Allah.
Tapi sayang sekali, kita berbicara seolah-olah kita berkuasa atas segalanya.
Al-Quran dan As-sunnah merupakan manual kehidupan kita. Allah sediakan manual atau panduan untuk kita sebab Dia yang cipta kita.
Kalau kita cipta kereta, ada manual penggunaanya, kenapa bila Allah cipta kita, kita buang manual yang Allah sediakan buat kita?
Sekiranya kita berbicara dengan akal, akal itu tidak sempurna.. Ada batasan yang tidak mampu kita capai.
Kalaupun negara bukan Islam maju melebihi negara Islam. Biarkanlah kerana dunia ini Allah jadikan untuk mereka sebagai syurga... tetapi syurga yang sementara. Tidak kekal lama. Kelak ada balasan untuk mereka.
Siiru a'la barakatillah.
Wassalam.
Sdr Lazar Juan,
1.Terima kasih kerana penghargaan itu. Jangan bimbang. Islam itu untuk semua manusia. Jika satu puak menyeleweng, Tuhan akan menggantikan puak itu dengan puak lain untuk membawa panji-panji tamadun.
2. Bagi pembaca-pembanac lain, jangan lupa Manusia itu ada dua dimensi: pertama, ia HAMBA ALLAH. Ia kena taat kepada Allah dan ikut perintah-perintahnya. Kedua, ia KHALIFAH ALLAH DI BUMI. Ia raja yang boleh menentukan nasibnya sendiri.
3. Tuhan itu AL-SAMAD. Ia tidak berkehendak kepada apa-apa. Bila Dia suruh kita taat kepada Dia dan ikut perintah-perintah-Nya, itu semua untuk kebaikan kita, bukan untuk Dia.
Assalamu ala man ittaba’a al-huda ...
Bismillah...
Pak Kassim mengatakan al-Quran itu tergolong kepada dua dimensi: dimensi sejarah dan terikat dengan sejarah itu dan dimensi universal, yang terbuka.
Saya kurang faham tentang:-
1) Apakah dimensi sejarah yang terikat dengan sejarah itu ?
2) Bilakah dimensi sejarah yang terikat dengan sejarah itu ?
3) Apakah itu dimensi universal ?
4) Bilakah pula dimensi universal itu?
5) Bagaimanakah Pak Kassim boleh keluar dengan kenyataan bahawasanya " dimensi sejarah dan terikat dengan sejarah itu dan dimensi universal, yang terbuka" ?
Kemudian Pak Kassim menukilkan ayat al-Quran “Pencuri, lelaki atau perempuan, potong tangan mereka, sebagai hukuman bagi jenayah mereka serta sebagai suatu pencegahan daripada Allah. Tetapi jika seseorang itu bertaubat setelah melakukan jenayah ini serta berubah, Tuhan menebus dosanya. Tuhan Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (5: 38-39)
Pak Kassim seterusnya mengulas dengan mengatakan "Tidak ada suatu perkataan yang menyatakan bahawa hukuman ini tetap; malah ayat berikutnya menyuruh kita meringankan hukuman itu, sehingga pengampunan, jika pesalah itu insaf dan bertaubat. Mengapakah kaum fukaha klasih kita mengabaikan ayat berikutnya?"
Yang menjadi kemushkilan saya adalah:-
6) Sekiranya Pak Kassim mengatakan tidak ada suatu perkataan pun yang mengatakan bahawa hukuman ini tetap, saya tanyakan semula kepada Pak Kassim :-
a) adakah suatu perkataan pun yang mengatakan hukuman ini tidak tetap sehingga Pak Kassim boleh keluar dengan kesimpulan bahawasanya hukuman ini tidak tetap?
b) Perkataan mana satu yang menyuruh kita meringankan hukuman dan perkataan mana satu yang menyuruh kita membatalkan hukuman tersebut?
c) Yang memberi pengampunan disini adalah Allah, bukan manusia. Allah memerintahkan kita melaksanakan hukuman dan Allah yang akan memberi pengampunan. Tiba-tiba Pak Kassim keluar dengan kesimpulan Allah mengampunkan orang yang bertaubat dan dia diberi pengampunan dengan membatalkan hukuman tersebut. Bagaimana Pak Kassim secara pasti boleh membatalkan hukuman tersebut?
d) Bagaimana sekiranya orang itu berpura-pura bertaubat? Dan bagaimana Pak Kassim boleh memahami Allah mengampunkan pesalah tersebut, sekiranya dia berpura-pura? Yang mengetahui kepuraan-puran hati pesalah tersebut hanya Allah. Adakah Pak Kassim boleh mengetahui sebagaimana Allah mengetahui sehingga boleh membatalkan perintah yang telah jelas?
7) Kemudian Pak Kassim mengatakan "ayat berikutnya menyuruh kita meringankan hukuman itu, sehingga pengampunan" . Saya tanyakan semula kepada Pak Kassim perkataan manakah didalam ayat tersebut yang mengatakan terbatalnya hukuman dalam ayat sebelumnya, sehingga Pak Kassim boleh keluar dengan kesimpulan, hukuman itu batal jika pesalah itu insaf dan bertaubat?
8) Bagaimana pula dengan ayat-ayat al-Quran lain yang berkaitan dengan hudud? Perkataan mana satukah pula yang membatalkannya?
9) Telah jelas perkataan bagaimana pelaksanaan hukum hudud terhadap pencuri disini. Dan tidak jelas hujah Pak Kassim yang cuba membatalkannya. Saya muskhil bagaimana Pak Kassim boleh menolak sesuatu yang telah jelas dengan sesuatu yang kabur?
Saya secara jujurnya benar-benar inginkan penjelasa dari Pak Kassim.
Jawapan untuk Sdr Abdul Irfan,
1. Mengenai dimensi sejarah, sila baca buku saya "Hadis -- Jawapan kepada Pengkritik", Bab 7.
2. Menenai hukum hudud, sila baca risalah saya, "Kontroversi Hukum Hudud".
3. Kedua-dua buku ini terdapat dalam laman web saya.
Saya sebenarnya mengharapkan Pak Kassim menjawab persoalan-persoalan yang saya utarakan diatas. Menjawab dengan membaca buku-buku PakKassim sebenarnya tidak merungkaikan persoalan yang berlegar didalam kepala saya. Dan saya tidak dapat menemui jawapan yang jelas tentang persoalan-persoalan saya ini.
Merujuk kepada cara jawapan PakKassim, dengan ini saya juga mengharapkan PakKassim menyemak kembali karya-karya ulama' besar ASWJ berkenaan hukum Allah dan Hadith . Mereka telah pun menjawab persoalan-persoalan PakKassim itu sebelum PakKassim lahir atau menulis buku-buku PakKassim.
PakKassim sepatutnya tidak terburu-buru membuat kesimpulan sendiri, sebelum benar-benar faham dan bertanya mereka yang ahli didalam bidang ini.
Kepada Sdr Abulrfan,
1. Soalan-soalan Sdr telah saya jawab dalam tulisan-tulisan itu. Mengapa Sdr tidak mahu baca? Jangan buang masa saya.
2. Saya berani tulis itu semua kerana saya sudah baca karya-karya para sarjana Islam dalam perkara ini.
Mengenai golongan islam yang mana yang paling benar dalam mengimani agama islam
nya, mari kita belajar dari sejarah umat umat terdahulu yang diceritakan di
dalam Al Quran.
Dari cerita2 umat umat terdahulu itu ia itu dari umat para nabi2, kita akan
dapati bahawa golongan majoriti nya cenderung kpd kesesatan satelah setiap
nabi yg di turunkan Allah itu wafat. Kesesatan atau penyimpangan itu akan mula
terjadi paling tidak sekitar 50 tahun kemudian satelah wafat nya para nabi2
mereka. Sejarah kesesatan umat terdahulu itu seakan akan berulang ulang. Dari
situ kita tahu bahawa manusia ini cenderung kpd kesesatan dan penyimpangan dari
kebenaran.
Saya percaya umat Nabi Muhammaad juga tidak terkecuali. Nah sekarang umat Nabi
Muhammad ini sudah 1400 tahun lebih. Apakah kita yakin kita tidak saperti umat
umat yang terdahulu itu yg cenderung kpd penyimpangan? Apa istimewa nya kita,
umat Nabi Muhd.ini? Tak ada keistimewaan nya dan tak ada bezanya. Saya
yakin kita jugak sama saperti umat terdahulu itu yg cenderung kpd kesesatan dan
penyimpangan. Nah. Sekarang kalau kita kaji dari segi mana nya
kesesatan golongan majoriti umat Mohammad ini kita akan dapati bahawa kesesatan
golongan majoriti adalah dalam mengimani kpd apa yg di sebut Hadis dan Sunnah
Nabi. Baik mereka yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah, Baik mereka yg mengaku
Ahlul Bait (Golongan Syiah). Baik mereka yg mengaku Wahabi.dan saterus nya. Rata
rata golongan2 ini yg juga menjajdi golongan majoriti umat islam ini tidak lepas
dari taasubnya kpd Ulama2 mereka atau imam2 mereka selain dari Hadis dan Sunnah
Nabi itu. Karena apa? Karena Hadis dan Sunnah ini tidak ada pada waktu sekitar
100 tahun satelah wafat nya nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada yg nama nya Bukhari
-Muslim dan saterus nya. Tidak ada Iman Empat (Shafii, Maliki, Hanbali dan
Hanafi). Unsur2 kitab2 ini dan pendapat2 ulama2 ini hanya berdasarkan andaian
semata.
Mahukah kita ambil iktibar dan pelajaran dari umat umat terdahulu yg di
ceritakan kpd kita melalui Al Quran.? Saya yakin tidak ramai yg akan mengambil
iktibar dan pelajaran dari hakikat ini sebagaimana nya tidak ramai dari umat yg
terdahulu. Namun sabagai amanah yg diwajibkan tulisan ini hanya sebagai usaha
utk mereka yg mahu BERFIKIR SECARA BERANI, ADIL, IKHLAS dan RENDAH HATI dan
inginkan keredhaan Allah subhanahu wataalaa.....
Amin...
Post a Comment