Thursday, January 08, 2009

PEMBUNUHAN DI GENTING GAZA:
SIAPA YANG BENAR: ISRAEL ATAU ARAB?

Oleh: Kassim Ahmad
7 Januari, 2009


Menolong orang mukmin itu tanggungjawab Kami. (Quran, 30: 47)

Jika Tuhan menolong kamu, tiada siapa yang boleh mengalahkan kamu; dan
jika Ia meninggalkan kamu, siapakah yang boleh menolong kamu selepas Dia? (Quran, 3: 159)

Ayat-ayat suci yang kita petik di atas jelas maknanya. Kebenarannya telah pun dibuktikan, antara lain, dalam perjuangan nabi-nabi Ibarhim, Musa, Isa dan Muhammad. Namun demikian, dalam konflik Arab-Israel selama lebih 60 tahun dalam enam peperangan, orang Arab kalah kepada orang Israel. Mengapakah orang Arab, yang beragama Islam, dan orang-orang Islam lain, kalah kepada orang Israel, yang beragama Yahudi? Memandang kepada ayat-ayat suci di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Tuhan tidak menolong mereka, kerana kemukminan mereka tidak diterima oleh Tuhan.

Sudah sampai masanya orang Arab, termasuk orang-orang Islam lain di dunia, berfikir secara serius tentang perkara ini. Tidak syak lagi, mereka telah membuat kesilapan-kesilapan yang besar. Apakah kesilapan-kesilapan itu?

Perkara pertama yang jelas sekarang ialah perpecahan di kalangan orang Arab terhadap Palestin. Ada puak Fatah dan penyokong-penyokongnya di kalangan bangsa-bangsa Arab; ada puak Hamas dengan penyokong-penyokongnya pula. Fatah yang sekarang menerima konsep dua negara, satu Israel dan satu lagi Palestin, dibantah oleh Hamas (yang menang dalam pilihanraya) yang tidak bersetuju dengan konsep dua negara ini dan, malah tidak mengiktiraf hak orang Israel untuk menubuhkan negara mereka sendiri.

Perkara kedua ialah sikap dan dasar negara-negara Arab dan negara-negara Islam lain terhadap Amerika Syaraikat, sekutu Israel yang paling rapat. Ada di antara mereka yang sikapnya pro-A.S., seperti Arab Saudi dan Kuwait. Malah di Arab Saudi dan Kuwait ada tentera A.S. yang bertujuan melindungi mereka dari musuh. Ada pula negara-negara Arab dan Islam, seperti Iran dan Syria, yang anti-Amerika. Secara logiknya, A.S. harus dianggap musuh oleh negara-negara Arab dan Islam, dan mereka harus memeranginya.

Seperti yang kita ketahui, perpecahan ini telah membawa kepada dua kejadian moden yang tragik. Pertama, Perang Iran-Irak dalam tahun-tahun 1981-88. Nyata perang itu dihasut oleh A.S., Israel dan Inggeris. Ia tidak akan berlaku sekiranya Iran menerima cadangan genjatan senjata oleh Iraq pada permulaan perang itu. Kedua, pencerobohan dan penaklukan A.S.-Inggeris terhadap Iraq pada 2003 dengan bantuan Arab Saudi dan Kuwait yang membenarkan bumi mereka digunakan oleh kaum penceroboh itu untuk melancarkan serangan mereka.

Kedua-dua peristiwa tragik ini tidak perlu berlaku sekiranya umat Islam bepegang teguh kepada konsep persaudaraan Islam, yang diperintahakan oleh Tuhan kepada kita. Kita ingin bertanya mengapakh pertubuhan Islam antarabangsa, OIC, gagal melakukan sesuatu untuk mengelak tragedi-tragedi ini? Sekarang negara-negara Islam, sama ada OIC atau sesuatu kumpulan lain, perlu bertindak untuk mengatasi perpecahan ini serta mengambil suatu pendekatan yang boleh menyelesaikan masalah Palestin ini.

Kita harus bertitik-tolak dari hakikat bahawa masalah ini melibatkan hak asasi dua kumpulan manusia: orang Arab Palestin dan orang Israel. Orang Arab Palestin ada hak untuk menubuhkan sebuah negara mereka yang bebas, merdeka dan berdaulat. Demikian juga orang Israel mempunyak hak untuk menubuhkan sebuah negara mereka yang bebas, merdeka dan berdaulat.

Sejak perisytiharan Balfour pada 2 November, 1917 memberi restu dan sokongan kepada orang Yahudi untuk mendirikan sebuah negara mereka sendiri di Palestin, banyak perkara sudah berlaku, termasuk pengiktirafan negara Israel merdeka dan berdaulat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Mei 15, 1948 dan enam peperangan antara negara-negara Arab dan Israel yang berakhir dengan kekalahan bangsa-bangsa Arab. Pada hari ini, masalah konflik Arab-Israel masih jauh dari penyelesaian.

Kita harus bertanya kepada diri kita: Bolehkah negera-negara Arab dan negara-negara Islam lain mengalahkan Israel? Jawabnya tidak mungkin, kecuali dengan mencetuskan suatu peperangan nuklier antara Iran dan Israel. Peperangan seperti ini akan memusnahkan tamadun, dan perlu dielak demi keselamatan semua pihak.

Adakah pilihan kita berperang semata-mata? Di atas kita telah bersetuju bahawa kedua-dua bangsa Arab Palestin dan bangsa Israel berhak menubuhkan sebuah negara-bangsa yang merdeka dan berdaulat di bumi Palestin. Inilah asas perdamain antara Israel dan bangsa Arab. Namun demikian, perpecahan di kalangan bangsa Arab dan negara-negara Islam lain, yang telah kita sebut di atas, mestilah di atasi. Dengan demikian, orang Arab dan orang Islam boleh berdamai dengan Israel dengan syarat Israel bersetuju untuk merunding dan memutuskan dengan saksama semua soal yang hak di antara orang Palestin dan orang Israel. Tidak perlu ada orang tengah, seperti A.S. dan lain-lain, untuk menjalankan perundingan ini.

Harus diingat bahawa pada asalnya, dua bangsa ini (Arab dan Israel) ialah dua beradik dari keturunan anak-anak Nabi Ibrahim, iaitu Ismail (Arab) dan Ishak (Israel). Bangsa Israel terkenal sebagai suatu bangsa yang gigih dan pandai. Einstein, Beethoven dan Marx ialah tokoh-tokoh besar Yahudi. Lihat bagaimana mereka telah membangunkan negara Israel menjadi sebuah negara yang maju dalam masa dua generasi. Bangsa Arab dan orang Islam boleh belajar daripada mereka untuk menjadi maju. Martin Buber, seorang ahli falsafah Austria-Israil (1878-1965) telah berkata dalam sepucuk surat terbukanya kepada Mahatma Gandhi pada 1939: “Penduduk kami tidak datang ke sini seperti kaum penjajah dari Barat untuk memaksa kaum pribumi bekerja untuk mereka; mereka sendiri mengenderai tenggala di bahu mereka dan mereka memeras tenaga dan darah untuk menyuburkan bumi. Tetapi bukan saja untuk kami yang kami hendakkan kesuburannya. Para petani Yahudi telah mula mengajar saudara-saudara mereka, para petani Arab, untuk mengusahakan tanah dengan lebih baik; kami mahu mengajar mereka lebih jauh: bersama mereka kami mahu mengusahakan tanah itu – untuk berkhidmat kepadanya, seperti kata pepatah Hebrew. Semakin subur tanah ini, semakinlah banyak ruang bagi kami dan bagi mereka. Kami tidak berhasrat untuk merampas harta mereka: kami mahu hidup bersama mereka. Kami tidak mahu menguasai mereka: kami mahu berkhidmat bersama mereka …”

Pada awalnya, ada juga pemimpin-peminpin Arab yang mengalu-alukan kedatangan bangsa Israel ke Palestin. Pemimpin-pemimpin ini termasuk Sherif Hussein, penjaga tempat-tempat suci Islam di Semenanjung Arab dan Dawood Barakat, editor akhbar Mesir Al-Ahram. Ingat kembali waktu Pertubuhan Pembebabsan Palestin (P.L.O.) pada Mei 1964: Piagamnya secara rasmi menuntut pembubaran negara Israel. Sekarang mereka sudah menerima konsep dua negara: Israel dan Palestin, tetapi ada satu puak Arab dan Islam yang mahu kembali kepada pendirian Fatah 45 tahun dulu! Ini hanya mengulang sejarah tanpa penyelesaian!

Tuhan memerintah kita supaya berdamai, jika musuh minta berdamai. Iktiraf hak bangsa Israel untuk menubuhkan negara mereka di bumi Palestin; pada masa yang sama, berunding untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang memenuhi kedua-dua cita-cita kebangsaan orang Palestin dan orang Israel.


Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim1234@gmail.com Laman web beliau http://www.kassimahmad.blogspot.com/

14 comments:

Ampuan Awang said...

Assalamu'alaikum Pak...

Satu ulasan yang cukup menyedarkan kita semua... Membuka minda kita semua untuk merenung balik kesilapan kita dan segera memperbaikinya...

Mohamad Farez Abdul Karim said...

Tetapi Pak Kassim,

Dalam Quran ada tertulis, "mungkin apa yang kamu benci itu sesuatu yang baik di sisi Tuhan, mungkin juga sebaliknya, hanya Allah yang tahu."

Anonymous said...

Dunia arab seharusnya yang dipersalahkan kerana tidak membantu rakyat Palestin seperti Mesir yang menutup sempadan.

Unknown said...

I was asked recently by a blogger why I don't blog i.e have my own blog...instead of just posting comments here and there...

Why do I need to blog when Kassim Ahmad echoes most of my thoughts. Thanks Pak Kassim for posting something which is not based on religious and political sentiments.

See things from historical perspective. Orang Islam (orang Melayu) suka menuding jari. Semuanya salah orang, Muslims are free from blame. What Muslims do no matter how `unislamic' the actions are will always be justified.

It sickens me that the voice of wisdom (especially from the local blogging community) is hardly heard.

Imagine if Muslims were to rule again, I am sure the genocide will continue..Syiah vs Sunni.

If `holier than thou' remains the credo, instead of `respecting others'...this downward spiral will just continue.

It also scares me that this concept of imposing one's idea to others is also showing its ugly head among the so called `religious community'.

Tolerance is no longer upheld. At the end of the day, it will be no different that Bush's infamous speech after 911...Join us, if not you are one of them.

wallahualam

maurice said...

Pak Kassim,

Good posting.

The Israeli-Palestinian issue will continue to bedevil international order for many years to come.

There is nothing much the Arab states and OIC could do anything about it as Israel is fully supported by the West.

Anonymous said...

very good reading...those holier-than-thou should read this....

Anak Deddy said...

Salamun Alaikum Tuan Kasim,

Bila saya berbincang dengan kawan-kawan mengenai ayat-ayat AlQuran bahawa terdapat hak pada tiap makhluk termasuk manusia dan mengaitkan pula isu Israel dan Arab dibumi Palestin, rata-rata meberi reaksi berbentuk kemarahan kepada saya dengan memberi label Pro Israel. Inilah yang menyedihkan saya kerana isu seperti ini sebenarnya boleh diselesaikan jika bangsa Arab tidak angkuh dan mahu berkompromi dengan Israel bagi membentuk keharmonian dan keamanan. Mereka mendakwa bahawa bangsa Israel adalah bangsa yang dilaknat berterusan oleh Allah. Benarkah Allah begitu? Sedangkan didalam Al-Quran Allah berfirman: 2:47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan bahawa Aku melebihkan kamu di atas semua alam,(ada diulang beberapa kali). Dan seperti juga mereka yang hidup dibawah kenabian Muhammad, terdapat sebilangan besar memalingkan wajah dari perintah Allah seperti sebahagian besar Bani Israel seperti terjemahan dibawah:

2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling, [b]kecuali sedikit daripada kamu[/b], dan kamu memalingkan.

Dan jika dirujuk ayat ini, bukan semua Bani Israel dilaknati Allah:

5:78. [b]Telah dilaknati orang-orang yang tidak percaya daripada Bani Israil[/b] oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.

Jika diselidiki perkataan laknat dalam AlQuran, maka sesiapa sahaja yang menjadi tidak percaya(kafir) kepada Allah dan apa yang telah ditentukanNya seperti Nabi, malaikat, kitab-kitabNya dll(rujuk AlQuran)mereka juga adalah dilaknat. Jadi pada saya hak setiap makhluk itulah yang sepatutnya menjadi tunjang dala mmenangani isu Arab dan Israel.

Dan apakah ayat dibawah ini hanya eksklusif untuk orang islam sahaja?

49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

orang timur said...

salam sejahtera bapak...

terus terang saya katakan bahawa orang melayu hari ini sudah tidak lagi berada di landasanNya. kebanyakannya tidak beriman kepadaNya. tempuh masanya ialah kira-kira 1430 tahun semakin lama dan jauh dilalaikan dengan kehidupan dunia dan perhiasan dan lebih gemar mengikut kepercayaan nenek moyang bukannya mengikuti ajaran allah, rasulNya dan al quran.

apa lagi yang ada?

Unknown said...

Salam Pak Kassim.

Idea-idea dan tulisan Pak Kassim selalu sahaja mengagumkan saya, tambahan pula dengan konsistensi penulisan Pak Kassim.

Cuma,saya mohon bertanya,apakah harganya kekejaman Israel keatas peribumi palestine sejak peristiwa Nakbah?

tempoh 40 tahun itu jika dikenang-kenang sahaja pun bisa menyalakan api dendam.Salahkah Hamas, memilih jalan perjuangan yang ingin memerdekakan Palestine daripada penjajahan Israel dan mewujudkan negara Palestine yang berdaulat.

Adakah Israel berhak terhadap bumi Palestine walaupun seinci, sedangkan dulu, mereka yang meninggalkannya dek kerana kesombongan mereka sendiri?

anonymous said...

i have nothing againsts the jews, no hatred whtsoever. hwvr, the killing of palestinians is extremely cruel.

the zionists are establishing powers through false "faith". they believe they have right to own what is not theirs. even some jews were againsts this.

quran - (ayat-ayat allah, janji-janji nya, hukum halal, haram, apa yang hak, dan apa yang batil) adalah untuk sekalian manusia, tidak dikhas kan untuk muslim sahaja.

pak kassim,

saya fikir, bukan tuhan tidak bersama mereka. tetapi hal ini adalah tanda dunia akhir zaman. di mana peperangan dan pertumpahan darah antara yahudi, dan muslim.

telah dinyatakan, kemenangan bukan sekarang.

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt & salam sejahtera.

Tidak dapat dinafikan semua kita ( rakyat & pemimpin ( BN @ PR ) )tahu apa ciri-ciri pemimpin yg benar2 boleh membawa perubahan positif kepada Malaysia. Cuma adakah rakyat mahukan pemimpin2 yg sebegitu ( atau adakah di mulut lain di hati lain ) dan adakah wujud ciri-ciri itu di kalangan pemimpin2 kita ataupun adakah pemimpin2 kita ada ciri2 tersebut dan mahukan ciri-ciri tersebut.Kita sendiri tahu jawapannya.............

Nampaknya, masih panjang lagilah perjalanan kita untuk memartabatkan agama,bangsa dan negara ini.Samada kita berjaya atau gagal, wallahua'lam.

Kepada semua rakyat dan pemimpin - persoalan dan jawapannya berada di tangan anda semua. Anda berhak dan bertanggungjawab menentukan hala-tuju negara kita. Jika "A" yg anda mahukan, maka "A"lah yg anda akan perolehi dan janganlah menundingkan jari menyalahi orang lain pulak.

Kesal dahulu pendapatan, kesal kemudian tidak berguna.

Wassalam.

jazrul said...

kita hidup mesti lah berpandukan pasa Al-quran

web design

Bustanul Bey said...

Saudara Kassim,

Saya bersetuju dengan pandangan saudara mengenai pedamaian antara bangsa Arab Palestin dengan Israel. Keputusan yang hendak dicapai haruslah mengambil kira pandangan kedua - dua belah pihak agar keamanan tercapai.

Secara sejarahnya tanah Palestin telah dirampas oleh bangsa Yahudi, jelas sekali bangsa Yahudi telah mencuri hak orang Arab Palestin dengan mengambil tanah mereka secara haram. Cadangan agar kedua - dua belah pihak dibahagikan tanah mereka secara adil amatlah tidak dipersetujui, soalnya disini kenapa kita harus memberi hak kita yang sah kepada pencuri.

Harus diingat, tidak semua bangsa Yahudi bersetuju dengan pendudukan bangsanya ke atas tanah Palestin. Penubuhan negara Zionis Israel telah diasaskan oleh pertubuhan Zionis yang berfahaman sekular. Dikalangan bangsa Yahudi yang berfahaman ortodok, tanah Arab Palestin haruslah dikembalikan kepada tuannya yang asal iaitu bangsa Arab Palestin. Ini kerana berdasarkan amalan kitab Taurah, bangsa Yahudi telah dihukum oleh Tuhan keluar dari tanah Palestin tersebut keseluruh pelusuk dunia kerana dosa mereka terhadap Tuhan. Sehinggalah Tuhan akan mendatangi nabi untuk membawa mereka kembali ke tanah tersebut setelah dosa mereka diampun oleh Tuhan. Jelas disini, Zionis adalah pertubuhan sekular yang tidak berpaksikan amalan atau ajaran agama sendiri tetapi lebih merupakan pertubuhan politik yang mempunyai agenda tersendiri, manakala nabi adalah merupakan manusia yang telah dipilih oleh Tuhan tetapi bukan merupakan pertubuhan.

Dengan menggunakan kebijaksanaan mereka dalam meyakinkan bangsa Yahudi bahawa usaha mereka adalah tugas murni yang telah dipertanggungjawabkan oleh Tuhan kepada mereka, jelas sekali ini adalah satu bentuk penipuan untuk meraih sokongan politik terhadap mereka.

fauzi said...

saya pun setuju
malaysia seo