SETAHUN KEPIMPINAN NAJIB
Oleh: Kassim Ahmad
kassim1234@gmail.com
16 April, 2010
Diperpanjang sedikit pada 1 Mei, 2010
Seorang ahli falsafah Amerika telah berkata: “Jangan bercakap tentang jenayah. Siapa yang tidak melakukan jenayah?” Benar. Musa telah membunuh seorang rakyat Mesir pada zaman kuno. Beliau diampun oleh Tuhan Maha Pengampun dan diangkat pula menjadi nabi. Najib telah dikaitkan dengan pelbagai jenayah. Namun partinya, dan melalui partinya, rakyat Malaysia telah mengangkatnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima, menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.
Setelah setahun, banyak dasar dan program yang telah beliau lancarkan: gagasan “1 Malaysia: Rakyat didahulukan; pencapaian diutamakan”, Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi (Model Ekonomi Baru/MEB), pendekatan beliau “turun ke bawah” secara spontan tanpa dijadualkan, dan lain-lain telah “menimbulkan harapan dan rangsangan yang besar di kalangan rakyat,” mengikut kata-kata president MCA yang baru, Dr. Chua Soi Lek. Surat-surat kepada akhbar telah memuji beliau. Beberapa orang cerdik-pandai dalam temu-bual di t.v. telah memberi sokongan kuat kepada dasar-dasar belaiu. Satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah badan bebas, Pusat Merdeka, telah menunjukkan markah yang telah meningkat bagi beliau (68%), dibanding dengan yang diperolehnya waktu beliau mengambil-alih teraju kerajaan dan parti(44%).
Dalam sebuah artikel tidak lama dulu, saya menyebut beliau mungkin mengikut jejak-langkah bapanya serta mencapai kejayaan-kejayaan besar, seperti yang dicapai oleh bapanya. Dalam pada itu, saya menyatakan beliau menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar daripada bapanya. Beliau mewarisi sebuah parti yang sudah banyak rosak, dan ekonomi global yang berada dalam keadaan krisis besar. Walau bagaimana pun, petunjuk-petunjuk awal bagi ekonomi Malaysia dan bagi beberapa bidang lain menampakan keberkesanan prestasi beliau. Dalam wawancara beliau dengan dua orang wartawan di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, beliau menunjukkan pengertian dan pemahaman beliau yang mendalam tentang pelbagai isu. Jawapan-jawapan beliau mengalir keluar deras seperti air anak sungai yang jernih turun dari bukit!
Saya tidak bertujuan untuk mengulas panjang tentang dasar-dasar besar yang telah beliau lancarkan. Saya yakin tentang keseriousan beliau. Beliau sendiri telah membuktikan komitmen beliau kepada dasar-dasar ini, walaupun beliau menunjukkan beliau seorang ahli politik yang bijak yang sanggup mengulangkaji sesuatu dasar serta memindanya untuk mempastikan dasar-dasar itu berjaya.
Sesetengah kalangan gusar tentang MEB beliau; mereka bimbang dasar afirmatif menolong kaum yang masih di belakang akan dihapuskan. Sesetengah pula bimbang tentang dasar dialog antara agama. Apa yang perlu dipastikan oleh semua kaum ialah bahawa dasar-dasar itu adil, mengutamakan merit, di samping menolong mereka yang perlu dibantu. Semua rakyat dari semua kaum mesti yakin akan kebolehan mereka sendiri dan bekerja bersungguh-sungguh. Biar banyak kerja daripada banyak berbantah!
Apa yang ingin saya timbulkan ialah transformasi parti. Saya belum melihat dasar beliau tentang transformasi UMNO, tonggak kepada gabungan Barisan Nasional, yang ditubuhkan oleh bapanya. Saya sungguh gembira apabila beliau menyatakan pada awal beliau memegang jawatan presiden UMNO bahawa semua ahli dan kader UMNO perlu diberi kursus politik. Kursus politik yang saintifik, bukan nostalgia! Sudahkan ini dijalankan? Apakah isi kursus politik ini? Rakyat ingin tahu tentang trasformasi UMNO.
Parti terdiri daripada para pejuang bangsa. Mereka memasuki parti dengan sukarela, sedangkan kerajaan terdiri dari anggota-anggota yang dibayar gaji. Inilah perbezaan polok antara parti dengan kerajaan. Parti boleh disifatkan sebagai enjin bagi sebuah kereta, atau sebagai kepala keretapi kepada sebuah keretapi. Tanpa kepalanya, keretapi tidak boleh bergerak. Tanpa parti (dalam satu bentuk atau lain), masyarakat tidak boleh bergerak. Kerana inilah timbul teori “Parti menguasai Kerajaan”, bukan sebaliknya, yakni kerajaan menguasai parti.
Falsafah penting bagi sebuah masyarakat, kerana falsafahlah dalam suatu bentuk atau lain yang memandu masyarakat itu. Dalam hal ini, ia boleh disamakan dengan agama. Tetapi, manakala agama terdiri dari unsur-unsur kepercayaan, yang biasanya tidak boleh dipertikai (Islam sebenar dikecualikan, kerana ia agama kebenaraan), falsafah bersifat rasional dan unsur-unsurnya boleh didebat.
Apakah falsafah UMNO? Pragmatisme? Pragmatisme ialah nama lain bagi oporcunisme, yang UMNO tidak perlukan. UMNO mesti ada sebuah falsafah perjuangan kebangsaan. Dalam satu artikel lain, saya telah menyebutkan lima kandungan falsafah kebangsaan ini, iaitu Nasionalisme Melayu, Nasionalisme Malaysia, Keadilan, Musyawarah, dan Internasionalisme atau Humanisme. Semua unsur ini mestilah berdasarkan kebenaran. Nasionalisme Melayu itu benar kerana ia tonggak kepada masyarakat Malaysia. Nasionalisme Malaysia itu benar kerana ia menjadi asas kepada masyarakat Malaysia. Keadilan itu benar kerana ia bertapak di hati semua semua rakyat Malaysia. Musyawarah itu benar kerana ia mewakili kaedah pertadbiran yang terbaik bagi parti/kerajaan/kumpulan. Akhir sekali, internasionalisme atau humanisme itu benar kerana negara dan rakyat Malaysia sebagian dari masyarakat dunia.
Apabila ahli-ahli UMNO diajar falsafah perjuangan ini, secara automatik parti akan terpelihara dari penyelewengan dan kerosakan. Ahli-ahli UMNO sendiri akan menjaga partinya. Pada peringkat awal, orang Melayu dan kaum-kaum lain bersatu untuk memperjuangkan kemerdekaan. Semangat dan teriakan kemerdekaan melancarkan kita ke arah negara-bangsa Malaysia. Sekarang kita sudah mencapai kemerdekaan itu, semangat dan emosi kemerdekaan tidak cukup, dan mungkin tidak sesuai lagi. Apa yang diperlukan ialah suatu kaedah yang rasional atau saintifik untuk membawa kita ke depan.
Kita beri suatu contoh tentang parti sebagai enjin masyarakat. Sekarang setelah lebih 50 tahun kita merdeka, kemiskinan masih ada di kalangan kita. Progrem t.v.1 "Bersamamu" mempamerkan masalah ini tiap-tiap minggu. Kita tahu bahawa cawangan parti UMNO atau sekutunya ada di semua bandar dan kampung. Jika parti ini betul-betul menjalankan tugasnya sebagai pemimpin rakyat, cawangan-cawangan ini harus tahu taraf sosio-ekonomi setiap penduduk di kawasan mereka. Mereka boleh melaprkan penduduk-penduduk yang miskin yang memerlukan bantuan. Kemudian kerajaan, termasuk parti boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya (bantuan kewangan, dan kursus-kursus motivasi dan ekonomi) untuk membasmi kemiskinan ini. Denagn demikian, masalah kemiskinan di negara kita dapat diatasi dalam masa yang singkat.
Itulah peranan parti sebagai pemimpin rakyat. Dengan bersenjatakan falsafah politik kebangsaan yang telah kita gariskan di atas, parti boleh menjalankan tugasnya sebagai pemimpin rakyat dan bangsa. Kita hendak melihat Najid dan pimpinan tinggi parti merumuskan dasar transformasi UMNO supaya UMNO sebagai tonggak Barisan Nasional boleh bangkita semula dan menjadi enjin transformasi-transformasi negara keseluruhannya.
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
29 comments:
Kebangkitan semula Empayar Melayu Malaka http://1asalama.blogspot.com
satu artikel yg baik untuk santapan rohani seluruh warga Malaysia dan marilah kita berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi dan membimbing YAB Perdana Menteri kita untuk terus menerajui Negara tercinta ini agar menjadi Negara yang harmoni dan stabil sepanjang masa..amin...
Satu artikel yang ringkas tapi padat dengan input-input yang membina. Keterujaan tuan dalam menulis artikel sebegini rupa memberi impak yang dalam bagi sesiapa yang membacanya. Apapun akhirannya... marilah kita memanjatkan syukur kepada Allah SWT dan memohon kepadaNYA agar YAB Perdana Menteri kita sentiasa diberi petunjuk dan kebijaksanaan untuk menerajui negara yang tercinta ini... Amin...
Satu artikel yang ringkas tapi padat dengan input-input yang mendalam pengertiannya bagi telah dan akan membaca artikel ini. Keterujaan tuan dalam mengolah dan mengupas isu-isu seperti ini memberi impak yang berkesan agar keseluruhan penghuni bumi tercinta ini membuka mata dan minda supaya lebih prihatin... Apapun akhirannya..marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk jalan kepada YAB Perdana menteri kita dalam menerajui kepimpinan negara..
satu artikel yang berkesan
satu artikel yang berkesan...
salam ziarah...salam persaudaraan sesama islam dan insyaAllah salam satu akidah...
ehhmmm..."Tanpa parti, masyarakat tidak boleh bergerak maju"...bagi saya...tanpa masyarakat parti yg tdk boleh bergerak.
wallahu'alam.
pak kassim tak komen bagaimana najib rampas kerajaan perak daripada pakatan rakyat yg dipilih oleh rakyat dgn rasuah, perempuan sprm? sekarang beliau sering bercakap hendak merampas selangor pula. Inikah dia demokrasi? Pakatan Rakyat tiada tempat untuk merujuk kecuali kpd rakyat dlm pilihanraya kerana mereka tidak boleh berharap kpd mahkamah yg dikuasaai oleh najib. Mengapa najib tidak berani mengadakan pilihanraya di perak untuk mengesahkan legitimasi bn?
pak kassim tak komen mengenai kontrak 1malaysia yg diberi kpd apco, sebuah syarikat a/bangsa yg mempunyai hubungan rapat dng israel. apakah pak kasssim tidak mempunyai sebarang simpati terhadap rakyat palestin yg diperkosa oleh yahudi israel?
pak kassim tak lihat bagaimana bn najib menggunakan berjuta ringgit untuk membeli undi di hulu selangor?
pak kassim tak tahu ke mana pergi bala, private investigator razak baginda yg membuat akuan bersumpah mengaitkan najib dgn altantuya yg telah diletupkan. Kemudian beliau membuat akuan bersumpah kedua menafikan akuan bersumpah yg pertama. Siapakah agaknya yg paksa beliau buat akuan bersumpah kedua dan terpaksa lari ke luar negara. Peguamnya juga terpaksa lari ke luar negara. Sekarang penyiasat dari peranchis sedang menyiasat rasuah pembelian kapal selam dimana najib adalah menteri pertahanan pd masa itu. kita lihat sama ada kerajaan malaysia mahu atau enggan memberikan kerjasama.
pak kassim bukan sahaja terpesong dlm islam tapi trpesong juga dlm melihat politik malasyia sehingga membandingkan nabi musa s.a.w. dgn najib durjana itu.
Salam,
Saya tak tergamaklah nak menghukum seseorang individu itu durjana atau tidak, sebab saya sendiri tidak tahu bagaimana penilaian Allah terhadap diri saya.
Namun apa yang saya nampak sejak DS Najib dilantik sebagai PM, beliau telah menyuntik motivasi kepada orang-orang yang mahu mengubah nasibnya sendiri. Maknanya jika seseorang itu ada kesedaran untuk berusaha mengubah nasibnya sendiri, orang itu boleh berjaya di bawah pemerintahan pemimpin sebegini. Tetapi jika seseorang itu hanya hidup untuk "mengondem" orang lain, dikurniakan pemimpin seperti Nabi Sulaiman pun dia akan kata durjana juga. Sampai bila-bila pun bangsanya tak maju-maju.
:)
Pak Kassim,
Saya menetap diUK skrg. Bagaimana saya ingin membeli buku 'Hadis-Satu Penilaian Semula'? versi BM.
Sekian
Sdr Buragas Alam yang budiman,
Dalam bahasa Melayu buku itu telah diharamkan di Malaysia.
Terjemahannya ke dalam bahasa Inggeris (Hadith: A Re-evaluation) boleh dibeli dari Masjid Tucson, Arizona, A.S. Alamat e-mel mereka: atau
Alamat suratkepada En. Abdullah Arik.
hai juang, kalau condemn nabi tu org kafir namanya macam pak kassim yg tolak hadith dan mengatakan hadith itu omong2 kosong dan yg ini anda tak komen.
pemimpin yg jahat kita tidak boleh sanjung sebab dia membawa kesan kpd seluruh negara dan rakyat. Kita kenalah beritahu kpd semua org supaya mereka tidak pilih pemimpin yg jahat macam najib. akhir zaman org jahat jadi pemimpin dan disanjung pula.
Semasa lawatan najib ke amerika, satu iklan gambar rosmah telah keluar di new york times sebagai first lady of malaysia. mengikut perlembagaan malaysia first lady ialah permaisuri agong. iklan tersebut dibayar oleh ketua menteri sarawak berharga rm10juta. inikah pm harapan juang dan pak kassim?
gambar tersebut boleh dilihat di http://darisungaiderhaka.bolgspot.com
Pada pengetahuan saya, Permaisuri Agong ialah 'Royal Highness of Excellency'. Manakala, 'First Lady' adalah diunjurkan kepada mana2 isteri ketua negara dan negara yg tiada beraja. Ia membawa maksud yang amat berbeza. Maksud yg ingin disampaikan oleh saudara yg tidak bernama agak kabur.
1. Yang menandatangan "Tak Bernama" ini menjadi suara Pembangkang tanpa fikir. Orang bodoh!
2. Dia tidak membaca buku saya "Hadis- Satu Penilaiam Semula" dengan teliti. Dia bukan ikut fikiran yang rasional. Dia turut membuat fitnah terhadap saya. Apa hukum orang menabur fitnah?
3. Dia tahukah siapa yang membunuh Altantuya? Kalau tak tahu, jangan buka mulut!
4. Siapa kata rasul tidak boleh dijadian contoh? Kalau jahil, jangan bercakap!
5. Dimanakan satu muka iklan berharga RM 10juta? Sudahlah jahil, bodoh pula!
Wahai Kassim Ahmad,
1. saya tak pernah panggil org lain bodoh dlm forum di internet tapi hanya bincang/komen pandangan yg mereka utarakan. Kalau ada pandangan yg terlalu bodoh, saya tinggalkan sahaja. Sebab saya brpndpt hanya org bodoh sahaja yg panggil org lain bodoh.
2. mengenai pembunuhan altantuya, sy ingat pak kassim tidak mengikuti kes tersebut secara teliti tapi hanya mempercayai apa yg keluar dlm media terkawal kerajaan. perbicaraan pembunuhan altantuya hanyalah satu sandiwara untuk menutup kes tersebut:
a. dua anggota polis yg tertuduh tidak mempunyai motif untuk membunuh. Adakah dgn senang mereka membunuh org tanpa arahan spesifik dari pegawai atasan mereka?
b. tidak disebut dlm mahkamah dari mana mereka mendpt bahan letupan c4. bahan ini hanya blh didpti dari tentera.
c. peguam mereka dilantik oleh pihak berkuasa, bukan mereka sendiri. jadi, hakim, pendakwa dan peguam bertindak sebagai pelakon untuk satu sandiwara menutup kes pembunuhan altantuya dan ramai penuntun spt pak kassim percaya bulat2;
d. bagaimana rekod imigresen keluar masuk altantuya dan sdra2nya boleh hilang/padam? kita tahu sistem maklumat penting tidak blh hilang begitu sahaja, mesti ada sistem back up dan sebagainya. siapa yg blh arahkan rekod tersebut dipadamkan?
e. mengapa muka dua yg tertuduh ditutup sepanjang perbicaraan? ini tidak pernah berlaku. org ramai tidak akan tahu siapa sebenarnya mereka ini. tidak mustahil setelah masyarakat lupa isu ini mereka akan muncul dng identiti lain. (kita tahu bgmn pendaftaran negara bersekongkol dng spr dan umno menipu daftar pengundi).
Mengenai Rosmah sebagai '1st lady", dlm hubungan antarabangsa biasanya hanya isteri presiden dipanggil 1st lady. tetapi tidak pernah isteri perdana menteri dipanggil 1st lady kerana dlm kes malaysia org no. 1 ialah agong (yg melantik pm) dan permaisuri agong mengambil keutamaan (precedence) selepas agong (berdasarkan perlembagaan malaysia). Tetapi rosmah yg gila kuasa perasan dialah 1st lady dan ada pula pengampu yg mahu menggelar beliau begitu.
Kita bincangkan sahaja isu2 ini, tak payahlah kata saya ini menjadi suara pembangkang dan bodoh.
Hai Orang yang Tak Bernama,
1. Coba zahirkan diri anda supaya orang yang berbincang di sini boleh tahu siapa anda sebenarnya. Jangan berselindung di sebalik nama samaran dan hentam orang lain.
2. Tidakkah perbuatan mengikut buta-tuli itu bodoh dan jahil?
3. Tidakah perbuatan membuat fitnah itu jahat?
Kepada Yang Tak Bernama,
Cuba guna akal yang waras dan ilmu pengetahuan agar dapat mengimbang apa yang benar dan apa yang tidak betul.
Anda seorang yg semberono. Minta saya mohon kalau saya katakan 'Anda gagal meletakkan diri sebagai ahli forum yang berkualiti untuk berdiskusi'.
Wassalam
Hai Yang Tidak Bernama,
1. Anda tuduh saya "anti-Hadis" dan "sesat". Anda tuduh saya "ampu Najib". Kemudian bila saya kata anda jahil dan jahat, anda marah.
2. Saya berkata demikian, kerana beratus kali saya sudah menerangkan bahawa saya tidak menolak semua hadis. Kedua-dua buku saya HSPS dan HJKP sangat jelas tentang perkara ini.
3. Banyak kali saya kritik UMNO dan saya tegur Najib. Semua orang tahu ini. Mengapa anda kata saya ampun Najib.
4. Kemidian anda hairan mengapa saya buat perkara yang anda tuduh itu, kerana anda sendiri berkata saya tidak ada kepentingan untuk berbuat begitu. Betul, saya tidak ada kepentingan, kecuali untuk menegakkan kebenaran
5. Saya puji Najib, kerana saya nampak dia bagus. Bangsa kita memerlukan pemimpin yang bagus. Tidak ada pemimpin yang tidak buat silap. Yang penting bukan kesilapan, tetapi perjuangan seseorang pemimpin itu.
6. Bila saya meminta anda menzakirkan diri dan jangan berselindung di sebalik nama samaran (lalu menghentam orang)
anda jawab siapa anda tidak penting, kerana yang penting itu apa yang anda kata. Ini klise dan tidak benar. Orang hendak dengar pandangan seseorang yang jujur dan boleh dipercayai, bukan semberangan! Cuba banyangkan Quran itu dibawa oleh seorang yang tidak bernama!
7. Jadi, fikirlah sebelum buka mulut!
salam pak kassim..
saya tgk kenyataan kamu dikomen mengatakan kamu menjadikan nabi sebagai contoh dan di artikel kamu sebaliknya..kamu MENYAMAKAN najib-zionis sama dengan nabi musa..jangan putar belit pak kassim
kamu sama sahaja denan najib kerana itulah puak2 yang bersekongkol dengan yahudi bermakna puak yang perlu ditentang kamu dan najib adalah puak islam yang menadi musuh dalam selimut didalam islam
saya sertakan bukti kerjasama antara najib-zionis dengan apco:
http://www.fara.gov/docs/4561-Exhibit-AB-20090727-8.pdf
Salam,
Dalam Al Quran, tidak dikhabarkan Nabi Musa mengatakan seseorang individu itu zionis (atau gelaran lain). Malah dengan Firaun yang zalim itu pun Allah suruh Nabi Musa berhikmah menghadapinya.
Jadi, di antara orang yang mengatakan Najib adalah zionis dengan Najib yang tidak melabelkan orang tersebut sebagai zionis, sudah pasti Najib menepati sifat Nabi Musa yang tidak melabel-labelkan orang lain itu.
Saya membaca tulisan in berkali -kali kerana saya tidak mahu dipanggil "anus"nymous membaca tahap kanak -kanak tadika.
Sila baca paragraph kedua terakhir dan yang terakhir , pembaca yang belum bersedia dengan tulisan seorang cendekiawan, pembaca yang berpura -berpura intelek ,pembaca syok sendiri,pembaca yang mahu menjadi jagoan dan mencari publisiti murah tidak perlu membaca blog ini.Segala personal attack terhadap seseorang adalah perbuatan tidak gentleman.
Afterall, this is something for you to read it is from a viewpoint of an individual.From my view and trust me, I am neither a follower of UMNO neither Najib ,this message come across to me as urging us to make changes by ourselves.
Your message had ben sent clearly to me Mr Kassim.
sikap rasional mengadakan perbahasan yang baik: “ … dan debatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik.” (Quran, 16: 123)
1. Terima kasih kepada mereka yang menghargai tulisan-tulisan saya. Seperti yang kerap saya katakan, segala pujian milik Allah.
2. Kita mahu dengar pendapat orang yang cerdik, jujur, amanah dan bertanggungjawab.
3. Orang yang berselindung di sebalik nama samaran untuk menghentam saya, dia pengecut! Saya tidak akan layang orang semacam ini lagi.
korin&juang:apakah perlu menghormati najib-zionis yang bersekongkol dengan israel dan TIDAK LANGSUNG melaksanakan hukum islam dimalayisa??dia hanya mementingkan undang2 barat,kepada juang..setinggi manapon kamu menyukai pemimpin najib-zionis kamu tu..TETAP tidak boleh disamakan dengan sifat nabi,juang..tak perlu nak berlagak
dan korin pula,terpulang kamu nak kata saya ptak tadika..tetapi kamu kena tengok situasi yang saya ceritakan..dan kamu pula maseh nak menyokong najib setelah islam tidak dilaksanakan sepenuhnya dimalaysia..dan kamu korin,panndai menggunakan ayat2 alquran,kaji dahulu sebelum menggunakannya..orang macam kamu,juang dan pak kassim tak perlu berbahas secara baik kerana kamu tetap akan menyokong dasar sekular dan liberal dan menolak islam
Izinkan kami quote semula jawapan Pak Kassim kepada insan "Tak Bernama". Moga-moga dia insaf jika mahu insaf (bold feature adalah tambahan kami sendiri, sebagai penekanan):
[Beginning of quote]
1. Yang menandatangan "Tak Bernama" ini menjadi suara Pembangkang tanpa fikir. Orang bodoh!
2. Dia tidak membaca buku saya "Hadis- Satu Penilaiam Semula" dengan teliti. Dia bukan ikut fikiran yang rasional. Dia turut membuat fitnah terhadap saya. Apa hukum orang menabur fitnah?
3. Dia tahukah siapa yang membunuh Altantuya? Kalau tak tahu, jangan buka mulut!
4. Siapa kata rasul tidak boleh dijadian contoh? Kalau jahil, jangan bercakap!
5. Dimanakan satu muka iklan berharga RM 10juta? Sudahlah jahil, bodoh pula!
[End of qoute]
Semua komen "Tak Bernama" yang saya baca nampaknya memadai dengan jawapan di atas - walaupun ia menyentuh beberapa isu khusus, tetapi pada masa yang sama mengandungi ciri-ciri induktif. Maka kami, Musa dan Harun, menyokong penuh jawapan Pak Kassim ini.
Sudah kata hadis itu "omong2 kosong" kemudian kata tidak menolak semua hadis. Setelah sekian lama pak kassim menolak hadis dan mengatakan Quran itu lengkap dan tidak perlukan hadis, mungkin pak kassim dah buat senarai hadis mana yg diterima dan hadis mana yg ditolak. pak kassim hanya memberikan 2-3 hadis sahaja yg dikatakan bertentangan dengan Quran, itu sahaja.
(1) Hadis yang bertentangan dengan Quran itulah omong-omong kosong, lahwul-hadis, walaupun tidak semua hadis itu bertentangan dengan Quran.
(2) Quran tidak perlukan Hadis dalam penafsirannya. Maka kita menolak Hadis sebagai 'jurutafsir', seolah-olah tanpa Hadis manusia tidak akan memahami Quran. Walaubagaimanapun, hadis-hadis yang selaras dengan Quran itu diterima pakai. Jangan lupa bahawa Quran itu (i) lengkap, (ii) sempurna, (iii) terperinci.
(3) Sunni menganggap bahawa kitab hadis yang paling sahih adalah sahih Bukhari (the most authentic books of Hadis). Jika beberapa hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari terbukti kepalsuannya, ia mencelikkan mata kita bahawa keseluruhan hadis yang didakwa sahih sebelum ini harus melalui penilaian semula. Inilah, antara lain, yang dibincangkan dalam "Hadis: Satu Penilaian Semula".
(4) Tugas menilai semula hadis itu bukan tugas istimewa seseorang individu, tetapi tugas setiap orang yang celik, sebagai individu-individu yang berdaulat.
Kepada Sdr2 Musa & Harun:
1. Berbanyak terima kasih kerana sokongan Sdr2 itu.
2. Saya tidak menafikan seseorang penulis/pengulas memakai nama samaran. Yang saya bantah ialah mereka yang berselindung di sebalik nama samaran untuk membuat kecoh.
3. Perbezaan pendapat itu lumrah dan ada baiknya. Tetapi membuat fitnah lain sekali!
Kepada Sdr Melayu: tepat sekali huraian Sdr itu. Persis seperti yang telah saya katakan dalam buku HSPS. Terima kasih.
Wassalam.
Wassala.
Kepada Sdr2 Musa & Harun:
1. Berbanyak terima kasih kerana sokongan Sdr2 itu.
2. Saya tidak menafikan seseorang penulis/pengulas memakai nama samaran. Yang saya bantah ialah mereka yang berselindung di sebalik nama samaran untuk membuat kecoh.
3. Perbezaan pendapat itu lumrah dan ada baiknya. Tetapi membuat fitnah lain sekali!
Kepada Sdr Melayu: tepat sekali huraian Sdr itu. Persis seperti yang telah saya katakan dalam buku HSPS. Terima kasih.
Wassalam.
Wassala.
Post a Comment