Tuesday, January 25, 2011

TRAGEDI BERNAMA ISLAM

Oleh: Kassim Ahmad

kassim311@yahoo.com
25 Januari, 2011


Bayangkan jika hari ini Nabi Muhammad turun balik ke Malaysia (tentunya tiada siapa yang mengenal beliau), apa akan jadi? Beliau akan melihat orang Islam mendakwa nama "Allah" itu milik mereka saja; orang Islam tidak mahu berdebat tentang agama dengan orang bukan-Islam kerana takut; orang Islam bergaduh sama sendiri kerana berbeza mazhab; orang Islam mahu bergaduh dengan orang bukan Islam kerana azan; orang Islam melarang orang bukan-Islam memberi salam; orang Islam ada kasta paderi, seperti orang Hindu dan Kristian; dan banyak lagi ajaran baru yang tidak diajar oleh beliau tetapi yang diamalkan oleh orang Islam. Beliau akan menitiskan air-mata, dan akan menegur mereka. Lalu orang Islam akan menghalau beliau keluar dari Malaysia, kerana beliau bahaya kepada ketenteraman awam!

Inilah "Islam" setelah ia berada di Malaysia selama 600 tahun lebih!

Malah beliau akan menghadapi nasib yang sama di Mekah tempat lahir beliau dan tempat beliau menerima dan menyampaikan Quran kepada dunia.

Inilah sebabnya saya menamakan esei ini "Tragedi Bernama Islam." Tragedi, kerana agama Islam yang direadi Allah bertukar menjadi agama yang tiada bezanya daripada agama-agama lain yang telah menyeleweng, seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan lain-lain; namun orang Islam sendiri tidak menyedari penyelewengan mereka. Saya boleh ketawa, kerana lucunya, tetapi mana boleh saya ketawa? Ini perkara serius. Mana boleh kita ketawa? Kita harus mencari jalan keluar dari penyelewengan besar ini. Sekarang juga.

Saya telah menulis buku, risalah dan banyak esei tentang kejatuhan Islam dan penyelewengan umat Islam. Tentu ramai orang telah membaca tulisan-tulisan ini. Di antara orang-orang yang telah membacanya tentulah termasuk kaum sarjana dan pemimpin-pemimpin politik dan agama. Mengapa mereka tidak bertindak dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya? Mungkin kerana, dalam masa, katalah 100 tahun yang lalu, bermula dengan Jamaluddin al-Afghani (m. 1897) dan Muhammad Abduh (m. 1905), beberapa rumusan penyelesaian yang berbeza telah dikemukakan oleh beratus, mungkin beribu, orang sarjana dan cerdik-pandai yang telah mengkaji perkara ini. Mengapa belum diketemui jawapannya?

Ini bermakna orang Islam sendiri keliru! Umat Islam di seluruh dunia sudah jatuh sejak lama. Tidakkah ini nyata? Tidak perlu kajian!

Ingat kembali amaran Tuhan yang jelas dalam Quran. "Rasul akan berkata: "Tuanku, umatku telah membelakangkan Quran ini. Demikianlah Kami wujudkan bagi setiap nabi musuh dari kalangan mereka yang berdosa. Tuanmu cukup sebagai pembimbing dan penolong." (25: 30-31). Dua ayat yang dahsyat ini wujud dalam Quran dari awal. Bermakna Tuhan Maha Mengetahui nampak kemungkinan umat Islam (zaman Nabi Muhammad) akan melakukan kesilapan yang sama, seperti umat-umat lain dulu, lalu, melalui mulut rasul-Nya Muhammad, mengeluarkan amaran besar ini. Mengapa tokoh-tokoh agama kita tidak memberi perhatian yang cukup kepada amaran ini?
Umpamanya, adat kita, di seluruh dunia Islam, melagukan Quran tanpa faham (bagi mereka yang bahasa Arab bukan bahasa ibunda) jelas melanggar peringatan ini. Bagi mereka yang bahasa Arab bahasa ibunda, mereka diajar supaya merujuk makna ayat-ayat Quran kepada golongan ulama (dengan bahasa lain, kasta paderi!). Kononnya, huraian para paderi ini cukup dan muktamad (istlahnya, ijmak )!
Saya menulis dalam memoir saya, Mencari Jalan Pulang: Tidak ada kaedah yang lebih pintar daripada ini untuk menyembunyikan Quran daripada umat Islam. Seperti yang diungkapkan oleh pegawai-pegawai raja dalam zaman feudal Melayu dulu apabila sesorang itu hendak dihukum: "Sudah sampailah takdir Tuhan kepada anda!" Yakni untuk disembeleh!) Demikianlah umat Islam sudah disembeleh kerana membuat kesilapan-kesilapan yang sama seperti masyarakat-masyarakat agama lain.

Dalam penyelidikan saya, apa yang dipanggil Hadith atau Sunnah itulah punca utama penyelewengan umat Islam. Quran dibuat buku nyanyian; Hadith dibuat buku pegangan! Selepas itu, umat Islam mewujudkan suatu kasta paderi (disebut ‘ulama’, yang tiada dalam ajaran Islam yang asal)) untuk mentafsirkan agama bagi mereka, seperti orang Yahudi, Kristian dan Hindu. Kemudian mereka pisahkan ilmu kepada dua kelompok yang berlainan: ilmu agama dan ilmu dunia.

Ketiga-tiga faktor ini menjaminkan mereka akan kekal terperangkap dalam penjara yang mereka bina sendiri! Malang seribua kali malang! Mereka anggap penjara itu istana yang cantik! Mereka bangga duduk di dalamnya!

Kalau saya hendak menceritakan ini semua dengan terperinci, saya kena tulis sepuluh jilid. Malangnya, saya tidak ada masa. Kita semua pun tidak ada masa. Kita perlu keluar dari penjara ini dengan segera. Nasib baik Quran, satu-satunya buku yang dijamin oleh Tuhan terpelihara daripada korupsi, masih ada pada kita. Quran akan datang balik kepada kita dan kepada seluruh dunia. Inilah yang akan mengeluarkan kita dari penjara dan akan menyelamatkan kita daripada kemusnahan yang menanti.

116 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Kassim,

Saya suka artikel ini. Memang kita tidak ada masa. Bukan mudah nak pecahkan mitos ajaran Islam menyeleweng ini.

Satu-satunya cara yg kita ada ialah penggunaan sains & teknologi. Sejarah membuktikan bahawa kemajuan sains & teknologi selalunya bertentangan dengan ajaran agama.

Seperti penemuan hebat konsep helio-centric oleh Galileo Galilei yang bertentangan dengan kepercayaan agama Kristian. Pihak gereja/paderi percaya bahawa segala objek astronomi bergerak mengelilingi Bumi. S&T mampu membuktikan penipuan agama.

Itulah sebabnya mengapa para agamawan menyeru pengikutnya jangan menggunakan akal. Dan ini juga salah satu punca mengapa sesuatu bangsa itu mundur dan tidak berdaya saing dek larangan penggunaan akal.

S&T merupakan senjata paling berkesan utk memecahkan mitos agama. Tetapi bagaimana?

Saya pernah berdebat dengan seorang pakar agama bertaraf Dr. falsafah di internet. Sy berdebat tentang beberapa penyelewengan ajaran Islam yang sebenar. Maka berlakulah perdebatan sengit antara saya dan beliau.

Pelbagai hadis2 riwayat yang dikeluarkan tapi saya banyak menggunakan ayat2 AQ. Hujah saya yang terakhir ialah bagaimana orang Islam nak tentukan kiblat di Bulan kerana di sana tiada Mekah B. Jawapan beliau ialah, "Industri perlancongan angkasa lepas tidak akan berlaku kerana dunia akan kiamat tidak lama lagi."

Saya jawab hujah beliau berdasarkan ayat 29 surah Al-Baqarah. Disebabkan beliau merujuk kitab IHYA' UMULUDDIN, beliau tidak menemui jawapan untuk membalas hujah saya(dan itulah yang membuatkan beliau sakit hati). Hujah terakhir saya itu tidak disiarkan dlm blog beliau dan saya ditendang keluar dari forum. Topik perbincangan itu juga beliau telah 'delete'.

Kesimpulannya, sehebat mana pun pakar agama itu (paderi, pope, father, imam, 'ulamak', Dr.falsafah sekalipun, dsbg), hujah mereka tetap tidak masuk akal dengan kemajuan Sains & Teknologi:)

-skygyver-

Anonymous said...

Salam Pak Kassim,

Apabila saya berdiri di atas Bulan, saya akan ketawa besar,

"Kahkahakahakah, takde Mekah B kat sini."

Itulah tempat paling sesuai kalau nak ketawa kepada mereka.

-skygyver-

Al Mahadaya said...

Qola Hawa Allaha Ahada(1) Allaha Al Shomada(2) Lama Yalada Wa Lama Yawalada(3) Wa Lama Yakana Laha Kafawa Ahada(4) Al Ikhlas. Kebenaran tetap utuh walau kebanyakan manusia menolaknya.
http://mahadaya-asalama.blogspot.com

Nirnama said...

RAMAI agamawan kita yang amat menyintai Hadis. Dan mereka berusaha dengan sepenuh hati untuk menyemai rasa cinta ini ke dalam diri umat Islam.

Kita lihat ada suatu kecenderungan dalam diri sesetengah tokoh ini untuk tidak lagi memakai gelaran 'ulama'. Sebaliknya mencipta imej baru sebagai 'intelektual'. Harapan mereka, segala kritikan akademik, saintifik, dan rasional yang dilemparkan terhadap 'ulama' tidak kena pada mereka. Sekali lagi umat Islam terperangkap dalam "istana yang cantik".

Tidak syak lagi, suatu perkara yang maha penting untuk membongkar imej sebenar ulama/intektual adalah dengan meminta pandangan mereka tentang Quran dan Hadis. Tetapi yang pertama sekali harus dilakukan ialah, membebaskan pemikiran masyarakat Islam daripada pengaruh oligarki. Ini penting supaya mereka dapat melihat masalah umat seobjektif mungkin, tanpa diganggu oleh sentimen dan emosi rendah, yang berasaskan taklid membuta tuli dan fanatik terhadap objek-objek pendewaan. Dalam usaha ini, kita memerlukan pejuang-pejuang kebebasan intelektual yang cekal dan berani. Adakah bilangan mereka mencukupi?

Juang said...

Salam,

Kita memerlukan generasi yang mesra Quran. Bukan mesra melagu-lagukan Al Quran, tetapi mesra memikirkan mesej-mesej yang terkandung dalam Al Quran. Biar setiap individu mempraktikkan Al Quran dalam diri masing-masing dan merasai bagaimana sukarnya Rasulullah dahulu menyampaikan Al Quran kepada kaumnya sendiri.

Bila kita sudah melalui pengalaman yang pernah Nabi lalui, banyak ayat-ayat Al Quran mudah kita faham.

Nak faham buku pasal pemainan gitar, tentulah lebih mudah jika kita jadi pemain gitar. Nak faham buku pasal perubatan, tentulah lebih mudah jika kita menjadi seorang doktor. Begitulah, nak faham Al Quran, tentulah lebih mudah jika kita menjadi seorang pemberi peringatan.

Dalam Al Quran ada menyebut tentang menjadikan diri Nabi Ibrahim sebagai pedoman. Tentu ada pengajaran berguna sebagai kunci bagaimana untuk memecahkan mitos kepercayaan tradisi.

Anonymous said...

Salam Pak kasim.
Kita perlu memahami kandungan Quran sepenuh hati tentunya kita tidak akan tercari-cari didalam cerah atau kita memerlukan seorang pembimbing kearah itu?

Artikel yang amat baik untuk dijadikan renungan daripada Bapak kepada pembaca sekelian.

Terima kasih.

Seti Mahanum

Kassim Ahmad said...

Sdr/i Yth.,
1. Hendak faham Quran, kita kena baca terjemahannya yang baik dalam bahasa Melayu atau Inggeris DENGAN TELITI. Malangnya, kebanyakan tafsir dibuat berdasarkan kaedah klasik 'Hadis mentafsirkan Quran'. Ini satu cara mereka menyembunyikan Quran daripada rakyat.
2. Lebih ramai cerdik-pandai kita kena memecahkan MITOS HADIS dengan menunjukkan percanggahan Hadith dengan Quran. Ini tugas pertama. Tugas kedua: menunjukkan tiada kasta padera dalam Islam. Adakah Nabi Muhammad, Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Othman Ibni Affan dan Ali Abi Talib ulama?
3. Kita akan mengambil sedikit masa. Islam agama yang muda. Barat mengambil masa 1,000 tahun untuk memecahkan kekuddusan Gereja Kristian. Dengan kepesatan perkembangan sains dan teknologi sekarang, saya fikir pembebasan total akan tercapai sebelum akhir abad ini.

Nirnama said...

KAEDAH "Quran mentafsirkan Quran" itulah yang sepatutnya diterima dan diamalkan oleh umat Islam. Langkah kedua ialah mengambil kira pendapat-pendapat yang selaras dengan ajarannya.

Sembilan "kaedah penafsiran saintifik" telah dikemukakan dalam buku HSPS versi Inggeris, dan amat berguna sekali. Setiap kaedah disenaraikan berasaskan ayat-ayat Quran sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan "Quran mentafsirkan Quran". Sesetengah blogger seperti Ibnu Abdillah mengambil inisiatif untuk turut membincangkan kaedah-kaedah ini, dan perbincangan itu masih berjalan. Sila klik DI SINI untuk melihat kupasan-kupasan beliau yang belum selesai itu.

Menariknya, dengan "kaedah penafsiran saintifik" di atas, percanggahan antara Hadis dan Quran menjadi semakin jelas, termasuklah yang melibatkan hadis-hadis 'sahih'.

Anonymous said...

Salam,

Pak Kassim menulis:

"Dengan kepesatan perkembangan sains dan teknologi sekarang, saya fikir pembebasan total akan tercapai sebelum akhir abad ini."

Pada zaman dahulu, terlalu sukar utk para Nabi & Rasul mengajak kaumnya berfikir kerana mereka lebih selesa dengan kepercayaan yg diwarisi dari nenek moyang.

Berbeza dengan zaman sekarang, masyarakat terpaksa mengikut arus kemajuan sains & teknologi di peringkat global.

Apabila AS & Russia mempelopori bidang penerokaan angkasa lepas, pastilah banyak negara2 lain yg berminat utk bekerjasama. Seperti Program Angkasawan Negara, seorang rakyat Malaysia yg beragama ISLAM berpeluang menyertai misi ke ISS.

Tp pastilah berlaku percanggahan agama seperti bagaimana menentukan waktu, kiblat ke Mekah & cara solat di atas orbit. ISS mengelilingi Bumi sebanyak 16x setiap 24 jam. 16x Matahari terbit dan 16x tenggelam.

Tapi disebabkan para 'ulamak' JAKIM sangat mencintai HADIS (dan menganggap AQ tidak lengkap tanpa hadis), mereka berpendapat bahawa dalam keadaan apa pun, SOLAT mestilah dilakukan walaupun tanpa graviti dan kiblat.

Akibatnya angkasawan kita menjadi bahan gelak ketawa seluruh dunia.

Para 'ulamak' hadis ini tidak merujuk Al-Quran (73:20) kerana mereka ragu-ragu dengan AQ. Keimanan mereka yg sangat tinggi kepada koleksi hadis2, membuktikan bahawa mereka tidak beriman kepada AQ sebenarnya. AQ telah menjelaskan bagaimana cara mengingatkan Tuhan dalam keadaan sukar untuk menentukan waktu siang & malam.

Lihatlah betapa bermutunya ajaran Tuhan(Al-Quran) dan betapa primitifnya ajaran 'ulamak2'(koleksi hadis2) yg anti-futuristik.

Masalah solat di orbit sahaja, kita sudah layak mempertikaikan kredibiliti dan kepakaran golongan tertentu yg melayakkan diri mereka sahaja yg boleh menafsir AQ. 'Masuk bakul, angkat sendiri.'

-skygyver@gmail.com-

Pemuda said...

Kita sendiri dapat melihat betapa ramai cerdik-pandai dalam negara ini yang begitu gigih mengajar kitab-kitab Hadis 'sahih' kepada masyarakat, tanpa menggunakan neraca Quran, sebaliknya menggunakan Hadis untuk mentafsir Quran. Lebih parah lagi bila ajaran Hadis didalami tanpa mempedulikan ajaran Quran langsung. Ini masalah yang serius. Tetapi ini yang berlaku. Tidak hairanlah betapa pembebasan total itu lambat tercapai. Perlu digubah mekanisme yang boleh mempercepatkannya.

Juang said...

Salam,

"Skygyver: Masalah solat di orbit sahaja, kita sudah layak mempertikaikan kredibiliti dan kepakaran golongan tertentu yg melayakkan diri mereka sahaja yg boleh menafsir AQ"

Itu baru di IIS, belum lagi di planet-planet lain yang tiada kiub batu seperti di Mekkah. Namun tidak mustahil jika manusia berjaya membina penempatan di planet-planet lain, akan ada syaitan yang suruh bina berhala-berhala begitu.

Bukankah selepas banjir zaman Nabi Nuh yang memusnahkan orang-orang musyrik pada waktu itu, timbul balik ajaran musyrik di kalangan keturunan yang pernah bersama-sama dengan Nabi Nuh dahulu? Maknanya jika kita melihat secara konsep sejarah Nabi Nuh itu, tidak mustahil amalan syirik akan berlaku dalam keturunan manusia yang telah berhijrah ke planet-planet lain nanti.

Tolokminda said...

Salam,

Persoalannya Pak Kassim, adakah sebelum menjelangnya satu abad itu orang-orang Melayu boleh berjaya mengelak dari terjerumus dalam lembah kebodohan dan kehinaan yang teruk seperti mana yang sudah dirasai oleh orang-orang Afganistan atau Somalia sekarang ini?

Saya harap orang Melayu lebih berakal dari mereka.

Pemuda said...

Pembebasan total, walaupun memakan masa, tidak sekali-kali menghalang individu-individu yang sedar, untuk menjadi bebas daripada segala bentuk penjajahan pemikiran, sekarang juga. Bahkan merekalah yang bertanggungjawab untuk membebaskan umat secara menyeluruh. Tidaklah keterlaluan jika kita katakan bilangan individu-individu bebas yang aktif dalam masyarakat menjadi faktor penting dalam menentukan waktu tercapainya pembebasan secara total. Sekali lagi kita lihat keperluan 'gabungan akal kreatif' dalam mencapai misi ketuhanan.

Skygyver said...

Salam,

Juang menulis:

"Namun tidak mustahil jika manusia berjaya membina penempatan di planet-planet lain, akan ada syaitan yang suruh bina berhala-berhala begitu."

Berkaitan batu 4 segi di Mekah, sila baca novel Misi Sarwajagat: Ediramle Ismail. Saya sangat hairan mengapa novel ini tidak diharamkan oleh JAKIM kerana ianya mencabar 'rukun Islam ke-5'.

Beratus-ratus orang Melayu Islam tidak dapat menunaikan 'Haji' kerana di planet Musytari tiada batu 4 segi.

Novel ini menceritakan tentang penerokaan satu koloni rakyat Malaysia ke hujung sistem suria. Mereka menaiki kapal angkasa yg sangat besar dan membina koloni dengan beranak-pinak utk menghasilkan generasi baru sambil meneroka mencari planet baru.

Tapi sy cadangkan anda baca novel ini terlebih dahulu.

Mungkin novel ini akan menghadapi nasib yg sama dengan INTERLOK.:)

-skygyver-

Bunting_laser said...

Salam.
Pak Kassim Yth.,

(1)Saya dapati sejak pengharaman 'HSPS', hanya versi Inggeris yang boleh didapati di internet. Masyarakat kita bukan tidak tahu bahasa Inggeris, tetapi buku yang kritis seperti 'HSPS' kadangkala enak dibaca dalam bahasa ibunda, dan bagi ramai orang, lebih mendatangkan kesan bila di'Melayu'kan di ruang siber.

(2)Ini salah satu sebab, saya fikir, mengapa ramai anak-anak Melayu yang tidak terdedah dengan kandungan sebenar buku itu.

(3)Adakah buku HSPS berbahasa Melayu masih memiliki hakcipta? Jika tidak, tentulah ada di kalangan kita yang sanggup meng'elektronik'kannya.

Wassalam.

Anonymous said...

Kpd Juang,

"Nak faham buku pasal perubatan, tentulah lebih mudah jika kita menjadi seorang doktor. Begitulah, nak faham Al Quran, tentulah lebih mudah jika kita menjadi seorang pemberi peringatan."

Sepatutnya, kalau nak faham Quran lebih mudah kalau jadi ulamak bukan "seorang pemberi peringatan".

Anonymous said...

Pak Kassim kata nak faham quran kena baca terjemahan dlm bahasa melayu atau inggeris dng teliti. Untuk org biasa atau "layman" bolehlah baca terjemahan dan tafsiran yg telah dibuat. Tetapi kalau nak kaji mestilah kena faham dan kuasai bahasa asalnya. Sebab terjemahan itu adalah tafsiran makna drpd bahasa arab.

Terjemahan akan tafsiran peringkat pertama. Tafsiran berikutnya adalah lebih mendalam dan meluas dengan konteks-konteksnya.

Pak Kassim sebenarnya lebih berminat agar org islam menolak hadis. Dan ini cukup untuk MENYESATKAN org islam.

Bunting_laser said...

Begitulah kita lihat betapa dalamnya lurah kecintaan pemuja-pemuja Hadis yang dibukukan tanpa kerelaan Nabi. Inilah golongan yang kita harap dapat membaca buku seumpama "HSPS" versi Melayu di internet. Barulah tuduhan melulu mengikut nafsu seperti 'anti-Hadis', 'menolak Hadis', dan sebagainya tidak dilontarkan kepada mereka yang memperjuangkan dan mendaulatkan ajaran Quran yang suci.

Dengan mengkaji terjemahan-terjemahan Quran yang baik, dengan niat yang baik, dan tanpa prasangka, dan dengan menggunakan rasionaliti, kita semua mampu memahami Quran. Quran untuk semua, samada menguasai bahasa Arab ataupun tidak. Inilah cara mengkaji Quran.

Ironinya, kerapkali kita melihat ulama/intelektual mentafsirkan Quran secara menyeleweng walaupun dia 'ahlul-bahasa Arab'. Menguasai bahasa Arab itu hanya suatu kaedah daripada banyak kaedah yang ada untuk memahami Quran. Maka ia bukan prinsip.

Prinsip-prinsip dalam mengkaji Quran itu diajarkan sendiri oleh Tuhan, dan terkandung dalam Kitab Suci itu. Sila baca juga komen Nirnama (4:24 PM) di atas berkenaan prinsip-prinsip ini. Menafikan prinsip-prinsip Quran, dan menggantikannya dengan prinsip asing yang menyanggah kebenaran, perbuatan yang sesat lagi menyesatkan. Barang dijauhkan akhlak terkutuk ini daripada jiwa anak cucu kita semua.

Skygyver said...

Salam semua,

Kpd Anon 7:45PM, saya pernah menonton satu forum agama di RTM yg membincangkan tentang 'Kehidupan Nabi Muhammad'. Dr pukul 10 hingga pukul 11 malam, saya tak dengar para penceramah mengeluarkan walaupun sepatah ayat Al-Quran. Cerita mereka banyak berkisarkan hadis2 riwayat. Tiada satu pun ayat2 AQ mereka guna.

Seorang USTAZ bersongkok berkulit hitam mengeluarkan hadis tentang bagaimana Nabi Muhammad ketawa dan para muslimin haruslah mencontohi Nabi agar dimasukkan ke dalam Syurga kerana ketawa seperti Nabi Muhammad???? Sy masih tak tahu apakah dengan membincangkan cara Nabi Muhammad ketawa, umat Islam boleh menjadi maju?

Inilah akibatnya apabila masyarakat dipisahkan dr ilmu AQ. Masyarakat menjadi mundur kerana 'ULAMAK'2 pun sebenarnya tidak mengerti isi kandungan AQ sebenar. AQ menggalakkan kemajuan sains & teknologi

"Dialah Tuhan yg menjadikan segala sesuatu yg ada di Bumi untukmu, dan Dia berkehendak (kamu) menuju (ke) langit......."
(2:29)

Kenapa 'ulamak'2 tidak membincangkan tentang seruan Tuhan agar manusia meneroka angkasa lepas? Kenapa 'ulamak2' gagal mengenal pasti ayat mutasyabihat ini? Jawapannya ialah kerana tiada satu hadis pun yg membincangkan tentang penerokaan angkasa lepas dan sebab itu mereka tidak berminat mengkaji ayat ini.

Para 'ulamak' berpendapat bahawa AQ hanyalah teori dan hadis bersifat praktikal. Hadis diperlukan utk menafsir Al-Quran. Pelik sungguh, kerana tiada hadis yg mengajar manusia membuat roket tp AQ menyeru manusia naik ke angkasa lepas.

Jangan pula suatu hari nanti jika ada orang Melayu pergi ke Bulan, difatwakan orang Melayu itu sebagai MURTAD, ANTI-HADIS, PANCUNG KEPALA, SESAT, KAFIR, MALAIKAT RAHMAT TAK MASUK RUMAH 40 HARI kerana mencabar 'rukun Islam ke-2'. Di Bulan tiada BATU 4 segi, so tak tahu mana direction 'RUMAH' TUHAN.

(Jika Neil Armstrong ialah seorang Arab, mungkin 'ULAMAK2' akan menjadikan Apollo 11 sebagai 'KAABAH' baru di Bulan. Apabila ini berlaku, agama 'Islam' menyeleweng in akan musnah dalam sekelip mata.:)

-skygyver-

Skygyver said...

Kpd anon 7:45PM,

Anda tulis:

"Tetapi kalau nak kaji mestilah kena faham dan kuasai bahasa asalnya. Sebab terjemahan itu adalah tafsiran makna drpd bahasa arab."

Mengapa tafsir AQ memerlukan pengetahuan bahasa Arab tapi penafsiran hadis tidak? Adakah Bukhari dan Tarmizi orang Melayu?

Saya kenal ramai ustaz2 yg kurang mahir berbahasa Arab tapi berani menafsirkan hadis dalam bahasa Melayu 'sewenang-wenangnya'. Adakah anda turut mempertikaikan kredibiliti mereka menafsirkan hadis bahasa Arab kepada bahasa Melayu?

Sekarang abad ke-21, zaman teknologi internet. Banyak tafsir AQ boleh didapati dgn mudah dlm pelbagai bahasa. Bandingkan 2 tafsir AQ dengan menjadikan AQ bahasa Arab sebagai 'standard control'. Kaedah ini bukan sahaja berkesan utk mengenal pasti isi kandungan AQ sebenar, malah kita juga boleh mempelajai bahasa Arab sedikit demi sedikit.

Mungkin anon 7:45PM masih guna kalendar zaman tentera Jepun. :)

-skygyver-

Kassim Ahmad said...

1. Kita jangan harus lupa ada dua sumber ilmu/undang-undang: (a) Quran, (b) ajaran manusia (falsafah, sains, teologi). (b) tidak boleh mengatasi (a).
2. Saya tidak menolak SEMUA hadis. Yang selaras dengan ajaran Quran, saya terima.
3. Jangan lupa semua koleksi Hadis yang rasmi timbul 250 tahun SETELAH NABI WAFAT.

Kassim Ahmad said...

1. Terlupa saya menyentuh tentang soal bahasa Arab.
2. Bagi orang biasa, tidak perlu. Mereka boleh membaca Quran dalam bahasa yang mereka faham.
3. Bagi sarjana yang ingin menterjemahkan Quran atau mengkaji secara secara lebih mendalam dan terperinci falsafah dan teologi Islam, perlu.

Anonymous said...

Salam

Orang Arab itu sendiri tak faham al-Quran yg dlm bhs Arab... itu apa cerita??

Tolokminda said...

Salam,

Saya berpendapat Pak Kassim tidak menolak semua hadis kerana tuan masih memerlukannya sebagai sandaran kepada amalan-amalan ritual seperti sembahyang, puasa, haji, zakat dan sebagainya.

Apa komen tuan?

Kassim Ahmad said...

1. Tuhan memerintahkan kita mengikut dua sumber: (a) Quran, (b)ajaran manusia (falsafah, sains & teologi, termasuk hadis)yang tidak bercanggah dengan Quran. Lihat Q, 4: 59.
2. Orang Arab (yang bahasa ibundanya Arab) diajar merujuk kepada ulama untuk memahami Quran!

Juang said...

Salam,

"Anon (7:31pm): Sepatutnya, kalau nak faham Quran lebih mudah kalau jadi ulamak bukan "seorang pemberi peringatan"."

Tetapi Nabi Muhammad yang mudah fahami Al Quran itu adalah seorang pemberi peringatan, bukannya ulamak agama.

Juang said...

Salam,

Bayangkanlah orang Arab pun diajar merujuk kepada ulama untuk memahami Al Quran, bukankah itu bermaksud untuk mengongkong pemikiran mereka agar menurut pandangan ulamak sahaja?

Walhal kalau merujuk pada ayat 16:44, manusia disuruh memikirkan apa yang Rasul perjelaskan kepada manusia (Al Quran). Bermakna, orang Arab sepatutnya mudah-mudah fikirkan Al Quran tanpa kewujudan ulamak pun.

Skygyver said...

Salam,

Mungkin ada sedikit tulisan Pak Kassim yg saya tidak sependapat, tetapi saya sangat bersetuju 100% hadis2 tidak boleh mengatasi Al-Quran.

Terdapat juga hadis2 yg berbentuk kata-kata hikmat, yg sesuai dijadikan teladan tp dgn syarat tidak bercanggah dgn AQ.

Saya percaya jika pihak kerajaan berani menafsirkan semula AQ seperti mewujudkan Institut Penyelidikan Al-Quran Negara dan dibincangkan secara pro & kontra, pasti kita tidak akan mengalami nasib yg sama dgn negara2 ISLAM lain.

Tp masalahnya ialah, masih ramai yg percaya bahawa AQ hanyalah berkaitan ilmu2 agama sahaja. Perlu diperbetulkan kepercayaan ini.

Perlu ada seorang pemimpin Melayu yg berani & tahu bagaimana cara utk menyakinkan masyarakat kita utk kembali kpd AQ. Pemimpin2 kita sekarang baik UMNO atau PAS masing2 ada kepentingan politik.

Kita perlu memikirkan bagaimana hendak mencetuskan runtuhan domino pertama.

-skygyver-

Kassim Ahmad said...

1. Tuhan tidak memerintahkan kita ikut apa yang dikatakan "Hadis Nabi". Imam Shafi'e yang mewajibkan. Jadi, seseorang Islam yang tidak ikut Hadis, TIDAK SESAT.
2. Kita boleh sembahyang walaupun tidak ikut Hadis. Ibadah sembahyang turun kepada Nabi Ibrahim, bukan kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad sendiri sembahyang sebelum beliau jadi nabi.
3. Kita boleh sembahyang walaupun kita naik roket. Tuhan membolehkan kita menyesuaiakan diri kita dengan keadaan.

Anonymous said...

Salam...

Pak Kassim,

Apakah Pak Kassim percaya kita masih perlu sembahyang?

Kassim Ahmad said...

Sembahyang itu perintah Tuhan yang nyata dalam Quran.

Tolokminda said...

Salam Pak Kassim,

Kalau saya katakan amalan sembahyang yang dilakukan oleh orang Islam sekarang adalah bersifat menyekutukan Tuhan apa komen tuan?

Kassim Ahmad said...

Jawapannya ada dalam Q. Surah 107.

tolokminda said...

Salam Pak Kassim,

Saya memahami surah 107 seperti berikut.

--> 107: 1-7 "Tidakkah kamu lihat orang-orang yang mendustakan deen? Mereka mengabaikan anak-anak yatim. Mereka tidak memberi makan orang miskin. Oleh itu celakalah mereka yang telah mengambil komitmen tetapi tidak mengambil berat komitmen mereka. Mereka cuma mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi mengabaikan keperluan orang lain."

Menurut kefahaman saya, apabila kita kata kita percaya kepada Al-Quran maknanya kita menerima komitmen-komitmen yang ditetapkan kepada kita oleh Tuhan. Antara komitmen itu adalah menjaga kebajikan anak yatim, memberi makan orang miskin dan mengambil tahu keperluan orang lain yang mungkin memerlukan bantuan kita.

Surah 107 pada pendapat saya adalah satu peringatan kepada kita semua yang mengaku percaya kepada Al-Quran dan mengikut segala yang telah ditetapkan Tuhan melalui KitabNya itu supaya "walk the talk". Jangan cakap saja tapi tak buat. Malangnya kalau kita tengok realiti hari ini peringatan Tuhan dalam Surah 107 kena pada tempatnya.

Bagi saya Pak Kassim, solaa itu bukanlah satu bentuk amalan ritual yang memerlukan kita melakukan pelbagai unsur yang menyekutukan Tuhan. Solaa bermaksud komitmen. Apa pendapat tuan?

Kassim Ahmad said...

1. Surah 107 dan 29: 45 sama maknanya, yakni sembahyang bertujuan menjadikan seseorang itu baik. Sembahyang sebagai satu ritual agama tidak ada maknanya kecuali disertai dengan praktik kebaikan. Teori mesti dikuti dengan praktik. Praktik tanpa teori itu buta; teori tanpa praktik itu kosong, bohong!
2. Islam satu pandangan hidup yang menyeluruh, total, merangkumi kehidupan individu dan kolektif. Ia menolak mistisme dalam ertikata menumpu kepada pembinaan jiwa individu.
3. Lihat kehidupan Nabi Muhammad. Beliau masuk gua untuk bertafakur; beliau juga berperang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Tolokminda said...

Salam Pak Kassim,

Melalui point no. 1 nampaknya tuan bersetuju bahawa amalan ritual sembahyang itu tidak mempunyai sebarang faedah kecuali, menurut tuan sendiri, ia disertai dengan pratik kebaikan.

Apa yang tuan katakan tentang sembahyang itu boleh kita ibaratkan seperti sipenipu yang menjual ubat kurus.

Mereka berkata ubat kurus mereka sangat bagus, kalau makan mesti kurus tetapi dengan syarat pemakannya mesti mengamalkan disiplin diet dan senaman yang telah mereka tetapkan.

Saya percaya sesiapa pun yang menuruti disiplin diet dan senaman mereka - walaupun tidak makan ubatnya - akan dapat mengawal berat badan masing-masing. Ia bukanlah kerana ubat itu, tetapi kerana diet dan senaman itu yang sebenarnya diperlukan - menjaga diet dan melakukan senaman itu adalah yang sebenar-benarnya ketetapan Tuhan untuk kurus.

Tetapi bagi kebanyakan orang mereka mahu jalan mudah. Mereka mahu tidak mahu mendengar diet dan senam. Mereka mahu dengar keajaiban. Mereka mahu pill ajaib untuk membuat mereka kurus.

Tidak ada orang akan masuk program kurus tuan kalau tuan katakan kepada mereka program tuan hanya mengandungi displin diet dan senaman.

Tetapi ramai akan terliur jika tuan kata tuan ada pil kurus ajaib yang pasti dapat menguruskan gajah sekali pun asalkan mereka menuruti syarat tertentu selain dari makan pil itu semata-mata.

Tuan juga mengatakan ritual sembahyang itu bertujuan untuk menjadikan seseorang itu baik. Baik pada standard siapa? Sedangkan menurut Tuhan perbuatan menyekutukan Dia adalah kesalahan yang paling besar dan tidak akan sekali-kali mendapat keampunan.

Bolehkah tuan buktikan bahawa amalan ritual sembahyang itu benar-benar rupabentuk "solat" yang telah Tuhan maksudkan di dalam Al-Quran melalui petunjuk Kitab itu sendiri?

Juang said...

Salam,

Jika kita lihat pembentukan peribadi manusia, orang-orang yang tidak bersembahyang ritual pun ramai yang boleh menjadi lebih baik daripada yang bersembahyang ritual. Itu menunjukkan pembentukan jiwa manusia tidak akan kaitannya dengan sesuatu bentuk sembahyang ritual.

Katakan seorang manusia itu ingin memantapkan jiwa dengan kesabaran, apakah dengan bersembahyang mengadap matahari setiap pagi akan menjadikan dia seorang yang sabar? Pada pendapat saya, jika dia tekun mengkaji sesuatu ilmu yang susah, menyampaikan ayat-ayat Allah biarpun diejek kaum sendiri, memikul tanggungjawab sebagai suami/bapa, itu lebih jelas akan membina kesabaran dan kekentalan jiwa berbanding buat sesuatu amalan ritual yang sama sahaja.

Al Mahadaya said...

Tuan hamba Kassim Ahmad,
Hamba telah pun terjemahkan kisah nabi yg sebenar dari manuskrip JAWI. Kita lihat sendiri kisah nabi dari bangsa kita sendiri sebagai sumber yg hamba pegang. Lebih baik percaya bangsa sendiri dari di tipu 72 kaum yg sesat. mahadaya-asalama.blogspot.com

Ziva said...

Salam,

Solaa atau sembahyang adalah amalan yang difardhukan ke atas umat Islam.

Rupa bentuk solat telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Sila rujuk buku HSPS oleh Pak Kassim.

Pusat Kajian Quran said...

Salam,

Buat Tolok Minda,

Mungkin minda anda perlu disajikan dengan HSPS karangan Pak Kassim. Jelas di dalmnya asal usul sembahyang di dalam Al-Kitab.

Din Teksi said...

Salam,

Tiada sebarang unsur syirik atau menyekutukan Allah di dalam sembahyang.

Mereka yang bersembahyang di dalam kapal terbang tidak pernah mengadap ke Kaabah. Mereka hanya menyembah Allah yang Esa.

Sebaliknya mereka yg tidak bersembahyanglah golongan yang menyekutukan Allah dengan akal mereka.

Doktrinisasi said...

Salam,

Pembinaan jiwa yang di ajarkan oleh Tuhan adalah melalui sembahyang. Sila baca Quran(29:45)

Jika mereka orang yang baik tanpa sembahyang tidak bererti mereka adalah golongan yang mengikuti Tuhan. Sila baca Quran (4:60-65)

Pejuang said...

Salam,

Tolok Minda dan Juang,

+ Sembahyang adalah amalan yang difardhukan oleh Allah kepada manusia. lihat (4:103)

+ Kaedah sembahyang telah diajarkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim dan dipraktikkan oleh Nabi. lihat (2:127-128)

+ Solaa bukanlah komitmen seperti yang didakwa oleh Aidid SAfar.

+ Perkataan Solaa berasal dari SLW yang mebawa maksud sembahyang. Rujuk kamus arab lexicon m/s 1720.

+ Pesanan buat TM dan Juang. Sila baca 18:54.

Pak Ya said...

Salam,

Tidak ada sebarang unsur menyekutukan Allah di dalam sembahyang. Jika ditanya kepada orang yang sembahyang: Adakah kamu menyembah Kaabah?

Sudah pasti mereka menjawab: Kami menyembah Allah.

Mudah bukan?

Kembalilah kepada Al-Quran.

Fikirkan said...

Salam,

Pak Kassim,

Inilah punca kejatuhan umat Islam.

Bila Allah suruh sembahyang, diubah makna solaa kepada komitmen.

Bila disuruh memahami Al-Quran, disalah ertikan makna perkataan tanpa mendalami ilmu Arab.

Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab (13:37, 39:28, 41:3, 42:7, 43:3 dan 46:12)

Skygyver said...

Salam,

Bagaimana Pak Kassim hendak menjelaskan hasil kajian 2 pakar arkeologi, G. Caton Thompson dan Carleton S. Coon mengenai patung2 berhala yang ditemui di semenanjung Arab pada 1940'.

Mengapa patung2 ini diukir dalam bentuk seperti umat Islam hari ini sembahyang.

Tidak jelas dlm AQ tentang gerakan2 badan yang perlu dibuat utk sembahyang.

Atau mungkin saya salah faham tentang cara sembahyang yang ditulis dalam HSPS kerana saya tidak pernah membacanya (saya pernah baca Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik sahaja).

Bagi saya, "Kebenaran sentiasa baru dan kita tidak tahu di mana penghujungnya."

Tiada siapa yang boleh menyatakan dia sahaja yang benar termasuk saya dan juga Pak Kassim.

Maaf jika saya menyinggung perasaan Pak Kassim, tapi saya pun mahu cari kebenaran.

Harap Pak Kassim sudi mengkaji semula. Maaf jika saya terkasar bahasa.

-skygyver-

Skygyver said...

Hasil kajian 2 pakar arkeologi ini, menyakinkan saya bahawa ISLAM yang kita ikut hari ini ialah hasil 'ubah suai' agama Syabiin.

Semua orang tahu bahawa 'ISLAM' datang ke rantau Nusantara lebih kurang 600 tahun lalu. Dalam tempoh 800 tahun sebelum itu, pasti banyak penyelewengan telah berlaku terhadap ajaran Tuhan yg sebenar.

-skygyver@gmail.com-

Tolokminda said...

Salam Pejuang,

Tentang 4:103. Konteks perkataan solaa di dalam ayat ini perlu dilihat secara keseluruhan dari 4:101-104. Izinkan saya tampal terjemahan dari iiu.

--> [4:101] Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.

--> [4:102] Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.

--> [4: 103] Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

--> [104] Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Saya berpendapat siapa pun yang menterjemah ayat-ayat dalam Bahasa Melayu di atas, beliau nampaknya terpaksa bekerja keras menokok tafsiran bagi membolehkan konteks ayat diolah selaras dengan ajaran ulama, tetapi bukan ajaran Tuhan.

Perhatikan 4:102. Mana mungkin Tuhan suruh Nabi menjadi imam sembahyang kepada orang-orang yang tidak percaya sambil mereka menyandang senjata di dalam situasi Nabi sedang berperang dengan mereka? Saya amat yakin bagi kebanyakan kita terjemahan Bahasa Melayu ayat 102 surah An-Nisa di atas amat mengelirukan dan mustahil untuk difahami intipatinya. Ia tidak sesuai dengan sifat wahyu Tuhan yang sepatutnya jelas.

Ayat 103 juga mengelirukan. Dikatakan sembahyang adalah amalan yang ultimate untuk mengingati Tuhan, tetapi melalui 4:103, Tuhan suruh kita mengingati Dia selepas sembahyang. Adakah sembahyang tidak cukup untuk mengingati Tuhan atau orang-orang yang sembahyang sememangnya kurang mengingati Tuhan sehingga Tuhan suruh lagi mereka ingatkan Dia lepas sembahyang?

Bersambung --->

Tolokminda said...

..sambungan.

Saya percaya ayat 4:101-102 sepatutnya dibaca begini.

--> 4:101 Dan apabila kamu mengembara di bumi, tidak menjadi kesalahan jika kamu ringkaskan komitmen-komitmen kamu, jika kamu bimbang mereka yang tidak percaya akan menggugat kamu, sesungguhnya mereka adalah musuh yang terbuka.

--> 4:102 Dan apabila kamu berada di antara mereka, berpeganglah kepada komitmen kamu terhadap mereka, biarkan sebahagian dari mereka berhadapan dengan kamu, dan biarkan mereka mengambil senjata mereka, kemudian jika mereka menyerah, biarkan mereka berlindung di belakang kamu, dan biarkan sebahagian mereka yang lain, yang tidak komited untuk bersama kamu berdepan dengan kamu pula, biar mereka bersiap sedia dengan senjata mereka; mereka yang tidak percaya ingin kamu cuai dengan senjata dan peralatan kamu, jadi mereka boleh bersatu menyerang kamu secara tiba-tiba, (bagaimanapun) tidak menjadi kesalahan ke atas kamu jika kamu dihalangi hujan atau jika kamu jatuh sakit, maka kamu letakkan senjata kamu dan ambillah langkah berjaga-jaga; sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang memalukan kepada mereka yang tidak percaya.

--> 4:103 Dan apabila kamu selesai dengan komitmen tersebut (berperang ), ingatlah Allah sambil berdiri, duduk atau bersandar; tetapi apabila kamu telah benar-benar selamat; tunaikanlah komitmen-komitmen yang rutin, sesungguhnya setiap komitmen mempunyai garismasa (dateline) kepada orang-orang yang percaya.

--> 4:104 Dan janganlah kamu berhati lembut dalam menghadapi musuh, jika kamu mengalami kesakitan, maka mereka juga mengalaminya sebagaimana kamu, dan kamu mengharap dari Allah apa yang mereka tidak harapkan; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

Sekarang barulah mesej yang terdapat dalam 4:101-104 dapat dilihat dan difahami dengan jelas. Secara keseluruhannya ia adalah panduan dalam menghadapi peperangan. Ia tidak ada kena mengena dengan amalan ritual sembahyang yang menyekutukan Tuhan.

Ayat 4:102 bukannya menyuruh Nabi menjadi imam sembahyang kepada musuh. Sebaliknya Tuhan suruh berpegang teguh kepada semua komitmen yang telah ditetapkan apabila berhadapan dengan musuh.

Jadi apakah komitmen-komitmen yang telah Tuhan tetapkan kepada Nabi mahupun kita dalam peperangan? Ia dinyatakan dalam ayat-ayat berikut.

--> 2:190 “Berperanglah demi Tuhan mereka yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas kerana Allah tidak suka mereka yang melampaui batas”.

--> 2:191 “Dan bunuh mereka bilamana kamu berdepan dengan mereka dan halau mereka dari mana mereka telah menghalau kamu, kerana penindasan adalah lebih teruk dari pembunuhan, tetapi jangan perangi mereka ketika berada dalam peraturan sekatan yang telah dipersetujui kecuali mereka memerangi kamu pada masa itu, tetapi jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Begitulah balasan kepada mereka yang tidak mahu percaya”.

--> 2:192 “Tetapi jika mereka menyerah, Tuhan Pengampun dan Mengasihani”.

--> 2:193 “Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi penindasan, dan kemenangan kepada keadilan dan kepercayaan kepada Tuhan; tetapi jika mereka menyerah, janganlah ada permusuhan kecuali mereka yang berbuat kezaliman”.

Bersambung..

Tolokminda said...

sambungan..

Ayat-ayat 2:190-2:193 merupakan penjelas kepada ayat 4:102. Ia menjelaskan apakah komitmen kita apabila menghadapi peperangan.

Komitmen pertama (2:191) – iaitu bunuh musuh yang menghalau kita dari tempat tinggal/tanahair kita.

Komitmen kedua (2:192) – jika mereka menyerah, Tuhan ampunkan mereka oleh itu kita wajar melindungi mereka dengan meletakkan mereka di belakang kita.

Komitmen ketiga (2:193) – Teruskan perangi musuh yang tidak mahu menyerah, sentiasa ambil langkah bersedia, jangan cuai dan terus melakukan penindasan sehingga kita mencapai kemenangan mutlak.

Kita lihat sekali lagi di mana letakkan komitmen-komitmen yang dijelaskan dalam ayat-ayat 2:190-193 di dalam ayat 4:102.

--> 4:102 Dan apabila kamu berada di antara mereka, berpeganglah kepada komitmen kamu terhadap mereka, (Komitmen 1 - 2:191) -> biarkan sebahagian dari mereka berhadapan dengan kamu, dan biarkan mereka mengambil senjata mereka, (Komitmen 1 - 2:192) -> kemudian jika mereka menyerah, biarkan mereka berlindung di belakang kamu, dan (Komitmen - 2:193) -> biarkan sebahagian mereka yang lain, yang tidak komited untuk bersama kamu berdepan dengan kamu pula, biar mereka bersiap sedia dengan senjata mereka; mereka yang tidak percaya ingin kamu cuai dengan senjata dan peralatan kamu, jadi mereka boleh bersatu menyerang kamu secara tiba-tiba, (bagaimanapun) tidak menjadi kesalahan ke atas kamu jika kamu dihalangi hujan atau jika kamu jatuh sakit, maka kamu letakkan senjata kamu dan ambillah langkah berjaga-jaga; sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang memalukan kepada mereka yang tidak percaya.

Seterusnya dalam 4:103 Tuhan mengingatkan kita apabila keadaan sudah kembali aman – tiada lagi peperangan ingatilah Dia walau apapun yang kita lakukan. Selain itu Dia juga mahu kita laksanakan komitmen-komitmen rutin yang mungkin tidak dapat kita lakukan sewaktu dalam peperangan. Sesungguhnya Tuhan tahu komitmen-komitmen kita semuanya ada dateline atau garismasa. Pendek kata jangan buang masa.

--> 4:103 Dan apabila kamu selesai dengan komitmen tersebut (berperang ), ingatlah Allah sambil berdiri, duduk atau bersandar; tetapi apabila kamu telah benar-benar selamat; tunaikanlah komitmen-komitmen yang rutin, sesungguhnya setiap komitmen mempunyai garismasa (dateline) kepada orang-orang yang percaya.

Jelas sekali, tidak ada suruhan supaya kita melakukan amalan ritual sembahyang yang menyekutukan Tuhan di dalam 4:101-104. Semua mesejnya hanyalah berkaitan komitmen kita dalam menghadapi peperangan dan semasa aman. Mudah dan jelas.

Tolokminda said...

Salam Pejuang,

Masih lagi 4:102. Kita lihat transliterai 4:102 dan bagaimana ia diterjemahkan oleh iiu.

--> Transliterasi 4:102 Waitha kunta feehim faaqamta lahumu alssalata faltaqum taifatun minhum maAAaka walyakhuthoo aslihatahum faitha sajadoo falyakoonoo min waraikum waltati taifatun okhra lam "yusalloo falyusalloo" maAAaka walyakhuthoo hithrahum waaslihatahum wadda allatheena kafaroo law taghfuloona AAan aslihatikum waamtiAAatikum fayameeloona AAalaykum maylatan wahidatan wala junaha AAalaykum in kana bikum athan min matarin aw kuntum marda an tadaAAoo aslihatakum wakhuthoo hithrakum inna Allaha aAAadda lilkafireena AAathaban muheenan

Perhatikan perkataan "yusalloo falyusalloo" diterjemahkan sebagai "yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah)"

--> Terjemahan iiu 4:102 “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina”.

Perhatikan perkataan yang sama dalam ayat berikut.

--> Transliterasi 33:56 Inna Allaha wamalaikatahu "yusalloona" AAala alnnabiyyi ya ayyuha allatheena amanoo "salloo" AAalayhi wasallimoo tasleeman

--> Terjemahan iiu 33:56 Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman "berselawatlah" kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Mengapa terjemahan perkataan "salloo" dalam ayat 4:102 berbeza 33:56? Kerana jika dalam 33:56 ia diterjemahkan sebagai sembahyang maka ia akan jadi tidak masuk akal, bukan? Begitulah Tuhan menjelas dan membuktikan kebenaran Al-Quran. Jika kita menipu, yang menggunakan akal tetap akan menemui penipuan kita itu. 33:56 lebih sesuai diterjemahkan begini.

--> 33:56 Sessungguhnya Tuhan dan para malaikatNya memberi komitmen kepada Nabi: Wahai kamu yang percaya, berilah komitmen kepadanya dan berdamailah dengannya dengan sepenuh kedamaian.

Ia selaras dengan ayat seterusnya.

--> 33:57 Mereka yang bermusuh dengan Tuhan dan rasulNya - Tuhan melaknat mereka di dunia dan di akhirat dan telah menyediakan untuk mereka hukuman yang memalukan.

Tolokminda said...

Salam Pejuang,

Tentang 2:127-128.

--> 2:127 Dan apabila Ibrahim meninggikan asas dari sistem berkenaan bersama-sama dengan Ismail mereka berkata,"Pemelihara kami, terimalah dari kami. Sesungguhnya Engkau Mendengar dan Mengetahui.

--> 2:128 Pemelihara kami, jadikan kami dalam keadaan harmoni/aman/tenteram kepada Engkau dan dari keturunan kami bangsa-bangsa yang harmoni/aman/tenteram kepada Engkau. Dan tunjukkan kami kaedah-kaedah pengorbanan diri dan terimalah kekesalan kami. Sesungguhnya kepada Engkaulah kami akan kembali, Yang Mengasihani.

Tidak ada sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan Ibrahim dengan ritual sembahyang yang menyekutukan Tuhan dalam 2:127-128. Yang jelas Ibrahim adalah seorang yang tegas dalam penolakan beliau terhadap perbuatan menyekutukan Tuhan dengan sebarang objek samada buatan sendiri atau yang dicipta oleh Tuhan di alam ini.

--> 3:95 Katakan: Allah telah berkata yang benar, oleh itu ikutilah cara hidup Ibrahim – yang berpendirian – dia bukanlah di antara penyekutu Tuhan.

Tolokminda said...

Salam Pejuang,

Akhir sekali, saya tidak ikut Aidid Safar atau kamus. Saya ikut petunjuk Al-Quran. Jika sesuatu yang saya ambil dari Aidid Safar ia adalah kerana saya fikir ia pendapat terbaik dari pilihan yang ada. Saya tidak sekali-kali bergantung sepenuhnya kepada beliau.

Tentang 18:54, kita kena lihat dari 18:51.

--> 18:51. Aku tidak menjadikan mereka saksi-saksi kepada ciptaan yang ada di langit dan di bumi. Tidak juga ciptaan-ciptaan dari diri mereka sendiri dan tidak juga Aku mengambil mereka yang sesat sebagai pembantu.

--> 18:52. Dan pada hari Dia akan berkata: Panggillah sesiapa yang kamu anggap sebagai sekutuKu. Maka mereka memanggil mereka tetapi mereka tidak menjawabnya. Dan Kami letakkan pemisah di antara mereka.

--> 18:53. Dan yang bersalah akan melihat Api kemudian mereka akan tahu mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan menemui sebarang tempat untuk mengelak daripadanya.

--> 18:54. Dan sesungguhnya Kami telah jelaskan di dalam Quran ini semua contoh tetapi manusia dalam banyak perkara suka berbantah.

--> 18:55 Dan apakah yang menyebabkan manusia dari mempercayai Petunjuk yang telah sampai kepada mereka, tidak juga memohon keampunan dari Pemelihara mereka, tetapi tetap mahukan sunnah mereka yang terdahulu diulang-ulang kepada mereka atau mereka mahu kemurkaan dibawa ke depan muka mereka?

Perhatikan 18:51. Tuhan kata Dia jadikan kita bukan untuk jadi saksi atau dengan kata lain, memberhalakan;

1. Ciptaan Tuhan samada di langit mahupun di bumi.

2. Ciptaan atau buatan manusia sendiri tak kiralah patung, bangunan dan sebagainya.

3. Manusia lain yang kononnya mereka dekat dengan Tuhan dan mengambil peranan sebagai pembantu Tuhan untuk memberi petunjuk ke jalan yang lurus kepada manuisa lain padahal mereka sebenarnya sesat.

Masih tidak mahu percaya dan ikut petunjuk Al-Quran? Masih mahu berbantah apabila dikemukakan bukti dari Al-Quran walaupun Tuhan sudah nyatakan bahawa semua contoh sudah diberi di dalam KitabNya itu? Tetap mahu mengulang-ulang sunnah orang dulu-dulu? Terpulanglah.

Juang said...

Salam,

Setakat ini saya tidak jumpa orang-orang yang mempertahankan amalan ritual mengadap batu itu dapat membawakan ayat-ayat Al Quran sehingga menjelaskan bentuk solat itu seperti yang mereka dan bapa-bapa mereka amalkan.

Sebab itu mereka cuba pertahankan riwayat hadis kerana di situlah kononnya ada penjelasan tentang kaedah ritual tersebut.

Kalau kita guna Al Quran sahaja, pasti kita mudah nampak seperti apa yang saudara Tolokminda kemukakan.

Kalau kita fikir secara rasional, jika Allah dan Rasul mahukan manusia buat ritual dengan rukun-rukun tertentu dan ianya suatu yang penting untuk dipastikan sama macam Nabi buat, sudah pasti dalam Al Quran itu sendiri Allah telah jelaskan sesuai dengan sifat Al Quran itu sebagai penjelas sesuatu yang meragukan. Bukankah Al Quran itu sumber utama?

Juang said...

Salam,

Lagi satu kalau kita fikirkan, selagi solat itu dianggap sebagai amalan ritual, selagi itulah umat Islam perlukan kasta paderi dalam agama kerana kononnya yang paling tahu pasal kaedah solat yang Nabi buat adalah golongan yang merasakan diri mereka itu adalah "pewaris Nabi".

Tetapi bila kita nampak yang solat itu adalah komitmen, setiap jiwa akan tahu macam mana nak sempurnakan komitmen masing-masing tanpa perlu merujuk pada paderi, sami atau ulamak agama.

Inilah cara terbaik untuk kita memecah doktrin yang membelenggu kita dengan sistem kasta paderi itu.

Pemuda said...

Inilah bahana menganggap kalimah solat memiliki satu makna. Solat sebagai suatu amalan ritual adalah makna solat yang pertama. Solat juga boleh bermaksud pertolongan dan bantuan (help and support). Kedua-dua makna ini boleh kita bezakan berdasarkan konteks ayat-ayat Quran yang jelas.

Jangan kita memutarbelitkan ajaran dan petunjuk Quran, memesongkan bukti-bukti dalam Kitab Suci ini, dan mengikut jejak langkah rahib-rahib untuk mengubahsuai kandungan kitab-kitab Tuhan. Mujurlah Tuhan sendiri berjanji untuk memelihara Quran. Maka bacalah Quran, bukan baca terjemahan Quran oleh golongan anti-solat.

Ini sekadar permulaan...

Pejuang said...

Salam,

Pak Kassim,

Melihat sifat si Tolok Minda ini tidak ubah sifatnya seperti dinyatakan di dalam Al-Quran (5:41)

Mereka mengubah makna Kitab Allah sedangkan mereka mengakui mengkiut Kitab (4:46)

Pejuang said...

Salam,

Buat Skygyver,

Apakah penemuan G. Caton Thompson dan Carleton S. Coon boleh disamakan dengan bukti dari Kitab Allah yang mewajibkan sembahyang?

Apakah penemuan arkeologi perlu utk memahamkan anda tentang sembahyang?

Apakah nabi Ibrahim pernah mendalami ilmu arkeologi utk beliau sembahyang?

Pejuang said...

Salam,

Pak Kassim,

+ Tolok Minda inilah ang dinamakan Traged Bernama Islam.

+ Mereka mengubah Kitab Allah setelah mereka membacanya (2:75)

+ Sikap mereka tidak ubah seperti ahli Kitab yang disebutkan dlm Al-Quran (4:46), (5:13) dan (5:41)

+ Shame on them!

+ Those who displace words from their (right) places, and say: "We hear and we disobey"

Pejuang said...

Salam,

Buat Skygyver,

+ Anda mungkin tidak melakukan kajian yang mendalam.

+ Kajian yang anda dakwan ditemui oleh G. Caton Thompson adalah disputable and fragile.

+ Sila baca artikel : Reply To Robert Morey's Moon-God Allah Myth: A Look At The Archaeological Evidence.

+ Mengapa cuba memesongkan fakta?

+ Apakah archelogist lebih mengetahui dari Tuhanmu wahai Skygyver?

+ Shame on you...

Pejuang said...

Salam,

Pemuda,

+ Pemuda menulis: "Maka bacalah Quran, bukan baca terjemahan Quran oleh golongan anti-solat."

+ Mohon dijelaskan perkataan "anti-solat"

+ Apakah yang dimaksudkan dgn "anti-solat" itu Tolok Minda, Juang dan Skygyver?

Pejuang said...

Salam,

Buat Skygyver,

+ "Amazing discoveries" were made in Southern Arabia by archaeologists such as G. Caton Thompson.

+ We have conclusively demonstrated that this is indeed FALSE. (by Archelogical Evidence)

+ According to most scholars, South Arabia's stellar religion had always been dominated by the Moon-god in various variations" is "INCORRECT" and represents an example of "OUTDATED SCHOLARSHIP".

+ Please refer: B. Segall, "Notes On The Iconography Of Cosmic Kingship"

+ Al-Quran is the BEST guidence. Not archeologist.

+ Is it hard to understand?

+ Comprende?

Pejuang said...

Salam,

Buat Skygyver,

+ Terdapat lagi archelogical evidence yg membuktikan KESALAHAN teori melalui penemuan G. Caton Thompson dan Carleton S. Coon.

+ Please read: Refuting the fraudulent and absurd claims Pagan Trinitarian Christian missionaries make about Almighty Allah by Klimaszewski

+ Truth hath come and falsehood hath vanished away. Lo! falsehood is ever bound to vanish. [Qur'an 17:81]

Tolokminda said...

Salam Pejuang,

Tuhan jadikan Ibrahim contoh kepada seluruh manusia tetapi penganut agama-agama Kitab berebut Ibrahim konon Ibrahim adalah penganut agama mereka. Mereka mahu membolot Ibrahim untuk kepentingan masing-masing saja sedangkan Ibrahim sedikit pun bukan orang yang seperti mereka kata. Sebab itulah Tuhan menegur pengikut-pengikut Kitab:

--> 3:65 Wahai pengikut-pengikut Al-Kitab! Mengapa kamu bertelagah mengenai Ibrahim, sedangkan Taurat dan Injil tidak diwahyukan sehingga selepas dia; kenapa kamu tidak boleh faham?

Al-Quran juga diwahyukan selepas Ibrahim, maka pengikut Al-Quran juga perlu mengambil teguran 3:65 itu untuk mereka juga.

Siapakah Ibrahim sebenarnya sehingga dia dijadikan contoh untuk seluruh manusia? Ibrahim menjadi contoh kerana dia mematuhi jalan hidup yang telah Tuhan tetapkan sebagaimana yang disebut dalam 18:51.

--> 18:51. Aku tidak menjadikan mereka saksi-saksi kepada ciptaan yang ada di langit dan di bumi. Tidak juga ciptaan-ciptaan dari diri mereka sendiri dan tidak juga Aku mengambil mereka yang sesat sebagai pembantu.

Sebagaimana yang saya telah jelaskan di atas, mensaksikan sesuatu maksudnya memberhalakan sesuatu.

Baiklah. Yang pertama Tuhan kata Dia tidak menjadikan manusia untuk menjadi saksi kepada ciptaan di langit mahupun di bumi. Perhatikan Ibrahim dalam perkara ini:

--> 6:78 Apabila dia melihat keindahan matahari terbit, dia berkata: Inilah Tuhanku, inilah yang paling hebat. Tetapi apabila matahari terbenam dia berkata, Wahai kaumku! Aku sesungguhnya berlepas diri dari menyekutukan Tuhan seperti kamu.

Yang kedua Tuhan nyatakan Dia tidak jadikan manusia untuk menjadi saksi atau memberhalakan ciptaan manusia sendiri. Kita lihat Ibrahim dalam hal ini. Ayat 2:166 di bawah menceritakan kata-kata Ibrahim selepas dia memusnahkan berhala-berhala kaumnya.

21:66 Berkata: Kalau begitu kepada kamu sembah selain dari Tuhan benda-benda yang tidak membawa sebarang kebaikan atau memberi kamu mudarat?

Dan yang ketiga Tuhan menegaskan Dia tidak menjadikan manusia untuk mengikut orang-orang yang mengaku wakil Tuhan dalam brand apa sekalipun padahal mereka itu sebenarnya sesat. Kita lihat Ibrahim dalam hal ini walaupun kepada ayah dan kaumnya sendiri.

--> 6:74 Apabila Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: Kamu mengambil berhala untuk disekutukan dengan Tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan orang-orang kamu jelas kesesatan.

Jika kita semak Al-Quran tentang Ibrahim, Tuhan mengulang-ulang begitu banyak ayat yang menjelaskan Ibrahim bukan seorang yang menyekutukan Dia. Tetapi pengikut Kitab pula cuba menunjukkan beliau sebaliknya.

Seperti yang kita tahu hari ini, pengikut-pengikut Kitab mengada-adakan bermacam bentuk penyekutuan kepada Tuhan dan mereka tidak malu-malu untuk menyandarkannya kepada Ibrahim.

Tolokminda said...

Salam Pejuang,

Terjemahan saya mungkin tidak sempurna tetapi jauh sekali dari mahu mengubah atau menyembunyi atau menambah sesuatu perkataan untuk mengubah maksud atau konteks ayat.

Tuan semaklah betul-betul siapa atau pihak mana yang sebenarnya telah menjadikan Al-Quran sebuah Kitab yang amat sukar difahami sedangkan Tuhan sendiri nyatakan bahawa Dia telah mempermudahkan KitabNya itu?

--> 54:17 Dan Kami sesungguhnya telah menjadikan Al-Quran ini mudah difahami dan diingati. Maka adakah sesiapa yang mengambil peringatan?

Saya tanya Pejuang secara ikhlas. Bolehkah tuan faham apa yang Tuhan maksudkan dalam ayat 4:102 - misalnya - kalau tuan baca terjemahan iiu?

Pak Ya said...

Salam,

Tolok Minda,

Sekali punya panjang daa...

Tulis kat blog sendiri jelaa panjang2...

Pakya said...

Salam,

Kassim,

Hang rehat dulu no... biaq kami hambat budak2 ni..

Depa baru baca satu buku dah pandai nak lawan Tuhan...

Hang rehat dulu no..

Pak Ya said...

Salam,

Skygyver,

Aku setuju dengan Juang, kita bergantung dengan Quran sahaja. Ini hang dok pi kagum sangat dengan arkeologi tu buat apa?

Haru budak2 zaman ni..

Pak Ya said...

Salam,

Juang,

Hang kata xda org dapat bawa ayat Quran yg jelas tentang Quran.

Hang baca versi mana?hehe

Komain byk ayat Quran pasal sembahyang, tu pun hang x nampak?

Nak kena teghang dlm bahasa Siam kot?

Skygyver said...

Salam semua,

Kepada Pejuang,

"Sesungguhnya, penciptaan langit & Bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"
(Al-Mu'min, 40:57)

Tak terfikirkah kita kenapa Pencipta bintang VY Canis Majoris memerlukan satu simbol kekuasaanNya di Bumi yg dibuat dari BATU, berbentuk 4 segi, ada 3 TIANG di dalamnya(77:29), dan manusia perlu buat bayaran beribu-ribu ringgit utk melawat 'simbol' kekuasaanNya itu.

"Dan banyak sekali tanda2 di langit & Bumi yang mereka lalui, sedang mereka berpaling daripadanya. Dan sebahagian besar dari mereka tidak percaya kepada Tuhan melainkan dalam keadaan mempersekutukan Tuhan."
(Yusuf, 12:105-106)

"Maka janganlah kamu mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Tuhan. Sesungguhnya Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(An-Nahl, 16:74)

Apa yang diajar sejak kecil, tidak semestinya benar. Jika kita telah diasuh bahawa Tuhan ada 'Rumah', lama-kelamanya kita akan percaya walaupun tanpa bukti yang jelas dan mengganggapnya sebagai satu kebenaran yang nyata.

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sebenarnya, persangkaan itu sedikit pun tidak berguna untuk mendapat kebenaran........"
(Yunus, 10:36)

Ramai yang mengikut 'pakar2' agama bahawa AKAL tidak boleh digunakan, takut syirik. Tetapi lain pula yang difirmankan Tuhan kepada manusia.

"Dan tidak seorang pun akan percaya kecuali dengan izin Tuhan; dan Tuhan menimpakan kemurkaan kepada orang2 yang tidak menggunakan AKAL"
(Yunus, 10:100)

Mereka akan berasa menyesal kerana mengikut dan percaya kepada 'pakar2' agama,

"Kecelakaan besarlah untukku; kiranya aku tidak menjadikan Si Polan itu kawanku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan syaitan itu tidak mahu membantu manusia."
(Al-Furqaan, 25:28-29)

Orang2 yang mempersekutukan Tuhan termasuk penyembah BATU 4 segi itu adalah golongan yang malas mengkaji fenomena sains yang membuktikan Kebesaran Tuhan.

"Katakanlah:'Lihatlah apa yang ada di langit & Bumi. Tidaklah berguna tanda2 kekuasaan Tuhan dan Rasul2 yang memberi peringatan bagi orang2 yang tidak percaya.'
(Yunus, 10: 101)

Ramai orang sanggup habiskan RM5000 utk melawat BATU 4 segi di tanah Arab, tapi tak sanggup belanja walaupun RM200 utk beli sebuah teleskop utk mengkaji tanda2 kekuasaan Tuhan.

Esok pagi satu jam sebelum matahari terbit, cuba lihat di langit timur. Apa yang kelihatan? Anda perlukan sebuah teleskop utk 'indentify' objek ini. Kalau xde, jangan mengaku anda yang lebih faham tentang kebesaran Tuhan dan AQ.

-skygyver-

Pejuang said...

Salam,

Skygyver,

+ Ada kajian berkenaan terapi sembahyang dilakukan oleh beberapa org Professor.

+ Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM)

+ Diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

+ Nak tunggu kajian sains sebegini baru nak sembahyang ke?

Pejuang said...

Salam,

Buat Skydyver,

+ Dalam hadith ada menyebut : “Dan pada sebelah sayap (lalat) ada penawar

+ Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938

+ Penemuan ini dilaporkan dlm buku The Housefly - Its Natural History,Medical Importance,And Control oleh Luther West.

+ Apakah penemuan sains ini membenarkan hadith?

Pejuang said...

Salam,

Buat Skygyver,

+ Pada 1982, Keith Moore, seorang profesor Univ Toronto,menulis sebuah buku brjudul "The Developing Human, edisi ke3".

+ Di dalamnya Moore ceritakan kehairanannya dengan 'cerita pertumbuhan embrio di dalam Quran'.

+ Apakah penafian sains ini menafikan kebenaran Al-Quran?

Skygyver said...

Salam Pak Kassim,

Kebenaran tidak boleh dimonopolikan.

Tanpa komen saya yg lagi satu, hujah saya akan nampak lemah.

Biar saya berikan hujah, berdebat satu cara untuk mencapai kebenaran.

-skygyver-

Tolokminda said...

Salam Pejuang,

Jika tuan baca mesej Al-Quran dengan betul, sebenarnya Tuhan mahu manusia jadi saintis. Bukannya jadi sekutu Tuhan dan mengajak pula manusia lain mempersekutukan Dia dengan macam-macam.

Perhatikan perkara pertama yang Tuhan ajar kepada Adam:

--> 2:31 Dan Dia mengajar Adam sifat semua benda; kemudian Dia membawanya ke hadapan para malaikat dan berkata: “Beritahu kepada Aku sifat benda-benda ini jika kamu benar”.

--> 2:32 Mereka berkata: Pujian kepada Engkau, kami langsung tidak mempunyai pengetahuan seperti itu kecuali apa yang Engkau telah ajar kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang sempurna dengan pengetahuan dan bijak.

--> 2:33 Dia berkata: Wahai Adam! Beritahu mereka (para malaikat) sifat-sifat mereka (benda-benda). “Apabila dia sudah memberitahu mereka, Tuhan berkata: Tidakkah Aku telah memberitahu kamu bahawa Aku mengetahui rahsia-rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?

--> 2:34 Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat: Merendah dirilah kepada Adam dan mereka merendah diri tetapi tidak Iblis. Dia menolak dan sombong. Dia adalah dari kalangan yang kafir.

Dari kisah awal penciptaan dan pengkomisyenan Adam di atas, kita diberitahu bahawa pelajaran pertama yang diajar oleh Tuhan kepada manusia adalah sifat-benda-benda.

Sampai hari ini pelajaran kita itu sebenarnya belum habis. Kita masih mempelajari sifat benda-benda. Tuhan masih mengajar kita perkara-perkara yang Dia telah ajar Adam. Dan kaedah pembelajaran yang kita gunakan sekarang kita kenali sebagai sains.

Sebenarnya sebahagian besar mesej Tuhan di dalam Kitabnya adalah supaya kita tidak meninggalkan ajaran pertamaNya itu. Tuhan tidak mahu kita terjebak dengan mereka yang mengajak percaya kepada benda-benda karut yang tidak berfaedah dan tidak membawa mudarat kalau ditinggalkan. Begitu juga Tuhan tidak mahu kita mengerjakan amalan-amalan merepek yang juga tidak mendatangkan faedah dan tidak membawa mudarat kalau tidak diamalkan. Semua itu adalah jalan yang sesat dari sunnah Tuhan. Sunnah Tuhan membawa faedah kepada manusia sedangkan ikut sunnah mereka, kita akan sengsara. Lihatlah, bukankah itu realiti yang di hadapi umat Islam hari ini?

Melalui KitabNya, Tuhan mahu kita teruskan pembelajaran sains kita kerana hanya dengan pengetahuan yang datang melalui proses itu saja kita akan dapat memanfaatkan pelbagai kurniaan dan kekayaan yang Tuhan sediakan untuk kita di alam ini - supaya kita akan berterima kasih kepada Dia.

Sebab itulah para saintis yang tidak pernah baca Al-Quran sering berasa terkejut apabila mereka dapati apa yang mereka temui dalam penyelidikan mereka boleh ditemui asasnya di dalam Kitab Tuhan itu. Sebab itulah umat Islam awal dulu cemerlang dan menjadi pelopor kepada pelbagai perkembangan ilmu berasaskan sains - iaitu sebelum mereka beralih menjadi pentaksub kepada ajaran-ajaran sipolan yang langsung tidak ada faedah kecuali laknat dari Tuhan.

Skygyver said...

Salam semua,

Kepada Pak Ya, jika saya orang muda tak bermakna Pak Ya lebih benar. Tok Wan saya sama umur dengan Dr. Mahathir tapi saya tak pernah ikut Tok Wan saya pergi melawat BATU 4 segi di Arab Saudi. Tok Wan saya pernah jadi Imam Masjid Simpang Empat, Perlis.

Ibrahim menentang kaumnya semasa masih muda lagi, tapi ada orang2 tua yang merasakan diri mereka 'makan garam terlebih dahulu', ditangkapnya Ibrahim dan cuba dibakar.

Orang2 tua baca buku bercetak, orang muda zaman sekarang baca buku dalam kindle.

"Menatang apa kindle tu?" Pak Ya bertanya sambil menggaru kepala.

Dlm galaxy tab saya ada beratus-ratus E-Book saya muat turun. Sama dengan satu almari buku Pak Kassim tapi dalam poket saya sahaja.

Pak Ya tak tahu menatang apa galaxy tab tu? Jawapan saya: satu galaxy tab boleh beli tiket kapal terbang pergi balik melawat BATU 4 segi. Tak tahu menatang apa galaxy tab tu pun tak mengapa sebab harganya sangat mahal.

Kepada Pejuang, anda tak faham komen saya. Saya percaya Al-Quran 100% dan juga saya percaya masih ramai yang terpengaruh dengan sebahagian besar ajaran Arab versi 1400 tahun dahulu.

Saya pernah baca satu kajian yang mengatakan bahawa Space Shuttle Columbia meletup kerana melintas atas Mekah. Tapi tidak dijelaskan mengapa tandas International Space Station tidak meletup selepas melintas Mekah lebih dari 70,000 orbit.

Saya pernah baca satu kajian saintis Jepun bahawa air zam-zam sangat ajaib kerana blablablabla....tetapi tidak dijelaskan mengapa bila saya minum air zam-zam tekak saya akan menjadi sakit & kering. Juga tidak dijelaskan kenapa air zam-zam tak pernah kering.

Ramai yg tidak percaya Saudi memasang paip besar di bawah 'Masjid' Mekah utk salurkan air zam-zam yg dihasilkan secara 'reverse osmosis'. Di rumah saya pun ada mesin 'reverse osmosis', bezanya saya tak ambil air laut, tapi saya gunakan air paip.

Kajian tentang sembahyang memang menarik tapi tidak dijelaskan bagaimana nak 'perform' sembahyang dalam keadaan tanpa graviti. 1400 tahun lalu, imaginasi Arab tidak mampu menjangkau pada abad ke-20 manusia akan berupaya naik ke orbit.

Pasal lalat, saya akan cuba cari buku ini terlebih dahulu. Saya pernah baca Lord Of The Flies dan tengok filemnya sahaja.

Kepada Pak Kassim, mungkin tuan tidak berani mengkaji asal usul agama Arab jahiliyyah. Saya dah berikan link, tapi tuan tak siarkan. Tak mengapa, saya dah biasa di'kick-out' di blog & forum internet. Dr. Falsafah pun kick-out saya keluar. By the way, tulisan2 Pak Kassim banyak membantu saya dalam satu kajian yg saya sedang buat. Yg sy tak setuju, saya simpan dalam hati saja.

Kepada Juang, nampaknya saya perlu percepatkan projek PEGASUS utk mencabar BATU 4 segi Arab. Mungkin Pak Ya & Pejuang tak berani naik PEGASUS saya nanti. Bila projek PEGASUS siap, satu dunia Arab akan mengamuk.

Apabila PEGASUS saya siap, Pak Ya akan berkata, "Apa la budak2 zaman la nie, berani depa melawan Boraq, keldai terbang Nabi Muhammad."

Mungkin juga Pak Ya akan menghambat saya keluar dari bumi Malaysia. :)

-skygyver-

Skygyver said...

Kepada Pak Kassim,

I'm always slumber, easy & cool. By the way, saya suka baca blog Pak Kassim. Apa yg penting bagi saya ialah Al-Quran perlu dikaji semula oleh pemimpin2 Melayu kita.

Lebih ramai cerdik pandai perlu berganding bahu untuk usaha ini.

Selagi usaha ini tidak tercapai, semakin bercelaru minda orang2 Melayu. Yg terbaru, isu debat Nik Aziz. Ini cukup merisaukan saya.

-skygyver-

Juang said...

Salam,

"Pemuda: Solat juga boleh bermaksud pertolongan dan bantuan (help and support)"

Jika solat bermaksud pertolongan dan bantuan, lagi-lagilah tidak wajar manusia itu mengadap batu kerana batu tidak dapat memberi pertolongan dan bantuan. Bukankah lebih baik solat itu mengadap ilmu kerana dengan ilmulah manusia akan dapat pertolongan dan bantuan Tuhan?

"Pak Ya: Komain byk ayat Quran pasal sembahyang, tu pun hang x nampak?"

Tidak dinafikan dalam Al Quran ada sebut perkataan solat. Tetapi benarkah solat itu bemaksud sembahyang seperti yang ramai orang mengaku Islam hari ini anggap? Takkanlah seperti dalam ayat 4:102, Nabi bersembahyang bersama-sama orang kafir?

Begitu juga dikatakan kalau Al Quran itu bukan daripada Allah, pasti kita akan jumpa perselisihan yang banyak di dalamnya? Jadi, jika perkataan "sollu" dalam ayat 4:102 itu bermaksud sembahyang, maka akan berlakukan perselisihan jika perkataan "sollu" dalam ayat 33:56 diterjemahkan sebagai sembahyang. Mustahil Allah dan para malaikat bersembahyang kepada Nabi.

Setelah jelas nampak perselisihan begitu berlaku jika solat itu dimaksudkan sebagai sembahyang, ada baiknya kita mencari erti solat yang paling baik.

Setakat ini, pendapat Tolokminda bahawa solat adalah komitmen, tidak menyebabkan berlakunya perselisihan di antara ayat-ayat Al Quran.

Kalau ada sesiapa dapat buktikan berlakukan perselisihan, barulah kita cari erti yang lebih sesuai.

"Pejuang: Ada kajian berkenaan terapi sembahyang dilakukan oleh beberapa org Professor."

Amalan yoga yang diamalkan oleh penganut Hindu dan Buddha juga dikatakan satu terapi yang baik untuk kesihatan. Jadi perlukah kita jadikan yoga satu amalan rutin harian sebagai tanda bersembahyang hanya kerana ia mempunyai kelebihan sebagai terapi?

Apa jua bentuk penggerakan sendi-sendi tubuh badan, memanglah baik untuk kesihatan. Tapi takkanlah sebab itu terus dijadikan sembahyang kepada Tuhan?

Seperti mana Tuhan tidak memerlukan sebarang makanan untuk dijadikan amalan sembahyang, macam itulah Dia tidak memerlukan sebarang bentuk pergerakan tubuh badan manusia untuk dijadikan amalan sembahyang.

Kassim Ahmad said...

1. Nampaknya, esei ini mendapat komen paling banyak. Tetapi mengapa tentang sembahyang saja? Sila lihat 40 Prinsip dalam laman web saya
2. Saya pohon mereka yang ingin membuat komen supaya membaca esei itu dengan teliti dan juga komen-komen balas saya. Tumpu kepada perkara-perkara yang saya sebut di situ.
3. Dalam esei itu saya menyebut tiga penyelewengan besar oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Satu daripadanya pendewaan terhadap pemimpin (politik dan agama). Mengapa diheret masuk penemuan patung oleh saintis Barat di Mekah?
4. Sembahyang itu jelas maknanya dari berpuluh-puluh ayat dalam Quran. Tetapi sembahyang bukan perkara terpenting dalam ajaran Islam.
5. Sains itu hanya satu daripada tiga cabang ilmu yang besar. Dua lagi falsafah dan agama/metafizik. Ketiga-tiga ini tiga kaedah manusia mengetahui (ainul-yaqin, ilmul-yaqin dan haqqal-yaqin). Perkara ini telah saya sentuh dalam beberapa esei dalam laman web saya. Tolong baca semua dengan teliti.
6. Kajian Quran kita harus ditumpukan kepada perkara-perkara besar. Insya Allah, buku saya yang baru ("Islam - the Religin of Divine Unity": akan terbit pertengahan tahun ini) akan membuktikan perkara ini.
7. Jangan buang masa membincang perkara sembahyang yang sudah jelas maknanya.

Pak Ya said...

Salam,

Kassim,

Aku setuju sgt dgn pendapat hang...

Biasalah budak2 cepat melatah...

Pening dok tgk budak2 laa ni..

cakap byk..apa sumbangan mereka pada Islam?

cakap je boleh laa...

Pejuang said...

Salam,

Pak Kassim,

+ Saya setuju sgt dengan Pak Kassim, sembahyang telah jelas maknanya.

+ Pd Skygyver, Sains sangat subjective dan relative. Penemuan yg bukan penentu kebenaran.

+ Pd Juang, soalan Yoga tu cuba tanya pd Skygyver. Dia dok kagum sgt dgn sains, kindle dan galaxy tab tu. Mcm dia sorg je tau.

+ Pd Tolok Minda. Ayat 4:102 tu jelas maksudnya. Tidak perlu pd pndgn manusia sprti anda.

+ Terima Kasih byk2 Pak Kassim.

Nirnama said...

Apa yang berlaku dalam ruangan komen ini tragedi. Ramai yang lalai daripada topik perbincangan asal, hanya kerana seorang manusia yang mendabik dada atas nama Quran. Hentikan tragedi ini!

Tetapi "tragedi bernama Islam" belum berakhir; penafsirkan Quran di bawah bayangan Hadis, pendewaan oligarki, dan pemuntahan ayat-ayat Tuhan persis seperti pemain cd, 'demi' rahmat dan berkat!

Inilah tragedi.

Juang said...

Salam,

Saya setuju dengan pendapat Pak Kassim bahawa sembahyang bukan keutamaan dalam ajaran Islam.

Apa yang saya nampak, kerana umat Islam hari ini terlalu mementingkan sembahyanglah menyebabkan mereka lebih mengutamakan riwayat hadis berbanding Al Quran kerana mereka merasakan tanpa riwayat hadis, mereka tidak boleh nak sembahyang.

Oleh kerana itu, ada baiknya kita fokus tentang punca penyelewangan umat Islam hari ini disebabkan riwayat hadis atau Sunnah Nabi itu daripada membuang masa pasal sembahyang.

Terima kasih dengan nasihat Pak Kassim.

Kassim Ahmad said...

1. Tolokminda kirim emel kepada saya memarahi saya kerana tidak menyiarkan komennya yang terakhir. Saya jawab komennya mengulang perkara yang sudah saya jawab, iaitu sembahyang itu diwariskan kepada kita daripada Nabi Ibrahim. Kita tidak perlu Hadis untuk bersembahyang, atau pun melakukan apa-apa ibadah lain.
2. Itulah sebabnya saya minta supaya mereka yang hendak mengulas baca dengan teliti. Jangan baca separuh-separuh lalu cepat-cepat hendak komen.
3. Perkara nombor satu dalam Islam itu pegangan tauhid, bukan sembahyang atau lain-lain. Tiada pegangan tauhid, semua perbuatan kita sesia. Kalau kita tidak faham ini, kita tidak faham Islam.

Pak Ya said...

Salam...

Subhanallah..

Kassim, sabarlah...

Wahai pembaca, jangan ditambah tragedi yg ada...

Tolokminda... Hormati pandangan orang lain.

Kita tidak boleh memaksa manusia menerima fahaman sepertimana yg kita faham.

Pejuang said...

Salam,

Pak Kassim...

+ Saya berharap Pak Kassim bersabar dgn karenah budak2 baru ini.

+ Kumpulan Tolok Minda ini sangat merasakan dia yg paling betul.

+ Mereka mendakwa mengikuti Quran sedangkan mereka menafikan kebenarannya.(4:46), (5:13) dan (5:41)

+ Saya melihat mereka ini sebahagian daripada tiga penyelewengan terhadap Al-Quran dan punca perpecahan tambahan.

+ Perpecahan sebegini berpunca dari perselisihan faham tentang Al-Quran sendiri.

+ Pd pandangan Pak Kassim, bagaimana perkara sebegini ditangani? Mereka juga mendakwa memperjuangkan Quran...

+ Harap Pak Kassim sudi berkongsi pandangan.

Pejuang said...

Salam,

Pak Kassim,

+ Saya ada soalan tambahan.

+ Pak Kassim menyeru manusia supaya kembali kepada Quran.

+ Kumpulan Tolok Minda juga mengaku beliau mengikuti ajaran Quran.

+ Beliau mendatangkan tafsiran yg berbeza dgn Pak Kassim.

+ Apakah perselisihan faham tentang Quran juga menyumbang ke arah Tragedi yg dibincangkan ini?

+ Mohon jasa baik Pak Kassim berikan pandangan.

Pak Ya said...

Salam...

Anak-anak muda,

Pelajari Quran dengan mendalam.

Arahan Allah telah jelas. Tidak perlu dinafikan kebenarannya.(rujuk HSPS)

Fokus terhadap pembangunan umat Islam dan bukan hanya tahu mengkritik. (rujuk artikel perbincangan Pak Kassim)

Mendabik dada dgn ilmu yg ada bukanlah sifat org yg memahami Quran. (17:37) dan (31:18)

Kassim Ahmad said...

Sdr Pejuang Ydh.,
1. Jawapan kepada soalan Sdr itu mudah saja.
2. Hanya ada tiga jenis manusia dalam dunia: (a) Mukmin, yakni mereka yang mendukung dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan; (b) Kafir, yakni mereka yang mendukung dan memperjuangkan kepalsuan dan kezaliman; dan(c) Munafik, yakni mereka yang mendakwa mendukung dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan, tetapi SEBENARNYA mereka serupa dengan golongan pertama!
3. Saya mahu tanya Sdr Pejuang: Apa yang harus kita lakukan kepada golongan ketiga? Tidak lain kecuali memdedeahkan kebohongan mereka. Itu yang telah saya lakukan dan akan terus lakukan, insya Allah.

Pejuang said...

Salam,

Pak Kassim Ydh,

+ Saya amat bersetuju dgn pandangan Pak Kassim.

+ Pembohongan mereka harus didedahkan. Jgn sampai ramai terperdaya.

+ Terima kasih atas perkongsian.

+ Saya menunggu buku Pak Kassim yg terbaru. Jgn lupa maklumkan kepada kami.

Kassim Ahmad said...

1. Saya bukan tidak mahu dengar pendapat yang berbeza. Tetapi apabila sesuatu pendapat yang salah itu telah dijawab dengan jelas, apa maksud orang yang mengulangi pendapat yang salah itu? Ini membuktikan mereka ada tujuan lain.
2. Kita perlukan pemimpin dan cerdik-pandai yang jujur. Bukan pemain silap-mata!
3. Pemimpin dan cerdik-pandai ini bertanggungjawab mencari jalan kebahgian (sirat'ul-mustaqim) bagi rakyat kita dan seluruh manusia.

Tolokminda said...

Salam Pak Kassim,

Saya berpendapat kita memang perlu konsisten dalam mengemukakan pendapat selagi kita yakin pendapat kita itu wajar diberi pertimbangan. Kalau perlu ulang 1000 kali pun, kita kena ulang. Dan kita juga perlu memaparkannya dari pelbagai sudut sebab manusia ni ramai dan masing-masing melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza-beza.

Kaedah mengulang-ulang dan membawakannya dari perspektif yang berbeza-beza sebenarnya selaras dengan kaedah yang Tuhan percontohkan melalui penyampaian Al-Quran. Melalui Al-Quran kita dapat melihat dengan jelas perkara ini. Saya nampak ada dua elemen apabila kita bercakap tentang konsistensi. Yang pertama, berulang-ulang atau jangan penat. Dan yang kedua, mesti tidak ada percanggahan. Sepertimana ayat-ayat Al-Quran yang berulang-ulang tetapi kita tidak akan menemui percanggahan di dalamnya.

Konsep ini penting untuk kita fahami. Apatah lagi apabila kita menganggap diri kita dalam wacana intelek atau pemikir. Tuhan sendiri telah memberi nasihat kepada kita supaya kita mendengar semua pendapat dan memilih yang terbaik. Kepada yang memberi pendapat dia bertanggungjawab untuk mempertahankan pendapatnya secara konsisten selagi dia yakin ia wajar dipertimbangkan. Dan kepada yang mempunyai pendapat lain, dia juga wajar mengamalkan sikap yang sama. Barulah wacana intelek yang didokong akan berkembang.

Kita harus ingat di dalam sesuatu yang beracun ada ubat dan di dalam ubat juga ada racun. Jadi berlaku adillah.

Musa dan Harun said...

Salam Pak Kassim,
Kami menyaksikan sepanjang hidup kami, bagaimana mereka yang banyak cakap tanpa terlebih dahulu mengenal Tuhan menjadi hilang punca dan arah, tersasar daripada jalan yang lurus. Yang wajib di sisi Tuhan (seperti ritual solat), haram di sisi mereka.

Sari Quran tauhid. Tanpanya punah segala amal ibadat. Kami saksikan betapa mereka yang membelakangi sari Quran sanggup menyekutukan Tuhan dengan memutarbelitkan ajaran kitab suci yang sudahlah terang lagi bersuluh. Mereka 'layan' Tuhan seperti makhluk atas nama Kebenaran. Dan mereka bertuhankan hawa nafsu (yang memandu akal mereka), tetapi pada masa yang sama mendakwa bahawa hujah mereka dibela oleh Tuhan sendiri. Minda anugerah, namun mereka memperolok-olokkannya ... perolokan minda mainan mereka.

Sungguh menakjubkan bila kami saksikan dengan mata kepala kami sendiri, kerja keras kaum beriman di'seimbang'kan dengan kerja kaum munafik yang tidak pernah kenal penat dan lelah. Bahkan mereka sanggup mengulang-ulang kemungkaran, dan bersengkang mata demi 'keseimbangan' ini. Tetapi kami tahu bila datang cahaya tiada lagi kegelapan.

Kami bersyahadah dan mereka juga bersyahadah. Bagi kami, hanyalah Allah.

Teruskan Pak Kassim membongkar segala pembohongan, kepura-puraan, dan kebodohan mereka. Tiada siapa yang dapat memadamkan cahaya Tuhan.
Wassalam.

arya said...

Pada pendapat saya, berdasarkan urutan masa dan rangkaian kehidupan manusia, hadis itu sebenarnya bukan kata-kata nabi Muhammad tetapi kata-kata Bukhari , Muslim, Tirmizi,Nasai, Abu Daud, Imam Ahmad dan yang lain-lain, yang di kutip daripada seseorang berdasarkan dengar cakap, dan orang berkenaan tidak pun diberikan kredit atau penghargaan walau pun jasa mereka besar kepada Bukhari dan rakan-rakan.
Apabila hadis disebut,nama yang selalu disebut adalah Abu Hurairah dan yang lainlain, seolah olah Bukhari dan rakan2 mendapatkannya terus daripada Abu Hurairah.
4 atau 5 generasi perawi tidak pernah disebut apabila hadis2 dipakai, melainkan kepada pengkaji hadis.Peranan dan jasa mereka amat besar. Tanpa mereka tidak ada hadis.Di samping berjasa mereka mungkin juga telah merosakkan agama
apabila mereka menyebarkan hadis2 palsu yang patut dikategorikan sebagai ajaran sesat, atau mereka terjebak dengan ' lost in translation', lost in transmission' dan ' lost in comprehension'.Umpamanya Abu Hurairah hanya memahami dan mengingati 99% daripada apa yang didengarnya daripada Nabi Muhammad,kepada perawi2 seterusnya hilang lagi 1% pada setiap seseorang, apabila sampai kepada Bukhari ia sudah kehilangan tidak kurang daripada 5% daripada apa yang Nabi maksudkan.Itu paling minimum.Pada hari ini dalam mana kita memilikki mesin perakam pun banyak orang mengadu kenyataan mereka telah disalahtafsirkan, apakah mereka juga tidak mengalami
kejadian begitu?
Kalaulah hadis telah dibukukan pada zaman nabi, dan terdapat pengesahan daripada nabi sendiri, kita boleh terima hadis tanpa sebarang keraguan.Tetapi apa yang sampai kepada kita adalah katakata Bukhari dan rakan2,bukan daripada Abu Hurairah apatah lagi daripada nabi sendiri.Siapa yang berani menjamin hadis2 itu tidak ada langsung cacat celanya?

Pejuang said...

Salam

Pak Kassim,

+ Saya sgt setuju dgn Musa dan Harun

+ Terdapat manusia yg suka memutar belit Quran

+ Teruskan usaha Pak Kassim mendedahkan pembohongan mereka.

+ Mereka berbohong atas nama Quran.

+ Sangat keji, perbuatan yg mengulangi perbuatan ahli kitab

+ Allah mengeji perbuatan mereka.

Pak Ya said...

Salam,

Kassim,

Hati-hati dgn Tolok Minda

Dari penulisan dia, nampak sangat dia pemutar Al-Quran

Dedahkan pembohongan mereka.

Juang said...

Salam,

"Arya: Pada hari ini dalam mana kita memilikki mesin perakam pun banyak orang mengadu kenyataan mereka telah disalahtafsirkan, apakah mereka juga tidak mengalami kejadian begitu?"

Benar. Dalam zaman berteknologi tinggi pun banyak kata-kata yang disalahtafsir, apakah pada zaman dahulu para periwayat hadis itu benar-benar menyampaikan apa yang Nabi maksudkan tanpa sebarang kesilapan?

Disebabkan riwayat hadis tidak terlepas daripada kesilapan, maka kita kena pastikan sama ada ia selari atau tidak dengan Al Quran. Mana mungkin seorang Nabi menyampaikan "hadis" yang berbeza mesejnya dengan Al Quran yang diwahyukan kepadanya?

Ramai yang mendakwa kononnya riwayat hadis itu adalah penjelas kepada Al Quran. Tetapi bila kita fikirkan, makin mereka cuba menjelaskan Al Quran menggunakan riwayat hadis, semakin mereka tak faham ajaran Al Quran yang menggalakkan manusia berfikir. Jadi, di mana rasionalnya riwayat hadis itu sebagai penjelas Al Quran kalau suruhan mudah (berfikir) dalam Al Quran pun mereka bantah?

Cuba kita perumpamaan ini. Jari selalu digunakan untuk menjelaskan hukum asas matematik. Maka ada logiknya jika jari dikatakan penjelas kepada operasi asas matematik itu kerana ia selari dengan hukum tersebut.

Pada saya, riwayat hadis itu bukannya penjelas Al Quran, tetapi adalah punca menyebabkan umat Islam tidak yakin untuk berpegang teguh pada Al Quran dan seterusnya tidak yakin pada Allah (kerana meletakkan ulamak agama lebih utama).

Anonymous said...

Di Mesir, Algeria, Tunisia dan beberapa negara yang ramai penganutnya beragama "Islam" mereka membicarakan soal demokrasi, hak kebebasan dan rejim korup kita asyik lagi bicara tentang sembahyang, mencari jalan yang lurus, tolak hadis karut dan mencari penafsiran Quran terbaik, peranan intelek Islam yang tak habis-habis. Begitu vibrant sekali perbincangan mengenai perkara itu sedangakn fahaman agama konservatif pula membicara hari valentine, halal-haram, aurat, poligami, soal bang, nama 'alllah' dan itu haramke tak?
Apalah wacana sebegini yang hebat jika mahu mencari perubahan? Di Mesir kurang pembicaraan akan isu agama dan tiada kalangan mufti/ustaz/imam dan cerdik pandai Islam yang terlibat dalam gerakan sekular rakyat yang telah mengguling sosok rejim diktator(sistem kediktatoran belum lagi) yang telah sebat AS$70 bilion wang rakyat. Kalangan agama di MEsir agak sedang berdenggung nak masuk syurga!
Bukalah topik bagaiman nak humbankan rejim korup kita adalah lebih baik.

Anonymous said...

Salam

Di barat dah lama revolusi hal demokratik nih... diorang sekarang hanya memikirkan sistem... negara2 Arab baru nak revolusi hal2 demokratik... nampak tak jauh ketinggalan...

Di negara barat pembangkang membangkang bukan kerana kepentingan peribadi tetapi lebih kepada mengkritik dasar2 yg dirasakan tidak membawa kebaikan kpd sistem utk kebaikan negara...

Di Malaysia nih kebanyakan hal2 yg dibangkang byk tak rasional lebih kepada utk berebut kuasa bukan utk kepentingan membangunkan negara...

Manakala ramai yg didalam parti pemerintah pula lebih kepada mengejar wang dan pangkat dlm berpolitik itu sebabnya byk korup...

Selagi mentaliti ramai orang tidak berubah selagi itu la sistem demokrasi yg diamalkan dibarat tidak sesuai di Malaysia...

Hanya sesuai di barat, tetapi di Malaysia tidak sesuai krn mentaliti ramai orangnya masih dlm kelas ketiga...

Ainon said...

Sekali-sekala, komen melucukan, seperti yang dibuat oleh anon 2:01 AM, menambahkan tragedi dalam ruangan ini. Ini gambaran akal yang korup. Hilang rasa mengantuk saya bila membaca komen itu.

Anon budiman, humbankan korupsi dalam kepala otak sendiri dulu! Ini penting.

Juang said...

Salam Jebon,

Setuju dengan pendapat saudara. Sistem yang disusun dan dibangunkan sehebat mana sekali pun, tetapi kalau ramai individu dalam sistem itu tidak boleh menilai dengan waras dan patuh pada logik, pasti sistem itu tidak akan berjaya.

Cuba lihat bagaimana manusia mampu mengaturcara berjuta-juta transistor dalam sebuah cip prosesor sehingga menghasilkan output yang canggih. Ini kerana setiap transistor itu tunduk dan patuh pada logik yang ditetapkan. Setiap transistor itu tahu membezakan nilai logik 1 dan nilai logik 0 tanpa keliru.

Tetapi dalam masyarakat manusia, jika ramai di antaranya tidak tahu membezakan nilai-nilai seperti baik-buruk, benar-dusta, manfaat-mudarat dan sebagainya, maka bagaimana masyarakat itu dapat mencapai output yang gemilang?

Belajar mengenal sifat-sifat sesuatu perkara adalah asas kehidupan yang ramai manusia lalai tentangnya. Maka terhasillah masyarakat mentaliti kelas ketiga macam masyarakat kita hari ini.

Kenapa kita diajak kembali kepada Al Quran? Ini kerana Al Quran jelas membezakan nilai-nilai sesuatu perkara sehingga mudah kita mengenal beza baik-buruk dan sebagainya.

Kassim Ahmad said...

1. Mecari jalan yang lurus itu penting untuk kebahagian manusia.
2. Manusia sudah bereksperimen dengan tiga jalan: (a) Teokrasi (b) Liberalisme, dan (c) Komunisme. Ketiga-tiganya telah gagal dan runtuh atau sedang runtuh.
3. Di Malaysia kita ikut satu bentuk Liberalisme, yang kerap dipinda-pinda untuk mengelak keruntuhan. Sampai bila kita boleh bertahan?
4. Sekarang zaman Kebangkitan Rakyat. Revolusi Mesir satu contoh. Bolehkah Revolusi Mesir bawa kepada kebahagiaan rakyat Mesir? Saya sedang memerhati dan ramai orang sedang memerhati. Saya harap Revolusi Mesir berjaya. Sebab itu saya tulis esei saya yang baru itu.

arya said...

Pada saya Allah menjadikan kehidupan ini 'manusia sebagai ukurannya'. Maksud saya adalah yang mencari jalan yang lurus itu adalah manusia.
Teokrasi, liberalisme dan komunisme adalah sistem hasil fikiran manusia untuk mentadbirkan kehidupan manusia.
Yang meminda2 liberalisme adalah manusia dan yang meruntuhkan pun manusia.
Kebangkitan rakyat adalah kebangkitan manusia. Revolusi adalah tindakan manusia.Kita yang memerhati adalah manusia yang memerhatikan manusia yang lain.
Allah memberikan agama adalah untuk manusia. Syurga dan neraka adalah untuk manusia.Kehidupan ini memangnya berlegar kepada perbuatan manusia.
Protagoras menyatakan 'Man is the measure of all things' tetapi dia tidak menjelaskannya bagaimana?
Kita manusia tidak akan dapat bertahan untuk terus hidup tanpa makanan, pakaian dan tempat tinggal.Semasa kita masih kecil 3 perkara asas ini disediakan oleh ibu bapa atau penjaga kita. Setelah dewasa ia menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk mendapatkannya. Kita boleh survive tanpa pelajaran, tanpa hiburan , tanpa pengangkutan, tanpa
alat komunikasi, namun tanpa makanan, pakaian dan tempat tinggal kita tak akan dapat melihat hari kedua pada hari pertama kita lahir ke dunia.
Kita tak dapat menjalankan kehidupan berseorang diri kerana kita ada hanya dua tangan.Kita tubuhkan kerajaan supaya kita dapat berkerja dalam satu kumpulan dengan objektif utamanya adalah untuk memastikan bekalan makanan sentiasa cukup, kita dapat pakaian untuk melindungi tubuh kita daripada berbagai jenis musuh termasuk juga manusia lain, dan tempat tinggal atau rumah yang sempurna untuk berehat dan berlindung.Untuk mencapai objektif tersebut semua orang perlu membuat satu-satu kerja yang mereka tahu.
Keperluan kepada makanan, pakaian dan tempat tinggal menerbitkan berbagai-bagai jenis institusi dan industri, yang membekalkan 3 perkara asas tersebut
dan memberikan manusia pekerjaan untuk mendapatkan wang.
Sebuah kerajaan yang kita tubuhkan, kita mahukan ia mencari penyelesaian kepada kepada segala
keperluan dan permasalahan yang kita hadapi.
Kalau kita selalu dalam kelaparan kerana tidak ada wang,
kalau ada wang tidak ada makanan,
kalau kita hanya berteduh di bawah jambatan atau rumah setinggan yang serba daif, dan kalau kita hanya memliki pakaian yang telah lusuh atau koyak rabak, tetapi ada orang yang memiliki rumah yang amat besar, makan di hotel lima bintang, dan bajunnya berharga lebih daripada pendapatan sebulan kita, tentu lama kelamaan kemarahan kita akan memuncak.
Tidak semua manusia lahir ke dunia bernasib baik berada dalam keluarga yang kaya, berkuasa dan berilmu. Lebih ramai hidup miskin, daif dan jahil yang bukan pilihan mereka.
Itulah sebabnya Allah turunkan agama lebih berperanan untuk melindungi seseorang manusia daripada manusia yang lain.Tanpa agama manusia mungkin akan mengamalkan hukum rimba.

Nirnama said...

o--> Teokrasi lahir daripada filsafat Mistisisme, manakala Liberalisme melahirkan Kapitalisme(seperti yang turut diamalkan di negara ini), dan Komunisme pula melahirkan Sosialisme (yang telah lama masuk bakul sampah sejarah).
o--> Liberalisme dan Komunisme dua cabang aliran falsafah Materialisme.
o--> Kapitalisme samada telah ranap atau dibina di atas keranapannya, berkali-kali sampai sekarang.
o--> Jika revolusi Mesir berpandukan filsafat Islam, rakyatnya akan bahagia.

arya said...

Alam ini dipenuhi dengan jirim dalam tiga sifat iaitu pepejal, cecair dan gas.Lima deria kita boleh merasainya.Alam ghaib kita tak tahu macam mana rupanya. Kalau kita berada tinggi di udara melihat ke bawah kita hanya nampak pepejal dan cecair. Gas kita tidak nampak.
Begitu juga perkara abstrak seperti falsafah, politik, agama, kebudayaan,
materialisme, sosialisme, dan semua isme kita tidak nampak kerana ia tidak wujud. Ia wujud dalam minda kita. Kita menyusun berbagai macam gambaran dalam minda kita dan orang lain tidak nampak dan tidak tahu melainkan kita tukar ia dalam bentuk suara percakapan, gambar atau rajah, atau tulisan seperti yang kita lakukan dalam blog ini.Orang lain faham atau tidak bergantung kepada bagaimana bagusnya kita menyusun kata menjelaskannya dan bagaimana orang lain menerimanya.Apa yang telah berlalu kita kenang atau fikirkan dalam bentuk gambaran minda.Begitu juga kita membayangkan masa depan.
Begitu juga kita membayangkan apa yang sedang berlaku di Mesir.Semuanya berlaku dalam minda.
Ketepatan bayangan kita itu bergantung kepada berapa banyak maklumat yang kita ada. Kalau kita sedang berada di Mesir pun di tempat kejadian, apa yang telah berlaku sesaat yang lalu hanya gambaran. Apa yang kita boleh lihat amat terbatas. Kita kena proses dalam minda untuk memahami apa yang berlaku.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah disamping manusia dijadikan ukuran kehidupan oleh Allah,bukan haiwan, bukan tumbuh tumbuhan, bukan malaikat dan syaitan.Manusia adalah fokus kehidupan.Untuk dirinya dan untuk orang lain.Setiap manusia pula tanpa penglihatan , tanpa pendengaran saya tidak dapat bayangkan macam mana pandangan hidup mereka. Yang pasti tidak banyak gambaran atau mental image yang boleh terjadi dalam minda mereka.Gambaran ibu atau bapa mereka pun tidak ada dalam minda mereka apatah lagi untuk mengetahui apa yang berlaku di Mesir.
Kerja minda kita orang Islam tentu sekali berlainan dengan kerja minda orang bukan Islam. Disebut Tuhan kita terbayangkan Allah. Bagaimana bayangan Allah dalam minda setiap orang tidak sama antara satu sama lain bergantung kepada maklumat yang sedia ada. Kepada orang bukan Islam apabila disebut Tuhan mereka tidak terbayangkan Allah. Orang Kristian terbayangkan gambar Jesus Christ. Orang Hindu dan Buddha terbayangkan berbagai rupa patung.
Ateis tidak ada bayangan Tuhan.
Bertitik tolak daripada manusia ukuran kehidupan dan hidup hanya gambaran minda, dan ada beberapa perkara lagi kita mungkin boleh melihat realiti sebenar hidup ini.
Dari situ kita boleh mendapat panduan untuk mencari jawapan kepada permasalahan hidup yang kita hadapi.

Unknown said...

+ Filsafat Islam jalan pertengahan, di antara dua jalan lampau; (i) spiritual tanpa kebendaan, dan (ii) material tanpa rohaniah.
+ Melihat kepada sifat kebangkitan rakyat Mesir, mereka menolak Komunisme dan Teokrasi. Tetapi jika revolusi yang mereka lancarkan itu berorientasikan Liberalisme, maka mereka akan berevolusi lagi, sekurang-kurangnya sekali. Dan revolusi yang lagi sekali itu disertai oleh seluruh bangsa di dunia Timur dan Barat; pembebasan total.

Pemuda said...

Revolusi Mesir bangkit demi keadilan untuk rakyat dan kesaksamaan sesama manusia. Namun dua faktor lagi tidak harus kita lupakan dalam menilai kematangan revolusi itu. Yang pertama dan paling penting, faktor tauhid; adakah rakyat Mesir tunduk dan patuh kepada Tuhan sepenuhnya, berdasarkan prinsip-prinsip ajaranNya? Kedua, faktor akal kreatif; sudahkah mereka bersedia untuk meneruskan kesinambungan dalam penerokaan sains dan teknologi secara serius, demi kehidupan seluruh masyarakat manusia yang lebih baik? Saya fikir rakyat Mesir baru memulakan satu langkah daripada sejuta langkah. Saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka.

arya said...

Pada asasnya manusia yang telah lahir di atas muka bumi, memerlukan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk terus bernyawa.3 perkara tersebut tidak datang bergolek. Kena ada ilmu, kena berusaha dan kena berkerjasama antara satu sama lain. Kita kena belajar dahulu dapatkan ilmu dan kepakaran kemudian berkerja.
Pertanian, perladangan, perikanan, penternakan adalah institusi dan industri yang memang jelas untuk pengeluaran makanan.Bagaimana pula hubungan hiburan , komunikasi,sukan ,berpolitik ada hubungan dengan pemakanan? Setiap orang yang bergiat dalam institusi berkenaan, berniat untuk mendapatkan wang, yang kemudian digunakan sebagai alat pertukaran dengan makanan yang ada pada tangan orang lain.
Demikian juga wang yang dikumpulkan daripada kegiatan yang kelihatan tidak berkenaan dengan soal pakai memakai.
Kita perlu ada wang untuk menyewa atau membeli tempat tinggal
seperti rumah,bilik hotel atau asrama.
Sebahagian besar daripada pendapatan kita yang berbentuk wang kita habiskan untuk pembiayaan makanan, pakaian dan
tempat tinggal.Tiga perkara ini menyelubungi diri kita selagi hayat masih ada.Kita tentu tidak sanggup menghadapi kelaparan, bertelanjangan dan merempat dari satu tempat ke satu tempat.
Itulah tiga perkara utama dalam hidup ini kepada bayi yang baru lahir sampailah kepada orang yang sudah berumur hampir seratus tahun atau lebih, kepada orang yang yang berkerja membanting tulang di ladang sampailah kepada Raja, Presiden dan Perdana Menteri.
Manusia adalah makhluk beremosi
bukan makhluk berlogik.Emosi boleh membuatkan manusia hilang pertimbangan dan sanggup menganiaya
antara satu sama lain.
Salah satu peranan agama adalah untuk mengawal emosi manusia.Tanpa agama kita mungkin sanggup berbunuhan antara adik beradik, antara ibu bapa dengan anak-anak.Apatah lagi kalau tiada hubungan kekeluargaan.Itulah satu tragedi yang payah juga untuk ditangani kerana emosi kita sentiasa menjadi fokus kepada syaitan yang memang sentiasa ingin menjahanamkan manusia.

Nirnama said...

o--> Pegangan falsafah yang benar itu penting. Ia selaras dengan takdir Tuhan ke atas manusia (sila baca "Falsafah Takdir", karangan mujadid bangsa Melayu Za'aba).
o--> Falsafah ini boleh kita guna buat meramal lambat bangatnya evolusi manusia.
o--> Sebetulnya kita tidak tahu bangsa atau penganut agama mana yang akan memimpin evolusi 'menuju' Tuhan. Tetapi kita yakin mereka berpegang kepada falsafah yang benar.
o--> Bangsa kita Melayu perlu dilengkapkan dengan ilmu falsafah; sekurang-kurangnya dua orang sofis dalam sejuta rakyat.

Pemuda said...

(1) Tiada jalan yang lebih lurus daripada "jalan yang lurus", dan tiada yang lebih terpesong daripada "jalan yang menyimpang".
(2) Maksudnya, ada dua pilihan sahaja, samada benar atau salah. Tidak ada siapa yang terperangkap di antara kedua-duanya.
(3) Perbantahan mengenai perkara yang sudah nyata benarnya, sia-sia. Begitu juga, perbahasan untuk membenarkan kepalsuan, sirna.
(4) Hanya perbahasan yang menzahirkan Kebenaran dan membenamkan kepalsuan, bermakna.
(5) Harap komen ini bermakna buat semua pembahas dalam blog Pak Kassim ini.

Anonymous said...

kepada semua orang yang membaca dan melihat ini, ucaplah Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH..

Ainon said...

Marilah beriman dengan Tuhan, dengan para malikatNya, kitab-kitabNya, dan semua utusanNya. Jangan membeza-bezakan utusan-utusan itu!

Unknown said...

Salam Pak Kassim,
saya amat bersetuju dgn ainon..jgn membeza bezakan utusan-utusan itu.
Nampak gayanye Anonymous mmg tinggi ilmu pembelajarannya tapi Ilmu itu milik Allah jua..
Wahai sdr Anonymous Bukan Nabi Muhammad sahaja pesuruh Allah..ada bbrp 'ORANG' lagi...

dr ilyas harun said...

Kenapakah kitab2 suci agama Yahudi, Kristian dan Islam hanya banyak berkisar cerita di Timur Tengah sahaja? Tiada cerita tentang tamadun Mohedja-Daro dan Harappa di Lembah Indus; Sumeria di Lembah Mesopotamia; Mesir di Lembah Nil; Sparta, Greek, Amerika Selatan, Negeri China, India, Melayu/Malayu/Malai/Malay?
Agama dan Tuhan orang-orang Mesir dimatikan bila agama Kristian menjadi dominan. Agama dan Tuhan orang-orang Greek dan Roman dimatikan bila agama Kristian dominan. Agama Buddha wujud di India tetapi lenyap di sini dan berkembang di tempat-tempat lain. Agama orang-orang Maya, Inca dan Aztec dimatikan bila masuk agama Kristian. Begitu juga ajaran dan kepercayaan Melayu/Malayu/Malai/Mati mati bila masuk agama Hindu dan Buddha di mana raja-raja, pembesar dan rakyat Alam Melayu (Nusantara) memeluk agama tersebut. Selepas itu, agama Hindu dan Buddha mengecil bila masuk agama Islam di mana raja-raja, pembesar dan rakyat Alam Melayu memeluk agama tersebut. identiti Melayu pun tenggelam kerana orang Melayu/Malayu/Malai/Malay mengambil identiti orang lain. Lepas itu, masuk pula penjajah dan agama Kristian di mana ada terdapat orang Melayu/Malayu/Malai/Malay (Filipino, Batak, Iban, Kadazandusun, dsb) memeluk agama tersebut. Penjajah Barat (Inggeris, Belanda, Portugis, Sepanyol dan Amerika) telah memecahkan orang Melayu/Malayu/Malai/Malay menjadi negara-negara, seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina). Kini, berbagai mazhab, tafsiran dan kepercayaan Islam yang bercampur aduk dipromosi di Nusantara.
Orang Melayu/Malayu/Malai/Malay (sebelum berpecah menjadi suku-suku, seperti Jawa, Sunda, Bugis, Banjar, Batak, Aceh, Minang, Filipino, Khmer, dsb) ada mempunyai ajaran sendiri, bernama "Malaiyana Mulayanam" (Ajaran Malayu/Malai Mula Ajaran) yang mengandungi 173 buah kitab, diwujudkan oleh Mahasiddha Svayana lebih 790,000 tahun dahulu di Buwana Svarnabhumi Tanah Sunda (Alam Melayu). Salah sebuah kitab itu bernama, "Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasapulatsyaviramaningrattanam" (memang panjang nama kitab ini) yang mengajar tentang budi pekerti dan mengenal diri. Memang orang Melayu/Malayu/Malai/Malay (daripada perkataan MLY, iaitu M=Manutaram atau Manusia, L=Lokataram atau Tempat, Y=Yugataram atau Berkumpul). Semua pengkaji tidak tahu siapakah pengasas tamadun-tamadun Mohendja-Daro, Harappa, Sumeria, Mesir, Sparta (yang kemudiannya menerbitkan tamadun Greek dan seterusnya Roman); Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Mereka tidak tahu bahawa nenek moyang orang Melayu/Malayu/Malai/Malay adalah 'guru' kepada bangsa-bangsa tersebut. Para cendekiawan dan politikus takut orang Melayu/Malayu/Malai/Malay bangkit semula menjadi kuasa besar dunia seperti di zaman pra sejarah. Kajian arkeologi USM mendapati ada penempatan manusia di Lenggong yang berusia 1.82 juta tahun dahulu. Baca blog saya: drilyasharunmalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

skygyver and the gang

jika benarlah perkataan solat itu cuma komitmen berbuat kebaikan semata2....
teruklah kalau setiap kali nak buat komitmen kena basuh muka,kepala,tgn kaki, jadi kalau ada org tiba2 mintak sedekah kat pasar kita kena buat jgk? apatah lagi kalo takda air, lepas tuh junub pulak, tiba2 dtg sorang mak budak mintak tlng angkat barang….abis kelam kabut carik tanah tayammum, komitmen cuma masa ditentukan iaitu sebahagian malam, kalo saya keja shift malam kat hospital tak payah la rawat org sakit pasal komitmen sebahagian malam sahaja…
kalau mabuk jgn dekati komitmen maka kalau ada org kena rompak si pemabuk tak payah tlng walaupun mampu sebab dia mabuk
komitmen perlu dilakukan setiap masa…zikir,doa(semua terkandung dlm sembahyang) + perbuatan baik + pekerjaan rutin +jihad adalah komitmen
pernah dikutuk org yg bersolat tetapi menghalang kebajikan..maka solatnya tak sah bkn spt apa dikatakan ulama hadis..bergerak 3 kali batal, rambut di dahi batal, kena baca niat seperti membaca buku teks

ringkasnya sekali lagi diulangi

solat=doa+zikir+membaca+jihad + mengelak dosa, membuat kebaikan, dakwah + berfikir guna logik

semuanya terangkum dalam solat iaitu komitmen

sembahyang semata tanpa kebaikan dikutuk quran..terkutuklah org yg sembahyang iaitu org tak khusyuk dan mereka tak memberi makan org miskin dan yatim-inilah maknanya khusyuk-smbhyang disertai amal..takde amal dikutuk tak sembahyang sombong..mcm mana nak zikir kalau takde sembahyang..nak doa Allah suruh kita sebut namanya sebanyak2 nya
mcm mana pun jika benar solaa itu adalah cuma komitmen semata..kamus bahasa arab mana yg dapat membuktikan bahawa solaa itu tdk bererti sembahyang?
bukti sejarah= nabi juga bersolat sblm menjadi nabi membuktikan amalan ini diwarisi drpd nabi Ibrahim dan bacaan sembahyang itu diganti menjadi kalimah quran dan tauhid selepas quran diturunkan
sembahyang tak ikut hadis takpe yg penting ikut arahan Allah..sentiasa zikir dan doa dan satu lagi
sembahyang adalah gabungan antara zikir dan doa dimana kita disuruh sebut nama Allah sebanyaknya
malah dalam taurat mazmur injil juga menunjukkan perbuatan nabi terdahulu sembahyang, musa dan harun ambil air smbhyang dan sujud, jesus sujud, bersendiri di gua memuji Allah, semua ini dalam catatan sjrh kitab2 terdahulu dan jika benar nabi tak pernah sembahyang
SUDAH TENTU ADA CERITA YAHUDI ATAU NASRANI COMPLAINT DALAM QURAN MEMPERSOALKAN KENAPA TIADA PERBUATAN SEMBAHYANG DALAM ISLAM
-glamourous medic hilmy

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.