Wednesday, May 04, 2011

UMNO MESTI SETIA KEPADA PRINSIP-PRINSIPNYA:
PARTI BANGSA MELAYU DI SAMPING PARTI SEMUA SUKU-BANGSA
DI MALAYSIA


Oleh: Kassim Ahmad
kassim311@yahoo.com

5 Mei, 2011

Seperti kata seorang sarjana, masalah kita kerapkali bukan pemilihan antara kebenaran dan kepalsuan, tetapi antara fikiran rasional dan tidak rasional. Sejak pilihanraya umum 12 pada 2008, suatu prasangka telah masuk ke dalam pemikiran para pengundi bahawa sesebuah parti yang berdarsarkan jalur kaum itu perkauman, atau rasis, mengikut istilah polular. Maka itu parti-parti UMNO, MCA dan MIC itu gabung parti-parti rasis. Sebaliknya, DAP dan PKR, dan juga PAS barangkali (kerana mengikut Musyidul-Am mereka, tidak ada konsep bangsa dalam falsafah politik PAS!).
Kekadang fikiran kita berdasarkan prasangka, bukan akal rasional. Ini kerana berfikiran rasional itu lebih payah daripada mengikut orang ramai. Mengikut orng ramai tidak memerlukan kita berfikir. Ikut saja, seperti binatang, di darat atau di laut, mengikut kawan-kawannya - ke sana ke mari - di daratan dan di lautan.
Manusia tidak boleh bertindak begitu. Manusia mesti bertindak mengikut akal rasional.
Oleh yang demikian, UMNO, sebagai teras kekuatan bangsa Melayu, dan juga bangsa Malaysia yang sedang dibentuk, mestilah setia kepada prinsip-prinsipnya. Prinsip-prinsip itu nasionalisme Melayu dan nasionalisme Malaysia. Dengan kata-kata lain, UMNO mesti mepertahankan kebangsaan Melayu, di samping mempertahankan hak-hak sah suku-bangsa lain yang menjadi rakyat Malaysia. Inilah konsep kenegaraaan yang telah dicapai dan dimeterai oleh pengasas-pengasas Bangsa Malaya Merdeka pada 31 Ogos, 1957dan Bangsa Malaysa pada 16 September, 1963.
Saya berasa gembira melihat pimpinan tinggi UMNO-BN, di bawah pimpinan Datu Seri Najib, mengikrarkan prinsip-prinsip ini. Inilah jalan selamat bagi masa depan bangsa dan negara kita. Tidak syak lagi, dalam masyarakat kita, seperti dalam masyarakat-masyarakat lain, terdapat anasir-anasir perosak bangsa. Mereka berselindung di sebalik gagasan sistem dwi-parti, Pemerintah/Pembangkang (yang mereka tiru dari Barat) untuk menghasut rakyat membenci UMNO-BN dan menumbangkannya.
Sesiapa pun di antara kita boleh menganggotai mana-mana parti politik, tetapi seelok-eloknya pendirian politiknya mestilah berdasarkan kebenaran dan keadilan, bukan berdasaran konsep “partiku, betul atau salah”. Dengan perkataan lain, kita harus mampu mengiktiraf kebaikan pihak lain, dan pada masa yang sama, mengiktiraf kemungkinan kesilapan pihak kita. Inilah yang kita sebut kejiwaan lawamah, satu tingkat lebih tinggi daripada kejiwaan amarah.
Sekarang masyarakat kita cukup sedar akan hak asasi manusia dan menolak undang-undang ISA. Namun demikian, tiap Kerjaaan bertanggunjawab memelihara keselamatan negara dan rakyat. Apa juga tindakan yang boleh menggugat keselamtan negara dan rakyat harus dicegah dengan tegas. Perbuatan-perbuatan terang-terang dan berterusan menabur fitnah dan menghasut kebencian kaum mesti didakwa dan dihukum dengan hukuman-hukuman yang setimpal.
UMNO-Perikatan/BN sendiri pernah lupa daratan, sekali dalam peristiwa Mei 13, dan sekali lagi menjelang pilihanraya umum ke-12. Sesetengah mereka menjadi elit dan terpisah daripada rakyat, dan dengan itu, menjemput kemarahan dan kebencian rakyat . Maka itu, UMNO-BN mesti membuat perubahan besar dalam parti - istilah sekarang “transformasi”. Mereka mesti menjadi pejuang rakyat dengan sukarela. Masuk parti bukan untuk mendapat habuan, tetapi untuk membela dan berkhidmat kepada bangsa. Ganjaran yang sah mesti ada, tetapi masuk parti bukan untuk berniaga. Masuk parti untuk berkdimat kepada bangsa dan negara.
Oleh itu, semua ahli parti mesti diberi pengajaran tentang perjuangan bangsa. Mesti melalui kursus-kursus politik yang berperingkat-perinkat: ahli muda, ahli penuh, kader, dan pemimpin. Kursus-kursus ini mestilah bersifat saintifik, bukan nostalgia. Bilangan ahli tidak perlu ramai. Yang penting itu mutu ahli. Lihat saja apa yang terjadi dalam pilihanraya umum ke-12. Sesetengah ahli UMNO, kerana marah, menolak calon-calon parti sendiri!
Sebuah parti besar seperti UMNO mempunyai cawangan di semua kampung dan bandar. Cawangan-cawangan ini mempunyai hubungan yang lagsung dengan rakyat. Segala masalah rakyat boleh dilaporkan ke atas, dibincang dan diselesaikan. Demikianlah sepatutnya. Dengan demikian, UMNO tidak akan terpisah daripada rakyat.
Seperti kerpa saya katakan, UMNO itu seperti kepala keretapi. Kepala keretapilah yang menarik gerabak-gerabak keretapi yang panjang. Tanpa kepala, keretapi tidak boleh bergerak dan berjalan. Demikianlah tanpa UMNO-BN, dengan prinsip-prinsip yang telah saya sebutkan, bangsa dan negara Malaysia tidak boleh maju.
Parti-parti pembangkang itu ciptaan sejarah politik Barat. Sistem ini primitif dan membazir. Kita harus mampu mencipta sebuah sistem politik yang jauh lebih. Semua parti duduk dalam satu wadah patriotisme Malaysia dan bekerja untuk kebaikan Malaysia.
Kita semua ada sejarah masing-masig. Orang Melayu berasal dari Funan, melalui Srivijaya (dengan agama Hindu) lalu menubuhkan Kerjaan Melayu Melaka (memeluk agama Islam) pada awal adab ke-15 sebelum kedatangan penjajah-penjajah Barat. Kebanyakan orang Cina dan India datang melalui penjajah Inggeris untuk membangunkan ekonomi kolonial Inggeris sebelum merdeka. Masyarakat India asal pula mempunyai pelbagai kasta, termasuk kasta pariah. Ini sejarah kita, dirakamkan dalam banyak buku sejarah. Bolehkah kita nafikan sejarah kita?
Setelah kemerdekaan, kita menjadi rakyat Malaysia, dengan hak-hak yang sama, untuk membangunkan tamadun baru Malaysia. Sejarah kita menjadi pelajaran: yang baik kita teruskan; yang buruk kita buang.

Kassim Ahamd penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmah.blogspot.com

3 comments:

Skygyver said...

Setuju 100%. Tapi sepantas manakah DS Najib mampu membuat tranformasi dlm UMNO? Beliau perlu menggandakan usaha ini sebelum PRU-13.

Seharusnya UMNO perlu ikhlas mengajak PAS duduk semeja utk kebaikkan kita semua. Penyatuan PAS dgn UMNO mestilah menyebelahi kedua-dua pihak.

Berkenaan dgn tulisan Pak Kassim sebelum ini, sy sgt tertarik dgn hujah Tuan berkenaan penerokaan angkasa lepas.

Anonymous said...

Betul kah kaum melayu di bumi Malaysia ni ada prinsip?

Kassim Ahmad said...

1. Memang bangsa Melayu berpegang teguh kepada dua prinsip yang saya sebut. Lihat dokumen-dokumen asas berhubung dengan kemerdekaan Persekutan Tanah Melayu, khasnya Perisytiharan Kemeredekaan pada 30 Ogos, 1957.
2. Jika tidak, tidak akan berlaku perkongsian kuasa dengan suku-bangsa lain dalam gabungan Periktan/Barisan Nasional.
3. Jangan kerana bneci kita lupa kepada jasa-jasa UMNO kepada orang Melayu, khasnya dalam bidang-bidang pendidikan dan ekonomi.
3. Malangnya, setelah Tun Razak, beberapa penye-lewengan besar telah berlaku dalam UMNO, iaitu perpecahan kepada puak, elitisme di kalangan pimpinan, yang membawa kepada rasuah dan kehilangan asas dan idealisme perjuangan.
4. Bolehkah masalah-masalah ini diatasi oleh Najib sekarang? Ini satu tanda-taya besar.
5. Saya fikir beliau boleh dengan syarat beliau menyusun satu barisan pimpinan yang padu, membuang anasir-anasir oporcunis dalam parti, dan mentadbirkan negara dan parti dengan berpandukan ajaran-ajaran Quran.