Monday, October 29, 2012

MEREKAYASA UMNO



UMNO PERLU MEREKAYASA
UNTUK TERUS MENJADI RELEVAN

Oleh: Kassim Ahmad
19, Oktober, 2012

             UMNO sekarang berusia 66 tahun. Ia lahir pada 1946 dari suatu gerakan massa Melayu menentang rancangan penjajahan langsung Inggeris ‘Malayan Union’ selepas Perang Dunia Kedua. Dari 200 orang wakil dari 41 persatuan Melayu (termasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang kemudian keluar; PAS menyerpih dari UMNO kemudian) di seluruh Malaya yang hadir dalam Kongres Melayu Ke-3, UMNO tumbuh subur, mengepalai gerakan dan mencapai kemerdekaaan Malaya pada 31 Ogos, 1957, menubuhkan kerajaan-kerajaan Perikatan sejak 1951 dengan MCA dan MIC dan kemudian, sejak 1970, kerajaan-kerajaan Barisan Nasional, kecuali di Kelantan, hingga UMNO merosot dan rebutan kuasa berlaku, dan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 UMNO-BN kalah kepada Pakatan Rakyat apabila beberapa negeri jatuh ke tangan mereka.
            Keahlian UMNO 3.4 juga sekarang nyata tidak berguna jika rebutan kuasa dan jawatan telah menyebabkan timbul musuh dalam selimut. Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008 telah membuktikan bahawa tidak semua ahli UMNO menyokong UMNO lagi. Sesuatu operasi besar perlu dilakukan terhadap batang-tubuh UMNO untuk menyegarkannya dan menyuntik darah baru supaya ia kuat kembali. Operasi ini perlu  untuk membolehkan UMNO terus menjadi teras dan sokoguru bangsa dan tamadun Melayu.
            Sesetengah generasi muda yang tidak tahu sejarah menuduh UMNO sebagai  perkauman atau rasis, semata-mata kerana UMNO itu Melayu.  Mereka jahil bahawa manusia itu dijadikan Tuhan pelbagai bangsa. Kebangsaan itu fitrah manusia. Yang menjadikan sesuatu bangsa itu perkauman  kerana  melebihkan bangsanya mengatasi bangsa-bangsa lain serta dibenarkan menindas bangsa-bangsa lain, seperti  orang Yahudi, yang mendakwa mereka “bangsa terpilih”!
            Memang betul kita menuju ke arah sebuah bangsa Malaysia. Proses ini akan mengambil masa sedikit,  sekurang-kurangnya tiga generasi, 90 tahun. Malaysia baru berusia 48 tahun.
            Parti politik itu seperti kepala keretapi.  Dialah yang menarik beratus gerabak keretapi  yang memuat penumpang dan barang-barang. Tanpa dia, keretapi tidak berguna, tersadai dalam stesyen tidak boleh bergerak ke mana-mana.
Ahli-ahli parti memasuki parti secara sukarela  kerana perjuangan bangsa dan nusa. Tidak siapa memaksa dia. Inilah sifat sebuah perjuangan. Inilah sifat asal UMNO waktu ia ditubuhkan untuk menumbangkan ‘Malayan Union’ dulu.
            Tiap benda hidup akan merosot dan mati. Demikian juga yang terjadi kepada UMNO. Setelah mencapai kemerdekaan, kemewahan mula merosakkan UMNO. Rebutan kuasa, rasuah dan pelbagai bentuk penyelewengan meresap masuk ke dalam batang-tubuhnya, sehingga tiba-tiba parti UMNO dan Barisan Nasional nyaris-nyaris kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12.
            Timbalan Presiden Muhiyuddin Yassin, dalam ucapan perasmian sayap Wanita-Pemuda-Puteri, tahun lalu terpaksa menggesa supaya ahli-ahli UMNO “jangan sabo, jangan boikot, jangan cah keting ...”  Gesaan ini menggambarkan dilema UMNO sekarang.
            UMNO perlu balik kepada semangat perjuangan yang asal. Tanpa apa-apa habuan, ahli-ahlinya sanggup berkorban. Bolehkah ini dilakukan sekarang?
            Jawabnya, boleh. Tiada yang mustahil bagi khalifah Tuhan di Bumi. Tetapi  ia memerlukan  keberanian dan sedikit masa.  Pertama, ahli-ahli parti mesti dididik dengan falsafah dan prinsip-prinsip perjuangan parti. Hanya ahli-ahli yang melalui proses pendidikan ini boleh menjadi ahli parti. Kedua, kader dan pemimpin mesti melalui proses pendidikan yang  lebih tinggi untuk melayakkan diri mereka menjadi kader dan pemimpin. Ketiga, semua perkara, termasuk dasar parti dan pemilihan  pemimpin hendaklah dilakukan melalui kaedah perundingan secara demokratik. Keempat, Perhimpunan Agung Tahunan harus dijadikan pentas dan alat untuk menegur, mengkritik dan mencetuskan perubahan dan reformasi, dari atas ke bawah dari bawah ke atas. Perubahan dan reformasi inilah  yang senantiasa akan menyegarkan parti. 
            Ingat sejak timbulnya “politik wang” dalam UMNO, cawangan-cawangan UMNO menjadi milik sesuatu keluarga.  Ketua cawangan dan bahagian mahu mencari habuan material, bukan untuk perjuangan bangsa lagi. Orang-orang yang berkaliber dihalang daripada memasuki sesatu cawangan, kerana ketua cawangan takut kedudukannya akan hilang!
            Operasi empat tahap inilah yang perlu dilakukan untuk UMNO pulih menjadi kuat, seperti di peringkat awal. Matlamat inilah yang patut disasarkan oleh pucuk piminan parti, malah oleh seluruh anggota.
------------------------------------------

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau: www.kassimahmad.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

UMNO lahir pada 1946, kemudian dimatikan pada tahun 1987 jika tak silap, kemudian UMNO Baru muncul dan pertama kali dipimpin oleh Mahadir yang bukan 100% berdarah 'Melayu'. Dua Presidennya, Tunku dan Hussein Onn mati bukan sebagai orang UMNO asal. Dato Onn yang tidak berjuang melawan penjajah British juga keluar UMNO. Yang lawan penjajah ramai daripada haluan kiri yang akhirnya dimatikan oleh penjajah yang akhirnya memberi kata Pak Samad(SN) kemerdekaan kepada UMNO.
UMNO dari dulu pegang kepada falsafah "Ketuanan Melayu' dan tiada dalam pegangan itu nak membawa rakyat majoriti ke sebuah pelabuah demokratik dan selama 50 merdeka rakyat majoriti Melayu masih dalam kategori miskin, sepatutnya orang Melayu majoriti dah kaya dengan negaranya mempunyai banyak sumber alam.
Jadi UMNO tunggu masa untuk disiskan kerana rakyat pun dah cerdik. Kita tak pasti prestasi parti alternatif jika mereka ambil alih Putrajaya kerana dia juga harus diberi masa untuk diuji secara demoktratik juga.
UMNO pada awalnya memang bagus tapi kini dah jadi macam susu ( dah berusia 60tahun?)masam betapa kita nak melaung mendukungya. Masa dah berubah, rakyat pun dah cerdik kecuali mereka yang hard core supporter UMNO aje, perubahan dicari, jalan yang lurus penuh dengan liku-likunya.

Anonymous said...

I agree with anon 2:344. please get your facts in order. I am surprised that you of all people can get this simple fact so wrong.
The UMNO that you mentioned iS dead and gone and in it's place is a cancerous from of UMNO that will devour the entire nation with it's robbery, corruption and what not.
Maybe it's time to call it what it actually is the
UNITED MUNAFIK NATIONAL ORGANISATION I.E umno

Kassim Ahmad said...

1. What both of you mentioned is a technical matter, and does not change the substance of the question.
2. What matters is what UMNO stood for, philosophically and historically.
3. The world is a lawful entity and proceeds and develops according to natural law and not according to your subjective whims!
4. Think before your speak!

Anonymous said...

The two comments ealier doesn't represent the voice of majority. They just a talking pet that repeat what their owner says. And they are hardly think that others believed what they are believing.


**nuarberaheem