Monday, October 29, 2012

KAJISEMULA SISTEM DWI-PARTI BARAT





KAJI SEMULA SISTEM DWI-PARTI DEMOKRASI BARAT –
ADAKAH SESUAI DENGAN TUNTUTAN ISLAM
DAN KEHENDAK KITA SEKARANG ?
Oleh: Kassim Ahmad
19 Oktober, 2012

1.    Dua puak dalam masyarakat
         Mengikut seorang pemikir politik A.S., Lyndon LaRouche Jr. , semua masyarakat manusia, dulu dan sekarang, terbahagi kepada dua puak: puak oligarki dan puak humanis. Puak oligarki bersifat penindas dan zalim, sementara puak humanis bersifat pejuang kebebasan dan keadilan.
         Sistem feudal di Timur dan di Barat meliputi satu masa yang lama, dari yang tertawal di Mesopotamia dan Babylon, Mesir tua, China dan India antara empat dan tiga ribu tahun Belum Masihi dan Telah Masihi. Tamadun manusia pertama bermula 5,000 tahun dulu di Ur, iaitu Iraq sekarang. Mengikut Quran, Nabi Allah Ibrahimlah tokoh humanis yang pertama yang bangun menentang sistem penindasan kaum oligarki untuk mewujudkan sistem hidup yang bebas dan adil.
         Kemajuan manusia tidak dicapai sekali gus. Seperti eorang kanak-kanak, sebelum dia boleh berjalan, dia mesti jatuh dua tiga kali. Jatuh, bangun; jatuh bangun – demikialah sunnah manusia mencapai masyarakat impiannya, masyarakat yang bebas dan adil.
         Nabi Ibrahim dan sistem kebebasan yang dibawanya bersifat percubaan yang pertama dalam satu perjuangan yang besar, yang lama dan yang berliku-berliku ini. Nama pemimpin humanis yang besar selepas Ibrahim tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad, yang diletak pada nombor satu dalam senaraI 100 tokoh dalam sejarah oleh Michael H. Hart.[1] Seperti kita tahu, Nabi Muhammad (570-632) muncul di Semenanjung Arab dalam abad ke-7 dan melaku dan menyelesaikan misi besarnya dalam masa 23 tahun. Gerakan yang dicetuskan beliau  berjaya mencipta tamadun saintifik yang pertama dalam sejarah. [2]
Walaupun demikian, mungkin kerana pengaruh rasionalisme tamadun Yunani yang kuat kepada Eropah, maka benua Eropahlah yang  memulakan beberapa revolusi anti-feudal kaum borjuis Kapitalis Liberal , bermula dengan gerakan Magna Carter (1215-1225) di England, Revolusi Gemilang (1688) di Englang; Revolusi Francis (1789-1799), and  Revolusi Amerika (1763-1776).
         Seperti yang kita tahu, ombak besar anti-feudal ini (perhatikan yang bermula di Asia Barat) merebak ke Timur dan ke Asia dan Afrika membawa perubahan-perubahan sosio-ekonomi-politik yang mengubah wajah dunia. Satu daripada perubahan ini, Revolusi Komunis anti-feudal dan anti borjuis kaum pekerja di Rusia, Eropah Timur dan di China. Satu lagi perubahan besar, penubuhan P.B.B pada 1945, persis selepas Perang Dunia Kedua.     
         Seperti yang kita tahu, revolusi anti-feudal borjuis di Eropah dan Amerfika Syarikat meletakkan sistem liberal, yang mengutamakan  individu, sedangkan revolusi anti-feudal dan anti-kapitalist  Rusia dan China bersifat kolektif kaum pekerja dan meletakkan sistem komunis sebagai nilai tertinggi. Manakala sistem Liberalisme Barat bersifat pragmatik dan boleh diubah-suai , sistem Komunisme Timur lebih teguh berpegang kepada doktrin dan sukar untuk diubah-suai, sehingga sistem itu runtuh di Rusia, di Eropah Timur dan di China.
         Semua masyarakat terbahagi kepada banyak aliran fikiran, dari kanan ke kiri, tetapi hanya dalam sistem pemerintahan Barat timbul konep dwi-parti, yakni pada tiap-tiap masa terdapat dua buah parti besar, atau dua buah gabung parti untuk bertanding dalam pilihanraya dan menjadi kerajaan. Di Malaya mula-mula ada gabungan UMNO-MCA dan MIC, yang kemudian diperluas menjadi Barisan Nasional, terdiri dari 14 buah parti. Parti-parti lain berada di luar BN.  Hingga pilihanraya ke-12 dalam tahun 2008 barulah parti-parti lain di luar BN dapat bergabung untuk melawan BN dan menang negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, di samping PAS mengekalkan kuasanya di Kelantan. 

2.    Sistem dwi-parti Barat
         Nyatalah sejak pilihanraya umum ke-12 rakyat Malaysia  cenderung kepada sistem dwi-parti Barat.  Kita harus kaji sistem ini dengan lebih teliti dan kritikal. Adakah ia lebih baik untuk kita?
Dari segi logik, kita boleh nampak kaedah ini primitif dan membazir.  Primitif, kerana kaedah ini merosakkan daripada membangunkan. Kita ada tiga peringkat kejiwaan.  Pertama, peringkat permusuhan: semua lawan semua. Ini peringkat kebinatangan. Dua tangan kita lawan satu sama lain. Apa yang dilakukan oleh tangan kanan dirosakkan oleh tangan kiri. Kedua, peringkat kerjasama. Kita patut naik ke peringkat kejiwaan ini, yakni kedua-dua belah tangan kita bekerjasama.
Kedua, kaedah ini membazir, kerana pada tiap-tiap waktu, tenaga yang ada pada kita kita gunakan separuh saja.
Penganjur sistem dwi-parti mendakwa sistem ini baik, kerana apabila kerajaan buat silap, parti pembangkap boleh mengkritik dn membetulkannya. Dengan perkataan lain, sistem ini boleh mengimbangi dan menyekat yang lain, dan, dengan itu, menghalang dasar dan tindakan kerajaan yang boleh membawa keburukan kepada rakyat.
Hujah ini memang ada benarnya. Namun demikian, hujah ini menafikan kemungkinan koreksi dibuat dari dalam. Manusia itu makhluk yang berakal. Ia boleh dididik. Apabila koreksi dan pembaikan dibuat dari dalam, maka tenaga masyarakat itu sepenuhnya dapat digunakan, dan, dengan itu, menolak pembaziran tenaga.
Dalam sejarah pemerintahan negara kita, kita melihat sistem yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita yang kedua, Tun Abd. Razak menuju kepada sistem yang lebih baik ini. Sistem ini bukan saja mengelak daripada pembaziran tenaga; ia juga boleh manfaatkan semua aliran fikiran yang ada dalam masyarakat.
Sebaliknya, kita melihat bahawa sistem dwi-parti gagal menghalang kemunculan kolonialisme dan imperialism dalam sejarah, dan gagal menghalang kezaliman dengan penubuhan negara cauvinis kolonial Israel. Juga pada akhirnya, ia menyebabkan kerajaan  menjadi lemah kerana ia terpaksa bergabung dengan parti-parti kecil.
3.    Kaji semula sistem dwi-partu Barat dan susun sistem nasional kita sendiri

         Kalau kita mengkaji perkara ini dengan kritis dan teliti, kita akan dapati bahawa ia lebih bersifat mitos daripada realiti.  Kita semua tahu Eropah sebagai pusat penjajahan yang telah menjajah negara-negera Dunia Ketiga: India, Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika.  Mengapa sistem sekatan ini tidak menyekat  sistem penjajahan Eropah.  Amerika Syarikat sendiri, sebuah republik (Eropah tanpa feudalism) baru-baru ini telah menjajah Afghanistan, Iraq dan Libya.  Nyatlah konsep sekatan ini metos!
         Di Eropah sendiri, tempat lahirnya sistem ini, kita sedang melihat kerajaan-kerajaan mereka mendirikan gabungan dengan pelbagai parti berlainan ideologi untuk membolehkan mereka memerintah. Dengan demikian, mereka lemah. Apa lagi sekarang sistem yang dipanggil Liberalisme ini sedang runtuh, kerana kebangkrapan ideologi  ini. Jangan lupa ideologi Komunisme, yang berasa dari Barat Kristian juga, sudah runtuh.
         Sudah sampai masanya kita di Malaysia mengkaji semula sistem ini serta menggantikannya dengan sebuah sistem pemerintahan yang lebih baik.
         Semua parti dalam masyarakat kita, mewakili pelbagai suku-kaum dan ideologi, boleh wujud, tetapi mereka mesti wujud dalam suatu permuafakatan yang besar.  Tuhan memerinthkan kita dalam Quran supaya mengendalikan urusan kita melalui musyuwarah atau perundingan. Dia juga memerintahkan kita supaya memerintah dengan adil.  Bolehkah kita panggil ini demokrasi? Abraham Lincoln mentakfrikan demokrasi sebagai “sebuah pemerintahan  rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat”. Kita boleh menerima takrifan ini, tetapi konsep perundingan yang diajar dalam Quran jauh lebih baik.
         Kritikan dan koreksi boleh dibuat dari dalam perkumpulan besar itu, dan juga dari luar oleh masyarakat.
         Inilah sistem pemerintahan Islam. Dengan perkataan lain, “Jalan yang lurus” di antara dua penyelewengan besar. (Quran, 1: 6-7) Kita harus susun sistem ini. Setelah keruntuhan dua sistem hidup global, apakah sistem yang akan menggantinya, kalau tidak sistem  yang diredai Tuhan?
-------------------------------

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com    
        
           






[1] Lihat bukunya,The100 – A Ranking of the Most Influential Persons in History (New York 1987).
[2][2][2] Ihat Robert Briffault,  The Making of Humanity (Lahore: 1919).

No comments: