Tuesday, November 13, 2012

KEBEBASAN BERAGAMA



KEBEBASAN BERAGAMA –
MUTLAK

Oleh: Kassim Ahmad
9 November, 2012

            Kata pepatah Melayu, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Demikianlah keadaan kita berhadapan dengan isu kebebasan beragama. Quran memberikan setiap manusia kekebasan yang mutlak untuk memilih agama, walaupun selama 40 tahun. Masa 40 tahun ini memujukkan sifat kerahiman Tuhan yang mengatasi sifat-sifat-Nya yang lain.
           Ayat suci yang masyhur yang mengisytiharkan kebebasan beragama (2: 256) berbunyi, “Tiada paksaan dalam agama. Jalam yang benar sekarang amat jelas dari yang salah. Siapa saja yang mengutuk syaitan dan beriman kepada Tuhan telah bepegang kepada tali yang kuat yang tidak terputuskan.”
         Perhatikan  ayat ini persis didahului oleh Ayat Kursi yang lagi masyhur, yang mengisytiharkan kuasa Tuhan yang tidak ada tolok-bandingnya. Maknanya mustahil disalah-ertikan: Kalau kuasa yang terkuat dalam Alam Raya tidak memaksa manusia percaya kepada-Nya, siapa yang boleh, selepas Dia?    
            Namun demikian, kitab suci Quran, hubungan dalamannya bukan tunggal, tetapi jamak. Lihat pula ayat yang berbunyi, “Bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku (109: 6). Ayat ini menganjurkan toleransi antara orang mukmin dan orang kafir. Jadi, tidak digalakkan menyentuh sensitiviti agama oleh kedua-dua pihak. Kalau salah satu tidak menghormati batasan ini, samalah seperti kita menjolok sarang tebuan! Itulah yang sudah jadi sekarang!
            Dalam pada itu pula, bila kita hendak mengetahui kebenaran (“jalan yang betul” tadi) kita kena ada perbahasan yang saintifik secara berhikmah (Quran, 16: 125). Ini mungkin tidak boleh dilakukan dalam media atau secara terbuka. Saya kata, mungkin, yakni saya tidak pasti. Boleh jadi perbahasan itu boleh diadakan secara terbuka.
            Bilakah kita boleh meletakkan tanggungjawab ke atas seseorang manusia bagi perbuatannya? Nyata ini satu soalan yang amat kritis? Biasanya seseorang dianggap dewasa apabila mencapai umur 21 tahun. Sebelum itu dia tanggungjawab ibu-bapaanya, atau penjaganya, jika ia anak yatim. Di Malaysia seorang rakyat berhak mengundi  setelah mencapai umur 21, dan boleh mendapat lesen memandu kereta pada umur 18.
Pada umur berapa pula Tuhan meletakan tanggungjawab bagi perbuatan seseorang manusia. Jawabnya: 40. (Lihat Quran, 46: 15). Jadi, kebebasan agama itu berlaku  pada umur 40, bukan sebelumnya. Tentu ramai orang akan terperanjat menyedari perkara ini!
            Kemudian kita kena rujuk juga kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan orang Melayu itu beragama Islam, dan juga Islam agama Persekutaun.
            Apakah makna dan implikasi kedua-dua peruntukan ini? Bagaimanakah  kita mendamai dan menghamorniskan kedua-duanya?   
            Sesetengan pemimpin Islam bimbang dan risau tentang kemungkinan terlucutnya pegangan  orang Melayu kepada Islam. Mereka berhujah Islam agama yang benar, berdasarkan  ayat Quran, “Agama di sisi Allah itu Islam (3: 19).
            Orang Melayu beragama Islam meruju kepada “Islam baka”, Islam keturunan yang diwarisi generasi demi generasi. Pada hakikatnya Islam ini tidak membuktikan bahawa orang Melayu itu benar-benar Islam.  Dia perlu yakin tentang keislamannya dulu. Kalau Islamnya itu ikut-ikutan saja waktu dia mencapai umum 40 tahun, Islam ini tidak boleh dikira benar.
            Jadi, semua cabang dari masalah ini, seperti yang telah saya tunjukkan, menjadikan ia rumit. Namun demikian, dengan menggunakan akal rasional kita serta kebijaksanaan kita, khasnya oleh pimpinan agama dan sekular, tak kira parti, kita boleh mengatasinya. Jadi, masyarakat kita kena belajar hidup berdisiplin “menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan”.   
            Kesimpulannya, walaupun manusia dari pelbagai agama dikehendaki bersikap toleransi terhadap satu sama lain dan hidup bersama tanpa sengketa, tiap manusia pada umur 40 tahun bertanggungjawab memeluk agama yang benar, iaitu Islam.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com            

3 comments:

Anonymous said...

by RPK
"So change is going to come to Malaysia.
Now, back to that ‘heavy price’ that England paid for its reformation, which I mentioned earlier.
Two generations later, in the early 1600s, England ‘exploded’ when the people challenged Charles I. Civil War soon broke out and that totally changed England forever. 250 years later, this ‘disease’ spread to Europe when the Europeans too challenged their absolute monarchies and its ‘running dogs’, the church.
Education and information are dangerous things. It changed England and, later, Europe. And it was the printing press and books that achieved this. It made the people literate. And once the people become literate they no longer accept the system and will challenge the system.
The only way Umno can extend its shelf-life is to ensure that Malaysians remain illiterate. But it is too late for that. Malaysians are now educated and can think for themselves.
So the government must instead make sure that Malaysians do not think too much. And, to do that, they must ban thinking. And that is why Malaysians are not allowed to have independent thoughts when it comes to religion. They stop you from thinking and will take action against you when you think.
England and Europe made a huge mistake. They educated their people. They provided information to their people. They allowed their people to think. And this resulted in the people throwing off the shackles of slavery by removing the dictators and autocratic leaders.
Malaysia must not make that same mistake. And the only way to avoid that mistake is to keep the people ignorant. And one way to keep the people ignorant is to shackle their minds and use religion as that tool.
So now do you know what this whole issue of freedom of religion is all about? It is about perpetuating power and to not lose power. It is about not allowing what happened in England and Europe to also happen in Malaysia.
And that is what Malaysia Today is all about. It is about making you think. It is about making you challenge the system. It is about rejecting bullshit. And even if that bullshit is religion we must also reject it because there are no borders, boundaries or sacred cows here.
Oh, and part of this education process is provocation. So trust Malaysia Today to provoke you. Only through provocation can your brain work overtime. If not most of you will just go to sleep and continue slumbering right into 2020."

Kassim Ahmad said...

Better to say what you wish to see happen than to take a pessimistic view.

Wan Hafiz said...

Dan salah satu cara untuk mengongkong pemikiran masyarakat adalah melalui bahasa. Penggunaan meluas bahasa Inggeris dalam kalangan kelompok golongan atasan membantut masyarakat kelas bawahan dan pertengahan daripada proses berfikir, jauh lagi dari kemampuan untuk berfalsafah.

Mesti ingat yang penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia hanya ditakat utiliti ekonomi dan bukannya bahasa sebagai 'House of Being' seperti yang diungkapkan oleh Heidegger.

Selagi bahasa Melayu di Malaysia masih dipenjara dan tidak berkembang sebagai bahasa negara setaraf dengan bahasa negara yang dinikmati di negara-negara maju, mustahil bagi masyarakat awam untuk berfikir dalam erti yang seluas-luasnya.

Saya sudah bosan dengan politik bahasa di Malaysia, dengan kedangkalan dan ketidakyakinan pemimpin-pemimpin negara dalam melahirkan negara bangsa yang berjati diri melalui bahasa Melayu.

Aktiviti-aktiviti pertenjemahan karya besar yang daripada Tamadun-tamadun dunia yang lembab di Malaysia amat melucukan. Sehingga hari ini masih tiada usaha yang tekun dalam mengukuhkan bahasa Melayu dengan disiplin ilmu. Untuk membaca Republik Plato pun masih terpaksa bergantung kepada bahasa Inggeris!

Generasi tua hari ini berhutang bahasa kepada generasi masa depan. Generasi tua hari ini gagal meninggalkan bahasa ibunda, bahasa negara walaupun selepas lebih 50 tahun merdeka(katanya).

Hutang bahasa inilah yang menyekatkan masyarakat daripada berfikir, daripada bebas.

Kadang-kadang biadap itu lebih mulia.