DUKUNG PERMUAFAKATAN
DAN HARMONI,
TOLAK KONFLIK DAN
PERPECAHAN:
SUSUN SISTEM
PEMERINTAHAN NASIONAL KITA SENDIRI
Oleh Kassim Ahmad
7 Januari, 2013
Mengikut seorang failasuf Amerika, pada
prinsipnya, ada dua sistem pemerintahan dalam kehidupan manusia. Pertama,
sistem oligarki. Dalam sistem ini kuasa (ekonomi-kewangan, politik, agama dan mental)
dibolot oleh satu golongan kecil, dan
kebanykan rakyat diperhambakan. Kedua, sistem humanis. Dalam sistem ini, puak
humanis memerintah dengan adil melalui sistem perundingan.
Apa yang dipanggil demokrasi di
Barat, kaedah perundingan itu pada permukaan saja. Yang sebenarnya kuasa
dobolot oleh yang kuat. Undi boleh dibeli dan sumber-sumber kawalam (kewangan.
media, agama) dipegang dan dikelolakan oleh puak oligarki.
Sistem
pemerintahan purba di Mesir, di Babylon, di Mesopotamia, di India dan China
tergolong ke dalam sistem oligarki. Namun demikian, wujud pemimpin-pemimpin
yang tergolong ke dalam puak humanis; mereka memerintah dengan adil melalui
kaedah perundingan, tetapi sistem tetap bercorak oligarki, dan kembali kepada
acuan lama setelah satu masa pendek apabila sistem humanis berlaku. Anak raja
India, Budhha, lari dari sistem oligarki ini untuk mencari sebuah sistem yang
lebih baik. Ia berjaya membentuk falsafah Buddhisme yang kemudian menjadi agam
bagi India dan China. Akhirnya, Buddhisme juga ditawan oleh kaum oligarki.
Demekian juga seorang lagi anak raja
India, Asoka. Beliau meninggalkan takhta dan mendukung falsafah Buddhisme.
Di Mesir
Purba, seorang Maharaja, Akhenaton,
meninggalkan agama politeisme tradisional dan memperkenalkan monoteisme
melalui penyembahan Aten.
Semua ini
menunjukkan pecubaan=percubaan reformasi
dalam sistem oligarki. Namun demikian, sistem ini kembali bertapak dalam masyarakat setelah beberapa lama.
Islam di zaman Nabi Muhammad, yang
mengakhiri siri nabi-nabi, juga mengikut jalan yang sama. Tiap-tiap nabi,
dikira dari Nabi Ibrahin ( lebih 2,000 tahun dulu) membawa sistem humanis yang
diajar oleh Tuhan, tetapi apabila pemimpin humanis itu mati, sistem lama
oligarki bertapak semula. Nabi Muhammad dikirim oleh Tuhan untuk mengubah keadaan
manusia. Tetapi setelah beberapa generasi, sistem oligarki lama kembali. Ini
berlaku dalam zaman Mu’awiyah, membawa kepada zaman Abbasiah, dan seterusnya
hingga perpecahan Empayat Uthmaniah di Turki selepas Perang Dunia Pertama..
Apakah makna ini semua? Wajarkah
kita mengatakan Tuhan sudah gagal? Apabila Tuhan hendak menciptakan seorang
khalifah di Bumi, para malaikat bantah. Bantahan ini dijawab oleh Tuhan dengan
mengatakan Dia lebih tahu daripada mereka. (Lihat Quran, 2: 30 .) Ini metafora yang menun- jukkan bahawa manusia, Homo sapiens, khalifah itu boleh
menentukan nasibnya sendiri.
Dipendekkan
cerita, manusia tidak akan dapat apa-apa, kecuali apa yang dia usahakan. Juga
dia tidak boleh maju, kecuali dia melalui
proses jatuh bangun, seperti kanak-kanak belajar berjalan. Namun demikian, kita
boleh menyusun sistem pemerintahan nasional kita sendiri. Dalam pilihanraya
2008, rakyat kita, nampaknya, terpengaruh dengan sistem dwi-parti Eropah. Pada
dasarnya, sistem ini primitif dan membazir. Primitif kerana sistem ini menggambarkan
kejiwaan kebinatangan, satu lawan semua failasuf Thomas Hobbes. Membazir,
kerana dua belah tangan yang Tuhan beri kepada kita, kita perlagakan, konon, untuk
koreksi. Wujud sistem pemerintah/ pembangkang.
Alasan koreksi
tidak betul, kerana koreksi boleh dibuat dari dalam. Malah alasan koreksi ini tidak
dibultikan dalam sejarah Eropah. Mengapa tidak berlaku penolakan terhadap penjajahan?
Mengapa tiada bantahan terhadap kezaliman di Palestin?
Dalam sejarah
pemerintahan di Malaysia, Tun Razak telah menunjukkan contoh sistem yang paling
baik, iaitu permuafakatan besar yang meliputi jalur kaum dan jalur ideologi. Pada
waktu itu, saya memimpin sebuah parti kiri. Beliau menjemput saya memasuki Barisan
Nasional, yang telah beliau tubuh untuk meluaskan konsep Perikatan kepada konsep
Barisan Nasinal. Walaupun saya tidak berpegang secara dogmatik kepada ideologi kiri-kanan,
kebanyakan anggota Jawatankuasa Pusat tidak bersetuju. Sebab itu percantuman ini
tidak berlaku bagi parti saya.
Jadi,
Tun Razak, walaupun beliau berketurunan kaum bangsawan, beliau berjiwa rakyat. Di
bawah pimpinan belia, banyak perbuahan progresif berlaku dalam pelbagai bidang.
Inilah sistem yang harus kita dukung sekarang, bukan sistem dwi-parti, yang, kerana
tamak kuasa, akan memporak-perandakan negara!
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau
www.kassimahmad.blogspotcom
2 comments:
Salam Dr Kassim yang dihormati, tulisan terkini mengenai Dr boleh dibaca dengan judul 'Menjejak Fikiran Kassim Ahmad' di media online, suaris.wordpress.com
Mungkin jika dr berminat kita boleh mengadakan sesi temubual online.Dr boleh emailkan kepada editor suaris di umarzain@yahoo.com
terima kasih Dr
1. Insya Allah, boleh. -- K.A.
Post a Comment