Saturday, January 05, 2013

AMANAT HAJI HADI




“LAWAN MEREKA YANG MENGAMALAKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH:
KITA MATI SYHID” – AMANAT HJ ABD. HADI

Oleh: Kassim Ahmad
5 Januari, 2013

            Dalam satu perbincangan dalam tv 1 malam kelmarin tentang apa yang disebut “Amanat Hj. Hadi”, aneh sekali tiada siapa pun menyebut Suruhanjaya Reid yan g menggubal Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah Suruhanjaya Reid? Siapakah ahli-ahlinya?
            Mengikut keterangan ramai mangsa “Amanat” ini, akibatnya parah sekali. Di antaranya: sembahyang dua imam, perceraian kerana  parti politik, pulau-memulau   majlis satu sama lain. Walaupun Hadi tidak menyebut nama parti poltik yang dikutuk itu, nyatalah parti itu UMNO. Saya hairan mengapakah mereka yang tahu – sarjana- bangkit membongkar kebohongan “Amanat” ini.
            Anehnya lagi, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan bahawa amat ini salah dan tidak benar, mengapakah tidak ada tindakan diambil terhadap “Amanat” ini atau Haji. Hadi sendiri. Kemunkinan besar pihak berkuasa membiarkan perkara ini kerana muslihat ketenteraman awam.
            Haji. Hadi dan Jawatankuasa Agung PAS patut tahu apa itu Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan kita sebelum kita mencapai kemerdekaan. Suruhjaya ini dilantik oleh Ratu Inggeris dan oleh Raja-raja Melayu. Ia dianggotai oleh lima tokoh perundanagn yang berwibawa, termasuk dua Hakim beragama Islam dari India dan Pakistan.
Suruhanjaya ini bersidang sebanyak 119 kali dan menerima memorandun daripada 131 individu dan pertubuhan. Derafnya kemudian diteliti oleh sebuah Jawatakuasa Kerja yang dianggotai oleh empat wakili daripada Raja-raja Melayu, empat wakil dari Kerajaan Perikatan dan tiga pembesar lain.
            Konsep-konsep yang dimasukkan ke dalam Perlembaan ini termasuk (1) Hak istimewa orang Melayu, (2) Islam sebagai agama Persekutuan, (3) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi, dan (4) hak semua kaum laon mengamalkan agama, bahasa dab budaya masing-masing.
            Ringkasnya, inilah kerja Suruhnjaya Reid, yang dinamakan demikian kerana dipengerusikan oleh Lord Williajn Reid. Ahli-ahli lain termasuk Sir Ivor Jennings (Britain), Sir Willian McKell (Australia) dan dua orang lagi hakim dari India dan Pakistan. Kedua-duanya beragama Islam. Jangan lupa mereka semua tokoh perundangan yang tinggi amanahnya,  bukan sembarangan orang!
            Inikah yang dituduh oleh Haji Hadi sebagai Perlembagaan penjajah yang digubal oleh orang kafir dari zaman jahiliah? Seperti kata pepatah, jauh api dari semanggang! Perisytiharan tentang keimanan seseorang hanya boleh dibuat oleh Tuhan, bukan manusia.
            Penjajahan memang satu realiti pada wakt itu – kita harus tanganinya untuk menjadi merdeka.
            Sekarang jelas bahawa “Amanat” ini tidak berdasarkan fakta. Ia tidak benar sama sekali. Oleh itu, apa perlunya muzakarah dan forum? Sudah terang lagi bersuluh? Haji Hadi harus berjiwa besar dan tarik balik “Amanah”-nya

KASSIM AHMAD  seorang penuis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com



      

1 comment:

Watikah Sinar said...

Haji Hadi sangat muda pada ketika itu, tak banyak mengkaji...

- Matrojak