Wednesday, July 03, 2013

LAGI MASALAH TUDUNG



Nota: Disiarkan sekali lagi masalah adakah rambut wanita aurat. Apabila pertama kali saya menulis tentang perkara ini, 90% daripada pembaca (wanita dan lelaki) membantah saya!  Ini menunjukkan bahawa kebanyakan manusia cenderung untuk membenarkan prasangka mereka. Mereka tidak boleh berfikir secara rasional. Sungguh malang! -- K.A.

Kassim Ahmad
1504 Jalan Kulim Height 3,
Kulim Golf & Country Resort,
09000 Kulim, Kedah, D-A.
012-4291152

2 Julai, 2013.

YDH Tuan Pengarang,
Utusan Malaysia,
Kuala Lumpur.

Tuan,
Kontroversi Tudung

Kebelakangan ini kontroversi tudung menjadi-jadi. Sebuah hospital di Kuantan membuat syarat supaya jururawat yang diambil bekerja bersetuju membuang tudungnya.
Nampaknya ada dua jenis wanita Melayu sekarang. Kebanyakan mereka, sejak kira-kira dekad kelapan abad ke-20, persis selepas apa yang dikatakan Revolusi Islam Iran memakai tudung. 90% daripada wanita kita termasuk dalam kategori ini. Soalan-soalan berikut harus dijawab:-
1. Nampaknya, yang tidak bertudung termasuklah isteri pembesar -pembesar atau bekas pembesar-pembesar negara. Adakah mereka tidak faham dan tidak  mengikuti ajaran Islam?
2. Saya masih ingat arwah ibu saya dan wanita-wanita sezaman dengan beliau hanya memakai selendang apabila menghadiri majlis dan tidak pernah  memakai tudung. Adakah mereka tidak faham ajaran Islam?
3. Soalan yang akhir tetapi yang paling penting, apakah perintah Tuhan tentang perkara ini di dalam Quran?
Jawapan kepada soalan nombor satu, mustahil.
Jawapan kepada soalan nombor dua juga mustahil.
Jawapan kepada soalan ketiga boleh dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama, apabila seseorang muslim lelaki atau wanita mengambil wuduk, dia diperintahkan menyapu seluruh kepalanya. Ini jelas menunjukkan bahawa kepala atau rambut wanita tidak ditutup. Dengan kata-kata lain, rambut wanita bukan aurat.

Saya ingin memetik dua ayat suci tentang pakaian wanita.  Surah 24, ayat 30-31 berbunyi: " Katakan kepada wanita-wanita mukmin bahawa mereka hendaklah menundukkan mata mereka serta menjaga kehormatan diri mereka. Ini lebih suci bagi mereka. Tuhan mengetahui segala apa yang mereka lakukan ... Mereka hendaklah tidak mendedahkan anggota-anggota badan mereka, kecuali apa yang perlu sahaja. Mereka hendaklah tutup dada mereka dan tidak melonggarkan  aturan ini kecuali di hadapan suami mereka, bapa mereka dan bapa mertua mereka, putera mereka dan putera suami mereka, abang mereka, putera abang mereka, putera kakak mereka, wanita lain, pembantu rumah lelaki atau orang gaji yang tiada berhawa nafsu lagi atau kanak-kanak yang belum baligh. ... Mereka janganlah goncang-goncang kaki mereka apabila mereka berjalan untuk memperlihatkan kecantikkan anggota badan mereka ..."

Surah 33, ayat 59 berbunyi: "Wahai nabi, katakan kepada isteri-isterimu, puteri-puterimu dan wanita-wanita mukmin supaya melabuhkan pakaian luar mereka. Dengan demikian mereka akan dikenali (sebagai wanita bertaqwa) dan mengelak daripada diganggu. ..."  
Ayat 26 Suah 7 merumuskan hal pakaian dengan cantik. Bunyinya, “Hai anak Adam, Kami telah mengadakan kepada kamu pakaian untuk menutup badan kamu , di samping sebagai kecantikan. Tetapi pakain terbaik itu pakaian takwa.”  

Perkara aurat wanita termasuk dalam rukun imam, berimam dengan kitab-kitab suci. Ia dimasukkan ke dalam Quran yang kita semua kena percaya. Tetapi duduknya bukan pada nombor satu ataupun dua. Nombor satu itu tauhid. Tanpa tauhid, semua perbuatan batal.  Oleh itu, jangan jadikan perkara tudung seolah-oleh ia melibatkan perkara tauhid!   

Dengan salam takzim.

Yang benar,
Kassim Ahmad


3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kassim Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.