MENJAWAB DAN MENOLAK PERTUDUHAN JAWI DAN JAKIM
RINGKASAN
Pertuduhan 1
(a)Pertuduhan ini berhubung dengan pendewaan Nabi
Muhammad. Dua syahadah yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam sekarang
berlawanan dengan ajaran Islam yang sebenar dalam Quran. Dalam Quran
satu-satunya syahadah (“Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah”) terdapat
dalam surat 3 (Ali Imran), ayat 18. Syahadah kedua dibatalkan dalam Surah 63
(Al-Munafiqun), ayat 1.
Mengapakah syahadah kedua
dibatalkan? Pertama, kerana Nabi Muhammad
bukan satu-satunya rasul Allah. Rasul Allah ada banyak. Nabi Muhammad hanya penyudah
segala nabi.
Tidak mungkin Nabi
Muhammad akan melafazkan syahadah kedua itu. Jika beliau melafazkan syahadah
kedua, apakah syahadah Nabi Ibrahim: mungkinkah Nabi Ibrahim melafazkan, “Aku
naik saksi Ibrahim rasul Allah”? Tidak mungkin sama sekali, kerana jika
demikian, Islam bukan satu lagi tetapi banyak!
(b)Pertuduhan ini berhubung dengan ‘aurat wanita.
Tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu yang beragama Islam sekarang
tidak berasal dari ajaran Quran. Dalam ajaran Quran, rambut wanita bukan
‘aurat. Buktinya terdapat dalam ayat-ayat berhubung dengan wuduk (Quran, 5: 6)
dan dengan pakaian (Quran, 24: 30-31).
Tudung ini berasal dari kitab Taurat, Perjanjian Baru,
Bab Korintus I, 11: 5-9 yang berbunyai, “Tetapi
tiap-tiap perempuan yang berdoa dan bernubuat dengan kepala yang tidak
bertudung menghina kepala-nya sebab ia sama dengan perem-puan yang dicukur
rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya maka haruslah ia
juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahawa
rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. Sebab
lelaki tidak perlu menudungi kepalanya; ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan
Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan lelaki. Sebab lelaki tidak
berasal daripada perempuan, tetapi perempuan berasal daripada lelaki. Dan
lelaki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana
lelaki. (Tekanan ditambah.)
Tidak banyak orang Islam
mengetahui bahawa tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita mereka sekarang
berasal dari kitab Taurat.
Pertuduhan 2
Pertuduhan ini berhubung
dengan dua buah buku yang saya tuilis: (i) Hadis
– Satu Penilian Semula, dan (ii) Hadis:
Jawapan Kepada Pengkritik. Penuduh
mendak bahawa kedua-dua buah buku ini menyelengan dari ajaran Islam yang
sebenar dan oleh sebab itu diharamkan. Tuduhan ini tidak benar sama sekali.
Banyak buku penulis-penulis yang masyhur telah diharamkan oleh pihak berkuasa
agama di Malaysia, sepertu buku Tun Dr. Mahathri Mohamad, The Malay Dilemma dan buku berjudul
Muhammad oleh penulis masyhur
Karen Armstrong.
Sepatutnya
pihak berkuasa agama mengadakan perbincangan atau perdebatan dengan penulis
untuk memastikan adakah beliau salah menulis buku-buku yang tersebuat. Membuat
tuduhan tanpa bukti bukan kaedah Islam.
Selesai.
2 comments:
Salam,
Memetik ayat al quran 2:79...memang celakalah bagi ulama sekarang yang mengubah kalam Allah dengan mereka2 hadis yang tidak langsung terdapat dari al quran nas nya..Allah sgt murka terhadap org yg suka mendustakan agamanya seperti ulama yg membawa Islam ke arah kegelapan, menjadi polis syariah, menggambarkan islam sebagai agama yg suka menghukum.mak celakalah ulama-ulama itu
wassalam
adekah shahadah kedua itu adalah bukti penyaksian bahawa muhammad itu adalah pesuruh/kekasih Allah...
sebelum wujudnya sekalian alam dan makhluk..hanya Allah yang wujud...yang kemudian telah mencipta nurmuhammad
nurmuhammad itu yang seharusnya dikaji....kerana dalam penyaksian tersebut manusia acapkali melafazkannya tanpa mengkaji dengan lebih mendalam erti penyaksian shahadah tersebut
adakah muhammad yang disebut di dalam shahadah merujuk kepada nabi muhammad semata2
Allah mencipta segalannya adalah kerana kekasihnya,Nur Muhammad..
dan manusia ini siapa sebenarnya...hahahha
wallahualam... tiadalah daya aku untuk menulis ini tanpa keizinan dan kemampuan dari yang empunya Haq
Post a Comment