FITNAH JAWATANKUASA
FATWA NEGERI TERENGGANU:
PENOLAKAN DAN
JAWAPAN
Oleh: Kassim Ahmad
8 Julai, 2014
Mengikut laporan, Jawatankuasa Fatwa
Negeri Terengganu telah memutuskan pada
9 Mac, 2014 bahawa ucapan saya di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana,
Putrajaya pada 26 Februari, 2014 itu sebagai “pemikiran yang kufur dan murtad”.
Kufur bermakna kafir dan murtad terkeluar dari Islam. Ini satu fitnah dan
kesilapan besar.
Isu-isu yang ditimbulkan penolakan
saya terhadap[ syahadah yang kedua, kenyataan saya bahwa rambut wanita bukan
‘aurat, dan tuduhan lama bahawa saya anti-hadis.
Saya tidak pernah mempertikai Nabi Muhammad sebagai nabi lagi
rasul. Apa yang saya pertikai amalan
syahadah kedua. Sebab apa saya buat begitu? Kerana persis ia tidak diajar oleh
belaiu sendiri dalam Quran. Syahadah yang pertama disahkan dalam Quran dalam
Surah 3, ayat 18 yang berbunyi: “Tuhan naik saksi tiada tuhan melainkan Dia;
demikan juga para malaikat dan mereka yang berilmu, yang enegakkan keadilan.
Tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa, Bijaksana.” Perhatikan ayat ini berhenti di situ tanpa
meneruskan dengan apa yang dikatakan syahadah kedua. Malah syahadah kedua
dibatalkan dalam Surah 63, ayat 1, yang berbunyi, “Apabila orang munafik datang
kepada kau, mereka berkata, ‘Kami naik saksi kau rasul Allah.’ Allah tahu kau
rasul-Nya, dan Allah naik saksi bahawa orang munafik itu pendusta.”
Anehnya,
walau pun ayat ini wujud, masih ada orang yang melafazkan syadah kedua!
Dari segi logika, kita tidak boleh
berbuat demikian kerana rasul Allah itu ramai, bukan Muhammad seorang. Mengapa
mereka sebut Muhammad saja. Lagi pula, bagaimana Nabi Ibrahim bersyahadah?
Adakah beliau berkata, “Aku naik saksi Ibrahim rasul Allah”? Kalau beliau buat
begitu bermakna ada banyak Islam. Ini tidak benar sama sekali.
Jadi, syahadah itu satu saja.
Syahada ini diamalkan oleh semua nabi dan rasul, termasuk Nabi Muhammad.
Saya juga membantah pendewaan Nabi
Muhammad dengan menyamakan beliau dengan Allah dalam mesjid-mesjid, rumah-rumah
dan kereta-kereta. Ini sama sekali tidak bermakna saya memperkecilkan beliau.
Beliau penyudah segala nabi dan disifatkan oleh Tuhan sebagai rahmat kepada
seluruh manusia. Tetapi menyamakan beliau dengan Tuhan dengan menulis nama
beliau dan Tuhan sama besar dan separas itu salah besar.
Ada orang akan bertanya mengapa
kebanyakan umat Islam di seluruh dunia berbuat demikian. Jawabnya, kerana
mereka ikut Islam baka, Islam yang kita warisi dari nenek-moyang tanpa
usul-periksa.
Saya ingin bertanya kepada
cerdik-pandai Islam sekarang. Mengapakah umat Islam sekarang duduk di belakang
Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, China dan India.? Sepatutnya,
sebagai pengamal agama yang Tuhan Sendiri reda, kita duduk di atas sekali,
seperti mula-mula dulu. Ini bukti yang jelas sekali bahawa kebanyakan umat
Islam sekarang sudah menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar yang diajar
dalam Quran. Kalau kita kaji sejarah agama, selepas kira-kira 300 tahun, agama
itu akan dimasuki semula khurafat-khurafat dalam masyarkat itu.
Mereka tuduh saya kufur dan murtad.
Tiada siapa pun boleh menghukum seseorang itu mukmin atau kafir, kecuali Tuhan
Yang Maha Mengetahui. Ini bermakna mereka yang menuduh saya demikian bertindak
sebagai Tuhan!
Saya cabar mereka yang menuduh saya
demikian berdebat dengan saya di depan umum untuk menentukan siapa betul dan
siapa salah. Kalau mereka enggan melayan cabaran saya untuk berdebat, jangan
buat tuduhan yang tidak sanggup merkea pertahankan dalam satu debat umum.
Perkara ini sepatutnya dibuat
dialog, berbincang dengan baik, dalam semangat
keislaman. Membuat tuduhan dan fitnah seperti itu tidak akan
menyelesaikan masalah.
---------------------------------------------
KASSIM AHMAD seoraang penulis bebeas Malaysia. Laman web beliau FITNAH