Thursday, September 04, 2014

PERTANYAAN DARIPADA SEORANG PEMINAT



Thursday, September 04, 2014
 
PERTANYAAN DARIPADA SEORANG PEMINAT 

Seorang hamba Allah baru-baru ini telah menanyakan empat soalan kepada saya. Berikut saya perturunkan soalan dan jawapannya. -- Kassim

Soalan 1:
   Tuan pernah menyatakan tuan menolak hadis yang bercanggah dengan Quran. Tolong berikan contoh hadis yang bercanggah dengan Quran. 

Jawapan
   Seperti yang terjadi kepada Nabi Isa, setelah 300 tahun Nabi Muhammad wafat, kebanyakan  pengikutnnya menyeleweng dari ajaran beliau yang asal. Mereka berpecah menjadi dua puak: Ahli Sunnah Wa'l-Jama'ah, dan Syiah. Beliau didewa-dewakan menjadi "kekasih Allah", "penghulu segala nabi", "maksum" dan sebagainya. Satu daripada tanda mereka telah mendewa-dewakan beliau, syahadah kedua. Perhatikan syahadah ini dibatalkan dalam Quran, Surah 63, ayat 1. Juga perhatikan di kebayakan mesjid, rumah dan kereta mereka ditulis nama Allah dan Muhammad separas dan sama besar!
   Mereka juga mengada-ngadakan hadis yang tidak direstui oleh Nabi Muhammad, sedangkan mereka mendakwa hadis-hadis ini berasal daripada beliau.

Soalan 2
   Tuan pernah menyatakan kedudukan Quran lebih tinggi dari kitab-kitab lain. Apakah kaedah yang tuan gunakan untuk memahami isi Quran.
Jawapan
   Tiga kaedah yang dikenal dalam ilmu falsafah sebagai epistimologi, yakni ilmu bagaimana kita mengetahu. Guru Quran yang pertama dan terakhir itu Tuhan. Tuhanlah yang mengajar Quran kepada orang mukmin.
    Kita mengetahui sesuatu perkara dengan menggabungkan tiga cara. Pertama, kesaksian deria; kedua, kesaksian logika; dan akhir sekali, kesaksian mutlak. Ambil contoh pena. Kita berkata, “Saya memegang sebatang pena.” (kesaksian deria). Lalu kita mengatakan, “Saya tahu pena ini dibuat oleh seorang tukang dalam sebuah kilang.” (kesaksian logika). Akhir sekali kita mengatakan tukang dan kilang itu datang dari seorang Pencipta (kesaksiaan mutlak). Pencipta ini tidak dicipta oleh sesiapa; Ia Jadi Sendiri. Kia gabungkan ketiga-tiga kesaksian ini lalu kita dapat apa yang kita panggil Kebenaran, dengan ‘K’ huruf besar. Sebab itu Kebenaran itu Tuhan.

Soalan 3
     Tolong beritahu saya bagaimana caranya saya boleh memahami Quran secara mudah dan tepat.
Jawapan
   Quran menjelaskan dirinya sendiri. Ertinya ayat menjelaskan ayat, bukan seperti dalam kaedah klasik, Hadis menjelaskan Quran. Misi utama Nabi Muhammad menerima dan menyampaikan Quran, bukan menerangkan kandungannya.

Soalan 4
   Di mana saya boleh belajar kefahaman Quran? Adakan university atau institut yang mengajar ilmu ini?
Jawapan
    Saya percaya sesetengan university, umpamanya Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur, mengajar ilmu ini. Tetapi saya fikir kita boleh belajar ilmu ini dari Quran sendiri. Seperti yang telah saya katakan, Quran menjelaskan dirinya sendiri. Namun demikian, kaedah ini hendaklah bersifat saintifik, yakni ia boleh menghadapi kritikan saintifik. Saya telah mengemukakan kaedah ini dalm buku saya, Hadis – Jawapan kepada Pengkritik,  (Media Indah, Kuala Lumpur: 1992). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul, Hadith: A Re-evaluation (Monotheist Productions International: U.S.A. 1996). 


2 comments:

Anonymous said...

adakah tuan berlajar dan fasih bahasa arab? nahu dam sorof?

Bustanul Bey said...

Salam Pak Kassim,

Buat pertama kali saya terpanggil utk mengulas dlm blog ini krn isinya amat saya minati. Ia berkenaan kebenaran yg hakikat. Mencapai kebenaran yg hakikat inilah yg sering orang gagal capai, sering kali apa yg dicapai adalah kesaksian logika. Perkara ini ada dicerita dlm Quran melalui kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir.

Pohon kebenaran dari Pak Kassim agar saya dpt link kan coretan ini melalui blog mahu pun media sosial saya. Jika Pak Kassim keberatan, saya faham dan akur.

Akhir kalam saya ucapkan terima kasih krn sudi berkongsi ilmu dgn kami tetamu dan pembaca blog Pak Kassim.