Thursday, September 25, 2014

PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH




PEGANGAN AHLI SUNNAH-WAL-JAMA’AH:
ADAKAH SAMA DENGAN AJARAN NABI MUHAMMAD?

Oleh: Kassim Ahmad
18 September, 2014

           “Hendaklah kamu berpegang teguh kepada agama yang satu ini dan jangan buat
puak.”                                                                                                        Quran, 42: 13
            Saya petik ayat di atas, perintah yang diberikan Tuhan kepada semua nabi, untuk  menunjukkan bahawa agam Islam itu satu, agama tauhid, yang terkandung sepenuhnya, dan terpelihara dari korupsi, dalam Quran.
            Tetapi sejarah yang ditempa manusia diwarnai oleh sabjektiviti manusia, sabjektiviti yang menukar objektiviti, yakni alam atau dunia. Ajaran nabi yang terakhir, Nabi Muhammad, yang terkandung sepenuhnya dalam Quran tidak berkembang menurut garis yang menegak lurus. Perkembangan ini dipengaruhi oleh kepercayaan, termasuk prejudis, masyarakat. Oleh sebab ini, maka tidak lama kemudian, antara 200-250 tahun, ajaran yang satu ini terbahagi kepada dua puak yang besar, iaitu apa yang dipanggil Ahli Sunnah Wal-Jamah atau kaum Sunni(puak majoriti), dan kaum Syi’ah (puak minoriti). Pada permulaannya perpecahan ini bersifat politik, tetapi kemudian berkembang menjadi puak-puak dengan teologi masing-masing. Kedua-duanya menyimpang dari ajaran-ajaran pokok yang dibawa oleh Nabi Muhammad dalam Quran. Hadis/Sunnah satu penyelewengan yang besar.
            Bagi kaum Sunni, syahadah kedua ditambah (untuk mendewa-dewakan Nabi Muhammad), bersalahan dengan ajaran beliau sendiri dalam Quran. [1]  Selawat kepada Nabi (selawat ertinya restu, sokong) satu lagi penyelewengan. Dalam Quran dalam Surah Al-Ahzab (33) frasa ini (“Tuhan dan para malaikat”) disebut dua kali, yang pertama dituju kepada orang mukmin (ayat 43) dan yang kedua (ayat 56) dituju kepada Nabi (jangan lupa Nabi juga bertindak sebagai pemimpin masyarakat pada ketika itu). Mengapa ayat 33 dilupakan? Lagi pun, kita hanya boleh merestui dan menolong orang yang hidup, bukan orang yang telah mati.  Nabi Muhammad telah wafat.
            Berbalik kepada penyelewengan yang biasanya berlaku dalam masyarakat manusia, (ia berlaku dalam kes-kes agama Hindu dan agama Kristian) dalam kes ajaran Nabi Muhammad, orang Islam boleh berbalik ke pangkal jalan dengan merujuk kepada Quran. Tiap-tiap generasi boleh mengkritik generasi yang dahulu dengan berpandukan Quran. Umpamanya, doktrin dua sumber utama (Quran dan Hadis) yang diperkenalkan oleh Imam Shafi’e (m. 820) boleh ditolak dengan berpandukan Quran. (Malang bagi umat Islam, mereka telah mendewa-dewakan Imam Shafi’e dan dengan itu beliau tidak boleh dikritik.)
            Pada hari ini, kebanyakan umat Islam umat Islam  (kedua-dua puak Sunni dan Syi’ah) boleh kembali kepada ajaran Nabi Muhammad dalam Quran. Umat-umat lain tidak boleh, kerana kitab-kitab suci mereka sudah dikorapsi oleh tangan manusia. Mereka juga kena rujuk kepada Quran. Itulah sebabnya Nabi Muhammad disifatkan sebagai rahmat kepada seluruh dunia.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahamad.blogspot.com  

           


[1] Lihat Quran, 63: 1 yang membataalkan syahadajh kedua. Ingat apa yang berlaku kepada Surah 9 (tanpa Basmallah)- pembahan dua ayat (128 an 129) untuk mendewa-dewakan Nabi Muhammad.

5 comments:

Anonymous said...

salam pak kassim. Ini ada sikit info nak kongsi dgn pak kassim.

...Pakar hadis universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datin Paduka Dr Jawiah mendedahkan kajiannya menemui terdapat hingga 265
hadis palsu atau mawdu ditemui dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin karangan Sheikh Al Ghazali.

Anonymous said...

Salam Pak kassim,

Saya doakan Pak Kassim terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus berjuang menegakkan kebenaran.

Rosman BB

Anonymous said...

“Hendaklah kamu berpegang teguh kepada agama yang satu ini dan jangan buat
puak.”- Quran, 42: 13

Ayat di atas cuma berpesan
atau menasihati agar berpegang teguh pada agama Islam dan jangan buat puak, tapi itu pada peringkat awal agama ditubuhkan 1400 tahun dulu, namun manusia atau cerdik pandai(ulama)muslim akan gatal, memandai-mandai atau menjadi tabiat semula jadi untuk 'mengorganise' lagi agama, memberi tafsiran baru meskipun berbuat demikian atas nama agama, sunnah dan kehendak Allah sementara majoriti pengikutnya adalah terdiri daripada mereka yang tak erti menyoal, merenung alias pak turut saja ak mahu memeningkan kepala lalu ikut saja jika tidak akan dituduh/dakwa menderhaka kepada pewaris Nabi atau ulama, maka itu kita dapati pelbagai tafsiran akan satu sistem kepercayaan yang dinamakan agama baik Islam, Kristianiti dan agama apa saja. Tiada yang setara tafsiran mereka.Maka saranan Quran tiada kuasa magis lagi.

Anonymous said...

Kepada Pak Kassim, saya terjumpa artikel ini, sejauh manakah kebenarannya? apakah pendapat Pak Kassim? artikel tersebut di laman web ini :
http://malaysianreview.com/42461/kassim-ahmad-mula-kecut-debat-dengan-dr-asri/

Je Suis Ahmed said...

Apa yg ada sekarang ini ialah downstream religion yang sudah dicemari oleh so-called ulamak. Lets go back to the source. Be calm, and speak with the Quran. Take from it what is useful and easy for you. Dont be greedy and fall into spiritual materialism. Like the priests.