Friday, October 31, 2014

TAKRIF ULAMA DALAM QURAN





ULAMA SEBAGI PARA SAINTIS SEPERTI YANG DITAKRIFKAN DALAM QURAN
DAN ULAMA AS SEBAGAI SATU KASTA PADERI –
BAGAIMANA DAN BILA YANG KEDUA TIMBUL

Oleh: Kassim Ahmad
25 Oktober, 2014

            Quran menyifatkan orang yang berilmu sebagai ‘alim’ (jamak: ‘ulama) sebagai ahli-ahli sains. Biar saya perturunkan ayat itu sepenuhnya, “Tidakkah engkau melihat bahawa Tuhan menurunkan dari langit air, dan dengan itu Kami hasilkan buah-buahan dari pelbagai warna. Gunung-ganang pun dari pelbagai warna; puncaknya putih, atau merah atau dari warna yang lain, dan ada juga yang hitam-legam. Demikan juga di antara manusia dan binatang-binatang yang melata dan binatang-binatang ternakan, ada yang pelbagai warna. Oleh sebab itu, mereka yang benar-benar takut kepada Tuhan hanyalah mereka yang berilmu (Ar. ulama).” (Quran, 35: 27-28)
            Perlembagaan Malaysia mengisytiharkan Islam sebagai agama Persekutuan. Tidak lama dulu Perdana Menteri Najib menyatakan beliau akan mengubah perisytiharan itu kepada Ahli Sunnah Wal-Jama’ah (ASWJ). Saya fikir ramai rakyat Malaysia, termasuk saya, tidak rela beliau   berbuat demikian dan mengirim surat daftar A.R. untul melahirkan perasaan mereka. Alhamdulillah, selepas itu belaiu tidak menyebut lagi perkara ini.
            ASWJ satu puak – puak majority – (puak minority Syia’h) yang muncul antara 250-300 tahun setelah Nabi Muhammad wafat. Sayugia diingat Nabi Muhammad penutup segala nabi, dan beliau melengkap dan menyempurnakan Islam sebagai agama yang Tuhan reda.[1] Misi beliau tidak lain kecuali menyampaikan Quran. Apabila sarjana Imam Shafi’e datang 135 tahun setelah Nabi wafat, beliau memperkenalkan satu doktrin baru bahawa Quran dan Hadis/Sunnah dua sumber utama undang-undangan Islam dengan Qias, Ijmak dan Ijtihad sebagai sumber-sumber sampingan. Apbila doktrin Shafi’e yang baru ini diterima oleh masyarakat Islam, maka barulah muncul Imam Bukhari dan lain-lain untuk mengumpul dan memilih hadis-hadis yang mereka anggap sahih. Enam pengumpul Hadis kaum Sunni ini muncul antara 238 dengan 283 tahun setelah Nabi wafat. Sebelum Shafi’e, hanya Quran saja yang ada, walaupun sedikit hadis telah muncul; tetapi selepas Shafi’e beribu-ribu hadis sudah wujud. Bukhari dilaporkan mengumpul 600,000 hadis dan memilih hanya 7,275 hadis yang beliau anggap sahih, [2] yakni beliau menolak 98.8 %. Beliaulah orang anti-Hadis yang pertama dalam sejarah!  Shafi’e, walau bagaimanapun, pedakyah Hadis yang pertama! Ini meletakkan ASWJ pro Shafi’e dan anti Bukhari! Mereka harus menghukum Bukhari dan memberi pingat kepada Shafi’e!
            Tuhan melarang orang Islam membuat puak dalam agama.[3] Tetapi persis inilah yang telah berlaku setelah kira-kira 250 tahun kewafatan Nabi Muhammad. Mengapa? Apabila kita mengkaji sesuatu tamadun atau agama, kira-kira 250 hingga 300 tahun setelah pengasasnya meninggalkan mereka, segala amalan khurafat masuk balik ke dalam tamadun atau agama itu. Persis inilah yang telah berlaku.
Dalam diri manusia ada dua tenaga: yang satu menolaknya naik dalam evolusinya, dan yang satu lagi meruntunnya ke bawah. Dalam fahaman saya, yang menolak kita naik itu tenaga yang baik, iaitu  malaikat; yang meruntun kita ke bawah itu tenaga jahat, iaitu Iblis. Pada ketika ini, para saintis yang dulu memainkan peranan ulama dalam ertika yang asal, merosot menjadi populis yang mahu nama dan pengaruh. Dulu merekalah yang mengibarkan bendera intelektualisme: belajar, menyiasat dan mengkaji, berdiskusi dan berdebat, dan mengasas dan memajukan ilmu dalam pelbagai bidang, termasuk falsafah dan logika. Tetapi setelah mereka membuat puak dan menjadi kaum Sunni, semua ini dimusnahkan dan hilang dari perbendaharan intelektualisme Islam buat selama-lamanya.[4]
            Islam hari ini tidak lebih dari agama ritual. Sebagai satu cara hidup yang revolusioner, mendukung kehidupan dan tidak gentar untuk menghadapi kesusahan dan kematian – deen ini sudah mati! Inilah sebab utama kejatuhan umat Islam. Kita harap para pemimpin dan cerdik-pandai Islam sedar akan hal ini dan berusaha untuk mengatasinya.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com 
             
    
             


[1] Lihat Quran, 3: 19. Lengkap dan sempurnanya Islam dinyatakan dalam Quran, Surah 5, ayat 3, yang berbunyia: “Pada har ini Aku lengkapkan bagi kamu agama kamu, sempurnakan nima-Ku kepada kamu dan Aku reda Islam sebagai agama kamu….”  
[2] Lihat Kassim Ahmad, Hadis – Satu Penilaian Semula (Petaling Jaya: 1986); hlm. 93
[3] Lihat Quran, 6: 159.
[4] Lihat kenyataan Dr. Syed Farid Al-Atas mengenai Universiti Al-Azhar dalam Wikepedia.

6 comments:

Anonymous said...

En Kassim,

If i may, i would to hear your response on an opinion from outsyed the box that you might have committed a strategic mistake by attacking the hadis instead of the mazhabs in your quest in making the quran as the Only or primary source of guidance for all mankind. Thank you En Kassim.

Shalela

hasri.blog said...

saya bersetuju jika ulama' itu bukan sahaj berkaitan dengan hal keagamaan tetapi juga berkaitan dengan bidang2 sains dan ilmu seumpamanya...saya harap Pak Kassim hasilkan artikel berkenaan dengan kritikan terhadap golongan yang memisahkan ilmu agama dengan ilmu sekular..

Anonymous said...

wahai kassim.. kalau iya pun, kenapa pula kau tafsir al bukhari sebagai anti hadis? al bukhari menapis hadis2 yang dikumpulnya.. dan kau sendiri pun tahu kenapa beliau buat begitu.. tapi kenapa kau masih ada ego dalam hati kau, memutar belitkan yang sudah jelas, tujuan dan cara seseorang pengumpul hadis terdahulu menapis hadis2 nya.. kenapa kassim? masih ego lagi dengan hadis? kau nak salah kan para pengumpul2 hadis yang buat kau sekarang xpercaya hadis? wahai kassim, kerana inilah mereka menapis hadis2 tersebut dengan al- quran dan bersesuaian dgn nya.. kau jangan banding kan kau dengan mereka, sedang kita di alaf abad 21 ni banyak sesat dari zaman mereka.. mereka bersungguh2 ke arah kebenaran wahai kassim.. kalau mereka sesat dari awal lagi, sudah tentu wahai kassim, sudah tentu umat nabi muhammad dlm dunia ini selepas mereka sesat kassim.. Allah menjamin agama ini hingga hari kiamat wahai kassim.. sudah tentu ada para wali yang sentiasa mempertahankan agama ini wahai kassim.. dan dengarlah, bukan Allah yang lemah hingga memerlukan penolong nya, Allah sangat hebat, kassim.. Allah raja seluruh alam, dan selayak utk nya kassim, Allah maha mampu menyuruh makhluknya menjadi sesuatu.. kalau Allah mahu, Allah bole jadi kan kau kassim hilg hingga tidak apa2 yang wujud dr diri mu kassim.. tapi, mengapa Allah tak tidak mahu jadikan seluruh manusia dimukabumi ini islam yang taat pada Allah , kassim.. kenapa? kau pergi lihat kassim dalam quran Allah, Allah sudah beri kau jalan wahai kassim.. dua jalan, dan jangan lah kau ego lagi utk menuruti jalan Allah.. dari kau berbahas kepalsuan seluruh hadis, lebih baik kau cari apa hikmah disebalik hadis2 sahih, dan kau tulis disini.. itu lebih bermakna utk dirimu dan kami umat islam.. in shaa Allah kassim.. Allah mahu kau mencari jalan kepadaNya.. smoga dipermudahkan urusan mu demi Allah, dan berada tetap dijalan Allah hingga hari kiamat.. takutlah pada Allah, renungkan kiamat mu, dan pertahankan umat islam.. jangan kau jadi para munafik yang sia2 memperjuangkan dunia..buang ego mu.. tak bermakna dihadapan Allah di padang masyar suatu hari nanti.. assalamualaikum

Zkassim said...

Assalm.Wr.Wb.Tuan Kassim,bagaimana Hadis tentang Nabi katakan berpeganglah Alquran dan Sunnahku/Kulafah Rasyidin dan apa kaitannya dgn Hadis2 Rasul yg tonjolkan oleh segolongan Puak buat menegakkan fahaman mereka.

Politicalamity9 said...

Anon 10:56...

Anda yakin kah yang sekarang ni kita tak sesat? atau yakinkah yang dibawa oleh Bukhari tu benar benar tidak menyeleweng? Anda bolehkah menceritakan kembali apa yang berlaku pada nenek moyang anda 100 tahun yang lalu?

Anonymous said...

orang yang ikut al quran dikatakan sesat, yang ikut selain al quran (hadis, ijmak ulama) dikatakan pada jalan yg lurus. dunia sudah terbalik. Syaitan berusaha menyesatkan manusia. salah satunya dengan hadis. dia sudah berjaya. umat Islam jadi mundur, berperang sana sini, berbalah berkenaan agama.Hadis menyebabkan banyak perselisihan berlaku.


Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(An-Nisaa' 4:82)