SIAPA SEBENARNYA AHLI SUNNAH WAL-JAMA’AH?
Oleh: Kassim Ahmad
28 Januari, 2015.
Ahli
Sunnah Wal-Jama’ah (ASWJ) telah diajukan sebagai apa yang telah dibawa oleh
nabi besar kita, Nabi Muhammad, dan para sahabat yang empat (khalifah
rasyidun). Ini tidak benar. Nabi Muhammad tidak membawa apa yang dipanggil
Hadis/Sunnah. Beliau menerima wahyu (Quran) daripada Tuhan untuk disampaikan
kepada manusia. Itu saja misi beliau dan
tidak lebih daripada itu. Misi ini disempurnakan oleh beliau dalam masa 23
tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 di Madinah.
Hadis/Sunnah yang kemudian dikaitkan dengan beliau direka oleh
pereka-pereka yang mempunyai kepentingan masing-masing. Kepentingan-kepentingan
ini mula-mula bersifat politik dan kemudian berkembang menjadi teologi.
Buktinya
Quran sendiri. Banyak ayat Quran menegaskan Hadis itulah Quran, kerana ia keluar
dari mulut Muhammad. Contohnya, “Inilah wahyu-wahyu Tuhan yang kami bacakan
kepadamu; hadis yang manakah selain wahyu ini yang mereka percayai? (45: 6).
Ada dua ayat yang berbunyi, “Bahawasanya, inilah perkataan rasul yang mulia.” (69:
40; 81: 19)
Ada
juga hadis yang direka itu selaras dengan ajaran Quran. Umpamanya, “Jangan kamu
tulis apa-apa daripadaku selain Quran. Barangsiapa menulis sesuatu daripadaku
selain Quran hendaklah memadamnya.” (Riwayat Muslim) Sejarah mencatat bahawa Khalifah Abu Bakar
membakar koleksi hadisnya (500) dan Khalifah Umar Ibn Khattab membatalkan
rancangannya hendak mengumpul Hadis.[1]
Di
Malaysia, pihak berkuasa agama memang mengaku mereka kaum Sunni.[2]
Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib sendiri pernah berkata ia akan pinda Perlembagaan untuk memasukkan iktikad Ahli Sunnah WalJama’ah
ke dalamnya. Saya segera menulis surat berdaftar A.R. memohon supaya beliau
tidak berbuat demikian. Alhamdulillah, beliau tidak lagi menyebut perkara itu.
Tuhan
melarang kita membuat puak dalam agama. Kaum Sunni itu satu puak, puak majoriti
dan puak ortodok. Lagi satu puak, puak Syi’ah, puak minoriti. Nabi Muhammad
tidak membuat puak, selaras denga
perintah Tuhan kepadanya. Kaum Sunni timbul
setelah Imam Shafi’e (m. 204/820) memperkenalkan doktrin baru dua sumber utama,
Quran dan Hadis. Selepas doktrin ini
diterima ramai maka timbul enam pengumpul Hadis ‘Sahih’, Bukhari, Muslim,
Tirmidhi, Abu Daud, Ibn Majah dan al-Nasa’i.
Kaum Sunni mendakwa mereka
mengamalkan Islam yang sebenar. Jika dakwaan ini benar, mengapakah mereka
menegakkan Hadis/Sunnah, sedangkan Nabi hanya membawa dan berpegang kepada
Quran, seperti yang telah saya tunjukkan?
Kita
harus sedar bahawa agama Islam, seperti yang diajar oleh Tuhan kepada Nabi
Muhammad hanya terdapat dalam Quran. Ramai sarjana telah menulis buku-buku
untuk menghuraikan Quran dari dulu hingga sekarang. Kita bernasib baik dan
berterima kasih kepada mereka kerana dapat manfaatkan usaha-usaha mereka,
tetapi kita tidak boleh taksub kepada ajaran-ajaran mereka. Sikap kita seharusnya
kritikal, ambil yang baik dan buang yang buruk.
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Blog beliau
2 comments:
1) Dalam buku Ulum al-Quran karangan Ahmad von Denffer, dinyatakan semasa Zaid ibn Thabit mahu membuat suatu salinan Quran yang baru selepas deperintah Uthman, beliau mengumpul semua catatan yang disimpan oleh para sahabat dengan membawa 2 saksi yang mengetahui Quran untuk menentukan kesahihan ayat-ayat yang dibawa.
2) Saya lihat cara sahabat mengumpulkan Quran ini sebenarnya diperintah oleh ayat Quran sendiri. Ayat Quran yang saya maksudkan itu ialah 2:282.
3)Berdasarkan ayat itu ada 5 syarat penting yang harus ada dalam mengkontrakkan ad-dayn i) orang yang berhak haruslah mengarah hutang itu dicatat, ii) catatan hutang itu harus lengkap tanpa meningalkan apa-apa, iii) Disaksikan oleh 2 lelaki, atau seorang lelaki 2 wanita, iv) Apabila saksi2 terhadap maklumat itu dipanggil, mereka harus tampil, v) hutang itu sama ada kecil atau besar hutangnya, ia tetap harus dicatat bersama tempohnya.
4)Perkataan yang membuat cara catatan dan kesaksian ini relevan langsung kepada pengumpulan Quran ialah "dayn" yang bermaksud hutang. Saya kata demikian kerana Quran ialah sumber maklumat untuk 'deen'. Deen dan dayn berasal dari kata dasar sama, d-y-n dan sudah tentunya ada persamaan maksud. Saya tak fasih bahasa Arab tapi kalau saya betul maksud harafiah deen itu macam tanggungan/hutang yang berterusan yang akan dibalas balik oleh Tuhan.
5) Kalau kita lihat dalam kes pengumpulan Quran oleh Zaid ibn Thabit, kita dapat lihat beliau dan para sahabat secara amnya memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam ayat 2:282. Unsur2 penting yang kita dapat lihat ialah ada catatan ayat-ayat Quran dibawa oleh para sahabat dan setiap ayat dalam salinan Zaid itu disahkan oleh 2 orang saksi menghafal Quran. Aplikasi kaedah ini menunjukkan para sahabat menganggap Quran itu harus dicatat seperti diarah ayat 2:282. Sudah tentu ini kerana Quran dianggap sebagai sumber muktamad ad-deen, dan sebagai ad-deen ia patut dilayan sepertu dayn-dayn yang lain.
6) Ini menunjukkan setiap sumber yang patut dijadikan rujukan untuk ad-deen harus dipastikan dengan kaedah demikian. Ahlul hadis mendakwa hadis adalah sumber lain untuk mengetahui ad-deen walaupun sudah tidak perlu seperti dinyatakan Quran. Tetapi kalau mereka sekurang-kurangnya mahu mempastikan kesahihan hadis ia sepatutnya mengikuti kaedah demikian. Hakikatnya tidak. Tidak ada satu kajian oleh ahlul hadis sendiri yang menunjukkan sahabat nabi mencatat dan mengumpul hadis dengan kaedah demikian. Kalau hadis menjadi bahan rujukan ad-deen, para sahabat sudah tentu mengumpulkannya seperti diarahkan ayat 2:282. Hadis2 mutawattir pun tidak mencapai standard yang dinyatakan Quran ini.
apakah peranan yang boleh kita lakukan?
Post a Comment