Daftar A. R.
31 Disember. 2014.
YAB Tan Sri Muhiyuddin Yassin,
Blok Utama, Bangunan Perdana
Putera,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62502, Putrajaya, Malaysia.
Pakaian
Tudung oleh Wanita
Saya
menulis surat ini untuk menarik perhatian Tuan kepada pakaian tudung oleh
kebanyakan kaum wanita kita sekarang. Quran memberitahu kita bahawa rambut
wanita bukan ‘aurat. Oleh itu tidak perlu ditutup dengan pakaian tudung.
Apa
yang tidak disuruh oleh Tuhan dalam kitab suci Quran tidak harus kita lakukan.
Kalau kita lakukan kerana sesuatu sebab, kita akan mengundang mudarat.
Tudung
suatu perkara baru di Malaysia. Dulu ibu saya dan wanitya-wanita Melayu sezaman
dengan beliau pakai selendang. Pakain tudung dimestikan mengikut ajaran
kitab Taurat, Perjanjian Baru (Korintus
1, 11: 2) yang sudah pun diganti dengan kitab Quran.
Ada
dua bukti dari Quran bahawa tudung bukan wajib. Pertama, kod pakaian wanita
disebut dalam surah 24 (Al-Nur), ayat
30-31. Kedua, wuduk dalam Surah 5 (Al-Ma’edah), ayat 6. Malangnya, ahli
perundangan Islam, Imam Shafi’e (767-820) yang datang 135 selepas Nabi Muhammad wafat
memperkenalkan satu doktrin baru tentang dua sumber utama, Quran dan Hadis.
Sebelum ini tidak ada Hadis. Misi Nabi Muhammad tidak lain dan tidak bukan
menerima dan menyampaikan Quran kepada dunia. Hadis dikutip oleh Bukhari,
Muslim dan lain-lain setelah doktrin Shafi’e diterima. Yang anehnya, kerapkali
Hadis mengatasi Quran, seperti dalam doktrin sembahyang tiang agama. Mengikut
ajaran Quran, tiang agama itu tauhid. Tanpa pegangan tauhid, semua amal ibadah
batal.
Saya
mohon Tuan akan menerangkan perkara ini kepada para guru dan pelajar. Beri masa
yang cukup (katalah 6 bulan) untuk masyarakat kita membuat perubahan. Mungkin
Tuan patut menjemput tokoh-tokoh agama untuk memberi taklimat tentang perkara
ini.
Sekian
dimaklumkan.
Terlebih
dulu diucapkan berbanyak terima kasih.
(Kassim Ahmad)
Salinan: YAB Perdana Menteri,
Malaysia.
1504 Jalan Kulim Height 3, Kulim Golf
& Country Resort, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia.TEL. 604-4031871. FAKS. 604-4080035. TB 012-4291152. E-mail:
8 comments:
dah agak lama terpikir akan perkara ini..
Jika sebelum shafie tiada hadis, bagaimana ummah selepas nabi wafat mengetahui cara sembahyang ?
persoalannya betulkah cara kita solat sekarang ini sama sepertimana yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad? Bukan sekadar keseluruhan solat, malah belum melepasi takbir pon macam macam style yang ada.
terima kasih kerana terus menulis, pak kassim.
kurun ke 7 & ke 8 serta 9 orang arab dikelilingi oleh tamadun Mesir, Romawi, Parsi dan Mesopotamia, ada kemungkinan ke amalan muslim & muslimah hari ini dicedok dari mereka??
May Allah guide you Sir.
its something that I'm still not sure of, whether tudung is wajib or not. i'm in the middle, i dont know which is true and which is wrong. i would like to hear more details about this issue, insyaAllah.
Tulisan K.A (kassim ahmad) ni hanya melihat dari sudut pandang mazhab ASWJ dan atas kapasitinya yg sangat terbatas ttg Al-Quran. K.A terlupa kalau fungsi Nabi SAW adalah sebagai penjelas inti Al-Quran!
FirmanNya:
وَ أَنْزَلْنا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ ما نُزِّلَ إِلَيْهِمْ
"Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan"
[QS an-Nahl: 44]
Kalau ikut waham K.A bahawa cukup Al-Quran, maka untuk apa Allah mendatangkan Nabi? Bukankah lebih mudah Allah turunkan berjuta-juta kitab Al-Quran kepada manusia tanpa perlu melalui perantara Rasul?
Silakan jawab K.A
Post a Comment