Daftar A. R
31 Januari, 2015
YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putera,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.
Tuan,
Saya menulis ini untuk mengucap terima kasih, kerana
tidak meminda Perlembagaan untuk memasukkan iktikad Ahli Sunnah Waljamah ke
dalamnya. Iktikad ASWJ ini bukan dari ajaran nabi besar kita, Nabi Muhammad,
yang melengkap dan menyempurnakan agama Islam. ASWJ satu puak, puak ortodoks
dan puak majoriti dalam Islam. Tuhan melarang kita membuat puak dalam agama.
Baru-baru ini banjir besar melanda negara kita. Kita
tidak boleh mempersalahkan hujan dan ribut kerana ini gejala alam. Tetapi kita
kena berusaha untuk menghalang banjir. Pada pendapat saya, kita kena buat
sistem perparitan yang lebih baik untuk menghalang banjir. Ada faktor-faktor
lain, tetapi saya fikir sistem perparitan faktor yang utama.
Kesesakan lalulintas di bandar-bandar besar kerana
terlalu banyak kereta persendirian makin hari makin teruk. Kebanyakan kereta
persendirian ini memuatkan seorang atau dua saja. Hendaklah Kerajaan tarik
keluar separuh daripada kereta persendirian ini dari jalanraya (dengan membayar
pampasan), dan ganti dengan sistem pengankutan awam yang lebih baik, termasuk
keretapi laju. Kerajaan Pusat harus
berani melakukan ini. Ambil mandat dari satu Perhimpuan Agung Khas UMNO dan
semua parti dalam BN. Dengan mandat ini, Kerajaan boleh melaksanakan dasar ini.
Saya harap Kerajaan akan mengkaji dan melaksanakan cadangan-cadangan
ini.
Terima kasih.
Yang ikhlas,
(KASSIM AHMAD)
1504
Jalan Kulim Height 3, Kulim Golf & Country Resort, 09000 Kulim, Kedah,
Malaysia. TEL. 604-4031871. FAKS. 604-4080035. TB 012-4291152. E-mail: darul_hikmah333@yahoo.com.my
Laman web: www.kassimahmad.blogspot.comSURAT
1 comment:
BANYAK YANG SAYA BACA TENTANG ARTIKEL C ENCIK KASSIM NI..TTG AURAT LAH,HUDUD LAH..MAIN HENTAM JE DIA NAK CAKAP APA2..NTAH APA2 ENTAH..MCM ADA SOMETHING WRONG JE PEMIKIRAN DIA NI..
Post a Comment