Daftar A. R.
31 Disember. 2014.
YAB Tan Sri Muhiyuddin Yassin,
Blok Utama, Bangunan Perdana
Putera,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62502, Putrajaya, Malaysia.
Pakaian
Tudung oleh Wanita
Saya
menulis surat ini untuk menarik perhatian Tuan kepada pakaian tudung oleh
kebanyakan kaum wanita kita sekarang. Quran memberitahu kita bahawa rambut
wanita bukan ‘aurat. Oleh itu tidak perlu ditutup dengan pakaian tudung.
Apa
yang tidak disuruh oleh Tuhan dalam kitab suci Quran tidak harus kita lakukan.
Kalau kita lakukan kerana sesuatu sebab, kita akan mengundang mudarat.
Tudung
suatu perkara baru di Malaysia. Dulu ibu saya dan wanitya-wanita Melayu sezaman
dengan beliau pakai selendang. Pakain tudung dimestikan mengikut ajaran
kitab Taurat, Perjanjian Baru (Korintus
1, 11: 2) yang sudah pun diganti dengan kitab Quran.
Ada
dua bukti dari Quran bahawa tudung bukan wajib. Pertama, kod pakaian wanita
disebut dalam surah 24 (Al-Nur), ayat
30-31. Kedua, wuduk dalam Surah 5 (Al-Ma’edah), ayat 6. Malangnya, ahli
perundangan Islam, Imam Shafi’e (767-820) yang datang 135 selepas Nabi Muhammad wafat
memperkenalkan satu doktrin baru tentang dua sumber utama, Quran dan Hadis.
Sebelum ini tidak ada Hadis. Misi Nabi Muhammad tidak lain dan tidak bukan
menerima dan menyampaikan Quran kepada dunia. Hadis dikutip oleh Bukhari,
Muslim dan lain-lain setelah doktrin Shafi’e diterima. Yang anehnya, kerapkali
Hadis mengatasi Quran, seperti dalam doktrin sembahyang tiang agama. Mengikut
ajaran Quran, tiang agama itu tauhid. Tanpa pegangan tauhid, semua amal ibadah
batal.
Saya
mohon Tuan akan menerangkan perkara ini kepada para guru dan pelajar. Beri masa
yang cukup (katalah 6 bulan) untuk masyarakat kita membuat perubahan. Mungkin
Tuan patut menjemput tokoh-tokoh agama untuk memberi taklimat tentang perkara
ini.
Sekian
dimaklumkan.
Terlebih
dulu diucapkan berbanyak terima kasih.
(Kassim Ahmad)
Salinan: YAB Perdana Menteri,
Malaysia.
1504 Jalan Kulim Height 3, Kulim Golf
& Country Resort, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia.TEL. 604-4031871. FAKS. 604-4080035. TB 012-4291152. E-mail: