Tuesday, April 21, 2015

SEJARAH

ADAKAH SEJARAH BENAR?
Oleh: Kassim Ahmad
17 April, 2015

            Epistemologi atau kaedah mengetahui ada tiga tahap: kesaksian pancaindera, kesaksian logika, dan kesaksian wahyu atau inspirasi. Dalam istilah Quran, ain’ul-yakin, ilmu’l yakin, dan haqq’l-yakin. Sejarah boleh digolongkan ke dalam golongan kedua.
            Sarjana Algeria, Malek Bennabi, berpendapat demikian, “Barangsiapa tidak memahami syari’ah dari segi sejarah tidak memahami syari’ah; barangsiapa tidak memahami Islam dari segi sejarah tidak memahami Islam sebenarnya.” [1]  Petikan ini menimbulkan tanda-tanya tentang sejarah. Adakah sejarah benar?  
Kita tahu dari beberapa contoh bahawa sejarah tidak selalunya benar. Nabi Musa dan Nabi Isa (kedua-duanya bangsa Yahudi) membawa agama Islam pada zaman mereka. Kira-kira selepas 300 tahun Nabi Musa wafat , Islam yang beliau bawa berubah menjadi agama Yahudi. Demikian juga terjadi kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Isa. Selepas kira-kita 300 tahun Nabi Isa wafat, ia berubah menjadi agama Kristian. Nabi terakhir, Nabi Muhammad, datang untuk menyempurna dan melengkapkan Islam untuk seluruh dunia, tetapi selepas kira-kira 300 tahun, agama Islam yang satu berpecah kepada banyak puak. Puak Ahli Sunnah Wal-Jama’ah dan puak Syi’ah dua puak yang besar. 
Fakta-fakta ini membuat kita ragu tentang kata-kata Malek Bennabi. Sejarah, dari segi jangka pendek, sekurang-kurangnya, tidak boleh dipakai. Bila manusia timbul dalam dunia, sejuta tahun dulu, kita kena perhitung intervensi manusia dalam perkembangan sejarah. Subjektiviti, yakni akal manusia, bila bertembung dengan objektiviti, yakni dunia material, dunia material berubah. Telah kita lihat bagaimana agama Islam yang dibawa oleh Musa dan Isa menjadi agama Yahudi dan agama Kristian! Demikian hebat akal -- sebenarnya bukan akal tetapi khayalan – manusia!
Dalam diri manusia ada dua dorongan. Yang pertama menolak kita meningkat naik dalam evolusi; yang kedua meruntun kita turun ke bawah. Sebab itu sarjana P. A. Sorokin menyatakan garis kemajuan bukan garis tunggal lurus menegak, tetapi jamak garis menegak dan menurun, walaupun pada umumnya kemajuan manusia meningkat.    
Pastilah, akhirnya, kebenaran (bukan kepalsuan) akan menang, kerana ini undang-undang  semulajadi, atau dalam istilah Quran, sunnat’ul-Lah.[2] Bermakna, dari segi jangka panjang, sejarah itu satu komponen dari kebenaran, yang terdiri tiga komponen, seperti yang telah kita sebut di atas.Telah saya jawab mengapa mengapa perkara ini berlaku. Sejarah tidak selalunya  meningkat naik. Adakalanya ia merosot turun. Dengan demikian, kita tidak boleh menjadikan sejarah sebagai pengukur kebenaran. Tidak syak lagi, seperti yang diisytiharkan oleh Pencipta Sekalian Alam dalam Quran, kebenaran pasti akan menang dan kepalsuan pasti akan hapus.  Oleh yang demikian, sejarah, dari segi jangka panjang, akan tunduk kepada sunnat’ul-Lah, yakni menjadi satu componen kebenaran, walaupun dari segi jangka pendek, ia boleh jadi tidak benar.  

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya www.kassimahmad.blogspot.com

[1]  Dipetik dari Norani Othman (Ed.), Shari’a Law and the Modern Nation-State – A Malaysian Symposium, 1994; hlm. Depan. 
[2]  “Isytiharkan, ‘Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus. Pastilah kepalsuan senantiasa akan hapus.’” (17: 81)

Monday, April 20, 2015

TAUHID

THE GREAT QUARREL

Below I reproduce the letter I sent to the press on 18 April, 2015. -- Kassim

THE QUARREL BETWEEN TUN DR MAHATIR
 AND OUR PRIME MINISTER

            I shall not dwell on this sad episode longer than necessary. Everybody knows what the issues are, and I believe that no problem cannot be resolved amicably between fair-minded citizens. The Tun is an elder statesman whose service to the country has been great. The current UMNO President and Prime Minister, democratically elected, has a job to do.  
            Everyone knows that I am an elder citizen whose aim is to see that our beloved country progresses and prospers.  We are a modern democratic nation-state made of many racial groups practising many religions and cultures. Our constitution places Islam as the state religion, while giving freedom to other religions and cultures to be practised in peace.
            We cannot say that our government is perfect. No government is. But we wish to make our country a good place to live in for its citizen as well as for our foreign visitors. We all are a family among many families inhibiting this planet under the rule law. Our human fate is the same, although we have diverse careers. So, let us respect one another, the older generation giving good advice to the young, and the young learning from the experience of the old.
            But the old generation’s advice cannot be like the “advice” of our former British colonial advisor. We must be prepared for our advice to be politely rejected. Further, none of us as patriots should put fuel into the fire. Patriots should help to reconcile. Do not take sides in the fight, or we shall be caught in the cross-fire. As the Malay proverb says, “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.” Translated, the greats fight, and the people suffer.

            KASSIM AHMAD

             1504, Persiaran Kulim Golf,

            Kulim Golf and Country Resort,   

            Kulim.  

            O124291152.

ADAKAH SEJARAG BENAR?

ADAKAH
ADAKAH SEJARAH BENAR?
Oleh: Kassim Ahmad
17 April, 2015

            Epistemologi atau kaedah mengetahui ada tiga tahap: kesaksian pancaindera, kesaksian logika, dan kesaksian wahyu atau inspirasi. Dalam istilah Quran, ain’ul-yakin, ilmu’l yakin, dan haqq’l-yakin. Sejarah boleh digolongkan ke dalam golongan kedua.
            Sarjana Algeria, Malek Bennabi, berpendapat demikian, “Barangsiapa tidak memahami syari’ah dari segi sejarah tidak memahami syari’ah; barangsiapa tidak memahami Islam dari segi sejarah tidak memahami Islam sebenarnya.” [1]  Petikan ini menimbulkan tanda-tanya tentang sejarah. Adakah sejarah benar?  
Kita tahu dari beberapa contoh bahawa sejarah tidak selalunya benar. Nabi Musa dan Nabi Isa (kedua-duanya bangsa Yahudi) membawa agama Islam pada zaman mereka. Kira-kira selepas 300 tahun Nabi Musa wafat , Islam yang beliau bawa berubah menjadi agama Yahudi. Demikian juga terjadi kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Isa. Selepas kira-kita 300 tahun Nabi Isa wafat, ia berubah menjadi agama Kristian. Nabi terakhir, Nabi Muhammad, datang untuk menyempurna dan melengkapkan Islam untuk seluruh dunia, tetapi selepas kira-kira 300 tahun, agama Islam yang satu berpecah kepada banyak puak. Puak Ahli Sunnah Wal-Jama’ah dan puak Syi’ah dua puak yang besar. 
Fakta-fakta ini membuat kita ragu tentang kata-kata Malek Bennabi. Sejarah, dari segi jangka pendek, sekurang-kurangnya, tidak boleh dipakai. Bila manusia timbul dalam dunia, sejuta tahun dulu, kita kena perhitung intervensi manusia dalam perkembangan sejarah. Subjektiviti, yakni akal manusia, bila bertembung dengan objektiviti, yakni dunia material, dunia material berubah. Telah kita lihat bagaimana agama Islam yang dibawa oleh Musa dan Isa menjadi agama Yahudi dan agama Kristian! Demikian hebat akal -- sebenarnya bukan akal tetapi khayalan – manusia!
Dalam diri manusia ada dua dorongan. Yang pertama menolak kita meningkat naik dalam evolusi; yang kedua meruntun kita turun ke bawah. Sebab itu sarjana Sorokin menyatakan garis kemajuan bukan garis tunggal lurus menegak, tetapi jamak garis menegak dan menurun, walaupun pada umumnya kemajuan manusia meningkat.    
Pastilah, akhirnya, kebenaran (bukan kepalsuan) akan menang, kerana ini undang-undang  semulajadi, atau dalam istilah Quran, sunnat’ul-Lah.[2] Bermakna, dari segi jangka panjang, sejarah itu satu komponen dari kebenaran, yang terdiri tiga komponen, seperti yang telah kita sebut di atas.Telah saya jawab mengapa mengapa perkara ini berlaku. Sejarah tidak selalunya  meningkat naik. Adakalanya ia merosot turun. Dengan demikian, kita tidak boleh menjadikan sejarah sebagai pengukur kebenaran. Tidak syak lagi, seperti yang diisytiharkan oleh Pencipta Sekalian Alam dalam Quran, kebenaran pasti akan menang dan kepalsuan pasti akan hapus.