ADAKAH
ADAKAH SEJARAH
BENAR?
Oleh: Kassim Ahmad
17 April, 2015
Epistemologi atau kaedah mengetahui
ada tiga tahap: kesaksian pancaindera, kesaksian logika, dan kesaksian wahyu atau
inspirasi. Dalam istilah Quran, ain’ul-yakin,
ilmu’l yakin, dan haqq’l-yakin. Sejarah
boleh digolongkan ke dalam golongan kedua.
Sarjana Algeria, Malek Bennabi,
berpendapat demikian, “Barangsiapa tidak memahami syari’ah dari segi sejarah
tidak memahami syari’ah; barangsiapa tidak memahami Islam dari segi sejarah
tidak memahami Islam sebenarnya.” [1] Petikan ini menimbulkan tanda-tanya tentang
sejarah. Adakah sejarah benar?
Kita tahu dari beberapa contoh bahawa sejarah tidak selalunya
benar. Nabi Musa dan Nabi Isa (kedua-duanya bangsa Yahudi) membawa agama Islam
pada zaman mereka. Kira-kira selepas 300 tahun Nabi Musa wafat , Islam yang
beliau bawa berubah menjadi agama Yahudi. Demikian juga terjadi kepada Islam
yang dibawa oleh Nabi Isa. Selepas kira-kita 300 tahun Nabi Isa wafat, ia
berubah menjadi agama Kristian. Nabi terakhir, Nabi Muhammad, datang untuk menyempurna
dan melengkapkan Islam untuk seluruh dunia, tetapi selepas kira-kira 300 tahun,
agama Islam yang satu berpecah kepada banyak puak. Puak Ahli Sunnah Wal-Jama’ah
dan puak Syi’ah dua puak yang besar.
Fakta-fakta ini membuat kita ragu tentang kata-kata Malek
Bennabi. Sejarah, dari segi jangka pendek, sekurang-kurangnya, tidak boleh
dipakai. Bila manusia timbul dalam dunia, sejuta tahun dulu, kita kena
perhitung intervensi manusia dalam perkembangan sejarah. Subjektiviti, yakni
akal manusia, bila bertembung dengan objektiviti, yakni dunia material, dunia
material berubah. Telah kita lihat bagaimana agama Islam yang dibawa oleh Musa
dan Isa menjadi agama Yahudi dan agama Kristian! Demikian hebat akal --
sebenarnya bukan akal tetapi khayalan – manusia!
Dalam diri manusia ada dua dorongan. Yang pertama menolak
kita meningkat naik dalam evolusi; yang kedua meruntun kita turun ke bawah.
Sebab itu sarjana Sorokin menyatakan garis kemajuan bukan garis tunggal lurus
menegak, tetapi jamak garis menegak dan menurun, walaupun pada umumnya kemajuan
manusia meningkat.
Pastilah, akhirnya, kebenaran (bukan
kepalsuan) akan menang, kerana ini undang-undang semulajadi, atau dalam istilah Quran, sunnat’ul-Lah.[2] Bermakna,
dari segi jangka panjang, sejarah itu satu komponen dari kebenaran, yang
terdiri tiga komponen, seperti yang telah kita sebut di atas.Telah saya jawab
mengapa mengapa perkara ini berlaku. Sejarah tidak selalunya meningkat naik. Adakalanya ia merosot turun.
Dengan demikian, kita tidak boleh menjadikan sejarah sebagai pengukur
kebenaran. Tidak syak lagi, seperti yang diisytiharkan oleh Pencipta Sekalian
Alam dalam Quran, kebenaran pasti akan menang dan kepalsuan pasti akan hapus.
No comments:
Post a Comment