Monday, January 11, 2016

ANUGERAH ZA'ABA




7 Januari, 2016                                                                                               Dengan Poslaju

YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Blok Utama Bangunan Perdana Putera,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.

Tuan,
                                                           Anugerah Za'ba

            Saya ingin mengucapkan “Syabas dan terima kasih” kerana menimbulkan soal karya-karya besar dalam dunia penciptaan kita.
            Sebenarnya, kita tidak kurang karya-karya seperti itu dalam sejarah kesusasteraan kita. Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah tiga contoh.
            Saya cadangkan supaya Kerajaan Persekutuan tubuhkan sebuah panel bebas terdiri dari  sarjana-sarjana yang bebas dalam pelbagai bidang penulisan untuk menilai karya-karya yang patut diberi anugerah negara tiap-tiap tahun. Saya cadangkan supaya aungerak ini dinamakan Anugerak Za’aba, sempena nama tokoh sarjana Melayu yang masyhur itu.
            Saya juga cadangkan supaya nliai anugerah ini setanding dengan nilai Anugerah Nobel.
            Saya harap cadangan saya dipertimbangkan oleh Kerajaan dengan serious.
            Terima kasih.
            Yang benar,

            (KASSIM AHMAD)

KASSIM AHMAD
1504, Persiaran Kulim Golf, Kulim Golf & Country Resort, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia.

TEL 604-4031871. 

No comments: