ALAM RAYA YANG AMAT LUAS,
TERDIRI DARI PELBAGAI JENIS KEJADIAN
Oleh: Kassim Ahmad
13 Jun, 2017
darul_hikmah333@yahoo.com.my
Biasanya tiap-pagi selepas aku mandi pukul 6.0 aku akan duduk di depan
di bawah berenda rumahku mendengar keroncong atau musik klasik Barat
selama kira-kira sejam sebelum aku membaca akhbar.
Adatku dari aku muda dulu, aku akan bangun pukul 2.00 pagi dan
sembahyang sunat tahajjud. Kemudian aku akan masuk ke dalam
pejabat/perpustakaanku serta menulis sajak atau artikel yang akan aku
siarkan dalam majalah dan akhbar tempatan. Oleh kerana sekarang aku
dianggap penulis kontroversi, aku siarkan artikel-artikelku dalam
blogku.
Dua tiga hari dulu, sedang aku duduk begitu, aku melihat burung cak
rumah dan burung tekukur liar terbang ke sana kemari. Aku terfikir
mengapa Tuhan menciptakan burung cak rumah yang kecil itu.
Mengikut Quran, Tuhan jadikan seluruh alam raya ini untuk berkhidmat
kepada manusia. Aku tanya diriku, "Apa guna burang cak kecil itu
kepadaku?" Mungkin sebagai satu perhiasan bagi mataku. Tetapi bagaimana
dengan alam yang amat besar dan luas itu dengan pokok dan binatang,
termasuk binatang buas, seperti singa dan harmaus? ? Untuk membuktikan
kekayaan dan kekuatan-Nya? Boleh jadi.
Alam raya ini begitu luas. Ia tidak bertepi. Tetapi bagaimana pula
dengan Tuhan? Apakah yang ada sebelum Dia? Atau para ateis betul.
Mula-mula hanya ada gas, kemudian gas ini meletup dalam satu kejadian
yang dahsat yang dikenal dengan bunyi letupan yang besar yang berkembang
menjadi alam raya dengan alam pokok, alam binatang dan kemudian alam
manusia. Apabila manusia pertama zahir, Homo sapiens, dunia
bertukar melalui proses evolusi. Ini berlaku sejuta tahun dulu dan,
mengikut perkiraan para ahli, akan berterusan hingga berbilion tahun
lagi. Apabila tenaga dalam alam raya ini habis, ia akan telungkup
semuanya tanpa apa-apa pun, kecuali, mengikut Quran, Wajah Tuhan.
Jadi yang mula-mula wujud Wajah Tuhan; sama-sama denga Wajah Tuhan
wujud bayangan-Nya, iaitu alam raya. Wajah Tuhan itu Wujud Mutlak (Neccery Being),
sedangkan alam raya wujud ciptaan (Contingent Being). Bolehkah kita
bayangkan masa sebelum wujudnya Tuhan, kerana Tuhan wujud dan berdiri
sendiri, Sebab Tanpa Sebab. Ia Berdiri Sendiri!
Mengapakah aku bertanya ini semua? Kerana aku ingin tahu. Mengikut
penyarir Inggeris John Ketas, "Beauty is Truth/Truth Beauty/That is all I
know/That is all there is to know/ Itu jawapan Keats yang didatangi
inspirasi. Semua manusia ada kalanya ia didatangi inspirasi. Pada waktu
ini kesedarannya meningkat naik. Kia kata dia ditadani inspirasi atau
ilhan atau juga wahyu. Quran itu wahyu Tuhan kepada Nabi Muhammad. Pada
masa yang sama Quran disifatkan sebagai "perkataan rasul yang mulia".
Quran dalam bahasa Arab. Mengapa Tuhan pilih bahada Arab untuk Quran?
Tentu ada sebabnya...
____________________________
KASSIM AHMAD seorang pengarang Malaysia. Laman webnya . , .
No comments:
Post a Comment