ULASAN BUKU
Oleh: Kassim Ahmad
17 Jun, 2017
Buku: Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Ide-ide Reformasi Islam Malaya Kini, 2017,Strategic Information Centre, Petaling Jaya, Malaysia.
------------------------------------------------------
Ini sebuah buku yang penting dengan tajuk yang relevan, ditulis oleh
seorang tokoh Malaysia (Melayu). Rjujukan-rujukannya banyak dari segi
buku atau temubual.Kebanyakan rujukan buku oleh ulama tradisional. Ada
satu bab bertajuk "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad ..."
Malangnya, penulis tidak mengenakan analisis kritikal. Beliau berat
sebelah nama-nama tokoh-tokoh yang besar. Sementara beliau tidak
kritikal terhadap tokoh-tokoh ini (malah beliau amat kagum terhadap
mereka),beliau amat kritikal terhadap pemikiran saya. Saya
mengalu-alukan kritikan terhadap karya-karya saya. Saya mendukung kuat
pemikiran bahawa yang salah harus dilawan dengan yang benar di medan
perbahasan yang sihat dan bebas. Saya menjemput perbahasan dari adat
primitif mengharamkan buku (dua buku saya dan dua risalah saya telah
diharamkan melalui fatwa). Demikianlah saya akan melawan buku ini dengan
hujah-hujah yang lebih baik.
Di lokasi lain, saya telah menulis eses-esei tentang "The Mistakes Man
Makes", "Dua Jenis Islam, "The Rise and Fall of Islam", "Misi Besar
Dunia Melayu", dan lain-lain (semuanya telah disiarkan dalam blog saya
Saya akan sebut beberapa kesalahan besar dalam buku ini. Pertama,
beliau mengulangi jenayah Imam Shafi'e yang buat pertama kali membuka
pintu kepada konsep DUA SUMBER UTAMA (iaitu Quran dan Hadis). Nabi
Muhammad membawa sebuah buku saja, iaitu Quran. Ada banyak bukti yang
boleh diberi dari Quran. Salah satu aduan Nabi Muhammad yang agung
kepada Tuannya, yang berbunyi, "Ya Tuanku,umatku telah membelakangkan
Quran ini. Demikian Kami wujudkan musuh bagi setiap nabi dari kalangan
penjenayah. Tuanmu cukup sebagai pemberi hidayah dan penolong. " (Surah
Al-Furqan (25), ayat 30-31.)
Kesalahan besar dua kalimah syahadah. Syahadah hanya satu.Syahadah ini terdapat dalam Surah Ali-Imran
(3), ayat 18. Apa yang kita warisi dari nenek-moyang (Islam baka), apa
yang didakwa syahadah kedua dibatalkan dalam Quran Surah Al-Munafiqun
(63), ayat 1.
Ini semua amat jelas. Mengapa pengarang ini bersama dengan kebanyakaan
orang Islam baka lain tidak mahu mengerti? Saya amat dukacita. Lihat
akibat kesilapan kita. Orang Islam duduk di mana hari ini dalam dunia?
Number tujuh atau lapan. Tiga puluh tahun selepas Nabi Muhammad wafat
umat Islam melonjak naik menjadi kuasa nombor satu dalam dunia. Kita
kekal di situ selama lapan abad. Eropah zaman pertengahan datang belajar
di Baghdad selama tiga ratus tahun sebelum kebangkitan Eropah.
Adakah deen Islam sekarang ritual semata-mata? Cerdik pandai Islam harus jawab soalan ini.
Penulis juga menyentuh perkara apa yang dipanggil hukum hudud. Ia merjujuk kepada frasa Quran tilka hududul'Lah yang disebut beberapa kali. Maknanya "sempadan Allah" Jangan kita langgar sempadan Allah.
Apakah makna sempadan Allah di sini? Dalam tiap-tiap perbuatan manusia
ada satu sempadan yang tidak boleh kita langgar. Kita kena makan, tidur,
bersenam, dan lain-lain, tetapi kita tidak boleh melakukan aktiviti ini
berlebihan. Itulah makna sempadan. Ia bukan hukuman, apalagi yang
tetap. Dalam zaman Nabi, Muhammad wujud hamba-abdi, tetapi Quran
mengarahkan kita membebaskan mereka. Dalam zaman Nabi kaum wanita kelas
dua yang harus dipimpin oleh kaum lelaki, tetapi pada tahap
universalnya, lelaki dan wanita sama.
Hanya wujud dua jenis hukuman. Pertama hukuman setimpal, yakni seberat
mana kesalahan, seberat itulah hukuman. Kedua hukuman rahim, yakni
dimaafkan.
Ada orang
bertanya, khasnya tentang syahadah, kita melawan arus seluruh dunia
Islam. Kita akan menghadapi kemarahan seluruh dunia Islam. Saya jawab,
"Dalam hal ini, (kebenaran, iman) bukan jumlah tangan yang diangkat yang
dikira. Tuhan, yakni Kebenaran dengan T besar, yang menentukan. Dan
hanya ada satu Kebenaran, sepertimana Tuhan itu Satu, Tidak boleh ada
dua Tuhan. Dua tuhan bermakna satu lebih. Tidak boleh. Tuhan telah
memberi amaran kepada kita dalam Quran, "Jangan sembah dua tuhan, Tuhan
hanya satu."
Tuhan
juga mengingatkan kita supaya jangan ikut nenek-moyang buta-tuli.
Bagaimana kalau nenek-moyang kita tidak mendapat petunjuk? Kita harus
semak apa yang kita warisi daripada nenek-moyang. Jangan ikut buta-tuli.
Di Hari Pembalasan, kita akan ditanya. Video akan menunjukkan apa yang
telah kita lakukan di dunia. Kita tidak boleh lari. Inilah yang
disifatkan dalam Quran kita akan hukum diri kita sendiri.
Saya ingin mengulang. Jangan ikut nenek-moyang kita buta-tuli, walau
bagaimana besar nama mereka. Tidak ada manusia yang sempurna. Yang
sempurna itu Tuhan saja.
Saya juga mengagumi falsafah Shah Waliyullah. Tetapi saya tidak fanatik
kepada dia. Ilmu falsafah berkembang dari satu tahap ke tahap yang
lebih tinggi. Kita kena ingat dan beri perhatian kepada perkara ini.
_____________________________
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya
No comments:
Post a Comment