ANTARA REALITI DAN KEHENDAK AGAMA
Oleh: Kassim Ahmad
23 April, 2007
Suatu peristiwa yang berlaku dalam negara kita baru-baru ini boleh mengajar kita membezakan antara realiti dengan impian, atau antara sejarah dengan realiti sekarang. Pameran hantu di Muzium Negeri Sembilan dihentikan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan “sebagai menghormati pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa pameran seumpama itu boleh menjurus kepada haram.” (Lihat Utusan Malaysia, 14 April, 2007; hal. 1)
Pameran ini bermula pada 10 Mac lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Mei.
Nampaknya, pameran ini disukai ramai. Oleh sebab itu, tempohnya lebih dari dua bulan. Secara perbandingan, masyarakat Melayu lebih tertarik kepada perkara-perkara metos, seperti kewujudan hantu, jin, jembalang dan sebagainya, walaupun kita mesti akui minat ini wujud di kalangan bangsa-bangsa lain juga, termasuk di Eropah dan Amerika. Ini kerana tarikan kepada benda-benda yang ajaib itu suatu fitrah manusia.
Yang menarik perhatian kita dalam peristiwa ini ialah anggapan bahawa pameran ini boleh menjejaskan keimanan orang Islam. Memang betul jika pameran ini menggalakkan orang-orang Islam meletakkan kepercayaan kepada kuasa-kuasa palsu, seperti hantu, jin, syaitan dan sebagainya. Adakah itu tujuan pameran itu? Jika ya, ini memang salah dan patutlah dihentikan. Tetapi, mungkin bukan ini tujuan pameran itu. Kita ada banyak muzium yang mempamerkan adat-istiada, kebudayaan dan kepercayaan nenek-moyang kita pada zaman silam. Adakan ini salah? Tentu tidak, kerana ini sejarah bangsa kita, yang perlu kita tahu dan ingat.
Dulu, sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, orang Melayu beragama Hindu. Salah satu dari peninggalan dari zaman ini ialah di Muzium Bujang, Kedah. Sebelum dari itu, kita beragama animisme – sembah pokok dan busut. Di Mesir, umpamanya, tinggalan-tinggalan zaman Raja-raja Firaun purba banyak sekali, khasnya, piramid-piramid. Demikianlah semua bangsa mempunyai sejarah masing-masing, yang perlu diketahui dan dingati oleh generasi-generasi kemudian untuk dijadikan iktibar.
Manakala sejarah ialah masa yang telah lalu, yang tidak boleh diubah, masa sekarang ialah masa yang terbuka bagi kita, yang boleh kita isikan dengan apa yang kita mahu. Sejak orang Melayu memeluk Islam lima ratus tahun dulu, mereka dikehendaki beriman kepada Tuhan Yang Esa dan menyembah-Nya saja. Kepercayaan dan pergantungan kepada kuasa-kuasa lain, selain daripada Allah s.w.t., merupakan syirik dan haram. Namun demikian, konsep tauhid Islam yang murni ini tidak tergambar seratus peratus dalam kehidupan umat Islam di Malaysia, atau di mana-mana, kerana tinggalan daripada kepercayaan-kepercayaan tahayul dan khurafat zaman pra-Islam masih belum sepenuhnya terbuang dari kehidupan mereka. Malah pendewaan kepada pemimpin-pemimpin agama, seperti yang terbukti dalam kes-kes ketaksuban mereka terhadap pemimpin-pemimpin ini, berdiri sebagai bukti bahawa konsep tauhid murni ini tidak dipraktikkan.
Inilah yang patut mendapat perhatian daripada pemimpin dan cerdik-pandai kita. Apabila kita bercakap tentang mengubah minda masyarakat kita supaya kita boleh mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, inilah perubahan yang diperlukan, iaitu pembebasan minda kita dari segala kuasa palsu. Kita orang Islam diperintahkan oleh Tuhan supaya membebaskan diri kita dari segala macam tahayul dan khurafat dan berdiri tegak sebagai khalifah Tuhan di Bumi untuk menentukan nasib kita sendiri, tidak seperti sekarang apabila nasib kita ditentukan oleh kuasa-kuasa lain.
Kassim Ahmad seorang penulis bebas. Beliau boleh dihubungi di kasmad172@yahoo.com.my Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
1 comment:
PAMERAN hantu atau pameran peralatan perang (sebagai contoh sahaja), walaupun ianya dianjurkan atas nama ilmu pengetahuan, teknologi dan keamanan,‘produk’nya tetap akan digunakan untuk memporak peranda dan membunuh umat manusia!!
Malaysia agak bernasib baik kerana adanya undang-undang yang melarang keras pemilikan senjata api oleh individu, atas nama keselamatan mengikut acuan kita sendiri, jika tidak pastinya kejadian saperti yang berlaku di Universiti Virginia Tech baru-baru ini akan melanda negara kita!
Walaubagaimanapun perkara-perkara yang berkaitan dengan khurafat tetap mendapat perhatian dan kecenderungan dari kebanyakkan masyarakat di negara ini terutama dari masyarakat orang-orang Islam sendiri ~ kita patuh mengerjakan rukun Islam, tetapi pada masa yang sama kita sendiri mengingkari
doa/pengakuan kita bahawa “hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan” [Al Fatihah:5] Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Ini kerana kita sendiri meletakkan diri kita di‘persimpangan’, iaitu persimpangan antara JALAN YANG LURUS dengan JALAN YANG TAK LURUS (BENGKOK)!! Jalan Yang Lurus adalah jalan mereka yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah SWT, manakala Jalan Yang Tak Lurus adalah jalan mereka yang dimurkai dan jalan mereka yang sesat [maksud Surah Al Fatihah:6-7)
Siapakah mereka yang telah dianugerahkan nikmat itu? “mereka adalah para Nabi, para shiddiqiin, para shuhada dan para solihin, dan mereka itulah sebaik-baik teman” [An Nisa:69]
Nah! sekarang PILIHAN DI TANGAN KITA (freedom to choose) “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesunggohnya telah nyata kebenaran dari kesesatan” [Al Baqarah:256] ~telah nyata antara Jalan Yang Lurus dengan Jalan
Yang Bengkok!!
Mereka yang berada di persimpangan, belum pasti lagi jalan mana yang akan mereka ikuti kelak. Oleh itu mereka akan senantiasa berada dalam keadaan was-was atau ragu-ragu ~ apabila mereka dalam keadaan ini, tentu sekali mereka akan mempunyai kecenderungan ke arah Jalan Yang Tak Lurus, kerana peranan syaitan itu adalah menjadikan kita manusia senantiasa berkeadaan was-was, ragu-ragu dan akhirnya…………sesat!!
Allah yang berada di Akhirat adalah Allah yang sama berada di dunia sekarang, roh kita yang berada di dunia sekarang adalah roh yang sama di Akhirat kelak.
TANPA RAGU-RAGU, roh kita yang berada di dunia sekarang yang akan kembali ke Akhirat kelak. Oleh itu, sementara roh kita berada di dunia sekarang, ia mestilah diajar supaya bersama dengan Allah yang tidak bercerai dengan Roh Rasulullah SAW, sehingga roh kita bersama dengan Nama Allah yang ‘Wajibul Wujud’.
Mengikut formula Algebra (lihat ulasan Isra Mi’raj yang lepas):
Jarak(D) = Kelajuan(v) x Masa(t)
OC = v x t
Bila v tidak terhad(unlimited), t akan jadi terhad(limited):
OC = OCv x t
Jika v terhad, maka t akan otomatis menjadi tidak terhad:
OC = v x OCt
Apabila tempo/masa untuk sampai kepada Allah SWT menjadi tidah terhingga, ini bermakna bahawa kita tidak akan kembali kepadaNya sampai bila-bila hingga hari Kiamat!! walaupun apasaja akal, kepandaian, idea atau ‘kenderaan’ yang kita gunakan. Roh kita akan terawang-awang di alam Roh yang teramat luas, yang tidak ada awal dan akhirnya. Bagaimana ia akan diperdaya oleh Syaitan atau di mana ia akan menghilang, tiada siapa yang tahu. Tetapi apa yang pasti ia tidak akan kembali kepada Allah. SYARAT untuk kembali kepada Allah SWT, ia mesti menggunakan faktor yang tidak terhingga (OC) yang hanya boleh diperolehi daripada Dada/Roh Rasulullah SAW.
TIDAK ADA DAYA UPAYA kita untuk menghilangkan perasaan was-was/ ragu-ragu…….melainkan dengan pertolongan/syafaat dari ‘teman yang terbaik’. Allah SWT itu bukan lawannya bagi Iblis, kerana ia juga adalah ciptaan Allah sapertimana manusia; kita juga (yang jauh masih lemah ini) bukan lawannya bagi Iblis(yang merupakan mantan malaikat dan juga mahaguru kepada Firaun); oleh itu ‘teman yang terbaik’ adalah lawannya bagi Iblis- the Most Blessed Vs.
the Most Cursed, ini baru adil!!
Dengan yang demikian, WAJAR SEKALI kita hubungkan diri kita dengan ‘the most blessed’ (iaitu teman yang terbaik), baru diri kita juga akan diberkati dan dilindungi Allah SWT; tapi jika kita hubungkan diri kita dengan ‘the most cursed’, maka tentu sekali kita juga akan dimurkai Allah SWT!! (Law of Fusion). Wallahualam
“Atas nama Allah yang tidak memberi mudarat apa-apa yang di bumi dan di langit ialah bagi orang-orang yang beserta dengan namaNya” [Hadis R. Abu Daud dan Tirmidzi]
Iblis + Jin + Firaun + Bom Atom + etc / OC = 0-Kosong
(OC adalah Infiniti, KalimahAllah, Kuasa Yang Tidak Terhingga)
samagreen: Semoga pihak berwajib akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan pameran/seminar Anti-Khurafat dan meningkatkan kempen Anti-Perang di semua peringkat.
Wassalam
Post a Comment