(f) Kepercayaan kepada qada dan qadar
Kepercayaan ini, yang diajar dalam rukum iman yang keenam dan datang melalui saluran Hadis, ditafsirkan dengan makna untung baik dan jahat daripada Tuhan. Akibat ajaran ini, umat Islam menerima segala kejahatan yang berlaku kepada mereka sebagai takdir Tuhan. Ini menimbulkan sikap fatalis di kalangan mereka. Sikap ini membunuh daya kreativiti untuk membaiki kehidupan mereka.
Kepercayaan ini ditolak dalam Quran dalam ayat-ayat 4:136 dan 4:78-79. Ayat 4:136 menyenaraikan lima kepercayaan saja, iaitu kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Kemudian. Ayat 4:78-79 mengajar kita bahawa segala yang baik itu daripada Allah, tetapi segala yang jahat itu akibat daripada perbuatan manusia.
Menolak qada dan qadar dalam ertikata ini tidak bermakna kita menolak undang-undang Tuhan. Memang Tuhan yang menjadikan segala-galanya dan yang mentadbirkan alam ini. Tetapi kejahatan bukan berasal dari Tuhan; ia berasal dari kecenderungan manusia untuk memberontak terhadap Tuhan. Tuhan melarang manusia melakukan kejahatan. Namun, di bawah hasutan syaitan, kecenderungan manusia untuk melanggar undang-undang Tuhan menjadi kenyataan. Inilah makna ayat Tuhan bahawa kejahatan itu akibat perbuatan manusia.
Qada dan qadar, atau undang-undang Tuhan, memang wujud. Di alam tabi`i , ia disebut taqdir [1]; di alam sosial atau sejarah, ia disebut sunnat 'ul-Allah [2]. Tetapi, harus diingat bahawa undang-undang Tuhan di alam manusia termasuk memberi kebebasan kepada manusia untuk menentukan kehidupannya.[3]
Kepercayaan kepada qada dan qadar telah membunuh jiwa kreatif dalam masyarakat Islam. Inilah punca kejatuhan sains dalam masyarakat Islam dan juga punca keruntuhan tamadun Islam, yang telahpun digantikan oleh sains dan tamadun Barat.
Mensahkan puak dalam Islam.
Hadis-hadis yang meramalkan umat Islam akan bepecah kepada 73 puak telah mensahkan perpecahan dan puak dalam masyarakat Islam. Pada mulanya, masyarakat Islam itu satu, di bawah pimpinan Nabi Muhammad dan pengganti-pengganti awal beliau. Tetapi tidak lama kemudian, kerana rebutan kuasa, maka timbullah perpecahan yang kemudian kekal menjadi puak dan disahkan oleh autoriti baru Hadis, sehingga timbullah puak Ahli Sunnah wa’1-Jamaah, puak Syiah dan puak-puak lain dengan teologi masing-masing.
Perpecahan dan membuat puak ini ditolak oleh Quran dalam ayat-ayat 3:103, yang menyuruh kita berpegang kepada ikatan Allah, iaitu kitab-Nya, dan tidak berpecah-belah; 6:159, yang memerintah supaya jangan membuat puak dengan Nabi Muhammad membuang kita dari golongannya, jika kita berbuat demikian; dan 61:4, yang memerintahkan kita bersatu dan berjuang di jalan Allah dalam satu barisan. Ayat-ayat melarang perpecahan memang banyak. Jadi, perpecahan umat Islam sekarang, yang menyebabkan kelemahan mereka, ialah akibat kita melanggar perintah Tuhan supaya bersatu-padu, dan akibat kita mengikut ajaran musuh-musuh Islam yang dibawa melalui saluran Hadis yang menggalakkan kita berpecah dan berpuak.
Fahaman majoriti masyarakat Islam tidak menyeleweng.
Hadis membuat dakwaan bahwa majoriti masyarakat Islam tidak akan menyeleweng. Ini tidak selaras dengan ajaran Quran. Quran mengajar kita bahawa kebenaran kerapkali berada pada minoriti dan majoriti kerapkali meneyeleweng. [4] Atas dasar majoriti inilah (ijmak), maka Hadis sebagai sumber hukum kedua di samping Quran telah diwujudkan, walaupun terdapat hadis-hadis yang bercanggah dengan Quran. Atas dasar inilah juga apa yang dikatakan syariah Islam telah diputuskan.[5] Perbuatan ini nyata melanggar ajaran Tuhan tentang asas hukum dalam Islam, yang dijelaskan dalam ayat 4:59.[6] Ayat ini menjelaskan bahawa undang-undang dasar terdapat dalam Quran, dengan pemerintah atau pihak berkuasa boleh menggubal undang-undang tambahan selagi undang-undang ini tidak bercanggah dengan ajaran Quran.
Hadis mentafsirkan Quran
Ulama Hadis klasik, dengan merujuk kepada beberapa ayat Quran dan memberikan tafsiran yang sabjektif,[7] mendakwa Hadis mentafsirkan Quran. Kita dapat melihat bahawa pendapat ini tidak secocok dengan ajaran Quran tentang ilmu tafsir. Ada beberapa ayat Quran yang menolak pendapat ini.
Pertama, Tuhan menerangkan bahawa Dialah yang mengajar Quran.[8] Kedua, dalam hal ayat-ayat mutasyabihat atau kiasan, Tuhan menyatakan tiada siapa yang mengetahui tafsirannya kecuali Dia dan mereka yang pakar dalam hal itu.[9] Ketiga, Tuhan memberitahu kita bahawa Dia dan agen-agennya (kata nama "Kami " bagi Tuhan bermakna Dia dan agen-agennya) akan menghuraikan Quran.[10] Ke dalam kategori "Kami" ini, tentulah termasuk nabi dan rasul, termasuk Nabi Muhammad, dan mereka yang Tuhan beri hidayah. Keempat, kategori akhir yang diberi ilmu tafsir oleh Tuhan ialah mereka yang Dia pilih dari hamba-hamba-Nya.[11]
Ayat-ayat Quran yang jelas yang telah kita petik di atas menunjukkan bahawa fahaman bahawa Hadis mentafsirkan Quran itu tidak tepat. Dari segi hukum logika, fahaman ini tidak menasabah, kerana ilmu dan fahaman Nabi Muhammad terbatas kepada zamannya.
Fahaman ini telah menyebabkan sebagian tafsir Quran menjadi kabur dan kacau. Ambil satu contoh saja, iaitu tafsiran ayat tentang ketaatan, dalam Surah 4, ayat 59; di sini Tuhan memerintahkan orang mukmin supaya taat kepada Dia dan rasul-Nya dan kepada ulil-amr. Kebanyakan pentafsir menghuraikan frasa "taat kepada Tuhan" sebagai berpegang kepada Quran, dan frasa "taat kepada rasul" sebagai berpegang kepada Hadis/Sunnah, sedangkan makna yang sebenar bagi frasa "taat kepada Tuhan dan taat kepafa rasul" ialah taat kepada Tuhan dan berpegang kepada kitab-Nya Quran yang dibawa oleh rasul-nya, Muhammad.
2. Undang-undang
Dalam bidang undang-undang, terdapat dua kes percanggahan yang menonjol antara ajaran Quran dengan ajaran Hadis.
Kesalahan murtad.
Hadis mengenakan hukuman bunuh terhadap orang Islam yang murtad. Hukuman ini berasal dari kitab Taurat [12] dan bercanggah dengan ajaran Quran. Hukuman ini bermakna tiada kebebasan beragama bagi orang Islam. Ini bercanggah dengan perisytiharan Tuhan yang masyhur dalam Quran bahawa tiada paksaan dalam agama.[13]
Harus dibezakan antara perbuatan murtad dari perbuatan menghina Islam atau perbuatan memberontak terhadap sebuah pemerintahan Islam yang sah.[14] Dua jenis perbuatan ini, murtad dan menghina atau memberontak, tidak sama.[15]
Kesalahan zina.
Hadis mengenakan hukuman rejam dengan batu hingga mati bagi pasangan yang telah berkhwin, jika didapati telah melakukan perzinaan. Hukuman ini juga berasal dari kitab Taurat [16] dan bercanggah dengan hukuman Tuhan yang ditetapkan dalam Quran, iaitu, jika sabit kesalahan dengan adanya empat orang saksi, seratus rotan bagi kedua-dua pesalah, sama ada sudah berkahwin atau belum.[17]
Perhatikan bahawa undang-undang ini telah meminda hukuman Tuhan tentang penzina, iaitu bagi yang telah berkahwin, hukumnya rejam hingga mati. Ini satu contoh yang dinamakan oleh ulama Hadis sebagai “Hadis mentafsir Quran”. Nyatalah ini bukan tafsiran, tetapi pindaan!
Sejarah
Asal-usul sembahyang
Mengikut ajaran Hadis, sembahyang sehari semalam lima waktu diperintahkan kepada Nabi Muhammad pada malam mikraj apabila beliau diangkat ke langit untuk menerima perintah itu daripada Tuhan. Ini bersalahan dengan ajaran Quran dan fakta sejarah. Quran memaklumkan kepada kita semua ibadah agama telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim, seperti jelas dari ayat berikut:-
Sambil Ibrahim meletakkan asas Ka'bah bersama dengan Ismail, mereka berdoa: "Tuan kami, terimalah daripada kami. Kau Pendengar, Maha Mengetahui. Tuan kami, jadikanlah kami muslim kepada-Mu dan dari keturunan kami suatu umat muslim kepada-Mu. Ajarlah kepada kami cara-cara ibadah kami, dan ampunilah kami. Engkaulah Pengampun, Maha Penyayang." [18]
Semua nabi, dari zaman Nabi Ibrahim, melakukan sembahyang. Sebagai seorang yang beragama hanif (yang berasal dari agama Nabi Ibrahim), Muhammad melakukan sembahyang sebelum dia diangkat menjadi nabi.[19] Pada malam israk dan mikraj itu, beliau dilaporkan bersembahyang `isyak di rumah Umm Hani.[20]
Salah satu hujah Ahlul-Hadis ialah bahawa tanpa Hadis sembahyang tidak dapat dilakukan kerana mereka dakwa kaedah sembahyang tidak terdapat dalam Quran. Dakwaan ini tidak tepat, kerana beberapa kaedah sembahyang disebut dalam Quran, seperti wuduk, memakai pakaian bersih, berdiri mengadap qiblat, rukuk dan sujud. Malah Quran juga memberikan cara-cara untuk memudahkan sembahyang dalam keadaan-keadaan luar biasa.
Mereka juga harus ingat bahawa sembahyang itu sudah diajar oleh Tuhan kepada manusia dari sejak zaman Nabi Ibrahim[21] dan wujud dalam kumpulan-kumpulan hanif, iaitu pengikut-pengikut agama Nabi Ibrahim. Salah seorang anggota kumpulan ini Muhammad sendiri.[22]
Malam isra’ dan mikra’ itu memang ada, iaitu malam Lailat’ul-Qadr, malam kitab suci Quran diberi kepada jiwa Nabi Muhammad. Peristiwa ini dirujuk dalam Quran dalam Surah 17, ayat 1, Surah 53, ayat-ayat 1-18 dan Surah 97, ayat 1.
[1] Perkataan Arab taqdir digunakan dalam Quran untuk merujuk kepada undang-undang fizikal. Perhatikan ayat ini, yang datang selepas beberapa ayat yang menceritakan fe`el bumi yang bertindak mengikut undang-undang fizikal itu, "Demikianlah taqdir Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui." (36:38)
[2] Frasa sunnat'ul-Allah digunakan dalam Quran untuk merujuk kepada undang-undang sejarah. Perhatikan ayat ini, yang datang setelah menceritakan sebuah kejadian yang menunjukkan perlakuan undang-undang sejarah ini, "Inilah cara Tuhan sejak berzaman-zaman. Perintah Tuhan tetap berlaku." (33:38)
[3] Konsep manusia sebagai khalifah, yang diajar dalam Quran (lihat 2:30-34), meletakkan manusia sebagai raja yang boleh menentukan nasibnya sendiri.
[4] "Kami telah membawa kepadamu kebenaran, tetapi kebanyakan orang benci kepada kebenaran." (Quran, 43:78)
[5] Tentang ini, Prof. Ahmad Ibrahim telah berkata, "Walaupun dari segi teori, ijmak atau permuafakatan memainkana peranan sampingan kepada Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum, pada praktiknya, ia telah menjadi pancang yang muktamad bagi teori perundangan dan undang-undang yang berlaku dalam bentuk muktamadnya. Ijmak menjaminkan keabsahan dan tafsiran yang betul kepada Quran, periwayatan yang betul bagi Sunnah Nabi, penggunaan yang sah dan hasil-hasilnya bagi qias; pendek kata, ia meliputi setiap perincian undang-undang, termasuk perbezaan-perbezaan mazhab yang diiktiraf. Apa juga yang dibenarkan oleh ijmak betul dan tidak boleh dipersalahkan dengan merujuk kepada prinsip-prinsip lain." (Islamic Law in Malaysia, Malaysian Sociological Research Institute, Singapura, 1965; h. 25.)
[6] "Hai orang yang beriman, hendaklah kamu taati Allah dan hendakalah kamu taati rasul, and mereka yang berkuasa di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu rujuk kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Inilah yang baik dan cara yang paling bagus."
[7] Penulis telah membahas dan menolak hujah-hujah mereka. Lihat Kassim Ahmad, Hadis -- Satu Penilaian Semula, hal.42-44.
[8] Quran, 55: 1-2.
[9] Quran, 3: 7.
[10] Quran, 75: 16-19.
[11] Quran, 35: 32.
[12] "Tetapi bunuhlah seorang penta'bir mimpi atau nabi yang melawan Tuhan … Walau abangmu atau anak lelaki atau anak lelaki atau anak perempuan atau isteri yang kamu kasihi atau sahabatmu yang paling karib sekalipun boleh menggalakkan kamu menyembah tuhan-tuhan kaum lain yang duduk berhampiran dengan kamu, ataupun tuhan-tuhan mereka yang tinggal jauh daripada kamu. Tetapi jangan biarkan dia memujuk kamu; jangan dengar dia pun. Jangan berlembut atau kasihan kepadanya dan jangan melindungi dia. Bunuhlah dia! Dululah kamu merejam dia dengan batu dan kemudian biar semua orang merejam dia dengan batu. Rejamlah dengan batu hingga mati! Dia cuba membawa kamu daripada Tuhan kamu yang telah menyelamatkan kamu dari pengabdian di Mesir …" (Deuteronomy, 13: 5-10)
[13] Ayat yang memberi kebebasan mutlak kepada seseorang untuk memilih agamanya banyak. Tetapi yang paling kuat ialah ayat 2:256 yang berbunyi, "Tidak ada paksaan dalam agama; jalan yang betul sekarang dibezaan dengan jalan yang salah. Oleh itu, barangsiapa yang mengutuk syaitan dan beriman dengan Allah telah berpaut pada ikatan yang tidak mungkin putus." Perhatikan ayat ini datang selepas ayat yang paling agung yang mengisytiharkan kuasa Tuhan yang tidak ada tolok-bandingnya. Makna tersiratnya, jika Tuhan Yang Maha Berkuasa tidak memaksa manusia beriman kepada-Nya, bolehkah pula manusia berbuat demikian?
[14] Peperangan yang dilancarkan oleh Khalifah Abu Bakr (632-34) terhadap suku-suku Arab yang ingkar membayar zakat kepada negara dianggap telah memberontak terhadap pemerintahan Islam. Mereka dibunuh bukan kerana murtad, tetapi kerana pemberontakan mereka.
[15] Lihat Mohammad Hashim Kamali, Punishment in Islamic Law, hal. 33-37.
[16] "Tetapi jika tuduhan ini benar dan tiada bukti bahawa pengantin perempuan itu dara, hendaklah mereka memawa dia keluar ke pintu rumah bapanya, dan di sini hendaklah mereka rejam dia dengan batu hingga mati. Dia telah mengaibkan keluarganya dengan mengadakan persetubuhan sebelum dia berkahwin … Jika seseorang lelaki ditangkap mengadakan persetubuhan dengan isteri orang lain, kedua-duanya hendaklah dibunuh … Katalah seorang lelaki ditangkap di sebuah bandar melakukan persetubuhan dengan seorang gadis tunangan orang. Hendaklah kamu membawa mereka ke pinggir bandar dan rejam mereka dengan batu hingga mati …" (Deuteronomy, 22: 20-32)
[17] Lihat Quran, 24: 2 dan 13.
[18] 2: 127-28.
[19] Lihat Ibn Ishaq, The Life of Muhammad, (pent. A. Guillaume), h. 105.
[20] Ibid., hal. 184.
[21] Lihat Quran, 2: 127-28.
[22] Lihat Malek Bennabi, The Quranic Phenomenon (pent. Abu Bilal Kirkari), American Trust Publication, 1983; h. 154.
5 comments:
Hi En Kassim,
Dalam artikel 1Apr, Qada dan Qadar ialah untung baik dan untung jahat. Itu yang saya belajar masa sekolah rendah tapi masa remaja dan akhir-akhir ni, translation nya jadi cause and effect. Saya memang tak pandai bahasa arab dan percaya saja pada guru-guru. Sebenarnya Qada dan Qadar itu untung atau cause and effect?
Sekiranya cause and effect, rasa-rasanya betul lah.
April 15, 2007
Saya ingin menyentuh lebih lanjut mengenai WASILAH ALLAH, iaitu antara perkara pokok dalam kita menghayati erti Iman dan Taqwa kepada Allah SWT dan CiptaanNya. Jika bukan kerana Wasilah ~ tidak mungkin para Rasul diutuskan ke bumi!! ~ tidak mungkin Allah memerintahkan para Malaikat sujud kepada Adam a.s!! ~ tidak mungkin para Rasul berjaya mengalahkan musuh-musuhnya!! ~ tidak mungkin misi Isra Mi’raj Muhammad SAW terlaksana dengan jayanya!!
"Kami tiada mengutus engkau (ya Muhammad), melainkan menjadi RAHMAT untuk semesta alam" [Al Anbiyaa:107]
“Dialah yang memberi RAHMAT kepadamu dan malaikatNya, supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang); dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman” [Al Ahzab:43]
Apakah itu Wasilah Allah? Wasilah Allah adalah Energi Metafizika Ketuhanan Yang Tidak Terhingga/ Infiniti (OC) kuasanya, menjadi hak mutlak Allah SWT (Infinite Power of God), yang di salurkan/ diturunkan kepada para RasulNya. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menyebut mengenai Wasilah ini, antaranya dalam Surah Al Maidah Ayat 35: “Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah pada Allah dan carilah WASILAH untuk mendekatkan diri pada Allah SWT, dan berjihadlah supaya kamu beroleh kemenangan”. Dan dalam istilah-istilah lain yang memberi maksud yang sama saperti Tali Allah [Ali Imran:103], NurAllah [An Nur:35], RuhAllah [Al Hijr: 29] KurniaAllah [Ayat Kursi], RahmatAllah [Al Anbiya:107], NikmatAllah [Al Maidah:11], Kurnia Allah [Al Baqarah:64], Shafaat [Ayat Kursi], Mukjizat [Ar Rad:38] dan ZatAllah [Hadis Qudsi R. Ahmad dari Wahab bin Munabbih].
Wasilah Allah juga membawa maksud kepada Kalimah Allah/Al Quran Batin yang tidak ‘berhuruf’ dan tidak ‘bersuara’, yang mengandungi Energi/Frekuensi Ketuhanan Yang Tidak Terhingga, yang dikurniakan/downloaded kepada para Rasulnya. Antara bukti ‘Energi Yang Tidak Terhingga’ itu dijelaskan dalam Surah Al Hasyr Ayat 21: “Jika sekiranya Kami menurunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk pecah berantakan disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir” [lihat juga Ar Rad:31].
Barangsiapa yang menghubungkan diri dengan Tali Allah itu yang ujungnya berada dalam diri Muhammad, ia pun akan LANGSUNG berhubung dengan Allah:
“Bahawasanya Al Quran ini satu ujungnya di tangan Allah dan satu lagi di tangan Muhammad, maka peganglah kuat-kuat akan dia” [H.R Abu Syuraih Al Khuja’i].
Jelas kelihatan bahawa Muhammad adalah ‘cable/kawat’ Allah yang memiliki WASILAH dalam diri rohaninya, yang automatis LANGSUNG detik itu juga meneruskan janji teguh mereka kehadrat Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang berjanji teguh dengan engkau (Muhammad), sebenarnya mereka berjanji teguh dengan Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka” [Al Fath: 10].
Maksud Ayat 17 Surah Al Anfal: “BUKAN kamu yang melontar/ memanah/memukul/menyebut nama Allah TATKALA kamu melontar/ memanah/memukul/menyebut nama Allah, TETAPI Allah lah yang melontar/memanah/memukul/menyebut namaNya”.
“Barangsiapa memusuhi seorang WaliKu, maka Aku mengumumkan perang kepadanya. Dan apabila hambaKu menghampirkan diri kepadaKu dengan sesuatu amalan , yang lebih Aku cintai daripada hanya sekadar mengamalkan apa-apa yang telah Aku wajibkan atasnya, kemudian ia terus menerus mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan-amalan yang nawafil (yang baik-baik), hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, adalah Aku pendengarannya bila ia mendengar, dan Akulah penglihatannya bila ia melihat, dan Akulah tangannya bila ia mengambil (melakukan sesuatu), dan Akulah kakinya bila ia berjalan. Demi jika ia memohon kepadaKu niscaya Aku perkenankan permohonannya, dan jika ia minta perlindungan kepadaKu pasti Aku melindunginya” [Hadis Qudsi R. Bukhari].
Saperti juga Air Gula. Sejak dunia berkembang Air tidak pernah manis. Namun apabila kita menjilat Air Gula itu, DETIK itu juga manisnya terasa, bukan kerana manisnya Air, tetapi kerana si Gula hadir/beserta dalam si Air. Si Air adalah Pembawa/Pengantar (bukan Perantara) si Gula ‘WASILAH’. Namun demikian, kedua-duanya tidak bersyarikat. Apabila Air Gula dipanaskan, Airnya akan terbang, Gulanya akan tinggal. Begitulah Sunnah Allah, selama dunia berkembang Air tidak akan menjadi Gula, dan Gula tidak akan menjadi Air, hanya kedua-duanya adalah saling memerlukan.
Iblis keliru (kerana keangkuhannya), disangkanya ia diperintah oleh Allah untuk menyembah Adam a.s dan ia ingkar. Para Malaikat yang lain menyembah/ sujud, BUKAN pada Adam, tetapi pada Ruh Allah yang telah dimasukkan ke dalam Ruh Adam; Yang telah hadir di situ ~ “Apabila Aku sempurnakan kejadiannya, dan Ku tiupkan kedalamnya RuhKu, lalu meniaraplah mereka sujud kepadanya”[Al Hij r:29]. PERINGATAN: Allah dan Rasul tidak pernah menyuruh kita sujud/ menyembah selain daripadaNya.
Begitu juga kita bukan ‘membabi buta’ sujud di muka Ka’bah atau untuk sujud pada batu Ka’bah, TETAPI kita sujud pada Allah yang TaliNya/HubunganNya ada pada Ka’bah (Bait Allah). Dan Ka’bah merupakan lambang Kesatuan dan Persatuan Kaum Muslimin seluruh Dunia.
Without the METAPHYSICAL ENERGY (OC), it will be impossible for :-
Prophet Jesus to raise the dead, to cure all sicknesses, to walk on water and walk through the wall. He is not God, but he has the INFINITY that has been downloaded by God upon him [Ali Imran:49]:
‘Blind’+ HIV+ Leukimia+ Cancer+ Virus Diseases+ etc. / OC = 0
Prophet Abraham to raise dead, to survive fire; Prophet Noah to take along in his Ark all sorts of wild animals, snakes, scorpians, wild bees and so on, and for the filth and human waste which were put into his Ark by infidels to turn into medicine of high value only to be scraped to the bottom by those infidels for medicine purposes; Prophet Soloman would not have been able to communicate with and to control the animals and the non-physical world; Prophet Moses would not have been able to part water of the sea and to face against the great sorcerer of Pharaoh (Surah Isra: 101); Prophet Muhammad never lost a war even though his armies were outnumbered by his enemies. He was able to change mankind and the world from the mental state of Jahiliah to one of civilization with morality splendour and great excellence in a relatively short time:
Pharaoh+ Goliath+ 'Jahiliah'+ Ahzab+ etc. / OC = 0
Upon second coming of Jesus the Messiah, he will foil and destroy all atomic and nuclear attacks from the cursed Dajjal and Yajud Majud:
Dajjal+ Yajud Majud+ WMD(NuclearWeapon)+ etc. / OC = 0
Wassalam
(bersambung April 17,2007)
April 17,2007
Pada tanggal 27 Rejab setahun sebelum Hijrah (iaitu kira-kira 1430 tahun yang lalu), berlaku satu peristiwa ‘pelik’ dalam sejarah tamadun manusia di mana seorang manusia ‘biasa’ bernama Muhammad naik ke langit untuk menemui Allah SWT!! Peristiwa ini dikenali sebagai Isra Mi’raj. Peristiwa ini memberi kekuatan rohani kepada Muhammad SAW dalam perjuangannya menegakkan agama Allah, juga merupakan UJIAN BESAR bagi kaum Muslimin sendiri, apakah mereka beriman/percaya kepada kejadian yang di luar akal manusia itu~ iaitu perjalanan yang berbilion Km??, menembusi tujuh lapis langit , hanya ditempuh dalam satu malam saja!! Apa yang berlaku selepas peristiwa tersebut, tidak kurang ‘Muslimin’ yang menjadi murtad dan ragu-ragu, dan hanya segelintir saja yang benar-benar percaya kepada Baginda!! Andaikata kita sedang berada di zaman itu, belum pasti lagi kita tergolong dalam kelompok yang ‘segelintir’ tadi dan menepuk dada mengatakan “aku beriman kepada Allah dan RasulNya”. Malahan dalam era Sains dan Teknologi sekarang ini pun, hati kita mungkin saja secara ‘terpaksa’ menerima cerita Isra Mi’raj sedangkan akal kita masih mencari jawapannya!! Dulu saya pernah bertanya pada diri sendiri, mengapa kalau Allah itu Maha Adil dan Maha Kuasa, Dia tidak ‘mikraj’kan kita ke langit demi untuk meningkatkan iman hambaNya ??????? Alhamdulillah sekarang saya rasa ada jawapannya yang mana akal saya mampu menerimanya.
Bukankah Islam itu sangat tinggi ilmiahnya, sehingga tidak ada yang melebihinya “Al Islaamu ya’luu wa laa yu’ laa alaihi” [H.R Bukhari]. Bukankah Allah melipatgandakan petunjukNya dalam hukum-hukum Alam Semester~ hukum-hukum Alam Semester adalah Firman-Firman Allah yang tertulis dalam Alam Semester, tidak tertulis dalam Al Quran, tetapi terkandung di dalamnya!! “Sesungguhnya dalam kejadian-kejadian pada Alam Semester dan pergantian antara malam dan siang, banyak sekali Petunjuk bagi mereka yang berakal” [Ali Imran:190]; “Dan banyak sekali ayat (tanda-tanda kebesaran/ kekuasaan Allah yang ditulisNya) di langit dan di bumi, sedang mereka lalu lintas atasnya, tetapi mereka berpaling daripadanya” [Yusuf:105].
Tujuan misi Isra Mi’raj adalah untuk bertemu dan sujud kehadirat Allah SWT yang bersemayam di Arasy, yang kedudukannya tinggi jauh TIDAK TERHINGGA; Muhammad SAW dengan diTEMANI/ BIMBING oleh Jibrail a.s telah Isra dari Mekah ke Masjid-ul-Aqsa,Jerusalam dan seterusnya Mi’raj ke Arasy dengan menggunakan kenderaan bernama ‘BURAQ’.
Jarak antara Bumi dan Arasy tidak diketahui, maka dalam kontek Sains Eksakta jarak sedemikian kita katakan Jarak Yang Tak Terhingga (Infinity/Unlimited Distance- OC). Masa yang diambil oleh Rasulullah untuk pergi dan balik lebih kurang 6 jam [iaitu pergi selepas Isyak @ jam 22:00 dan balik sebelum Subuh @ jam 04:00]. Mengikut formula Mekanikal:
Jarak(D) / Masa(t) = Kelajuan(V)
Jika jarak adalah Infiniti, maka kelajuan Buraq adalah:
Infiniti(OC) km / 6 jam = Infinity(OC) km se saat
[Kelajuan Yang Tak Terhingga !!]
Sekiranya kelajuan cahaya adalah 300,000 km se saat [Albert A.Michelson, 1926], boleh kita bayangkan bagaimana rupanya Kelajuan Tak Terhingga/Infiniti itu ?
Masa perjalanan pastinya kurang dari 6 jam (jika tidak termasuk ‘masa pertemuan’ dengan Allah). Oleh itu, dengan kemampuan ‘Infinity Speed’ itu tadi adalah tidak mustahil bahawa perjalanan Mi’raj mengambil masa hanya KURANG DARI SE-SAAT !!!!! kerana di sisi Allah, jarak dan masa tidak lagi penting (immaterial):
Jarak / OC = 0 Masa / OC = 0
Maka jelaslah bahawa peristiwa Isra Mi’raj itu AMAT BENAR!! Walaubagaimanapun, apakah pengajaran yang dapat saya ambil daripada peristiwa tersebut??? Ada tiga mesej penting iaitu mengenai Wasilah, Pembimbing dan Akhlak.
WASILAH: Rasulullah SAW telah menggunakan ‘kenderaan’ bernama Buraq untuk mi’raj. Apakah sedemikian jauh jaraknya Arasy itu sehingga diperlukan kenderaan Buraq ? Apakah sebenarnya Buraq itu? Buraq digambarkan sebagai seekor ‘kuda bersayap’; berasal dari perkataan ‘barq’ yang bererti kilat atau cahaya (dalam bahasa metafizika adalah bererti energi atau frekuensi yang infinity/tidak terhingga), dikurniakan oleh Allah SWT. Oleh itu, Buraq adalah WASILAH ALLAH. Mengikut formula Sains Eksakta, Rasulullah SAW mesti menggunakan kenderaan Buraq atau Wasilah untuk sampai/menemui Allah SWT ~ jika demikian, kita pun WAJIB mencontohi Baginda!! TANPA DILENGKAPI DENGAN FAKTOR YANG TIDAK TERHINGGA atau WASILAH, SESIAPAPUN TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA ALLAH, walaupun manusia menggunakan ilmu/ kepandaian/ kecerdikan yang tinggi. Ini kerana Faktor Yang Tidak Terhingga itu adalah milik Allah, manusia yang diciptaNya yang masih daif dalam semua aspek tidak mampu menghasilkan the umlimited factor!!
Pembuktian ilmiah secara metafizika eksakta menunjukkan bahawa ‘Apabila belon yang diisi dengan gas helium (He) dilepaskan ke udara, maka belon itu akan bergerak naik keatas dan berhenti hanya pada atmosfera helium, ketika itu belon akan mendapati bahawa gas yang berada dalam dirinya sama dengan gas yang berada di luar’. Bukankah DZIKIRULLAH itu mampu membuatkan seseorang itu berasa ringan, tenang bagaikan ‘hidup baru yang indah sekali’!!
“Wahai jiwa-jiwa yang tenang; kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya; maka masuklah kedalam jamaah hamba-hambaKu; dan masuklah kedalam shurgaKu” [Al-Fajr: 27-30].
Roh yang berada dalam ‘stratosphere’ Kalimah Allah akan mendapati bahawa dalam dan luar dirinya adalah hanya Kalimah yang sama “Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah....[Al Baqarah: 115]
Adakah ini menyerupai Isra Mi’raj? Wallahualam. Mereka yang telah mencapai makam Ikhsan mengakui bahawa “Solat adalah Mi’raj bagi orang Mukmin / Ashalatu Mi’rajul Mu’miniin” ~ BUKAN hanya Mi’raj dalam cerita atau angan-angan saja !!!!
PEMBIMBING: Muhammad SAW telah dibimbing/ditemani oleh Jibrail a.s untuk menjelajah ke Alam Ruh yang amat-amat luas, untuk menemui/sujud kehadirat Allah SWT. Baginda yang sedemikian agung dan hebat kelayakannya di sisi Allah SWT itu, harus dibimbing/ditemani Jibrail a.s ?. Jika demikian, kita WAJIB mencontohi Baginda!! Umum mengetahui bahawa “Ulama itu adalah Pewaris Nabi / Al Ulamaa u warasatul Anbiyaa” , tapi umum tidak mahu ambil tahu siapakah Ulama yang dimaksudkan itu? Mereka adalah Pembawa/ Penerus ‘Wasilah Allah’ yang berada dalam ruhnya, dari rohaniah Rasulullah melalui rohaniah para Ahli Silsilah/ para Aulia Allah ~ saperti juga Kawat elektrik yang sambung menyambung.
Menurut Prof. Madya Mohd. Sulaiman Yasin, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Tarekat Tasawuf: Satu Pengenalan dan Permasalahannya’ ada menyatakan mengenai konsep ‘Teman atau Pembimbing’ ini. Beliau memetik kata-kata Ibna Ata’illah yang antara lain berbunyi: Syech yang Mursyid bukanlah orang yang mengajak kamu ke pintu Allah, tetapi adalah orang yang membuka hijab kamu dengan Allah; orang yang senantiasa mencerahkan cermin hati kamu sehingga ternyata nada Nur Tuhanmu; orang yang membangkitkan kamu lalu berkata “Nah, sekarang kamu sudah bersama Tuhanmu”.
Tambah beliau lagi [di halaman 67]: Syech yang Mursyid ini menerima/mewarisi keberkatan dari Rasulullah SAW melalui para Masyayih sebelumnya. Konsep ‘Syech’ ini tidak bertentangan dengan kemutlakkan nas Al-Quran dan Sunnah. Ia adalah suatu KEPERLUAN YANG DITUNTUT . Telah dipraktikkan oleh para Ulama yang Solihin dan Amilin dan para Imam (A’immah) sepanjang zaman dan Beliau-Beliau inilah yang merupakan golongan yang diberi mandat untuk menjadi ‘ikutan’ sebagai Pewaris Rasulullah yang hakiki bagi generasi umat seterusnya.
AKHLAK: Akhlak yang baik adalah neraca kepada segala kebaikan dan kemuliaan dalam realiti kehidupan, sebaliknya akhlak yang buruk adalah gambaran kepada kemusnahan dan keruntuhan nilai kemanusiaan itu sendiri. Sejarah membuktikan betapa peradaban sesuatu umat akan binasa di saat hancurnya akhlak umat tersebut. Dalam perjalanan Muhammad SAW ke Sidharatal Muntaha, menuju Arasy untuk bertemu dan sujud kehadirat Allah SWT, baginda telah memperlihatkan budi pekerti dan adab yang tinggi. Walaupun sebagai Rasul pilihan, baginda tetap bertanya (curious) serta patuh kepada Jibrail. Benarlah sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya engkau ya Muhammad, seorang yang berbudi tinggi, berakhlak utama” [Al Qalam: 4].
Baginda juga telah menunjukkan sikap cintanya pada umat dan amanah yang amat tinggi. Jika tidak kerana cintanya pada umat, masa-kan baginda sanggup merujuk beberapa kali kehadirat Allah SWT untuk mengurangkan waktu solat sehingga akhirnya kepada lima waktu sehari semalam ~ agar bersesuaian dengan kemampuan umatnya!!. Jika tidak kerana amanahnya kepada tugas dan tanggungjawab sebagai Rasul, masa-kan beliau bersedia untuk kembali kebumi untuk meneruskan tugas tersebut setelah menemui Kekasihnya!! sedangkan di dunia baginda tidak ada sesiapa lagi (ahli keluarga tersayang telah meninggal dunia), malahan di dunia juga penuh dengan kekacauan dan pemboikotan musuh terhadap dirinya ~ jika sebagai ‘manusia biasa’, mahu saja dia memohan untuk terus tinggal di Shurga ~ seandainya baginda memilih jalan singkat ini, apakah akan jadi dengan nasib kita sekarang??????? Surah Al A’raf: 68 bermaksud “Tugasku menyampaikan kepada kamu akan perintah - perintah yang diutuskan oleh Tuhanku dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah bagi kamu”.
Baginda memiliki akhlak yang terpuji dan mulia untuk menjadi ikutan umatnya hingga hari kiamat. Akhlak Muhammad SAW yang terpuji itu terbukti dengan firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik" [Al Ahzab: 21]. Ini turut terbukti dengan sebuah riwayat oleh Qatadah r.a ketika Saidatina Aisyah r.a ditanya mengenai akhlak Rasulullah, lalu beliau berkata: "Akhlak Rasulullah adalah seluruh isi kandungan Al Quran" ~ ini merupakan suatu equation yang amat tepat!! [KalimahAllah...TaliAllah...‘Buraq’...WasilahAllah = Akhlah Rasulullah]. Jika demikian, WAJIBlah kita pegangnya kuat-kuat: hadis Rasulullah berbunyi “Tidak masuk Shurga seseorang yang dalam hatinya ada sifat kibir walaupun sebesar zarah (atom)”.
Kesimpulannya, Islam itu adalah agama yang benar, di mana manifestasi Islam itu sendiri amat sesuai dengan perkembangan umat manusia mulai daripada zaman Nabi Adam a.s, membawa kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa, dan akhir sekali kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pelengkap (Rencana Pak Kassim Jan 31 2007 ‘On Religious Clarification – Islam As It Should Be’). Maka, keujudan Wasilah Allah = Kalimah Allah = Tali Allah = Nur Allah = Buraq (dan istilah-istilah lain yang telah dinyatakan di atas) bukanlah sesuatu yang baru, malahan keujudannya di sisi Allah SAW adalah sebelum Alam Semester ini diciptakanNya!!
Wassalam
(bersambung April 19, 2007)
April 19, 2007
“Ulama itu adalah Pewaris Nabi / Al Ulamaa u warasatul Anbiyaa” ~ mereka adalah Pembawa/Penerus ‘Wasilah Allah’ yang berada dalam ruhnya, dari rohaniah Rasulullah melalui rohaniah para Ahli Silsilah/ para Aulia Allah.
Walaupun hubungan antara Muhammad SAW dan mereka berabad-abad jauhnya (begitu juga hubungan antara baginda dan para Rasul terdahulu berabad-abad juga jauhnya), namun kerana hubungan ‘rohaniah’ itu terlaksana antara Zat dengan Zat yang sangat halus, maka jarak(D) dan waktu(t) tidak menjadi soal lagi (kosong):
Jarak / OC = 0 Waktu / OC = 0
Para saintis bersepakat mengatakan bahawa apabila Ether (yang sangat halus dan imponderable) bergetar di Kutub, maka seluruh jasad Ether dalam alam semester akan turut bergetar pada saat itu juga, walaupun jarak antaranya berjuta batu jauhnya!! Dalam lain perkataan, jika ada pada Rohani si-Mursyid suatu ‘sentuhan’, maka pada saat itu juga langsung akan sampai tersalur pada Wasilah Allah……dan pada saat itu juga langsung sampai pada Allah SWT…….dan pada saat itu juga kembali dari Allah SWT melalui WasilahNya……langsung pada si-Penyentuh tadi!! ~ semua kejadian itu terlaksana dalam saat itu juga langsung timbal-balik TANPA perantara.
“Zikir kamu kepadaKu, nescaya Aku zikir kepadamu….” [Al Baqarah: 152] “Dan Kami lebih hampir kepadanya daripada kedua urat lehernya” [Qaaf: 16]
Ulasan dalam bahasa Metafizika: Jelas sekali mereka yang telah memiliki Wasilah (iaitu Faktor Yang Tidak Terhingga gelombangnya) akan senantiasa berhubung dengan Allah SWT (= Nurun ala Nurin).
Kalimah Allah adalah ‘senjata’ Yang Maha Dasyat dari Allah SWT!! yang mampu tembus ke mana saja di dunia dan di akhirat, kerana radiusNya yang tidak terbatas!!. Jika di dunia berhasil, tentu di akhirat pun berhasil, kerana undang-undangNya sama di mana saja ~ nilai Kalimah Allah adalah Absolute, mampu membawa kemenangan Absolute di dunia dan di akhirat.
“Atas nama Allah yang tidak memberi mudarat apa-apa yang di bumi dan di langit ialah bagi orang-orang yang beserta dengan namaNya” [Hadis R. Abu Daud dan Tirmidzi]
Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan datang Kiamat jika masih ada di dunia orang yang berzikir Allah, Allah” ~ tentu yang dimaksudkan adalah ZIKIR YANG HIDUP, yang langsung dari Allah SWT, yang dijuluk turun oleh kita melalui Syafaat Rasulullah dan para Aulia Allah yang mana rohaniah mereka telah bersatu dalam diri si-Mursyid.
Salah satu kriteria seorang Rasul atau Aulia Allah ialah walaupun mereka manusia-manusia biasa, namun mereka adalah Pembawa/Penerima Wasilah dari Allah SWT. Jika tidak, mana mungkin mereka mampu berkomunikasi LANGSUNG dengan Allah SWT; kalau memang betul mereka itu PesuruhNya/UtusanNya, tentu harus ada ‘alat komunikasi’ antara para Rasul dengan Allah itu sendiri!! Alat Komunikasi yang mempunyai FREKUENSI Yang Tidak Terhingga (OC), yang berkekalan berhubung dengan Allah SWT, kerana ia terbit dari sisi Allah sendiri (NurNya). Itulah dia Nurun ala Nurin yang juga dinamakan Wasilah Allah.
Dari Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda: “Barangsiapa bersalawat kepadaku satu kali, maka Allah akan bersalawat kepada mereka sepuluh kali” [H.R Tirmidzi]
Dari Umar Ibn Khaththab, beliau berkata: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya doa itu terhenti di antara langit dan bumi, sedikit pun tidak akan naik, sehingga engkau bersalawat akan Nabi” [H.R Tirmidzi)
ULASAN
Syahadah:
Wasilah Allah tidak pernah berpisah daripada RasulNya, antara keduanya tidak bersyarikat, tapi saling beserta!! Ini bertepatan dengan firman Allah “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [Ali Imran:31]~ tidak sampai cinta kamu kepadaKu, jika tidak mencintai RasulKu!!
Begitu juga CahayaKu (Nurun ala Nurin) tidak pernah berpisah daripada ‘lampu pelita’Ku “Allah sumber cahaya yang menyoroti langit dan bumi…………..Allah membuat perumpamaan-perumpamaan dalam melipatgandakan petunjukNya kepada manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala-galanya” [An Nur: 35]
Faktor Yang Tidak Terhingga (OC) dan Aulia Allah adalah antara legasi yang WAJIB diwarisi oleh umat Muhammad SAW untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT [maksud Al Maidah:35 dan Al Kahfi:17]. Ini bukti NYATA yang menunjukkan bahawa Allah SWT itu Maha Adil… Adil bagi umat semasa hayat Muhammad SAW dan Adil bagi umat selepas Baginda wafat…..DAN Adil bagi umat Rasul-RasulNya yang terdahulu, kerana undang-undangNya kekal sama….hanya ‘jiwa-jiwa yang lunak dan tenang saja akan kembali kepadaNya’ [Al Fajr:27-30] ~ hanya Helium (He) yang akan berkumpul dalam stratosphere HELIUM.
Begitu juga Buraq tanpa Jibrail, akan pincanglah Isra Mi’raj!!; Elektrik tanpa Kawat akan gelaplah kampong!!; Air tanpa Cawan akan rosaklah adab; Kalimah Allah tanpa ‘Bekas’Nya akan cacatlah iman:
“Allah SWT berfirman: Laa ilaaha illallah adalah perkataanKu, Ia adalah Aku, siapa yang menyebutNya masuk ke dalam bentengKu, terpelihara ia daripada siksaanKu (dunia akhirat)” [Hadis Qudsi R. Ibnu Najjar, Abu Nu’aim, Ibnu Asakir]
Salawat:
Jelas menunjukkan bahawa Nama Allah tidak sekali-kali bercerai dengan nama Muhammad SAW dan Wali-WaliNya/Kekasih-KekasihNya ~ “Sesungguhnya Wali-WaliKu dari para HambaKu dan Kekasih-KekasihKu dari makhlukKu, iaitu mereka yang disebut namanya apabila orang menyebut namaKu dan Aku disebut apabila orang menyebut nama mereka” [Hadis Qudsi R. Ath Thabrani, Al Hakim dan Abu Na’im]
Rasulullah SAW received WAHYU not solely for himself, but to be passed on to his followers who are Mukmin and true believers. The unlimited factor (OC) is one of the gifts bestowed by Allah which meant for us to possess. If it is otherwise, we will not be able to enter Heaven because Heaven is beside Allah SWT. We MUST use that unlimited instrument (OC) for every act of our worship, then only our prayer will have hope of reaching Allah SWT:
“I will not fulfill the prayer of any one without My Prophet being invoked”
[Hadis narrated by Abu Daud and An Nasay]
Salawat upon Prophet is not only confined to saying “Allah bless the Prophet” because the Prophet is already perfect and blessed!! However it is our roh that should be combined with the Roh of Rasulullah so that we will be blessed and enjoy TRANQUILLITY as well. This is because since we are connected/on-lined to the most blessed, the LAW of FUSION would apply:
“Sesungguhnya Allah telah memberi KURNIA kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membaca kepada mereka Ayat-Ayat Allah, membersihkan (JIWA) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata” [Ali Imran:164]
Wassalam
Assalammualaikum..
Encik Kassim Ahmad, saya bukanlah seorang pengkritik hebat jadi komen ini adalah bertujuan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana membangkitkan fakta yang membuka pemikiran serta minda orang-orang Islam zaman sekarang yang mana bagi saya banyak terpesong daripada ajaran Islam yang tulen.
Kes panas yang saya ikuti baru-baru ini mengenai Lina Joy. Menjadi satu soalan yg serius, mengapa wanita kelahiran Islam sanggup menjadi begitu .... dan menganggap perundangan Islam Malaysia lemah! Isk.. Isk.. Isk..
Semoga penulisan dan kritikan Encik Kassim difahami oleh mereka yang mengikutinya dari dahulu hingga sekarang... Insyaallah.
Wassalam.
Post a Comment