Thursday, January 17, 2008

PERANG ARMAGEDDON –

KERUNTUHAN SISTEM LIBERAL

Oleh: Kassim Ahmad

17 Januari, 2008

Kira-kira tiga minggu lalu, saya melihat sebuah program Astro saluran “Sejarah” bertajuk “Armageddon”. Mengikut cerita, Perang Armageddon ialah peperangan “Akhir Zaman” antara kuasa-kuasa baik dan kuasa-kuasa jahat, yang akan dimenangai oleh pihak pertama dengan diikuti dengan suatu zaman Kerajaan Tuhan selama seribu Tahun. Jesus Christ, yang dianggap anak Tuhan oleh umat Kristen, dipercayai akan turun kali kedua ke dunia (The Second Coming) serta mentabirkan dunia setelah Perang Armageddon ini. Orang Islam pun, anehnya, percaya bahawa Nabi Isa akan turun semula, walaupun Quran menyatakan Nabi Isa sudah wafat and tidak akan turun semula.[i]

Apakah makna cerita ini? Bolehkah kita fahaminya secara harfiah? Nyatlah semua kitab suci, termasuk Quran, menggunakan bahasa metafora dan bahasa kiasan. [ii] Kiamat atau “Akhir Zaman” kemungkinan besar bermakna keruntuhan suatu sistem hidup global (sistem liberal Barat) yang bakal diganti oleh suatu sistem hidup baru yang lebih adil. Bahawa sistem ini sedang runtuh di depan mata kita hari ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa lagi. Kelmarin saja Citibank, sebuah bank utama di Amerika, hilang berbilion ringgit A.S. Dari mula hingga sekarang , 3 trilion telah lesap!

Kapal Titanic yang didakwa oleh tuan dan keptennya tidak boleh ditenggelamkan oleh Tuhan Sendiri sedang tenggelam! Ia sedang tenggelam sekarang. Soal yang dihadapi oleh seluruh umat manusia ialah bagaimana hendak menyelamatkan diri mereka dan tamadun dari dihapuskan? Bagaimanakah sistem ini boleh diganti dengan suatu sistem lain yang lebih baik? Siapa yang boleh dan akan melakukan pergantian ini? Dalam tempoh berapa lama proses pergantian sistem ini akan berlaku? Inilah soalan-soalan yang sedang difikirkan oleh ahli-ahli ekonomi dan ahli-ahli politik di Barat dan di Timur.

Buat beberapa lama, orang tidak mahu mengaku wujudnya krisis besar ini. Orang takut untuk menghadapi realiti. Tetapi sekarang realiti menjegil ke muka kita dan berkata, “Hadapi aku, atau kamu akan musnah!”

Dalam keadaan ini, kebanyakan manusia akan mencari seorang penolong istimewa, seorang Ratu Adil, seorang Imam Mahdi, seorang Jesus Christ. Tetapi semua nabi dan rasul dari Tuhan Yang Maha Penyanyang, Nabi-nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (“penutup segala nabi”) telah datang dengan ajaran-ajaran mereka dan pergi. Yang tinggal kepada kita ialah kitab-kitab suci yang mereka bawa, khasnya kitab suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad, iaitu Quran.

Kita sedang hidup dalam keadaan kelam-kabut dan kacau-bilau yang besar ini sekarang. Kata Mao Zedong, huru-hara besar di Bumi Tuhan (Great Disorder under Heaven). Di satu pihak, kaum oligarki penindas, yang diketuai A.S. dan sekutunya tetap mahu mepertahankan sistem penindasan atau hegemoni mereka terhadap seluruh dunia, yang meliputi Dunia bukan-Barat (Rusia, China dan India) dan Dunia Islam. Mereka sudah menghancurkan Iraq, satu-satu negara Islam yang boleh mencabar Israel dan pakatan A.S.-Inggeris, melalui politik klasik “pecah-dan perintah” mereka dan sekarang mereka sanggup melancarkan Perang Dunia Ketiga dengan menyerang Iran, atas alasan Iran dengan senjata nuklier merbahaya kepada dunia. Seperti di Iraq, pakatan Barat tidak akan menang, tetapi kerosakan dan huru-hara besar akan berlaku bukan saja di Asia Barat, tetapi di seluruh dunia. Kaum oligarki Inggeris-A.S. sedar mereka akan tenggelam, tetapi mereka mahu menyeret seluruh dunia tenggelam bersama mereka!

Dalam keadaan ini, tanggungjawab puak humanis (puak yang mahu menyelamatkan dunia dengan menciptakan suatu sistem dunia yang lebih baik) di dunia Barat dan di dunia bukan-Barat, termasuk dunia Islam, sangat besar. Mereka harus bergabung dan membuat suatu pakatan strategik untuk menghalang Perang Dunia Ketiga daripada berlaku, mewujudkan suatu sistem kewangan dunia yang lebih baik dan mewujudkan suatu sistem hubungan antarabangsa baru berdasarkan kerjasama dan pembangunan sebuah dunia baru berdasarkan sains dan teknologi dan berdasarkan sebuah ideologi universal yang bersifat humanis, dan bukan bersifat kolonial.

Inilah yang akan menyelamatkan manusia, dan bukan Jesus Christ yang turun kali kedua, atau Imam Mahdi. Melalui perjuangan gigih rakyat seluruh dunia yang hidup semula dengan satu semangat dan harapan baru -- inilah yang akan menyelamatkan manusia.

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubunghi di kasmad172@yahoo.com/my Laman web beliau http://www.kassimahmad.blogspot.com/




[i] “Tuhan berfirman, ‘Wahai Isa, Aku akan mewafatkan kamu dan mengangkat kamu kepada-Ku dan membebaskan kamu dari mereka yang kafir.’ ” (Quran, 3: 55). Ayat-ayat lain (21: 34-35; 19: 33, dan 5: 117) membuktikan Nabi Isa sudah wafat dan tidak akan turun kali kedua.

[ii] “Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab suci ini, yang mengandungi ayat-ayat yang terang dengan senirinya – intipati kitab ini – dan juga ayat-ayat kiasan. Mereka yang ada keraguan dalam hatinya akan mentafsirkan ayat-ayat kiasan untuk mewujudkan kekeliruan serta memberikan makna yang tertentu. Tiada siapa mengetahui maknanya yang sebenar, kecuali Tuhan dan mereka yang mendalami ilmu.” (Quran, 3: 7)

7 comments:

the indie story said...

Salam Dr. Kassim,

Sudah tetapkah tarikh pelancaran buku baru dr. yang akan dilancarkan di DBP hujung bulan januari nanti. Bilakah hari dan masanya? Saya ingin menghadirinya...

TQ

Anonymous said...

salam.. betulkan saya jika saya salah, ttp pnulis semacam menggunakan ayat Quran untuk 'melapik' hujah2 yang penulis kmukakan malah sperti mengambil ayat Quran di luar konteks sekadar untuk menunjukkan dalil bahawa hadis adalh satu penyelewengan. perihal Nabi Isa telah wafat adalh satu bukti jelas penulis menggunakan ayat Quran di luar malah mentafsir sendiri ayat tersebut. Tuhan berfirman, ‘Wahai Isa, Aku akan mewafatkan kamu dan mengangkat kamu kepada-Ku dan membebaskan kamu dari mereka yang kafir.’ ” (Quran, 3: 55)

Anonymous said...

sambungan: dalam ayat tersebut jelas ditulis 'Aku akan mewafatkan kamu'. sila beri perhatian kepada perkataan akan. akan maknanya belum dibuat lagi tetapi pada masa hadapan pasti dilakukan. bukannya nabi Isa telah wafat. perihal ayat ini telah diulas oleh Ahmad Deedat dalam satu ceramahnya. seorang kristian telah mengemukakan ayat ini sebagai bukti kewafatan Isa a.s dan ternyata ayat ini merujuk bahawa Isa a.s 'akan' wafat dan bukannya 'telah' wafat. saya ingin memetik ayat yang pnulis gunakan sekali lagi sebagai peringatan pentafsiran Quran mengikut hati sendiri adalah sesat.

Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab suci ini, yang mengandungi ayat-ayat yang terang dengan senirinya – intipati kitab ini – dan juga ayat-ayat kiasan. Mereka yang ada keraguan dalam hatinya akan mentafsirkan ayat-ayat kiasan untuk mewujudkan kekeliruan serta memberikan makna yang tertentu. Tiada siapa mengetahui maknanya yang sebenar, kecuali Tuhan dan mereka yang mendalami ilmu.” (Quran, 3: 7)

saya berharap penulis jangan tergolong dalam golongan orang yang ada keraguan dalam hatinya dan mentafsirkan ayat Quran untuk mwujudkan kekeliruan dan 'makna tertentu'. dan jelas dalam blog penulis 'makna tertentu' adalah makna utk mnolak hadis.

walaupun mungkin komen ini tidak akan dipublish, ttp sy b'harap penulis berfikir2 ttg tujuan sbenar saudara dalam memaparkan pandangan saudara. dan apakah kebaikan yang terhasil dan diperoleh umat Islam apabila penulis menghujahkan perkara yang telah jelas dan terang (hadis sebagai sumber hukum dan panduan) selain kekeliruan dan perpecahan?

Kassim Ahmad said...

Pelancaran memoir saya telah ditetapkan pada 29 April, 2008 di DB&P pukul 10.0 pagi oleh Prof Diraja Ungku Aziz.

Berhung dengan ayat-ayat tentang kewafatan Nabai Isa, ayat-ayat itu sangat jelas. Tetapi mereka yang taksub kepada Hadis, tetap mahu berpegang kepada Hadis, walaupun bercanggah dengan Quran. Apa boleh buat? Masing-masing akan menjawab kepada Tuhan nanti. Saya bebas dari fitnah mereka.

opiehahdi said...

tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang anda nyatakan.

(Al-Quran: surah ALI 'IMRAN 3:55) (Ingatlah), ketika Allah berfirman: "Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang- orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan diantaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya".

(Al-Quran: surah AL MAA-IDAH 5:117) Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.

(Al-Quran: surah AL ANBIYAA 21:34) Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapunsebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?
(Al-Quran: surah AL ANBIYAA 21:35) Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang
sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan.


kenyataan yang anda tuliskan itu menujukkan anda dalam keraguan tentang Al-Quran dan Hadis. "Tiada tuhan selain Allah dan nabi muhammad itu persuruhNya".

nikkierich said...

Dr Kassim,

Apakah ada apa2 kaitan antara Perang Gaza dan Perang Armageddon?

Anonymous said...

i totally disagree with u..
im sorry to say this, but we were told that Nabi Isa is coming down for us at the end of d day. why would u turn this the other way round? everyone knows Nabi Isa a.s was sent above the day christians wanted to crucify him, Allah replaced someone or perhaps something who looks just like him. dont change the fact that everyone already know. tell me what does it feel to make people lost? is that your intention doing all these? my teacher once told me, dont dig in for too deep in Islam, it'll make you crazy and stop questioning what was in the past. live ur life as the way it is n one thing for sure, do what is asked from Allah s.w.t. dont go bragging about things u urself are not sure. im done saying here, i hope u could think twice before u could make a statement. you're intelligent because u're doctor kassim, but dont try to be the next fake Prophet