APAKAH MASALAH UMNO SEKARANG,
RINGKASNYA?
Oleh: Kassim Ahmad
21 Mei, 2008
Betulkah jika Presiden UMNO sekarang dan Perdana Menteri meletak jawatan, segala-galanya akan menjadi baik balik dalam Rumah UMNO yang sedang dalam keadaan kucar-kacir? Inilah yang diandaikan, dan dituntut, oleh bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir, apabila beliau mengisytiharkan keluar dari UMNO di Alor Star pada 19 Mei lau. Dengan tabik kepada beliau, saya ingin menyatakan bahawa andaian itu tidak benar.
Kelemahan-kelemahan dan kesilapan-kesilapan Datuk Seri Abdullah Badawi yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir (campur-tangan keluarganya yang tidak sah dalam pentadbiran parti dan Kerajaan; dasar tunduk kepada Singapura dan Amerika Syarikat; ketiadaan demokrasi dalam parti; kegagalan beliau menghadapi dan menyelesaikan pelbagai masalah; dan akhir sekali, kemerosotan undi UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lalu). Besar kemungkinan, tuduhan-tuduhan ini semuanya betul, kerana orang ramai dapat melihat tanda-tanda dan bukti-buktinya. Abdullah Badawi sendiri tentu sedar akan kelemahan-kelemahan beliau, dan beliau, secara sukarela, patut berundur sebelum UMNO, bangsa dan negara rosak sama sekali. Nyatalah beliau tidak bercadang berbuat demikian. Dalam keadaan ini, Perhimpunan Agung UMNO perlu bertindak untuk mempercepatkan pemilihan suatu pimpinan yang baru yang lebih layak dan dinamik.
Namun demikian, dengan suatu pimpinan baru, adakah UMNO dapat menyelesaikan masalah-masalahnya? Dalam sebuah memorandum yang saya kirim kepada beliau pada 31 Mac, 2005, [1] saya menyubut dua masalah besar yang dihadapi oleh UMNO, iaitu (a) ketiadaan sebuah falsafah perjuangan progresif yang jelas, dan (b) kemerosotan semangat perjuangan di kalangan pimpinan UMNO sejak dua tiga dekad yang lalu. Saya menggesa supaya beliau dan pimpinan UMNO membuat perubahan-perubahan ini sebagai pra-syarat untuk melakukan perubahan-perubahan lain yang diperlukan oleh bangsa dan negara kita.
Seperti yang diketahui, UMNO lahir dari perut faham kebangsaan Melayu kanan dan faham konservatif Islam. Ini membuat UMNO dapat diterima oleh penjajah Inggeris, dan sebagai balasan, dasar kebangsaan UMNO tidak sebenarnya anti-penjajah. Inilah yang menyebabkan Inggeris bersetuju dengan tuntutan kemerdekaan kita, dan kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos, 1957, dengan syarat-syarat politik dan ekonomi yang ditetapkan oleh Inggeris. Namun demikian, perubahan dari dasar kanan pro-kolonial kepada dasar yang lebih bebas dan pro-rakyat dibuat oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri kedua, Dato’Abdul Razak Hussein. Sepatutnya, pada masa inilah UMNO perlu menakrifkan falsafah politiknya dengan lebih jelas. Faham kebangsaan Melayu dan faham Islamnya, yang menjadi pedoman kepada perjuang UMNO, sepatutnya ditakrifkan secara lebih progresif dan jelas pada ketika ini. Barang diingat, Dato’Abdul Razak, mempunyai sebuah think-tank pada ketika itu, terdiri dari cerdik-pandai Malaysia yang patriotik dan progresif, yang telah membantu beliau membuat beberapa perubahan dasar yang penting, termasuk Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan dasar luar berkecuali.
Malangnya, Razak meninggal dunia awal dan dasar itu, walaupun diteruskan oleh Hussein Onn dan khasnya Dr. Mahathir, tidak digabungkan dengan penggubalan falsafah politik progresif yang lebih jelas. Dr. Mahathir kemudian menumpukan kepada pembangunan ekonomi, walaupun beliau mengabaikan pertanian, dan prasarana fizikal yang agak baik. Beliau juga, anehnya, mengabaikan pembangunan mental dan intelektual, kedua-dua di perinkat parti dan masyarakat, yang sama pentingnya dengan pembangunan ekonomi dan prasarana fizikal tadi. Saya katakan “aneh”, kerana kedua-dua sifat ini diutamakan dalam diri beliau sendiri.
Setelah peninggalan Tun Abdul Razak, dan hasil-hasil positif DEB kepada masyarakat Melayu khasnya, maka bermulalah kemerosotan perjuangan di kalangan pimpinan UMNO. Perjuangan asal untuk membela bangsa bertukar menjadi perlumbaan untuk menghambat kebendaan. Apa yang dipanggil “politik wang” – rasuah, sebenarnya, tumbuh dan bersarang dalam semua peringkat pimpinan UMNO. Sesetengah orang berkata ini lumrah. Sebenarnya, ia tidak lumrah. UMNO boleh mengelaknya dengan mendefinasikan falsafah perjuangannya secara lebih jelas dan progresif serta mendidik ahli-ahli dan bakal pemimpinnya dalam falsafah perjuangan ini. Ini akan mengajar semua ahlinya supaya “memerintahkan kebaikan dan melarang kejahatan”, dalam frasa agung al-Quran. Dengan demikian, demokrasi akan subur dalam UMNO dan tidak akan muncul seorang diktatok atau satu kuasa autokratik di dalamnya.
Dalam keadaan UMNO yang lebih progresif dan humanis ini, UMNO tidak akan ada masalah untuk membuka pintunya kepada keahlian bukan-Melayu -- satu syarat yang, nampaknya, perlu sekarang.
Kita tidak harus lupa juga bahawa sistem dunia liberal-kapitalis Inggeris-A.S., yang juga merangkumi negara kita, sedang di peringkat keruntuhannya yang akhir. Pelbagai tanda sudah kelihatan, termasuk kejatuhan nilai dolar A.S. dan kenaikan harga minyak dan barang-barang makanan ruji di pasaran antarabangsa. Sistem yang dipuja oleh ideolog A.S., Francis Fukuyama, sebagai sistem yang akan memerintah dunia selama-lamanya, sekarang sudah muflis! Kita, sebagai sebuah negara Dunia Ketiga yang bebas, harus bekerjasama dengan Rusia, China India dan negara-negera lain yang bersetuju untuk mereformasi sistem yang muflis ini, untuk berbuat demikian untuk mengelak diri kita dari tenggelam bersama-sama mereka yang patut tenggelam. Inilah jalan selamat bagi kita.
Walaupun kita tujukan esei ini kepada UMNO, penyakit korupsi mental dan intelektual ini akan terkena juga kepada parti-parti dalam gabanugan “Pakatan Rakyat”.
Mereka harus berjaga-jaga. Kita semua harus berjaga-jaga. Kita semua sedang diperhatikan oleh Tuhan yang pantas dan dahsyat hukuman-Nya.
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim03@streamyx.com Laman web beliau http://www.kassimahmad.blogspot.com/
4 comments:
Tiada maasalah dengan UMNO
hanya MCA dan MIC perlu melihat dengan mendalam sumbangan mereka.
Merekalah sumber kekalahan BN.
Sdr yang Tak Bernama,
Jika UMNO tidak bermasalah, mengapa orang Melayu dan ahli-ahli UMNO sendiri menolak UMNO -- lima negeri hilang?
Jika Sdr sayangkan UMNO dan sayangkan bangsa, lebih baik ambil tindakan membaiki UMNO segera.
Wassalam.
Dear Pak Kassim,
Your book - Universiti Kedua was one of the many books I grew up with and with a bit of influence of my late father, I learn a lot more about you esp. the way my old man used to defend your ideas. I've always respected a man who always tries to bring up the truth no matter how opposite it is against the norm or public opinion. The masses aren’t always right, isn’t it? Our beloved Prophet Muhammad pbuh was a good example esp. on how he started off.
In reference to your article on UMNO and after having read the Reluctant Politician, maybe the great ideas of Malaysia/Malaya dies off together with Tun Abd Razak and Tun Dr. Ismail. Their demise happened too early during Malaysia's infancy, where many of the things could have been changed if a proper philosophy was put into place.
Now, 50 years on after independence, things are so deeply rooted in the people and thus, 'politik wang' has become part of the norm. Yes, I strongly agree, a norm is a norm when it has been practised for so long although it is against the very thing we seem to believe in i.e. Islam.
The subsequent leaders that we had did not really focus on the philosophy of Malaysia but rather the development of tangible things i.e. economy, wealth, development.
What is missing and has not really been focused on is the development of the intangibles or better, at the holistic perspective. Things we don't see but is perpetuated through our behaviours. Maybe it is part of the Merdeka agreements between British & our leaders then that we shall not develop the minds of our people. Just maybe – this is purely my speculation but just maybe!
However, your point on reviewing our philosophy is so bloody spot on that I don’t think many people realise it. Those who realise are those who are powerless ones and can only exercise their power through elections which comes once in 4 – 5 years period. Unless, big time politicians and lawmakers read this piece/blog, nothing will change because apparently, they are too darn smart for this petty matters. Ada yang graduate from Oxford lagi tu. Still, reading, understanding and 'walk the talk' are entirely different thing all together. Cakap senang la. Do it first and tengok macam mane.
You made an interesting point of where non-Malays should be able to join into UMNO. If you are a true believer of Islam, this should have been thought of long time ago because you and I know that Islam does not discriminate colour and race. It was designed for all humanity and yet here we are in a position seen as such. I agree we help the poor, the undeveloped but don’t la focus on one race je, please widen the net.
People – as God puts it are the same. We all came from Nabi Adam. Are we so different from our Chinese or Indian or Penan brothers/sisters? Fair enough they are not Muslims but our treatment against them with our ‘smart’ policies demonstrates how ‘Islamic’ we are!
Look at Piagam Madinah when the Prophet was elected as the leader. I don’t recall history says he treated Jews unfairly or anybody of other religion unfairly and unjustly. Do enlighten me if I’m wrong.
Ni sibuk with Ketuanan Melayu and other bull’s shit. I don’t remember God sent down a Messenger and said, this land belongs to Malays or Mr A or UMNO for that matter. We fail to remember that Malays are – in its long history been mixes of colours and race. As if the Malays are holier than thou. Pandai sangat la tu and yet buat kerja pun tak pandai + malas.
To be able set things right, there’s a lot of work to be done. And it starts right at the core of things – the dasar, the principle, the philosophy. You start with the end in mind. I bet the rest will be just fine but as always when the design is perfect, it’s the implementation gets stuck or worst, it produces chaos.
Funny thing, this is so bloody synonymous with the Muslims. We’ve been given great Books (inclusive of all previous Books) but yet again, the devils apparently are too smart for the humans. Lust, greed, corrupt, tyranny, unjust, un fair. You name it and this where the greatest jihad of all is required – the war against your-stupid-self!
It’s time to act. Either via ruling coalition or the uprising opposition force. Whichever serves the people’s interest best and in a very righteous way that serves universal values (I said righteous way because majority of people’s interest could still be bad in the eyes of God), the people will vouch their support for it.
So, whichever party that is not ready, it’ll be diluted as time passes by – bye bye – the train is leaving.
No more racial cards. No more discrimination. Malaysia could be an example of God’s miracle!
Let’s do it the right way. I know for sure I’m doing all of these through my work. How about you people out there? What are you doing to make things right? Nobody says it’ll be easy but not impossible.
And I hope, the people who will be sent to the deepest of Hell in the hereafter are those who proclaim he/she fights Islam but action says otherwise. May God have mercy on him/her.
p.s. Can’t wait to get my hands on your new book – been waiting for it for quite some time
Umno 22 tahun di bawah pentadbiran kuku besi mahathir mohamed telah menjadi parti bangsat, parti orang-orang bangsat. pemimpin-pemimpin umno dari presidennya hingga kepada ketua-ketua cawangan telah menjadi orang-orang yang tidak berperinsip dan bermaruah. mereka hanya mementingkan kedudukan dan kedudukan digunakan untuk mendapat habuan wang melalui jawatan-jawatan, kontrak dan pemberian tanah. Episod penyingkiran Anwar Ibrahim merupakan kemuncak kebengkrapan moral pemimpin-pemimpin umno. Seluruh jentera kerajaan disalahgunakan untuk mencapai objektif jahat mahathir dan kuncu-kuncunya.
Selagi mereka tidak insaf dan bertaubat maka mereka tidak akan dapat menyelesaikan krisis politik umno sekarang. contohnya, baru-baru ini mereka hendak cuba mewujudkan 400,000 pengundi muda baru untu meneruskan kekuasaan mereka. mereka tidak cuba menilai dengan jujur mengapa umno semakin dipinggirkan. mereka mendakwa mempunyai 3 juta ahli. kalau benar 3 juta ahli adalah mustahil umno mengalami kekalahan teruk dlm pilihanraya yang lepas.
Kesimpulannya, selagi umno diterajui oleh pemimpin-pemimpin bangsat mereka tidak akan dapat membaharui umno dan umno akan menjadi sejarah. mereka semua kaya raya, cukup untuk beberapa generasi dan pergi mampuslah dgn org melayu kerana tidak sokong umno.
Post a Comment