Thursday, September 04, 2008

Hadis: Satu Penilain Semula #25


Bab V: Kesimpulan: Kembali Kepada Ajaran Nabi Muhammad Yang Asal - Quran


Penyelewengan Umat Islam

Proses penukaran pegangan umat Islam daripada Quran semata-mata kepada Quran dan Hadis sebagai sumber teologi dan perundangan, seperti yang ditaja oleh Imam Shafi’i pada awal abad ketiga Islam, tidak berlaku sepenuhnya dan dengan pstinya dalam masa satu dekad ataupun setengah abad. Ia memakan masa kita-kira empat atau lima abad, bermula dari abad kedua hingga abad keenam Islam.13 Seperti telah kita lihat bab Bab III pertelagahan politik dan teologi telah mula berlaku dalam dekad-dekad kedua, ketiga, keempat dan kelima; namun demikian selagi Quran saja dianggap sebagai sumber perundangan dan teologi Islam dan sunnah Nabi sebagai satu contoh (yang boleh diikut atau ditolak) dan Hadis/Sunah belum diinstitusikan sebagai satu autoriti, umat Islam masih boleh menyelesaikan perbezaan pendapat dan perbalahan mereka, seperti wang diperingahkan oleh /tuhan dengan merujuk kepada Tuhan dan rasul, yakni perutusanNya, Quran.14 Tetapi dari abad ketiga hingga abad keenam Islam keadaan-keadaan sosial umat Islam sudah banyak berubah dan Hadis/Sunnah sudah diterima dan dipegang sebagai satu sumber teologi dan perundangan oleh seluruh umat Islam. Dengan pegangan baru ini, perpecahan tidak dapat dielak, dan kemerosotan, kemunduran, keruntuhan dan kejatuhan mula menimpa masyarakat Islam.15

Seperti telah kita lihat, apa yang dikatakan buku-buku Hadis ‘sahih’ tidaklah mengandungi kata-kata atau perbuatan-perbuatan Nabi. Mereka hanya mengandungi apa yang dianggap oleh pengumpul-pengumpul Hadis, iaitu Bukhari, Muslim, Tirmidhi, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibn Majah, sebagai hadis-hadis ‘sahih’, atau laporan-laporan ‘sahih’ mengenai kata-mara dan perbuatan-perbuatan Nabi. Pendek kata, hadis tidak lain ialah satu ajaran palsu yang telah dikaitkan dengan nama Nabi, bertentangan dengan kehendak beliau. Oleh sebab itu, Tuhan telah memberitahu kepada kita dalam Quran bahawa pada hari akhirat kelak Nabi akan mengadu kepada Tuhan bahawa umatnya telah membelakangkan Quran.16 Harus diperhatikan bahawa Nabi Muhammad tidak mengadu umatnya membelakangkan Hadis/Sunnah!

Adalah logikal sekali jika kita ingin memuliakan dan mengikut Nabi Muhammad, kita mestilah kembali kepada ajaran beliau yang asal dan yang sebenar, iaitu Quran, serta membersihkan nama beliau dari khurafat dan bid’ah jahat yang telah dihubungkan dengan nama beliau. Kita tidak boleh mengelak daripada tanggungjawab ini, walaupun setengah kita tidak suka. Nabi sendiri telah menerangkan bahawa tugas beliau semata-mata menyampaikan Quran, dan beliau sendiri mengikut Quran dan tidak lain daripada Quran.17

Perkembangan negatif ini telah berlaku dalam masyarakat Islam, seperti telah kita katakan tadi, oleh kerana kelemahan umum manusia untuk mendewa-dewakan sesama manusia. Dalam sejarahnya manusia telah mendewa-dewakan nabi-nabi, wali-wali, para rahib dan ulama, guru-guru, pemimpin-pemimpin, kebendaan dan patung-patung. Kesilapan ini telah dilakukan oleh semua umat, umat Islam tidak terkecuali. Cara yang terbaik untuk mengelak dan mengatasi kelemahan ini, pada pendapat saya, ialah dengan mengenakan kritikan saintifik Islam terhadap semua faham, teori, falsafah dan sistem yang diwujudkan oleh manusia dan terhadap semua tokoh, seperti yang telah saya terangkan dalam Bab I.18 Hanya dengan berbuat demikian dapat kita mengasingkan kebenaran dari kepalsuan dan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kepalsuan dalam sesuatu ajaran.

Oleh kerana satu rejim taqlid telah dipaksakan ke atas umat Islam dari kira-kira abad kedua belas hingga akhir abad kesembilan belas atas nama agama maka segala ajaran ‘empat Imam Besar’, malah seluruh warisan teologi dan perundangan Islam diterima bulat-bulat oleh umat Islam.19 Ada banyak faktor yang telah menimbulkan rejim taqlid ini padazaman itu, tetapi kita tidak dapat membicarakan perkara itu di sini. Namun demikian, perlulah kita sedar bahawa setelah hampir setarus tahun pintu ijtihad disytiharkan dibuka kembali oleh gerakan islah Muhammad Abduh, rejim taqlid ini masih belum hapus sama sekali. Malah ia masih kuat.

Kekecohan yang telah berlaku di sekitar ceramah ini satu bukti yang nyata. Sekiranya masyarakat Islam, khasnya golongan-golongan pemimpin dan cendekiawannya, telah terus berpegang teguh kepada perintah-perintah Tuhan supaya kita tidak menerima sesuatu yang kita sendiri tidak pasti,20 dan supaya kita mendengar semua pandangan dan mengikut yang paling baik,21 dan melakukan kritikan saintifik Islam terhadap semua karya ahli-ahli teologi kita yang penting, sepertimana cendekiawan Eropah moden melakukan kritikan saintifik mereka terhadap karya-karya cendekiawan mereka, kemungkinan besar rejim taqlid ini tidak akan berkepanjangan hingga kira-kira tujuh abad. Pada pendapat saya, penilaian semula secara kritikal terhadap seluruh warisan tamadun Islam ialah satu daripada tugas-tugas besar yang harus dilaksanakan oleh cendekiawan Islam dalam masa tiga puluh tahun akan datang.


Quran Membebaskan Manusia

Quran mengajar kita bahawa agama tauhid Islam pertama kali dibawa oleh Nabi Ibrahim22 dan diperturunkan dan disesuaikan melalui satu rangkaian nabi-nabi, termasuk Musa dan Isa, hingga disempurnakan pada nabi terakhir, Nabi Muhammad. Walaupun agama itu sama, Islam (yang bererti tunduk kepada Tuhan), tetapi undang-undang atau syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad berbeza dari undang-undang Nabi Isa dan Nabi Musa. Ini adalah kerana masyarakat manusia berkembang dan perubahan-perubahan undang-undang perlu untuk menyesuaikan dengan perkembangan-perkembangan itu.23

Oleh kerana Nabi Muhammad nabi penghabisan, yang dikirim kepada dunia yang pada waktu itu sedang melangkah pintu zaman moden yang berdasarkan ilmu, maka ciri terpenting dalam undang-undang Muhammad ialah pembebasan manusia dari segala macam tahyul dan khurafat. Ciri ini dinyatakan dalam salah sebuah ayat Quran yang berbunyi: “Juga bagi mereka yang mengikuti rasul, nabi ummi, yang mereka dapati tercatat dalam kitab-kitab Taurat dan Injil mereka. Beliau menyuruh mereka berbuat baik dan menjauhi kejahatan, dan beliau menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang buruk, dan beliau membebaskan mereka dari bebanan-bebanan perjanjian mereka dan membuang belenggu-belenggu yang mengikat mereka. Dengan demikian, mereka yang percaya kepadanya, memuliakannya, menyokongnya dan mengikut cahaya yang diturunkan bersamanya, merekalah yang menang.”24 Pembebasan ini ialah pembebasan daripada sekatan-sekatan dan kongkongan-kongkongan syariat-syariat dulu.

Seperti telah kita lihat, bila umat Islam awal, dalam masa tiga ratus tahun pertama, menggunakan sepenuhnya kebebasan ini, mereka menempa sebuah tamadun material dan intelektual yang agung di waktu Eropah masih tenggelam dalam kegelapan Zaman Pertengahannya. Bila Eropah bangun semula dalam abad-abad keenam belas dan ketujuh belas setelah mendapat inspirasi dan galakan dari tamadun dan ilmu baru Islam, Eropahlah yang meneruskan dan mengembangkan tradisi keilmuan yang dibawa oleh Islam. Inilah yang menyebabkan seorang ahli falsafah Islam moden, Muhammad Iqbal, berkata: “Ada satu masa bila pemikiran Eropah menerima ilham daripada dunia Islam. Perkembangan yang amat menarik perhatian dalam sejarah moden, walau bagaimanapun, ialah pesatnya pergerakan pemikiran dunia Islam ke arah Eropah. Tidak ada kesalahan apa-apa di dalam pergerakan ini, kerana kebudayaan Eropah di lapangan intelaknya, ialah semata-mata satu perkembangan kemudiannya dari setengah tahap-tahap penting kebudayaan Islam.”25


Sambongan: Dua Penyelewengan Umat Muhammad

8 comments:

LazerJuan said...

sekali lagi saya bertanya...small numbers 1-25 adalah reference kepada apa? Saya pernah ajukan soalan sebegini...kerana saya nak buat cross reference. thank you.

Kassim Ahmad said...

Sdr Lazerjuan,

Nombor-nombor itu merujuk kepada nota kaki yang terlupa dimasukkan. Maaf. Akan dimasukkan.
Wassalam.

Anonymous said...

Selamat hari lahir, Dr. Kassim Ahmad! Semoga Dr. dipanjangkan umur dengan kesihatan yang amat baik. Saya tetap menyokong perjuangan Dr. Kassim. Di atas kebiadaban bangsa ke atas Dr., saya tumpang bersedih. Di atas kekuatan daya intelektual kurniaan Tuhan kepada Dr., saya turut bersyukur. Saya bangga dapat hidup sezaman dengan tokoh Muktazilah moden seperti Dr. Kassim. Tuhan bersamamu.
Wassalam.

Anonymous said...

Salam,
Kepada sdr melayu, maaf ya di atas silap faham saya tempohari. Maklumlah, di usia senja begini… pena pun sudah semakin tumpul. Penglihatan pun sudah tidak sebaik dahulu. Terlatah sesekali tu sudah tak dapat nak dielak juga. Beginilah saya, berbeza dengan Sdr Kassim, walaupun masih diusianya yang begini ( Oh, terima kasih ingatkan saya hari lahir beliau, < Salam Kasih dan Sayang buat beliau > ) masih lagi tajam aqal fikirannya, masih lagi kuat semangatnya, masih lagi tekad niatnya. Posisi saya sebagai insan yang menjangkau umur-umur emas sebegini sebenarnya sungguh takjub dengan kekuatan yang Allah kurniakan pada beliau. Kita lahir dengan tugas yang tersedia untuk dipikul. Ada yang ringan ada yang berat. Ada yang patuh dan ada pula yang berpaling. Namun kehadiran Sdr Kasim cukup membuat saya tersenyum puas. Tugas untuk mendidik anak bangsa ‘celik minda’ dan ‘hidup jiwa’ dipikul sebaiknya. Amanah berat ini dilaksanakan tanpa mengharap barang sekupang dua ihsan manusia. Caci maki, sepak terjang anak bangsa sendiri sudah berkati-kati kalau nak kira, namun tak pernah pula merintih simpati sesiapa. Begitulah sifat orang yang mengenal erti ‘tiada daya upaya’..
Yang kenal tempat pelabuhannya.. Hari-hari yang sepatut diisi bersama anak cucu tercinta diketepikan demi tugas dan amanah. Syukur pada Allah. Semoga lebih ramai perintis seperti Dr. Kassim yang akan mewarnai persada tanahair tercinta. Saya juga berbangga dengan anda sdr melayu. Semangat dan jatidiri ‘M’ pada melayu sudah semakin hilang. Peliharalah sebaiknya ya.. Biar tak banyak, sikit-sikit lama jadi bukit. It’s not the quantity but the quality that counts. – Salamun,

Anonymous said...

Saudara pen@tumpul,
Salah dan silap itu perkara biasa dalam kehidupan manusia. Yang kurang biasa berlaku ialah, 'minta maaf'. Saya faham niat baik saudara..

Saya percaya, komen-komen saudara yang penuh kejujuran amat diperlukan dalam blog ini. Ia boleh dijadikan nasihat berguna, terutama kepada anak-anak muda yang dahagakan pengertian hidup. Nyata fikiran saudara juga masih tajam, dan semangat masih kuat, niat masih tekad. Nilai-nilai ini dapat saya lihat dalam setiap komen yang saudara berikan.

Walaupun Dr. Kassim tidak merintih simpati sesiapa, saya percaya bahawa setiap penghargaan yang jujur dan kritikan rasional para pembaca blognya boleh menguatkan lagi semangatnya untuk bersuara menyatakan fikirannya.

Mu'min dengan mu'min yang lain, ibarat sebuah bangunan. Mereka saling kuat-memperkuatkan antara satu sama lain. - Hadis

Terima kasih di atas penghargaan dan nasihat saudara.
Wassalam.

moloyue said...

Kesimpulan: Kembali Kepada Ajaran Nabi Muhammad Yang Asal – Quran

Di sini saya hanya nak komen tajuk di atas. Quran bukanlah ajaran Nabi Muhammad. Quran adalah daripada Allah yang diturunkan kpd Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran Nabi Muhammad s.a.w. adalah hadithnya yg merupakan penghayatan/amalan/panafsiran Quran.

Tajuk tersebut mengelirukan: di satu pihak sdra kassim menolak hadith dan di satu pihak lagi sdra menyatakan Quran sebagai ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Anonymous said...

salam,
Teruskan usaha anda dengan ajaran al quran. Masih ramai umat Islam khususnya orang melayu Islam yang mengaku beriman tetapi tidak menghayati alquran sebagai kitab pembimbing mereka. Mereka masih lena dengan membaca untuk mendapat pahala. Semoga usaha murni anda itu mendapat rahmat untu, semua manusia.

Walid.

Anonymous said...

Siapa di angkat Allah sebagai Imam manusia ( Semua manusia wajib mengikutinya)
Jawapan sila baca Surah 2 ayat 124

Nabi Muhammad di suruh mengikuti agama siapa?
Jawapan sila baca surah 2 ayat 135

Siapa pengasas Agama yang Allah suruh semua manusia ikuti termasuk semua nabi-nabi dan rasul-rasul?

Jawapannya BACALAH......BACALAH Surah 2 ayat 130, 135, Surah 3 ayat 95, Surah 4 ayat 125, Surah 6 ayat 161, Surah 12 ayat 37,38, Surah 21 ayat 73, Surah 22 ayat 78


Apakah maksud ayat diatas?

Ini jelas menerangkan bahawa semua umat manusia termasuk Nabi Muhammad disuruh Allah MENGIKUTI Agama Imam Manusia(?)di mana segala amalan agama seperti solat, zakat,puasa, haji telah pun tersedia ada.Rujuk surah 21 ayat 73

Jadi Apa SHAHADAH Imam Manusia?

Renung-renungkanlah sebelum menuduh fahaman manusia lain SESAT agar Allah tidak membiarkan kita sesat dan TIDAK MEMBIMBING kita ke jalan yang diredainya.
Bila kita percaya Allah serta memuja di SAMPING-SAMPINGNYA maka ALLAH akan membiarkan kita sesat dan TAK AKAN MEMBIMBING kita. Bayangkan ALLAH tak membimbing kita sebab itu manusia yang degil / ego/ ingkar atau ragu-ragu ayat-ayat Allah ini umum dan perlu ada kitab lain menerangkannya maka Tuhan jadikan kita pekak tuli dan buta pada mesej dan amaran Allah dalam ALQURAN. Baca dan faham maksud Surah Yasin ayat 1 hingga 9.

Allah berkali kali berfirman yang Dia tidak akan MEMBImBING manusia yang INGKAR akan ayat-ayatnya dan EGO dengan pendapat/ pegangan tradisi nenek moyang yang sukar untuk dikikiskan sama seperti kaum-kaum terdahulu yang INGKAR pada setiap Nabi/Rasul utusanNYA
pada kaum masing-masing kerana merasakan pendapat mereka itu benar di mata mereka
padahal Allah maha MENGETAHUI.

Sebab itu kebanyakan MANUSIA gagal ke SYURGA kecuali sedikit.
Sebab itu Nabi Muhammad mengatakan Kebanyakan kaumnya tidak mengamalkan Quran kecuali sedikit.(perhatikan Nabi Muhammad tak kata umatnya (sebab dia tidak tahu masa depan)
Sebab itu Allah berfirman sekiranya kita mengikuti kebanyakkan manusia(hadis ciptaan
manusia) kita akan sesat.

AlQuran - mesej dan amaran Allah pada manusia untuk ditaati dan diikuti. SEMBAH ALLAH SAHAJA dan Takutilah Allah SAHAJA

Rasul - penyampai mesej Allah dan mengesahkan kitab-kitab terdahulu (rasul dipilih dari kalangan manusia dan malaikat (Jibrail dan rujuk surah Maryam dan cerita Nabi Lut)) maka taatlah pada rasulNYA

Nabi - Diberi kitab. SETIAP NABI juga di gelar rasul
(Nabi terakhir adalah Nabi Muhammad sebab Alquran kitab terakhir) Akan ada rasul yang

dijanikan selepas itu untuk mengesahkan kitab-kitab terdahulu termasuk AlQuran .

Perhatikan maksud surah 3 ayat 81