NOTA KECIL KEPADA ESEI
PEMULIHAN UMNO
Oleh: Kassim Ahmad
Dua perkara yang saya utamakan dalam tulisan-tulisan saya ialah kebenaran dan kesaksamaan. Dalam esei saya yang baru tentang pemulihan UMNO, seperti satu dua yang dulu, saya tidak berapa beri perhatian kepada faktor-faktor lain yang menyebabkan Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga di peringkat Puast, dan kalah di lima buah negeri, selain dari penyelewengan mereka dari perjuangan kebangsaan yang asal.
Kebanyakan orang, baik di pihak Barisan Nasional, mahupun di pihak Pembangkang tidak menjangka keputusan itu. Kesilapan yang dibuat oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri Abdullah Badawai ialah masa pilihanraya umum itu tidak sesuai bagi bagi Barisan Nasional dan Kerajaan. Banyak isu tidak selesai: pita Linggam, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang-barang, masalah Hindraf dan masyarakat kaum
Pihak Pembangkang mengeksploitasi isu-isu ini sepenuhnya. Di samping itu, peranan penulis-penulis blog, khasnya Editor laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin, yang menggunakan blognya dengan berkesan sekali.
Inilah yang menyebakan kekalalah UMNO/Barisan Nasional pada 8 Mac itu. Khususnya, ini masalah kegagalan kepimpinan UNMO. UMNO telah lupa daratan dan tenggelam dalam politik rebutan kuasa dan penyelewengan. Jika UMNO mahu kekal relevan, ia perlu mengambil langkah-langkah untuk kembali kepada perjuangan nasionalis dan demokratiknya yang asal, seperti yang telah saya huraikan dalam tulisan itu.
Bolehkah UMNO melakukan ini? Sebenarnya, mereka tidak ada pilihan lain. Jika mereka masih ada perasaan sayang kepada parti dan bangsa, inilah yang harus mereka lakukan. Jika tidak, UMNO/Barisan Nasional akan kalah sama sekali dalam pilihanraya umun akan datang, dan parti-parti lain akan menganti mereka. Inilah undang-undang Tuhan yang siapa pun tidak boleh elak.
5 comments:
tak boleh dan x payah lg bagus. bukan sbb UMNO tu parti rasist saja, tp dh lama rosakkan pemikiran Melayu. UMNO b'kuasa lg lama, lg lama lah juga Melayu nk bebas dr mentaliti feudal. feudalisme dlm UMNO menyebabkan Melayu x boleh b'fikir dgn betul...yg b'kuasa trus berkuasa, yg ramai hanya jd pak turut, kaki bodek nk dptkn kontrek..
tak boleh dan x payah lg bagus. bukan sbb UMNO tu parti rasist saja, tp dh lama rosakkan pemikiran Melayu. UMNO b'kuasa lg lama, lg lama lah juga Melayu nk bebas dr mentaliti feudal. feudalisme dlm UMNO menyebabkan Melayu x boleh b'fikir dgn betul...yg b'kuasa trus berkuasa, yg ramai hanya jd pak turut, kaki bodek nk dptkn kontrek..
Sdr Dewa,
1. Jangan kerana marah, kita jadi tidak adil. Kita kena berfikir dengan akal, bukan dengan emosi atau sentimen.
2. Tidak siapa boleh nafikan UMNO sudah berjasa kepada bangsa Melayu dan bangsa Malaysia yang sedang kita bina. Cuma dalam masa dua dekad yang lalu, UMNO sudah melepaskan perjuangan kebangsaannya dan menyeleweng. Pejuang-pejuang nasionalis tulen mesti membetulkan penyelewengan ini.
3. Feudalisme itu masa lampau kita. Kita mesti bergerak dengan tegas menuju sistem kebangsaan yang progresif, demkrasi dan keadilan.
4. Bangsa Melayu sendiri mesti berjuang untuk memastikan masa depan yang lebih baik. Orang lain tidak boleh berjuang untuk kita.
Wassalam.
Saya x b'fikir ikut sentimen @ emosi. oh, mugkin ya, sbb rasa sgt meluat kdg2 dgn telatah sesetengah pemimpin gerombolan umno.
cuma saya x fikir umno itu akan menjadi 'baik' dgn b'diri mengikut struktur politik yg mereka anuti selama ini.
feudalisme saya rasa masih ada dlm umno. bukan masa lampau saja.
saya x menjaringkan feudalisme itu dgn perangkap 'masa', sebaliknya melihatnya dr segi konsep feudal itu sendiri yg bebas menceroboh ke dalam pemikiran kita, walaupun kita hidup di tahun 2008.
budaya patuh membuta tuli, taat macam hang tuah sbb ingin membodek/mengipas orang atasan/pembesar itu saya fikir antara elemen feudalisme yg masih menebal bukan saja dlm umno, tp dlm masyarakat melayu amnya, dan x mungkin terhakis.
di kampung saya, pemuda sebaya saya ramai yg masuk umno, kebanyakan dr mereka x b'pelajaran tinggi. masuk umno bermakna mungkin satu hari nanti boleh jd kontraktor, dpt kontrek buat makmal sains lepas tu runtuh selepas beberapa bulan dibina. mereka sekadar mengikut acuan dr atuk/bapa mereka yg dpt peluang ekonomi sbb masuk umno.
jd, x payah belajar bersungguh2.
utk kemajuan org melayu, saya hanya menaruh sedikit harapan pd sistem pendidikan yg dinamik, sistematik, berkesan & tanpa rasuah. hanya itu sja caranya utk org melayu membebaskan fikiran mereka dr mentaliti feudal.
generasi melayu baru perlu bebas tanpa umno.
untuk saya, umno selayaknya dibungkus dlm lipatan sejarah.
kalau nak kenang jasa sangat, nak bersentimental, simpan dlm muzium pun ok, jd warisan sejarah dan iktibar kpd generasi baru:) bye!
kacang lupakan kulit!hanya orang tak belajar sejarah sanggup mengkhianati bangsa sendiri!selama 50 tahun UMNO telah berjasa pada Malaysia terutama bangsa Melayu!membuang UMNO sama seperti membuang nenek moyang kita sendiri!segala pengorbanan nenek moyang kita dilupakan begitu saja hanya mendengar fitnah tanpa usul periksa.membuang Umno sama seperti membunuh bangsa sendiri!akan ku teruskan perjuangan UMNO sehingga ke hari KIAMAT!
Post a Comment