Thursday, March 26, 2009

KEPUTUSAN2 MESYUARAT SEKRETARIAT FORIQ
PADA 1 MAC, 2009


Tarikh MAT Foriq ke-8: April 19 atau April 26

Tempat MAT : KL; Rumah Pena.

Masa MAT: 10.00 pagi – 12.30 tgh.

Forum:-

(a) Masa: 2.30 – 5.30 petang.
(b) Tajuk : “Agama Islam Mengatasi Agama-agama Lain”
(c) Tempat: Dewan Perniagaan Cina, KL.
(d) Ahli2 Panel: Hj. Ahmad Nakha’e/Dr. Ismail Ibrahim; YB Lim Guan Eng (DAP); Rev. Murphy Pakiam (Ketua Gereja Kristian di Malaysia); Kassim Ahmad (Foriq).
(e) Pengerusi Forum: Dr. Chandra Muzaffar.

Kontek: Sdr Azeem Aras (Naib Pengerusi): 03-77276532/ 012-2687031.
Sdr Nik Abd. Aziz Hassan 012-22621336/017-6705969.

Nota: Sdr Warsa, Tolong kontek Sdr Azeem untuk tempah tempat mesyuarat MAT, dan tempat Forum. Saya akan kontek ahli2 panel dan Pengerusi Forum . Bolehkah tolong dapatkan nombor kontek YB Dato’ Mohd. Zahrain Hashim? Saya akan kirim Agenda MAT kemudian. – K.A.


FORUM FORIQ PADA
26 APRIL, 2009



Forum in dijadualkan pada sebelah petang Mesyuarat Agung Foriq yang ke-8 pada 26 April, 2009, dari pukul 2.30 hingga 5.0 petang.

Tajuknya “Agama Islam mengatasi agama-agama lain” diambil dari ayat Quran (9:35; 48: 28 & 61:9). Ayat itu sepenuhnya berbunyi, “Dialah yang mengirim rasul-Nya dengan dengan bimbingan dan Agama Kebenaran, supaya ia mengatasi semua agama.” Perhatikan dalam ayat-ayat ini disebut Agama Kebenaran (din’ul-haq), bukan agama Islam. Agama Islam yang disebut sebagai agama yang diredai Tuhan terdapat dalam ayat 3: 19, yang diturunkan sebelum tiga ayat lain itu, yang turun kemudian. Ini menunjukkan bahawa yang akan mengatasi agama-agama lain bukan agama Islam, yang sudah dikorupsikan oleh orang-orang “Islam” sendiri melalui pelbagai macam penyelewengan, termasuk membuat puak dalam agama, mendewakan Nabi Muhammmad melalui apa yang dikatakan Hadis/Sunnah dan mengadakan satu kasta paderi, seperti orang Kristian, di kalangan mereka!

Tujuan kita menjadikan tajuk ini sebagai tajuk forum ialah untuk membincang adakan logik atau tidak logik, ataukah adakah salah untuk pemimpin-pemimpin Islam mengadakan dialog antara agama dengan pemimpin-pemimpin agama lain. Tidakkah Quran menyuruhkan kita mengadakan debat yang baik dengan agama-agama lain untuk mencari kebenaran? (16: 125)). Tidakkah ada dari kalangan orang Islam sendiri mereka yang tidak beriman kepada Tuhan, sepertimana ada dari kalangan pemeluk-pemeluk agama-agama lain? (2: 62) Ayat ini menunjukkan kejamakan agama, kerana agama Islam sudah menjadi sebuah agama yang tidak berbeza dari agama-agama lain.

Pemimpin-pemimpin kita melarang dialog antara agama atas alasan agama suatu topik yang sensitif dan tidak mahu urusan agama Islam dicampuri oleh agama-agama lain. Jika masyarakat kita terima alasan ini, ia bermakna Islam itu hak eksklusif orang Islam. Betulkah sikap ini? Bukankah Islam sebuah agama universal yang merayu kepada semua manusia supaya mereka menjadikannya sebagai cara hidup mereka? Jika Islam sebuah agama universal yang boleh memberi keselamatan dan kejayaan kepada semua manusia, maka ia perlu membuktikan dirinya melalui debat yang baik, dan melalui praktik pemeluk-pemeluk Islam itu sendiri.

Kita mestilah menyedarkan masyarakat kita kepada perkara-perkara ini. Inilah tujuan forum ini diadakan.

Untuk cadangan Ahli-ahli Panel, sila lihat surat saya yang dulu.


KASSIM AHMAD
Presiden Forum Iqra’
24 Mac, 2009.

s.k. Warsa Mohamed (016-4711779)

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Dr. Kassim Ahmad Yth.,
Dengan rendah diri saya mencadangkan supaya Forum ini disiarkan secara online di internet (webcast), sebagaimana pendekatan yang digunakan oleh Larouche Political Action Committee. Rakyat Malaysia terutamanya, tidak berada di Malaysia sahaja.
Terima kasih.
Wassalam.

zaini zaa said...

Salam bapak kassim ahmad

sayapun sependapat dengan syora sdr melayu agar forum ini online ettapi kalau dapat berada di majlis tersebut lagi baik kerana peluang untuk bertukar-tukar pandangan selain memesrakan hubungan salitulrahim, dapat mengeratkan jalinan persaudaraan dalam kasih sayang kekeluargaan islam.
insyallah harap dapat bertemu dengan rakan-rakan lama.

ujanglokko,
gombak, selangor.

zaini zaa said...

salam pak kassim
tahniah kerana menjadi panel majlis ini dan saya sependapat dengan Sdr Melayu agar diadakan dalam bentuk online kepada tontonan orang Melayu dari seluruh dunia.
apapun berada di majlis ini melihat dengan mata kepala dan mendengar segala hujah dapat memberi kepuasan selain berjabat tangan mengeratkan salituhrahim dalam menjalin persaudaraan dalam kasih sayang kekeluargaan islam.
insyallah dan saya ke sana nanti.
salam dari ujanglokko,
gombak, selangor.

Mr Belimbing said...

Salam Pak Kassim,

Saya berminat untuk menghadiri forum perbincangan, bagaimana ye? Percuma atau dikenakan bayaran?

Kassim Ahmad said...

Percuma.

HeroHuruHara said...

Di Penang kami berharap dapat ikuti forum melalui internet sepertimana cadangan Melayu

Melayu said...

Sebagai orang luar, saya juga mencadangkan supaya rakaman forum ini dimuatnaikkan ke youtube atau google video untuk tontonan umum. Setakat yang saya ketahui, kedua-duanya tidak memerlukan sebarang kos, kecuali sedikit tenaga diperlukan.

Ini bermakna Forum Iqra' akan mempunyai youtube rasminya sendiri yang kelihatan bersederhana dan signifikan pula. Ini juga akan memberikan lebih kebebasan kepada Forum Iqra' untuk menyerukan masyarakat ke arah kebaikan, keadilan, kasih dan sayang. Barangkali inilah suatu cara untuk Forum Iqra' memanfaatkan tenaga kreatif sains dan teknologi, selain daripada gabungan ahli-ahli di dalamnya.

Kerasma said...

Saya tertarik dengan yang dikatakan "mendewakan Nabi Muhammad".

Sebelum Allah mendorongkan saya membaca blog Pak Kassim ini, saya juga telah melihat kebanyakan orang yang mengaku Islam menjadikan nama Nabi Muhammad sebagai penentu kebenaran. Bagi mereka, asalkan datang sahaja riwayat hadis atas nama Nabi Muhammad, terus mereka percayai ianya benar.

Mereka gunakan alasan ada ayat Al Quran yang suruh taati Allah dan Rasul, yang bermaksud mentaati Rasul itu adalah dengan cara menerima segala riwayat hadis yang didakwa sohih daripada Nabi Muhammad.

Sedangkan sesuatu kata-kata, perlu ditentukan kebenarannya berdasar bukti-bukti yang nyata. Bukti-bukti yang terikat pada logik (mengikut hukum atau sunnah alam) yang tidak mudah dipalsukan atas nama seseorang manusia.

Jadi jika kita mendakwa sesuatu kata-kata itu datangnya daripada Rasulullah, sepatutnya kita mencari ada tak bukti-bukti yang nyata dan waras difikirkan dalam kata-kata tersebut, bukannya sekadar main percaya membuta-tuli semata-mata kata-kata itu didakwa datangnya daripada seorang Rasul.

Seorang Rasul tidak akan berkata-kata sesuatu yang bercanggah dengan hukum alam. Oleh kerana mereka berkata benar, sebab itu kata-kata mereka mudah dibuktikan dengan segala yang wujud di alam semesta ini.

Apabila ada ayat Quran yang disampaikan melalui lisan Rasulullah mengatakan manusia mampu tembusi penjuru langit dan bumi, memang sekarang perkara itu sudah terbukti depan mata. Itulah contoh kebenaran yang perlu kita lihat dari sesuatu kata-kata.

Kenapa dalam Quran digabungkan kata "Allah dan Rasul"? Kenapa tidak disebutkan "Allah atau Rasul". Ini menunjukkan sesuatu yang benar yang disampaikan oleh seseorang Rasul, pasti ada bukti-bukti yang nyata sebelumnya. Sebab bukti-bukti yang nyata itu datangnya daripada Allah. Allah ciptakan bukti-bukti itu dahulu, barulah kemudiannya disampaikan oleh seseorang Rasul. Sebab itu dirangkaikan kata "Allah dan Rasul".

Tanpa ditentukan sesuatu kata-kata yang didakwa dari seseorang Rasul berdasarkan bukti-bukti yang wujud, hakikatnya kata-kata itu hanyalah dusta belaka.

Golongan beriman kepada Allah, hanya mempercayai sesuatu kata-kata yang ada bukti-bukti yang nyata, tidak kira dari sesiapa yang menyampaikan, bukannya terikat atas nama seseorang Rasul sahaja. Bukti-bukti yang nyata itulah yang akan menyatukan seluruh manusia, seperti mana ilmu sains menyatukan manusia kerana ia berpegang pada bukti-bukti yang wujud dan diterima akal yang waras.

Anonymous said...

Bertaubatlah dengan segera wahai Pak Kasim...

Jauh dah menyimpang ni..Saya tau komen sy ini akan didelete.

Jadikan lah al-quran, hadis/sunnah, kias dan ijmak sebagai panduan kita. Selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.

Saya doakan agar Pak Kasim dan mereka yang sependapat ini supaya kembali kejalan yang benar.

Jangan gunakan akal manusia yang terbatas dan juga kajian yang cetek untuk menafikan ajaran yang telah dibawa oleh para sahabat dan mereka yang memegang amanah ini.