Pengemuman Mesyuarat Agung Tahun Foriq pada 26 April, 2009
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahuan Forum Iqra' ke-8 akan diadakan, seperi jadual, pada 26 April, 2009 di Rumah Pena (berhampiran dengan Dewan Bahasa & Pustaka) di Kuala Lumpur, dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tgh. Namun demikian, Forum Awam di atas tajuk "Islam -- Agama Universal", yang dijadualkan pada hari itu juga mulai pukul 2.30 ptg hingga petang, terpaksa ditundua ke suatu tarikh yang lain. Penundaan ini amat kami kesali serta memohon maaf kepada peminat-peminat kami.
WARSA MOHAMAD
SEKRETARIAT FORUM IQRA'
(016-4711779)
19 April, 2009.
3 comments:
Assalammualaikum WBT
Temubual saya bersama Dr. Kassim Ahmad. Sila baca dan berikan komen anda.
Terima kasih
Syed Syahrul
http://sirehdancengkeh.com
Sdr Syed Syahrul,
Membaca balik temu-bual itu (yang amat ringkas), saya ingin menambah sedikit tentng apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah kita.
Pimpinan negara perlu terdiri dari mereka yang beramanah dan layak. Mereka perlu jujur, berani dan bijaksana untuk menjadi pejuang, pendidik dan penyatu bangsa.
UMNO dan BN boleh memenangi balik sokongan rakyat dengan syarat-syarat di atas.
Pakatan Rakyat juga perlu mempunyai syarat-syarat itu, jika mereka mahu mengganti BN.
Kita tidak perlu mengikut contoh Barat -- sistem dwi-parti:pemerintah/pembangkang. Kita perlu mencari formula untuk menyatukan tenaga politik kita serta membetuklan penyelewangan-penyelwengan dari dalam.
salam pak kassim
saya fikir ada yang tak kena dan kebebasan untuk berdialog dengan tenang dan mencari idea baru bukan berita lama sepatutnya tiada halang.
namun begitu allah swt menguji lagi dengan melihat siapakah antara kita yang sabar dan khusyuk dalam solatnya.
firman allah swt yang bermaksud janganlah kamu bersedih hati disebabkan kekafiran mereka...
nantikan tarikhnya seperti mimpi saya iaitu 20 dan 21. salam
keluarga ujangloko,
sungai mulia, gombak
Post a Comment