GERAKAN BERSIH 2 – RELEVANKAH IA
DALAM KONTEKS DUNIA GLOBAL SEKARANG?
Oleh: Kassim Ahmad
Darul_hikmah33@yahoo.com.my
1 Julai, 2011
Mengikut para penganjur Perhimpunan Besar yang dijadualkan pada 7 Julai ini untuk memastikan pilijanraya umum ke-13 akan datang itu bersih. Apakah relevan tunjuk perasaan dengan tujuan seperti yang diisytiharkan itu? Mari kita kaji perkara ini.
Sistem demokrasi dwi-parti (pemerintah-pembangkang) seperti yang kita amalkan sekarang kita tiru dan pinjam dari Barat. Jika kita ingat bahawa sejarah Barat itu penjajah dan seajarah Dunia Ketiga, termasuk Dunia Islam, itu dijajah, kita dengan segera akan sedar bahawa fenomina ‘demokrasi’ (dibahasakan oleh budak-budak nakal kita ‘Dia mau kerusi!’) harus kita kaji denag lebih teliti dan mendalam.
Bila tiga orang manusia atau lebih berkumpul, mereka mesti mewujudkan sebuah organisasi untuk mengurus kehidupan mereka. Sebuah keluarga, sebuah kelab, sebuah kumpulan pengembara, sebuah sekolah, sebuah kampung dan seterusnya sebuah negara akan ada organisis untuk mengurus dan mentadbir unit itu. Ini tidak adapat dielak. Ini undang-undang alamiah, semulajadi.
Setelah kita membuat kesimpulan demikian, ia sama sekali tidak mensahkan sistem demokrasi dwi-parti ini. Di lokasi lain, saya telah menunukkkan bahawa sistem in primitif dan membazir. Primitif kerana ia melambangkan peringkat kejiwaan manusia haiwan – hidup mereka “satu lawan semua”! Inilah falsafah politik yang dianjurkan dalam karya failasuf Inggeris, Thomas Hobbes (1588-1679), Leviathan. Membazir, kerana Tuhan berikan kita dua tangan, lalu satu tangan kita gunakan untuk merosakkan kerja tangan yang lain! Oleh kerana demikan sifatnya ‘demokrasi’ ini, maka kita sedang melihat keruntuhannya di negara-negara Barat sendiri! (Krisis ekonomi-politik di Greece, Portugal, Inggeris dan Amerika Syarikat.)
Jadi, mengapa kita bermati-matian hendak meniru sistem yang sedang runtuh di tempat lahirnya sendiri?
Kita boleh ada banyak parti yang mewakili pelbagai jalur ideologi dalam masyarakat . Kita semua mahukan kebaikan untuk negara kita, bukan? Mengapa kita tidak boleh wujudkan satu sistem yang membolehkan semua jalur ideologi bekerjasama dalam satu permuafakat besar Patriotisme Malaysia? Boleh, bukan. Ingatkan pepatah: hendak seribu daya; tak hendak seribu dalih.
Koreksi terhadap penyelwengan boleh dibuat melalui kritikan dan perundingan dari dalam
Berbalik kepada perkara tunjuk perasaan secara aman untuk menuntut sesuatu keadilan – ini satu hak asasi manusia. Kita tidak boleh menafikan hak asasi ini. Dalam pada itu, ketenteraman awam juga satu hak asasi. Semua rakyat berhak mendapat perlindungan dari keadaan huru-hara, anarki, dan keruntuhan ketenteraman awam. Jadi, kita mesti pandai mendamaikan kedua-dua hak dan tuntutan ini.
Tidak ada kerajaan yang sempurna. Kita mahukan suatu kerajaan yang boleh mewujudkan kesempurnaan antara 51% (paling rendah) hingga ke 99% (paling tinggi) dalam negara kita. Arahan tetap dalam ajaran agama kita: “Serulah kebaikan dan larang kejahatan” itu tepat sekali dan perlu kita praktikkan. Kalau kita senantiasa praktikkan ini, kita pasti akan mendapat sebuah kerajaan yang baik.
Oleh kerana tiada kerajaan yang sempurna, maka rasuah, pembaziran dan pelbagai penyelwengan lain terdapat dalam sebuah masyarakat, termasuk masyarakat kita, mesti dihapuskan. Ini tuntutan-tuntutan yang sah. Inilah koreksi yang harus masyarakat kita lakukan dari dalam (melalui kritikan dan perundingan) dan dari luar melalui tunjuk perasaan.
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
5 comments:
Salam,
1) Barangkali yang mengambil tanggungjawab tangan kiri itu tidak berfungsi seperti tangan yang boleh membantu tangan yang lagi satu. Ia setakat berfungsi seperti bulu ketiak sahaja.
2) Al Quran ada mengemukakan piawaian pembangkang yang baik bagi sebuah kerajaan iaitu pedoman Nabi Musa. Namun perkara ini jarang ditekankan melainkan mereka sibuk mencara salah kerajaan sahaja.
3) Memang tiada kerajaan yang sempurna. Namun jika yang membangkangnya bersaing secara negatif, pasti yang menanggung rugi adalah rakyat.
Pada pandangan saya sampai hari kiamat pun kita tidak akan dapat mencapai
kedudukan yang ideal dalam kehidupan ini.Emosi manusia lebih perkasa daripada akal.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Masalahnya kehendak setiap manusia tidak sama antara satu sama lain.Yang manusia tidak hendak pun tak sama antara satu sama lain.
Ada masanya kritikan dari dalam boleh boleh menyebabkan kawan jadi lawan.
Apabila kita bercakap tentang kerajaan, tentang demokrasi, tentang skandal dan penyelewengan, tentang rasuah kita bercakap tentang tindak tanduk manusia yang kita gambarkan dalam minda kita.
Banyak manusia dalam keadaan amat marah, berdendam dan tamak akan berkata, peduli apa ..apa nak jadi jadilah,
janji hati puas.Jadi dalam kehidupan ini manusia yang baik banyak menghabiskan masa untuk membetulkan kerosakan yang telah di lakukan oleh manusia yang tidak baik atau oleh manusia baik yang tidak sengaja atau oleh manusia yang baik sekali sekala menjadi tidak baik.
1. Harus kita sedari hanya ada tiga jenis manusia dalam semua masyarakat: (a)mukmin/muslim, (b) kafir, dan (c) munafik.
2. Kita hanya perlukan 30% dari golongan pertama untuk mengalahkan golongan kedua dan ketiga.
3. Apabila golongan pertama menguasai, masyarakat akan aman dan maju.
Salam Pak Kassim,
“Serulah kebaikan dan larang kejahatan” itu tepat sekali dan perlu kita praktikkan.
Sesungguh nya itu lah yang mesti di amalkan oleh pemimpin-pemimpin (perdana,pertengahan dan kecil).
Jika Islam(way of life)secara benar nya dijadikan amalan harian dan di praktikkan, bak kata pak kassim , maka kita semua akan di selubungi Nur(cahaya),keberkatan dari Allah SWT seperti komen pak kassim.
InsyaAllah kita mendoakan DS Najib sentiasa di jalan NYA.
Salam hormat, selamat bahagia semua,
Memang jelas demokrasi mewujudkan pihak-pihak yang berbeza dan saling mengejar "kuasa",hanya menjurus ke arah kekacauan berterusan.
Pihak yang berbeza itu sebenarnya mampu untuk merelisasikan keamanan dan keharmonian negara dan bangsa Malaysia tetapi mereka (tangan-tangan anugerah Tuhan itu) memilih untuk terus bersengketa_pemimpin hendak berkuasa dan rakyat yang merana.
Kedamaian hanya dipelopori oleh mereka yang ada sikap dan jiwa yang besar dan mulia.
Post a Comment