Friday, July 29, 2011

Perhatian
Masukan ini tidak disertai nota kaki. Nota kaki dimasukkan ke dalam masukan kedua. --K.A.

Satu Nota Ringkas
tentang Terjemahan Quran oleh K.A.


Oleh: Kassim Ahmad

31 Julai, 2011.

Seperti yang telah saya katakan, kemusykilan saya tentang terjemahan-terjemahan Quran dalam bahasa Melayu ada dua. Pertama, wujudnya banyak kurungan yang memuatkan fikiran sabjektif penterjemah yang tiada dalam Quran. Kedua, kerana kebanyakan terjemahan ini dipengaruhi oleh idiom dan nahu bahasa Arab atau Inggeris. Ini menyembabkan terjemahan itu tidak sedap dibaca.
Terjemahan juga tidak harus dibuat secara harfiah. Terjemahan harus idiomatik.
Di bawah ini, saya sertakan dua contoh dari terjemahan saya. Pertama, Surah Al-Fatihah. Kedua, beberapa ayat agung dalam Quran.

Contoh 1

SURAH 1: PEMBUKAAN (AL-FATIHAH)
(Mekah, 7 Ayat; Wahyu ke-5)

MAKLUMAT PENTING

TEMPAT & TARIKH TURUN WAHYU:
Di Mekah pada zaman awal Mekah dalam masa lima tahun pertama antara 12-8 B.H (610-615 T.M.) Wahyu ke-5. Tujuh ayat.

TUJUAN:
Doa agung untuk orang mukmin.

NAMA LAIN:
Fatihat al-Kitab atau Pembukaan Buku, Umm`ul-Kitab atau Induk Buku, Surah al-Du`a atau Surah Doa, Al-Hamd atau Pujian, Al-Kanz atau Khazanah, dan Al-Syifa atau Penawar.

AYAT PENTING:
“Engkau semata-mata kami sembah dan kepada Engkau semata-mata kami pohon pertolongan. Bimbingilah kami ke jalan yang lurus.” (5-6)

TAJUK

A. PUJIAN KEPADA ALLAH (2-4)
B. IKRAR MUKMIN (5)
C. DOA (6-7)


-----------

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

2. Segala puji bagi Allah, Tuan Semesta Alam.

3. Maha Pemurah, Maha Pengasih.

4. Raja pada Hari Pembalasan.

5. Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami pohon pertolongan.

6. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus;

7. Jalan mereka yang Engkau restui, bukan mereka yang Engkau murkai, dan bukan mereka yang sesat.


*****


Beberapa Ayat Agung


Allah (Ayat Kursi)

2: 255. Allah -- tiada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal Abadi. Tidak pernah Ia kantuk, tidak juga tidur. Milik-Nya segala sesuatu di langit dan segala sesuatu di bumi.

Siapakah yang boleh mengantarai Dia, kecuali dengan izin-Nya? Dia mengetahui masa depan dan masa lampau mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui suatu apa pun, kecuali apa yang Ia kehen¬daki. Singgahsana-Nya meliputi langit dan bumi, dan Dia tidak merasa letih menjaga kedua-duanya. Dia Maha Tinggi, Maha Besar.



Keagungan Quran

59: 21. Sekiranya Kami wahyukan Quran ini kepada gunung, akan kaulihat ia gementar, pecah terbelah, kerana takutnya kepada Allah. Kami sebutkan misalan-misalan ini kepada manusia supaya mereka berfikir.

Allah

59: 22. Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia. Yang tahu segala rahsia dan perisytiharan. Dia Maha Pemurah, Maha Pengasih.

59: 23. Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia. Sang Raja, Maha Suci, Sang Keamanan, Maha Setia, Maha Tinggi, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, lagi Maha Mulia. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan.

59: 24. Dialah Allah; Pencipta, Pemula, Pembentuk Rupa. Milik-Nya nama-nama yang terindah. Kepada-Nya bertasbih segala sesuatu di langit dan di bumi. Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


*****




17 comments:

tok janggut said...

Salam,
Terjemahan Tuan Kasim:3. Maha Pemurah, Maha Pengasih. Pertanyaan saya, ada tak perkataan maha dalam Quran? Saya rasa tidak ada dan paling tepat ialah Pemurah, pengasih...

Pada saya maha hanya layak untuk manusia. Tuhan tidak ada bandingan... Maaf kalau silap.

Kassim Ahmad said...

1. Perkataan "Maha" dalam "Maha Pemurah" memang fungsinya untuk menunjukkan bahawa di antara yang pemurah, Tuhan Paling Pemurah.
2. Memang ada entiti dalam Alam Raya ini yang pemurah, tetapi Tuhanlah yang paling pemurah.

Anonymous said...

Bila menterjemah "na'budu" sebagai sembah saya rasa tidak tepat. Kalau tengok sejarah ada hamba abdi ditangkap di Afrika, dikurung, dihantar dalam pelayaran dan dijual kepada slave masters di Amerika dan tempat-tempat lain adakah untuk menyembah tuannya atau membuat apa-apa ritual keagamman? Saya fikir tidak, melainkan untuk bekerja diladang dsbnya. Itu essence perkataan abdi. Kenapa bila mengabdi diri kepada Allah jadi ritual sembahan pula? Sekadar bertanya.

Kassim Ahmad said...

1. Perkataan Arab 'abada' bermakna, 'sembah', 'berkhidmat',
'memuja',dan 'sangat mencintai'.
2. Fitrah kita di dunia ini melakukan kehendak Tuhan. Yang patuh dipanggil 'mukmin/muslim'. Yang ingkar dipanggil 'kafir'. Yang berpura-pura sebagai mukmin, tetapi sebenarnya ingkar dipanggail 'munafik'.
3. Rangcangan Tuhan memenangkan kebenaran dan menghapuskan kepalsuan.
4. Inilah pemahaman saya.

Anonymous said...

Salam Dr Kassim
Sebelum kita memilih untuk jadi muslim/mukmin atau ingkar atau munafik adakah kita tidak perlu memastikan Allah suruh kita "sembah" atau "berkhidmat" kepadanya. Kebenaran akan sentiasa menang, kepalsuan hapus. Rancangan Allah adalah untuk memenangkan mereka yang percaya. Itu juga yang dijanjikannya.

Al Mahadaya said...

Perkataan Maha ini sebenarnya ada didlm al quran sebelum ianya diletakkan baris oleh org2 munafik dgn tujuan menyesatkan kebanyakan manusia. Perhatikan perkataan2 ini yg hanya apabila dibaca huruf demi huruf baru faham maknanya. Ma di dlm al quran bermaksud diberi.
MaHamada-diberi kepujian, MaDayanaHa-diberi AgamaNya, MaBaraka-diberi Berkat, MaHadaya-Diberi hidaya, MaHakamata-diberi hikmat, MaHarama-diberi Haram.
Didlm al quran, disebut Naa'bada-mengabdi dan nama bapa nabi ialah A'bada Allaha iaitu Hamba Allaha. Laa Hawala Wa Laa Qowata Alaa Ba Allaha. mahadaya-asalama.blogspot.com

Kassim Ahmad said...

1. Tuhan tidak memerlukan apa-apa daripada kita. Kita yang perlukan Dia. Jadi, menyembah atau berkhidmat kepada Tuhan satu keperluan untuk kita sendiri.
2. Orang mukmin itu orang yang percaya kepada kebenaran. Kebenaran itulah Tuhan. Lihat esei saya tentang Kebenaran.

wan ahmadi jalil said...

Salam,
Saya minta Pak Kassim membahaskan sepenuhnya tentang tafsiran surah al Qadar,kefahaman daripda surah tersebut berhubung dengan 'lailatul qadar'antara tafsiran dan amalan umat Islam,jika ada perkara yang perlu diperbetulkan.
Terimakasih.

Al Mahadaya said...

Hamba ini seorang Asalama dan hamba menjunjung titah Allaha sebagai Raja Segala Raja. Hamba sdg meRUMIkan kitab JAWI ttg kisah nabi yg sebenar yg penuh dgn mukjizat dan pertolongan malaikat2 semasa berperang melawan seteru Allaha Taa'laya. Kisah yg hilang dan watak nabi yg merupakan raja dunia di zamannya. Tiada tolak ansur terhdp kekafiran dan org2 beriman pasti diuji dgn peperangan sebagai janji tuhan dan tuhan tidak menyalahi janji sebagaimana ketetapan umat terdahulu.

Anonymous said...

Kalau benar kita perlukan perlakuan menyembah atau berkhidmat kepada Allah, apa salahnya jika kita menyelidik sepenuhnya arahan yang diturunkan melalui kitab Al Quran itu. Setiap seorang mengkaji sendiri, tidak boleh ikut-ikut orang sebab keperluan itu sendiri punya. Jangan ada sesiapa yang menghalang orang lain dari mengkaji sendiri sehingga jumpa kebenaran. InsyaAllah kebenaran itu dapat ditemui jika ikhlas. Ianya ciptaan Allah juga. Sama dengan kepalsuan juga ciptaanNya. Tuhan adil dan sediakan semua keperluan kita untuk bebas memilih jalan yang benar termasuk akal.

Kassim Ahmad said...

1. Insya Allah, saya akan berikan beberapa contoh lain terjemahan saya nanati, termasuk Surah Al-Qadr.
2. Tuhan tidak menciptakan kepalsuan, kerana Dia itu sumber segala kebaikan. Kepalsuan itu datang dari Iblis, simbol penentangan manusia kepada Tuhan.

Aslam Abdullah said...

(1) Jika Tuhan tidak menciptakan kepalsuan, maka tidak ada kepalsuan. Ini benar.
(2) Dia sumber segala-galanya.
(3) Manusia mengetahui kebenaran sebagaimana yang diwahyukan/diilhamkan/difahamkan oleh Tuhan kepadanya.
(4) Kepalsuan itu sirna. Namun, tanpanya manusia tidak akan mengetahui kebenaran.

Kassim Ahmad said...

1. Tidak logik Tuhan menciptakan kepalsuan.
2. Kebaikan itu daripada Tuhan; kejahatan itu akibat daripada perbuatan kita sendiri.
3. Tuhan menciptakan manusia, tetapi Dia suruh kita melakukan kebaikan dan melarang kita melakukan kejahatan. Jadi, kejahantan bukan daripada Tuhan. Kejahatan itu akibat penentangan kita terhadap Tuhan.

asyMok_Aambo said...

Kepalsuan sebenarnya adalah hanya RELATIF atau BANDINGAN. Mana Mungkin dia cipta KEPALSUAN. dia sempurna.
Dalam 'explanation' apa itu KEBENARAN, maka hadirlah terma KEPALSUAN agar kita faham apakah sebenar erti Satu KEBENARAN. "the truth"

Adalah tidak LOGIK tuhan buat KEPALSUAN.

Anonymous said...

Jadi yang Dr Kassim bantah pasal hadis tu bukankah kerana kepalsuan hadis itu yang ditulis oleh manusia. Bukan Allah ke yang cipta manusia berkenaan beserta dengan buah fikiran untuk menghasilkan hadis palsu tersebut?

Kassim Ahmad said...

1. Semua makhluk, kecuali manusia, bertindak mengikut naluri, yang diberikan Tuhan kepadanya. Tidak salah harimau memakan rusa atau manusia. Tidak ada baik-jahat, kecuali di kalangan manusia.
2. Manusia itu khalifah Tuhan di Bumi. Dia diberikan Tuhan kebebasan untuk memilih antara yang baik dan yang jahat. Tuhan perintahkan dia berbuat baik, dan melarang dia berbuat jahat. Nyatalah kalau sesetengah manusia (pembangkang) pilih untuk berbuat jahat, itu tanggungjawab dia, bukan Tuhan!

hancs85 said...

hati2 dgn mahadaya dia tu gile dan sesat