“BAJET TERBAIK DALAM SEJARAH”
Oleh: Kassim Ahmad
Darul_himah33@yahoo.com.my
9 Oktober, 2011
Tajuk ini saya petik dari kata-kata Timbalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang saya setujui. Atau bajet sejahtera, seperti yang disifatkan oleh Perdana Menteri merngkap Menteri Kewangan sendiri. Bukan saja ia satu bajet yang mengiktiraf dan mengganjari semua kelompok dalam masyarakat kita; ia berlainan dari bajet-bajet dulu, kerana ia mengangkat martabat pertanian dan penternakan kita.
Dulu kita mengimport banyak bahan makanan, termasuk beras, kambing, lembu dan sayur-syuran atas hujah bahawa mengimport lebih murah daripada kita mengelurakannya sendiri. Hujah ini, nampaknya, ditolak dalam bajet ini. Hujah yang dipakai hujah kepentingan bagi rakyat. Beras, daging lembu dan kambing, dan sayur-sayuran itu penting sebagai bahan makanan. Kita tidak boleh bergantung kepada penghasilan di luar negara. Hujah penting mengatasi hujah murah.
Ada beberapa perkara lain yang perlu diperhatikan oleh kita tentang bajet ini. Pertama, ia disediakan oleh pakar-pakar dari Kementerian Kewangan dan institusi-institusi Kerajaan yang berkaitan. Ini menjamainkan kemantapannya. Kedua, simpanan antarabangsa kita tinggi pada kadar RM 414.5 billion (pada 15 September, 2011), yang mampu membiayai import tertngguh untuk 9 bulan. Perhatikan kadar biasa di negara-negara lain empat atau lima bulan. Ia menyeluruh, mengambil-kira kehendak dan kepentingan semua kelompok masyarakat serta mengganjari mereka sedikit atau pada tahap sederhana. Tidak ada kelompok yang ketinggalan. Ini semua satu kejayaan besar. Namun demikan, seperti biasa, pihak Pembangkang memperlekehkannya.
Dalam hal ini, pentinglah rakyat kita mengkaji semula sistem dwi-parti demokrasi Barat yang kita pakai selama ini. Adakah sistem ini paling baik? Kita perlu wujudkan satu sistem lain yang lebih baik dan yang memartabatkan permuafakatan besar dalam masyarakat majmuk kita.
Setelah berkata itu semua, saya ingin menarik perkatian Kerajaan kepada wawasan kita (yang diucapkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad) untuk mencapai bilangan penduduk 70 juta. Mungkin ramai kita telah lupa tentang perkara yang penting ini. Nampaknya, Menteri Kewangan kita pun lupa tentang perkara ini!
Kelupaan ini bahaya. Bangsa kita boleh menjadi bangsa orang tua yang tidak cukup bilangan generasi muda, seperti yang telah berlaku kepada negara-negara maju.
Kita harus melakasanakan dasar antara tiga hingga lima orang anak hetong panjang. Dua atau tiga generasi dulu, bangsa kita memiliki ramai anak, kadang-kadang sampai 9 atau 10 orang. Kebelakangan ini kita terpengaruh dengan konsep perancangan keluarga. Dua atau seorang anak menjadi kebiasaan. Ini akibat inflasi dan kenaikan belanja hidup. Ini pula hasil daripada ekonomi yang berasakan riba. Seperti yang dinyatakan dalam Quran, riba itu tidak mengembangkan, malah meruntuhkan, ekonomi. Seperti kata seorang ahli ekonomi Amerika, riba, seperti kutu anjing, setelah mengihisap darah anjing dan mematikannya, dia sendiri mati!
Oleh itu, Kerajaan kena menggalakkan dasar meramaikan penduduk hingga mencapai 70 juta dalam tahun 2020. Sesuatu pasangan monogami harus digalakkan ada tiga hingga lima orang anak.
-----------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment