Tuesday, December 27, 2011

PENGUMUMAN PENTING

Sila ambil perhatian buka saya yang baru, "Islamic Renaissance -- A New Era Has Started", yang dijadualkan akan dilancarkan pada 8 Januari telah ditunda ke 5 Februari di tempat dan masa yang sama. Terima kasih. -- K.A.

15 comments:

Kassim Ahmad said...

Ya, ini e-mail saya yang baru. Yang dulu telah dicuri untuk meminta wang! Kali ke-4!

MrB said...

Mungkin password nya senang utk diteka!

Kassim Ahmad said...

1. Saya ada ingat kata laluan diminta oleh "Facebook Team" Inilah pencurinya!
2. Pelajaran: Jangan beri kata laluan anda kepada siapa pun.

MrB said...

Salam,

1) Pak Kassim kena buat pengumuman di blog dan facebook ttg e-mel rasmi. Supaya orang lain tidak tertipu.

2) Bagaimana dgn permintaan saya mengenai salinan "Teori Sosial Moden Islam"? Saya x igt bila saya e-mel.

Kassim Ahmad said...

1. E-mail saya sekarang terdapat pada beberapa karangan yang diposkan di sini.
2. Saya kira buku ini (TSMI) sudah tiada dalam pasaran. Boleh didapat dalam perpustakaan2 besar.

Anonymous said...

Salam,

Saya ingin berkongsi satu esei yang ditulis oleh Prof Ahamad Kameel dari UIA tentang keburukan sistem ekonomi kini kerana berlandaskan riba' dan duit kertas 'legal tender'. Pendapatnya tentang isu-isu ini saya setuju. Saya pernah membaca tulisan-tulisan Pak Kassim tentang keruntuhan sistem sosialis. Kini pula tiba masanya untuk sistem kapitalis-kewangan untuk runtuh. Saya rasa esei ini dapat memberi pemahaman baik tentang keburukan sistem kewangan kini, dan ia cukup mudah untuk difahami oleh mereka yang tidak mempunyai pendidikan mendalam tentang soal-soal ekonomi.

http://www.ahamedkameel.com/archives/435

Harap Pak Kassim dalam keadaan sihat. Sekian.

Salam
Azfar

MrB said...

Pak Kassim terbitkanlah semula. Suruh budak ZI Publishing tu keluarkan. Terbitkan juga buku2 yg sudah tiada di pasaran.

Kassim Ahmad said...

1. Tiga penyelewegan besar dalam sistem ekonomi politik dunia: Kapitalisme Liberal, Komunisme Marxis, dan Teologi.
2. Saya telah menulis beberapa esei tt tajuk ini.
3. Quran menyebut dua sumber dalam 4: 59. Tuhan dan rasul, yakni Quran sumber utama; mereka yang berkuasa sumber kedua. Sumber kedua mesti tunduk kepada sumber utama. Ke dalam sumber kedua termasuklah Hadith, selain falsafah.
4. Buku-buku saya (Memoir & yang baru keluar) menghuraikan sistem Islam yang sebenar, bukan Islam yang korup.

MrB said...

Salam,

Kita asyik kata sistem kapitalis tumbang dan sudah korup. Tetapi kita sendiri (umat Islam) tidak dapat memberi alternatif kepada sistem tersebut. Adakah pakar ekonomi Muslim yang khusus menyebarkan satu sistem ekonomi yang Islamik? Yang boleh dipraktikkan? Tiada pun saya tgk.

Yang Islamik Banking kononnya Islamik dan bebas dari riba, tapi mengenakan caj lain2 yang menyebabkan kos keseluruhan lagi tinggi. Bukankah itu lagi teruk dari Riba?

Dan ada sesetgh orang Islam kata guna wang dinar dan perak itulah sistem Islam. Yang ini lagi lucu, kerana tak silap saya di zaman Muhammad dan sebelum itupun mmg tamadun2 yang maju guna emas dan perak sebgai mata wang.

Kassim Ahmad said...

Untuk Mr B:

Sila lihat "Surat Terbuka kepada Bangsaku" untuh huraian tt sistem Islam yang sebenar.

Anonymous said...

Katakanlah ada satu sistem ekonomi Islam pada zaman Rasul Muhamad SAW. Siapa ahli ekonomi ketika itu yang telah merakam/merekod mekanismenya secara terperinci akan dinamika ekonomi 'Islam', kalu berjaya sekalipun masyarakat ketika itu tak boleh lawan 7 bilion umat manusia kini yang kerenahnya lebih kompleks untuk mengeksperimen dengan sistem Islamik. Atau sistem Islam kini terpaksa menerima yang dalam sistem itu akan tiada berlaku penindasan oleh kalangan korporat terhadap 99% rakyat dan mengambil idea-idea baik lagi praktikal dari banyak sumber falsafah ekonomi dari sosialisme, kapitalisme, liberalisme dan malahan komunisme dan semuanya mesti tunduk kepada pesan Illahi bahawa semuanya dilakukan untuk perintah Allah saja. Manusia akan mengurusnya kerana malaikat tak mungkin boleh tolong, dan manusia akan buat dengan baik dan dilakukan kerana percaya pada Sang Khalid. api bolehkan ekonomi ini menjadi realiti satu hari nanti kerana negara Islam kononnya seperti Pakistan, Arab Saudi pun keterbelakang dalam urusan ekonominya walaupun dah pegang kunci kuasa politik.

Kassim Ahmad said...

Sdr Anon,
1. Memang ada sistem ekonomi pada zaman Nabi dan Khalifah Rasyidun. Sistem itu berdasar kepada ajaran Quran. Pernigaan dibolehkan. Riba diharamkan. Pertaniaan pun berlaku.
2. Saya tidak pasti sama ada satu kajian ilmiah yang teperinci telah dilakukan tt sistem ini.
3. Sama ada ada bilangan manusia kecil atau besar tidak penting. Yang penting sistem atau cara hdup. Cara hidup "Jalan yang lurus" membawa kepada keselamatan, kebebasan dan kesejahteraan. Cara hidup menyeleweng dari "Jalan yang lurus" membawa kepada sebaliknya.
4. Inilah yang berlaku di mana-mana hari ini.
5. Jangan pandang pada nama. Pandang pada isi. Islam pada hari ini sudah menjadi korup. Arab Saudi, Pakistan, Iran -- itu semua teokrasi yang jauh daripada Islam yang sebenar.

Anonymous said...

1. Perbankan Islam sekarang masih belum bebas dari cara-cara perbankan konvensional. Oleh sebab keterikatan sistem kewangan dunia, perbankan Islam banyak mengikut standard perbankan kovensional. Dalam sistem kapitalis-liberal, pengkawalan ekonomi dan sistem kewangan berkait rapat, dan ia dikawal oleh bank pusat seperti Bank Negara Malaysia. Kerajaan percaya bahawa dengan memanupulasikan kadar faedah bank, ekonomi dapat kembang atau kecut mengikut kehendak mereka. Sebenarnya system ini tidak begitu baik. Sistem yang mereka anggap dapat mengukuhkan kestabilan ekonomi sebenarnya penyebab 'business cycle'. Ia juga membawa kepada kemelesetan ekonomi yang teruk, seperti yang dialami oleh Negara-negara eropah sekarang. Mekanisme-mekanisme yang kononnya dapt membantu menstabilkan ekonomi sebenarnya menggalakkan pengkayaan golongan-golangan yang kaya dan menekan golongan-golongan miskin. Oleh sebab bank-bank Islam juga tertakluk bawah penguasaan syarat-syarat bank pusat, ia juga tidak dapat mengasingkan diri daripada menyebabkan kesan-kesan buruk itu.
2. Harus saya perbetulkan tanggapan di sini tentang perbankan Islam. Mahal tidak semestinya tidak Islamik. Yang menyebabkannya tidak Islamik ialah penindasan. Kontrak yang sering diguna dalam perbankan Islam ialah kontrak murabahah (kontrak kos + untung). Kontrak ini kontrak jualbeli sah dan tidak mengandungi riba pada asasnya, tetapi penindasan masih boleh berlaku apabila peminjam tidak mampu untuk membayar tepat pada masa. Akibat lewat, harta peminjam akan digadai seperti perbankan biasa. Malangnya tiada bank Islam hari ini yang mengikut perintah Allah dalam ayat 2:280, yang bermaksud, "Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang;...". Bank-bank Islam tidak mengikuti perintah itu kerana khuatir orang akan mengambil kesempatan dengan membayar lambat tanpa alasan kukuh. Namun saya rasa ini sesuatu yang boleh ditangani jika peminjam-peminjam diawas rapi seperti pengawasan .
3. Berkaitan isu dinar dan dirham pula, idea ini tidak seharusnya ditolak tanpa usul periksa. Persoalan siapa menggunakan dinar dan dirham sebelum Islam tidak penting. Penggunannya dicanang kerana sistem wang kertas yang ada sekarang menggalakkan inflasi. Inflasi membawa kesan lebih teruk kepada orang miskin daripada yang kaya. Isu wang kertas ini berkait rapat dengan pengkawalan ekonomi dan bank pusat yang dikatakan tadi. Masalah berpunca kerana wang kertas tidak ada had untuk dicetak dan hak untuk menciptanya diberi kepada syarikat-syarikat perbankan. Bukan semua wang yang dipinjam dari bank itu hasil simpanan orang lain. Kebanyakannya wang yang dipinjam itu wang baru yang sebelumnya tidak wujud. Wang yang dicipta itu menyebabkan inflasi. Ia lebih teruk kerana system perbankan cenderung memberi pinjaman kepada orang yang sudah berada tetapi pula mengelak daripada meminjam kepada yang miskin. Tidak cukup itu, yang miskin perlu bayar kadar lebih tinggi, meningkatkan lagi risiko untuk bankrap sebaliknya golongan-golongan yang menguasai bank akan terus kaya daripada penciptaan wang ini. Penggunaan wang komoditi seperti emas dan perak mampu menangani inflasi akibat daripada penciptaan dan penggunaan wang kertas. Sebabnya, sebagai hasil alam, bilangan emas dan perak terhad seperti hasil-hasil alam yang lain. Oleh itu, ia tidak akan menyebakan inflasi seperti wang kertas yang boleh dicipta tanpa had.
Azfar

Mr C said...

Kejatuhan sistem kapitalis adalah mimpi2 basah kalian.

Krisis hari ini meski teruk bukannya kali pertama dalam sejarah.

Sistem kapitalis hanya akan jatuh jika ada alternatif lain. Tapi hari ini masih tiada alternatif yang boleh diguna pakai.

JIka ditanya dimana sistem Islamnya? Soalannya bukan dimana, tetapi mengapa tidak 'ada'?

Kassim Ahmad said...

Sdr Anon,
1. Gunakan akal anda; jangan pakai sentimen. Sistem kapitalis di Eropah dan A.S. sedang jatuh di depan mata, bukan mimpi.
2. Kata pepatah Melayu, "Patah tumbuh, hilang berganti." Vakum tidak boleh wujud.
3. Sistem Islam yang sebenar tidak akan lahir dari "Islam" yang korup. Ia wujud dalam alam kebenaran. Kebenaran itu Tuhan dan Dia wujud di mana-mana. Anda tentu akan terperanjat bila Islam sebenar lahir. Buka mata anda besar-besar dan anda akan nampak!