Wednesday, January 18, 2012

HAIRAN BIN ‘AJAIB: MEMBACA BUKU YANG SAMA,
PENGERTIAN BERBEZA-BEZA!


Oleh: Kassim Ahmad
18 Januari, 2012

Dalam pengalaman saya sebagai seorang pengarang, apa yang sangat menghairankan saya, lain pembaca, lain pengertiannya, atau seperti yang lazim dikatakan orang sekarang, persepsi lain daripada hakikat.
Apakah sebabnya?
Memang benar akal seseorang itu tidak sama. Ia bergantung kepada umur dan pengalaman. Ia bergantung kepada ilmu. Ia juga bergantung kepada disiplin fikiran pembaca itu. Seoran dewasa berumur, katalah 25 tahun, pemahamannya tentu lebih baik daripada seorang belia berumur 15 tahun. Lagi berumur kita dan lagi banyak pengalaman, apalagi dengan pembacaan yang luas dan disiplin fikiran yang ketat, seseorang pembaca akan mendapat pengertian yang maksimum dari teks yang dibacanya.
Saya amat senang dengan golongan yang ketiga. Apa yang hedak kita sampaikan boleh dikatakan diperoleh mereka 100% atau 99.9%. Tetapi saya menghadapi kesulitan dengan mereka yang tiada disiplin fikiran yang ketat. Apa yang saya tulis dihuraikan dan dikritik jauh daripada apa yang saya maksudkan. Ada kalanya mungkin saya tidak mengenengahkan maksud saya dengan baik: ayat yang panjang-panjang dan berbelit-belit pula.
Saya selalu mengelak tulisan seperti ini.
Bagi diri saya , apabila saya hendak mengulas sebuah tulisan, saya membacanya bukan sekali, tetapi berkali-kali sehingga saya berpuas hati saya telah memahami maksud penulisnya sepenuhnya. Sepenuh di sini bermaksud maksimum. Tiada pemahaman yang sempurna.
Tentunya pembaca terdiri dari pelbagai jurai ideologi, dari kanan hingga ke kiri. Pembaca atau penulis yang tiak boleh membebaskan dirinya dari sentimen dan prasangka idologinya, bukan seorang pembaca atau penulis yang baik. Seorang penulis mesti menulis perkara yang benar – dari segi fakta dan dari segi pandangan hidup.
Hidup kita mestu dipandu oleh sebuah pandangan hidup yang benar. Bila kita menulis, kita mesti kemukakan fakta, bukan prasangkan kita, dan fakta-fakta hendaklah dikemukakan dengan sepenuhnya. Tidak ada fakta yang kita sembunyikan atau kita putar-belitkan , kerana sentimen dan prasangka kita.
Sebagai contoh, pengaruh besar tamadun Islam-Arab dari abad ke-8 hingga ke-13 kepada gerakan Kebangkitan Eropah cuba dipadamkan oleh kebanyakan sejarawan Eropah, kecuali satu bilangan yang kecil. Ini dilakukan kerana sentimen dan prasangka Yahudi-Kristian mereka, yang pada dasarnya anti-Islam. Tetapi, seperti diterangkan dalam Quran, kebenaran itu kebal; ia tidak boleh ditutup selama-lamanya. Suatu hari pembohangan itu akan terdedah dan kebenaran akan terserlah dan akan dinobatkan.
Sebagai contoh lagi, pengalaman saya sendiri tentang pendirian saya tentang Hadis. Pandangan saya kritikal, bukan anti. Judul buku yang dimaksudkan itu jelas maknanya. Tetapi, ramai pembaca (ada ramai juga yang tidak membaca buku itu) mencap saya “anti-Hadis”. Inilah yang dipanggil persepsi: pemahaman yang menyalahi realiti!
Saya sedar kebanyakan orang Islam di Malaysia, atau di mana-mana, pegangan mereka terhadap Hadis amat kuat. Kita (khalifah Tuhan di Bumi) harus bersedia untuk membebaskan diri kita secara total dari pelbagai khurafat. Jika tidak, kita tidak akan dapat melaksanakan misi kita mentadbirkan dunia dengan sempurna.
Tentunya, kita tidak harus lupa ajaran Tuhan kepada kita bahawa ada tiga jenis manusia: mukmin, kafir dan munafik. Penjenisan ini mengikut jalur ideologi. Jadi, kita tidak harus hairan jika musuh kebenaran (kafir dan munafik) senantiada memutar-belitkan apa yang diutarakan oleh mukmin. Tetapi orang yang baik (yakni mukmin) harus berwaspada apabila mengulas sesuatu tulisan supaya kita tidak bersikap zalim terhadap penulisnya.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

6 comments:

arya said...

Approach kita pada seseorang atau pada sesuatu jarang bersifat adil kerana kita lebih kuat dikuasai oleh nafsu atau emosi.
Kalau kita suka pada sesorang atas apa sebab pun, kebaikannya kita akan perbesarkan,kalau tak ada kebaikan kita ada-adakan, keburukannya akan kita senyapkan.
Kalau kita tidak menyukai seseorang atas apa sebab pun,kebaikannya kita akan senyapkan
keburukanya kita akan perbesarkan, tak ada keburukan kita ada-adakan.
Begitu juga , mereka sudah mengecap Pak Kasim sebagai anti-hadis, mereka tidak berminat lagi mengubah approach berkenaan.

Kassim Ahmad said...

1. Cuba fikir, tidakkah tanggungjawab seseorang itu bercakap benar?
2. Saya ada banyak kawan yang berdiri teguh di samping saya. Jadi, saya tidak rugi kalau kebanyakan orang mencap saya "anti-Hadis".
3. Tetapi masyarakat akan tanggung akibat terlibat dalam fitnah ini. Pemimpin dan cerdik-pandai mesti mencegah kemungkaran.

Anonymous said...

Untuk mampu meleraikan sesuatu itu bukan saja bergantung kepada umur, pengalaman atau orientasi ideologinya tetapi juga pada cara seseorang itu menganalisis, mengupas dan membuat satu kesimpulan sementara kerana tiada satu jawapan silap atau benar yang mutlak akan terbit daripada proses memahami sesuatu isu yang bersifat komplek itu. Namun seseorang itu harus mengguna cara pemikiran saintifik walaupun ramai yang gemar mengguna cara bukan saintifik. Maka akan berlaku perbezaan pendapat dan pandangan mengikut kaedah saintifik atau bukan saintifik. Contohnya mengikut sains alam sejagat sudah berusia 13.7 bilion tahun dan mereka yang tidak mahu mengguna kaedah sains usia alam sejagat tidak dapat dipastikan, ada mengata sekian tahun dan ada yang mengatakan saorang pun tak tahu kecuali Tuhannya, walaupun dalam al -Quran tiada menyatakan hakikat usia alam universe yang tepat.
Jadi dalam banyak hal yang lain juga sesuatu realiti itu boleh dilihat dalam banyak perspektif yang akan membawa pelbagai persepsi tafsirannya. Maka itu banyak tafsiran baik bagi isu murtad, sembahyang, poligami, ibadat haji yang dan banyak lagi, malahan isu rukun Islam/rukun iman pun boleh jadi isu kerana ia tidak didaftarkan dalam Quran cuma para ulama dulu yang telah berjaya mendaftarkannya sebagai tiang agama Islam walaupun latar belakang kewujudan pembentukan tiang agama itu boleh diperdebatkan. Dan apabila diperdepatkan tiada kata sebulat mengenainya kerana mereka yang terlibat dalam hal ini berdasarkan kriteria, hujahan, data, sejarah yang berlainan dan mengguna cara pemikiran bukan sebagai seorang sarjana jujur, jadi siapa lebih pengaruh dan kuat dapat meyakinkan orang ramai yang lemah minda mereka.Realitinya majoriti kita mindanya lemah dan lebih rela jadi pengikut.Kita pun tak boleh paksa seseorang itu mengikut cara kita berhujah, cuma yang diberi kuasa seperti hakim atau polis akan memutuskan sama ada pendapat kita kita betul atau salah. Yang tak puas hati akan tetap terus membangkang dan diberi ruang yang terhad asalkan jangan terus mencabar lagi.

Juang said...

Salam,

Renungkan kembali kisah Nabi Ibrahim mengkritik amalan/kepercayaan tradisi kaumnya sendiri. Apakah Nabi Ibrahim mendapat tepukan gemuruh dan mendapat sokongan ramai?

Jika kaumnya tidak cepat melatah dan menurut emosi, pasti mereka boleh nampak kebenaran yang Nabi Ibrahim sampaikan. Tetapi ramai yang lebih selesa membutakan hati mereka dan berusaha memadamkan cahaya Allah. Maka Allah biarkan mereka bermain-main dalam kegelapan.

wan ahmadi jalil said...

Maknanya dihadapan kita ada perkataan Mukmin,Munafik dan kafir tetapi setiap diri hanya mengaku dirinya terdiri daripada golongan itu tetapi di sisi Tuhan mereka tidak tahu?.
Bertitik tolak daripada pemahaman yang berbeza terhadap istilah yang ada itu lahirlah pula bentuk-bentuk amalan yang meluas perbezaan diantara sesama mereka dalam agama itu.
Apa rasionalnya apabila sesama mereka menyalahkan pihak lain dan membenarkan dirinya sahaja.
"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu,maka jangan sekali-kali kamu termasuk orang yang ragu."
Tuhan memberi peringatan dan mengirimkan "hidayah" itu tetapi manusia memahaminya secara berbeza menurut kemahuan nafsu dan akal fikirannya.
Bolehkah dinyatakan begitu?.
Sekian wassalam.

Anonymous said...

Nabi Muhammad saw merupakan pemimpin orang2 mukmin yang menerima al-Quran, wahyu ALLAH itu dihimpunkan di dalam dada Nabi saw, bukan etakat itu sahaja, bahkan diberi kefahaman kepadanya tentang apa yang telah disampaikan kepada Baginda saw dangan jelas dan terang.Maka Baginda saw adalah manusia yang paling faham dan jelas pemahamannya tentang wahyu Tuhan ini. Ada pun kita dalam memahami al-Quran ini mesti tidak dapat tidak melihat tunjuk ajar dari Rasul yang menerima wahyu ini, bukan dengan akal semata2 seolah2 al-Quran ini kita dapat terus dari malaikat Jibril a.s, sahabat2 terdahulu cemerlang kerana mereka mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw, kemudian jalan itu terus terusan diikuti oleh orang2 selepas mereka. Sebagaimana kata tuan, menanggapi kitab ini perlu kepada disiplin ilmu yang ketat, maka menanggapi al-Quran mesti melalui ajaran Nabi saw, tidak boleh menyeleweng dari disiplin ini, jika ditanggapi dengan akal semata, dicampur dengan falsafah dan lain2 ideologi maka jadilah agama ini sebagaimana agama2 terdahulu, diimanai mengikut tanggapan masing2 dan hawa nafsu mereka sendiri. Kami berselawat kepada Nabi saw bukan sebagaimana orang2 Kristian mengagaung-agungkan Jesus, kami berselawat kepada Nabi saw sebagaimana patuhnya malaikat2 tunduk hormat kepada Adam a.s, berselawatnya kami adalah patuh dan taatnya kami pada tuntutan dari Tuhan kami yang Esa, Allah al-Wahid