Bersih 3.0 -- KAMU MAHU APA?
Oleh: Kassim Ahmad
2 Mei, 2012
Bilangan yang besar yang hadir
(dianggarkan minimum 20,000, maksimum 250,000) dalam perhimpunan aman untuk
menuntut pilihanraya bersih pada 28 April lalu, seperti yang diketahui, telah
berubah menjadi rusuhan yang ganas. Kebimbangan Naib-Pengerusi DAP, Tunku Abdul
Aziz, yang telah menyuarakan kebimbangannya tanpa takut kepada disiplin DAP telah
menjadi kenyataan.
Kita perlukan lebih ramai
pemimpin yang berani sepeti beliau. Tabik kepada beliau!
Penganjur-penganjur Bersih 3.0
berkokok menyifatkannya sebagai “Kuasa Rakyat”, dengan makna tersirat boleh menjatuhkan
Kerajaan yang ada, seperti yang telah berlaku di Asia Barat. Ia bertujuan untuk
menakutkan UMNO dan parti-parti bersekutu dalam Barisan Nasional.
Soalan-soalan
yang ingin saya kemukakan kepada penganjur Bersih 3.0 dan sekutunya seperti
berikut:-
(1) Bolehkah kamu
isytiharkan bahawa apa yang kamu lakuka itu diredai Tuhan? Bolehkah kamu
isytiharkan dakwa “Kuasa Rayat” itu boleh mengatasi kuasa Tuhan?
(2) Kalau kamu tidak boleh,
dan memang kamu tidak boleh, walapun kamu dapat sokongan kuasa-kuasa Barat,
bolehkah kamu jamin bahawa kamu boleh mentadbir dengan lebih baik, jika kamu
memegang tampuk pemeritahan negara?
(3) Tidakkah kamu tahu
bahwa sistem “sekat dan imbang” (check
and balance, kata Mat Salleh) Barat itu primitif dan membazir? Primitif,
kerana ia berdasarkan psikologi kebinatangan yang menyifatkan masyarakat
sebagai medan perang “semua lawan semua” failasuf Inggeris Thomas Hobbes (1588-1679)
dalam karyanya, Levithan,! Membazir,
kerana Tuhan beri kepada kita dua tangan lalu kita gunakan sebelah untuk
merosakkan kerja sebelah lagi!
(4) Tidakkah kamu melihat
di Barat sendiri sistem ini tidak boleh menjaminkan kebaikan, seperti yang
didakwa. Ia tidak menghalang kemunculan
kolonialisme dan imperialism Barat. Sekarang sistem Liberalisme Barat ini
sedang runtuh di depan mata kita! Kemuflisan negara dan kadar pengangguran yang
tinggi sedang menjadi-jadi di negara-negara Barat.
(5) Mengapa kamu tidak
berfikir untuk membuat suatu sistem pemerintahan yang lebih baik berdasarkan permuafakatan
besar semua parti politik di atas tonggak patriotism Malaysia untuk bekerjasama
untuk kebaikan? Bukankah ini yang dianjurkan
oleh prinsip keadilan yang konon kamu dukung?
Semua ini nyata sekali.
Mengapa kamu jadi buta? Jangan jadi pak turut Barat. Jangan fikir kamu kuat
kerana kamu telah berjaya mengumpul 250,000 rakyat Malaysia untuk
berdemonstrasi.
Tidak syak lagi, 54 tahun
kemerdekaan belum membolehkan kita mencapai kejayaan besar. Banyak keluarga
masih hidup di bawah paras kemiskinan. Kecermelangan rakyat Malaysia di
peringkat antarabangsa masih amat kurang. Tamadun baru Malaysia belum menonjol.
Jenayah-jenayah rasuah, pembaziran, skandal seks dan pembohongan oleh pihak berkuasa kerap berlaku. Harga
barang-barang keperluan melambung naik dalam masa dua tiga tahun ini. Ini semua
menyumbang kepada kemarahan rakyat sehingga mereka sanggup melupakan
kelemahan-kelemahan pihak pembangkang serta menaikkan mereka dalam pilihanraya
yang ke-12.
Cerdik-pandai kita perlu
tampil ke depan untuk mencetuskan idea-idea yang bernas untuk membaiki
sistem kita. Tidak ada sebab kita perlu
terus mengekori Barat, yang sedang pun runtuh.
Kepimpinan UMNO dan
sekutunya dalam Barisan Nasional hendaklah memimpin dengan adil dan bijaksana. Mereka
hendaklah berpegang teguh kepada prinsip. Jangan sekali-kali, kerana hendak
menang pilihanraya, mengkompromikan prinsip. Tuhan bersama mereka yang memimpin
dan memerintah dengan adil dan bijaksana, dan berpegang teguh kepada prinsip.
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas
Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
6 comments:
YA SAYA SETUJU DGN PENDAPAT DR. DEMI CITA-CITA BESAR BEBERAPA INDIVIDU YG TERLALU MIMPIKAN PUTRAJAYA PERISTIWA MALANG ITU TELAH TERJADI.
NEGARA KITA ADA CARANYA TERSENDIRI UNTUK MENJADI PEMERINTAH-- PETI UNDI- YAKINKAN MAJORITI BAHAWA KITA BERADA DI PIHAK YG BENAR, BUKANNYA BERARAK DAN MERUSUH DI JALAN RAYA.
SAYA NAMPAK, MUNGKIN DR KASSIM BOLEH SETUJU, BAHAWA BUKAN MELAYU MENJADI SEMAKIN BESAR KEPALA DAN TAK DENGAR KATA KINI, AKIBAT ADANYA MELAYU BANGSAT YG SANGGUP MENJADI GALANG GANTI, MENJADI PEMBELA. NON MELAYU SUDAH BERANI MENCERCA RAJA, AGAMA ISLAM, APA LAGI BEBERAPA PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN YG MEMIHAK KPD ORANG MELAYU, MENGAPA BEGITU?
DALAM PILIHAN RAYA LEPAS PRU12, CINA DAN INDIA TIDAK MENYOKONG KERAJAAN, HINGGAKAN TIDAK ADA WAKIL MEREKA DI PARLIMEN, NAMUN WAKIL MEREKA TETAP JUGA DILANTIK, MENGAPA BEGITU. CINA DAN INDIA MENOLAK, SEPATUTNYA TIADALAH WAKIL MEREKA DLM KERAJAAN, ITU YG MEREKA MAHU, TURUTKAN SAHAJALAH.
APA PANDANGAN DR KASSIM?
Nampaknya blog Tuan tidak mendapat respons yang menggalakkan. Lihat penghuraian tentang evolusi agama langsung tiada reaksi yang signifikan dan cerita pasal Bersih 3.0 kureng mendapat respons sedangkan blog/portal lain mendapat reaksi yang bertalu-talu. Kenapa agaknya?
BERSIH 3.0 Broke Many Glasses (Including A few Glass Ceilings)
BERSIH 3.0 Broke Many Glasses
(Including A Few Glass Ceilings)
M. Bakri Musa
www.bakrimusa.com
First of Two Parts: Seeing The Bright Side
(Next Week: Part Two: Lessons To Be Learned)
In the aftermath of the largest public demonstrations against the Barisan government, the officials’ obsession now turns to the exercise of apportioning blame and the associated inflicting of vengeance. Both are raw human reactions, but hardly enlightening, sophisticated, or even fruitful. Besides, there is plenty of blame to go around. I prefer to look at the bright side and on the lessons that can be learned.
BERSIH 3.0 clearly demonstrates that Malaysians no longer fear the state. In that regard we are a quantum leap ahead of the Egyptians under Mubarak, the Iraqis under Saddam, or the Chinese under Mao (or even today). When citizens are no longer afraid of the state, many wonderful things would follow. BERSIH is also the first successful multiracial mass movement in Malaysia. In a nation obsessed with and where every facet is defined by race, that is an achievement worthy of note. Another significant milestone, again not widely acknowledged, is that the movement is led by a woman who is neither Malay nor a Muslim. Ambiga Sreenevasan broke not one but three Malaysian glass ceilings!
On a sour note, BERSIH 3.0 revealed that Barisan leaders (and a few from the opposition) have yet to learn and accept the fundamental premise that dissent is an integral part of the democratic process, and expressing it through peaceful assembly a basic human right. At a more mundane level though no less important, the authorities’ performance in BERSIH 3.0 also exposed their woeful incompetence and negligence in basic crowd control.
In any mass rally you expect a minority to get carried away or be willfully indulging in criminal acts. It is the duty of the authorities to prevent and apprehend them, but not to use that as justification to treat as criminals the vast majority who are otherwise peaceful, or for the police to behave like criminals in responding.
kepada Anonymous 12.23 am. Bukan semua orang menulis untuk mencari populariti. Penulis seperti Pak Kassim mementingkan soal-soal yang lebih penting dalam hidup seperti soal-soal kemanusiaan, kemasyarakatan, falsafah, dan adat istiadat. Daripada penulisannya kita dapat lihat bahawa tujuan Pak Kassim menulis sebenarnya untuk mencari dan menjuangkan Kebenaran. Dan apakah ada soal yang lebih penting dalam kehidupan daripada Kebenaran?
Sejarah menunjukkan pejuang-pejuang Kebenaran tidak semestinya mendapat sokongan, malah kebiasaannya adalah sebaliknya - ia selalu mendapat tentangan hebat. Jadi, jangan kita anggap sesuatu yang mendapat sambutan yang baik itu lebih elok daripada sesuatu yang kurang popular. Jika populariti penentu kebenaran sesuatu, maka agama Kristian dan doktrin tritunggal yang didokonginyalah yang menentukan sama ada Tuhan itu Esa atau tidak!
Saudara tiada nama, jika sambutan hangat yang menentukan kewibawaan sesuatu, maka blog-blog selebritilah yang paling berwibawa dalam arena internet ini. Fikirlah.
Hakikatnya masyarakat lebih selesa menyokong idea-idea lama yang diwarisi turun temurun daripada mempersoal kesahihan idea-idea itu. Jangan kita kerana hendak mepertahankan tradisi terjerumus ke dalam lembah kebatilan. Aku tidak mengatakan bahawa apa yang ditulis Pak Kassim itu semuanya benar, tetapi bukankah persoalan-persoalan yang dikemukakannya itu penting?
Azfar
jika diberi kebebasan kepada pimpinan bersih untuk bercakap tantang tuntutan mereka dalam tv arus perdana, mungkin demonstrasi dapat dielakkan. buat lah ulangan tentang ucapan-ucapan mereka setiap hari, kemudian bandingkan dengan hujahan pihak yang tidak menyokong bersih. baru lah adil. sebahagian masyarakat di desa masih lagi menonton tv arus perdana( tv 1,2,3 ) sebagai santapan berita mereka saban hari. jika mereka selalu mendapat maklumat yang tidak tepat dan berat sebelah, itu macam mana pula?
Sesuatu perbuatan berpunca dari niat hati yang kotor, maka natijah perbuatan/perlakuan akan menjadi kotor dan jijik sekalipun namanya suci bersih.
Post a Comment