PERPADUAN MELAYU DAN
ISLAM –
SEKALI LAGI!
Oleh: Kassim Ahmad
28 Mei, 2012.
Baru-baru
ini Pas, melalui Musyidul ‘Amya, sekali lagi melontarkan idea dialog dengan
UMNO untuk mencari perpadua Melayu dan Islam. Idea ini boleh kita katakan sudah
basi, kerana terlalu banyak kali dikemukakan dan sekian banyak tidak tercapai,
kecuali waktu PAS di bawah pimpinan Datuk Mohd. Asri Muda, menaggotai B.N. dari
1973 hingga 1977.
Di dalam Pas
sendiri idea ini tidak dipersetuji. Ini membuktikan bahawa Pas tidak ditadbirkan
secara demokratik. Akibatnya, Mutsyidul ‘Amnya meletakkan syarat untuk dialog
itu, sehingga, mengikut laporan, beliau mahu UMNO menerima parti-parti dalam
Pakatan Rakyat sebagai rakan kongsi dalam pertadbiran.
Idea yang
akhir ini menarik, kerana jika semua parti politik dibawa masuk ke dalam
Kerajaan, sistem dwi-party yang kita warisi dari Barat akan bertukar. Saya akan
sentuh i perkara ini kemudian.
Perkara
pertama yang harus diingat dalam ideologi Pas sekarang: penolakan nasionalisme.
Bagi mereka, nasionalisme itu assbiyah atau perkauman. Inilah asas penolakan
mereka terhadap UMNO yang mengiktiraf nasionalisme.
Harus
diingat PAS sendiri berasal dari UMNO, ditubuhkan pada 1951. Ia telah melalui
tiga tahap ideologi: nasionalis-Islamis kiri dibawah pimpinan Dr. Burhanuddin
al-Hilmy; nasionalis-sederhana di bawah pimpinan Asri Muda; dan ketiga
teokrasi-Islam ala-Iran di bawah pimpinan Hadi Awang sekarang.
Hairan bin
ajaiab! Tidakkah pimpinan PAS sekarang tahu bahawa manusia dijadikan Tuhan
pelbagai bangsa? (Quran, 49: 13) Ini proses semula jadi. Inilah asas
negara-bangsa, 129 semuanya, termasuk negara kita Malaysia, yang menjadi
anggota P.B.B. sekarang.
Assabiah itu perkauman, menganggap
kaum kita lebih baik dari kaum lain, dan ini memang dilarang. Tetapi
mengiktiraf bangsa kita, dan hak-haknya
yang sah: itu bukan perkauman. Jadi, dari segi ini UMNO dan B.N. tidak
rasis, seperti yang didakwa sekarang oleh sesetengah orang yang jahil.
Berbalik
kepada soal perpaduan Melayu dan Islam, harus diingat bahwa perpaduan ini bukan
dengan tujuan untuk menindas suku-kaum lain di negara kita yang berbilang
bangsa. Kalau ini menjadi tujuan perpaduan itu, ia memang dilarang. Tetapi
kalau ia bertujuan untuk mempertahankan hak-hak suku-bangsa Melayu dan
masyarakat Islam yang sah, ini
memmang dituntut. Dari segi ini, semua suku-bangsa dan semua kumpulan agama di
negara kita ada hak itu dalam Perlembagaan, dan mereka ada hak untuk
mempertahankannya.
Jika
demikian halnya, logiklah dan menasabahlah kalau kita susun satu sistem
nasional kita sendiri, dan menolak sistem dwi-parti yang kita tiru dari Eropah.
Kita diberi Tuhan dua tangan: menasabahkah kalu kita gunakan sebelah tangan
untuk merosakkan kerja sebelah tangan lagi? Inilah yang berlaku dalam sistem
dwi-parti Kerajaan/Pembangkang ini. Ia mengakibatkan perpecahan dan melemahkan
masyarakat nasional kita. Kerajaan (sebagian dari masyarakat kita) menghabiskan
banyak masa untuk menentang Pembangkang, yang juga menghabiskan banyak masa
untuk menentang Kerajaan. Jadi, kita menentang sama sendiri! Ini sama sekali
tidak logik. Alasan untuk menegur, mengkritik dan membetulkan penyelewengan
tidak boleh dipakai, kerana ini boleh dilakukan dari dalam sistem jamak parti
itu sendiri dan oleh masyarakat madani di luar.
Sistem
dwi-parti di Barat sendnri tidak berjaya menghapuskan penyelewengan, seperti
penjajahan bentuk lama dan baru. Lihat Palestin, Iraq, Afghanistan dan banyak lagi
contoh ketidakadilan yang berlaku daam dunia sekarang. Di Barat sendiri sistem
ini sedang runtuh. Mengapa kita pula yang ghairah hendak mewujudkan sistem itu
di negara kita?
Kita harus
susn satu sistem pemerintah yang lebih sesuai dengan tradisi tamadun Timur,
iaitu bermuafakat untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Banyak
parti, mewakili pelbagai jurai etnik dan ideologi, boleh wujud, tetapi mereka
harus wujud dalam suatu permuafakatan besar berdasarkan patriotisme Malaysia. Individu, kumpulan dan parti yang bertindak
secara konsisten, apalagi secara perundangan yang termaktub dalam perlembangaan
mereka, harus dikecam, disingkirkan dan dihukum dengan setimpal, malah diharamkan.
Inilah
sistem yang harus kita susun. Mengapa tidak boleh kita buat demikan?
KASSIM AHAMD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau
www.kassimahmad. blogspot.com
4 comments:
Are we all not god's creation? Therefore to discriminate is against god's teaching. Of course the person benefiting from the discrimination will favour it and defend it at all cost even ti the extent of declaring it acceptable in the eyes of god.
You ask us to read the quran so tell me where in the quran is discrimination allowed on any grounds??
Teori baruke mengapply 'patriotisme Malaysia' untuk kes Malaysia? Elit Melayu dah sebat banyak kekayaan negara bersama rakan bersamanya geng kapitalis Cina/India/Asing lalu projek rakus mereka sedang dicabar dan mereka kecut lalumembangkitkan 'perpauan Melayu /Mamak/Islam' bagi menyembunyikan kerakusan mereka dan untuk membodohkan yang 'perpaduan Melayu/Mamak/Islam' boleh menjadi terapi kepada masalah buruk tadbir urus negara.
Negara kita sejak 1963 adalah negara Malaysia, bukan lagi negara Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu. Penduduknya terdiri drp banyak etnik meskipun 60% drpnya adalah bani Melayu.Kaum bani Melayu dah dibantu banyak tetapi kepimpinan urus tadbir bani Melayu selama 52 tahun tidak bawa mereka ke mana malah mereka terperangkap dalam ketakutan yang bani Cina akan baham mereka satu hari nanti. Dari dulu bani Melayu tidak bersatu, dulu PKMM/PUTERA lawan UMNO yang bekerjasama dengan penjajah. Kini ada PAS yang tak mungkin dalam masa terdekat boleh bersatu dengan UMNO. Dulu Dato Onn kata golongan Melayu beragam Islam di Bulit Gantang sebelum membetuk PAS adalah golongan merah atau komunis. Mereka tak boleh bersatu tapi boleh bersatu atas nama agama, bukan politik.
Salam,
So what about people who get higher salary than us? Is it not discrimination too digit?
Pada pendapat saya Pas kini diterajui oleh kalangan pemimpin yang tahap rasional mereka sudah menyeleweng.
Post a Comment