SEMBAHYANG: TUJUAN & WAKTU-WAKTUNYA
Oleh: Kassim Ahmad
26 Januari, 2012
Seorang hamba Allah bertanya saya tentang waktu-waktu sembahyang
(sejak kita dilanda “kebangkitan semula Islam”, istilah Arab salat digunakan), saya mula-mula mahu
menjawab, “Jangan tanya tentang perkara-perkara kecil!” Tetapi, saya jawab:
“Lima.”
Sebenarnya sembahyang itu bukan
tiang agama, seperti yang diktakan dalam sebuah hadis. Buktinya Quran, Surah
107; di sini Tuhan mengutuk mereka yang bersembayang, tetapi tidak ikhlas.
Mereka kasar kepada anak yatim. Mereka
tidak memberi makan kepada fakir-miskin. Mereka melarang bersedekah. Mereka
sembahyang untuk menunjuk-nunjuk.
Tiang agama itu tauhid. Tauhid itu beriman
kepada Tuhan Yang Esa semata-mata dan memohan pertolongan kepada Tuhan yang Esa
semata-mata. Tiada pegangan tauhid, segala amal-ibadah batal!
Namun demikian, tujuan sembahyang
itu menjauhkan diri seseorang daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. (Quran,
29: 45) Juga sembahyang dilakukan pada
waktu-waktu tertentu (Quran, 4: 103), iaitu pada lima waktu yang akan kita
tunjukkan.
Diperturunkan di sini ayat-ayat yang menunjuk kepada waktu-waktu sembahyang.
Surah 17, ayat 78, di antara surah yang diturunkan awal di Mekah, menyebut
kelima-lima waktu itu. Zuhur, ‘asar, maghrib, ‘aisya dan subuh. Surah 2, ayat
238 menyuruh kita menjaga sembaynag kita, khasnya sembahyang pertengahan (Ar. wusta),
yakni ‘asar. Surah 11, ayat 114 menyebut “pada dua hujung siang” (iaitu subuh,
zuhur dan ‘asar) dan pada awal malam (iaitu maghrib dan ‘aisya.
Selanjutnya,
perkataan ‘Arab salat (sembahyang), zikr
(ingatan kepada Tuhan) dan sabbaha (puja Tuhan) mempunyai makna yang sama dengan
sembahyang. Oleh yang demikian, sembahyang, mengingati Tuhan dan memuja-Nya itu
bentuk-bentuk penyembahan kepada Tuhan Yang Esa.
6 comments:
Setuju dengan Pak Kassim Tauhid adalah asas (foundation) keimanan. Saya juga setuju penggunaan 'tiang agama' merujuk kepada solat. Tauhid bukan 'tiang agama' kerana ia mendahului perintah solat. Tauhid lebih penting dari solat jadi lebih cocok digelar 'tapak agama'. Ibarat hendak membina rumah maka wajib di atas tapak yang kukuh/kuat, kalau tidak rumah itu bisa runtuh (collapse). Jika rumah runtuh maka tiang, dinding, pintu/tingkap dan atap tidak berguna (sia-sia).
Tlg tnjukkan ayat quran yg menerangkan bagaimana mengerjakan solat..
1. Sembahyang itu kita warisi dari ajaran Nabi Ibrahim.
2. Manusia di zaman Nabi Muhammad umpama keluaran universiti, sedangkan di zaman Nabi Ibrahim kita baru masuk sekolah rendah. Perincian semua ibadah diajar pada masa itu. Apabila kita masuk universiti, perinciannya tidak diajar lagi: kita sudah belajar!
3. Tuhan mengajar kita supaya jangan bertengkar mengenai kaedah. Lihat Quran, 22: 67.
4. Mendewa-dewakan Muhammad atau mana-mana pemimpin lain satu kesalahan besar.
Tambahan: Insya Allah, saya sanggup berdebat dengan sesiapa juga.
Benar sebagaimana kenyataan Pak Kassim bahwa semua rukun Islam telah pun dipraktikan sejak zaman Nabi Ibrahim dan Nabi-Nabi selepasNya. Amalan ibadah orang Islam masa kini adalah diwarisi daripada Nabi Ibrahim turun temurun. Sebenarnya sejak Nabi Ibrahim lah perkataan 'Islam' bererti orang-orang yang tunduk, patuh, menyerah kepada Allah, telah diperggunakan.
boleh tak tuan bagi contoh solat step by step dan apakah ayat ayat yg perlu dibaca.
tuan boleh tulis di blog tuan ni, saya percaya ramai yg nak tau.
saya ada baca dari website bahasa inggeris, tapi tak berapa faham.
terima kasih.
Post a Comment