Monday, June 25, 2012

40 PRINSIP HIDUP



40 PRINSIP HIDUP 

[Saya telah merumuskan perintah-perintah Tuhan kepada 40 prinsip dan menyusunnya mengikut tertib keutamaan yang ditunjukkan oelh Tuhan Sendiri. Tujuan saya untuk membolehkan orang muslim dengan mudah mengatur kehidupan mereka mengikut acuan ini. Nombor-nombor dalam kurungan merujuk kepada Surah dan ayat dalam Quran. – K.A.]

1. Berimanlah kepada Tuhan Yang Esa, lakukan kebaikan dan bertawaklah kepada-Nya. (2: 62, 112; 11: 123);
2. Sembah Tuhan saja dan jangan sekutukan Dia dengan sesiapa atau apa-apa pun. (17: 22-23);
3. Hormatilah dan muliakan kedua-dua ibu-bapa. (17: 23-24);
4. Serukan kebaikan dan larang kejahatan. (3:104);
5. Cintailah Tuhan lebih daripada segala-galanya dan berjuanglah di jalan-Nya, yakni di jalan keadilan dan kebenaran, dengan harta-benda dan  jiwa-raga, dan jangan takut kepada manusia, tetapi takutilah Dia. (4: 75; 9: 111; 5: 44; 33: 37, 39);
6. Lakukan sembahyang dan ibadah-ibadah lain tanpa bertengkar tentang kaedah, keluarkan zakat dan ingatlah Tuhan selalu. (98: 5; 22: 67; 29: 45);  
7. Bertindal adil, jangan lakukan kejahatan, dan hukumlah mengikut undang-undang Ilahi, yakni berdasarkan keadilan dan kerahiman. (4: 58, 135; 5: 8; 7: 28-29; 5: 44);
8. Ta'atilah pemimpin yang adil, hormati, muliakan, tetapi jangan dewa-dewakan mereka. Pemimpin mesti menjaga kebajikan pengikut, serta memberi semangat kepada mereka. (4: 59; 33: 56; 9: 30-31: 9: 103);
9. Jadilah insan yang aktif, dinamik, kreatif dan berani. (2: 30-34; 4: 75-77; 15: 28-30);
10. Amalkan sikap rendah diri, jangan besarkan diri dan angan sombong. (2: 54; 25: 43; 17: 37).
11. Beri salam kepada semua orang, layani semua dengan baik, dan jangan gunakana bahasa kesat. (4: 86; 2: 83; 4:148);
12. Pegang teguh kepada prinsip, jangan taksub kepada kaedah. (2: 67-71, 142; 3: 103; 5: 54; 22: 67);
13. Utamakan perhitungan moral, tetapi jangan abaikan kepentingan material yang sah. (28: 77);
14. Selamatkan nyawa, jangan bunuh kecuali pada jalan keadilan. (17: 33);
15. Jangan bunuh kerana takukan kemiskinan. (17: 31);
16. Jangan amalkan riba, amalkan sedekah. (2: 275-80)
17. Handaklah kamu berlaku jujur dan saksama dalam semua urusan kewangan dan ekonomi. (6: 152);
18. Amalkan kaedah perundingan untuk menyelesaikan semua masalah. (3: 159; 42: 38);
19. Jangan terima maklumat yang tidak sahih. (17: 36);
20. Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik. (39: 18);
21. Bacalah untuk mengetahui, tetapi bacalah dengan kritikal. (96: 1-5)
22. Bersatu dan jangan berpecah-belah. (3: 103)
23. Tunaikan janji. (17: 34);
24. Jangan tumbuk rusuk. (2; 188);
25. Jangan makan harta anak-yatim. (17: 34);
26. Jangan boros dan bazir, tetapi jangan bakhil. (17: 26-29);
27. Bersedekahlah kepada kaum-keluarga, fakir-miskin, dan di jalan kebaikan. (9: 60; 17: 26);
28. Jangan ceroboh, dan pertahankan diri dari pencerobohan. (7: 33; 42: 39);
29. Perdamaikan saudara semukmin yang bersengketa, elak daripada syak-wasangka, intip-mengintip dan kata-mengata antara satu sama lain. (49: 9-10, 12);
30. Tekun melakukan pekerjaan yang baik dan jangan takut menghadapi kesulitan dan kesusahan. Kejayan datang selepas kesusahan. (2: 45, 177; 94: 5-8);
31. Gunakan akal dan ambil iktibar dari sejarah untuk melaksanakan perintah-perintah Tuhan. (7: 179; 8: 22; 10: 100; 12: 111; 3: 137);
32. Bercakap benar, jangan bohong, walaupun muslihat dibenarkan terhadap musuh. (8: 7-8; 25: 72; 33: 70; 12: 70-81);
33. Kahwini orang mukmin, jangan kahwini orang kafir, dan jangan berzina. (5: 5; 30: 21; 17: 32);
34. Bekerjasama di jalan kebaikan, jangan bekerjasam di jalan kejahatan. (5: 2);
35. Makanlah dan minumlah dengan sederhana. (7: 31);
36. Jangan minum arak atau berjudi. (2: 219);
37. Pakailah pakaian yang sopan. (24: 30-31);
38. Jadilah seorang pengampun dan pema'af. (42: 40, 43);
39. Jangan persenda dan perolok-olok satu sama lain. (49: 11);
40. Jangan tanya tentang perkara-perkara kecil dan tidak berfaedah. (2: 67-71; 5: 101-2; 22-67).
 
                                                                    *****




7 comments:

Anonymous said...

di mana ayat-ayat al quran berkaitan rasul?

wan ahmadi jalil said...

Kassim Ahmad @ persoalan hadis adalah isu yang sudah lapuk,bagaimana reaksi tuan?.
Terimakasih

Kassim Ahmad said...

1. Tt rasul, lihat P8.
2. Apa maksud anda persoalan Hadis lapuk? Kebanyakan umat Islam berpegang kuat pada Hadis. Sedarilah bahawa sejarah menunjukkan Hadis hanya timbul setelah 250 tahun Nabi Muahammad wafat, selepas Imam Shafi'e membuat doktrin baru mewajibkan Hadis! Sebelum ini hanya Quran yang wajib dipegang. Sunnah sahih seperti Piagam Madinah boleh dijadikan presiden atau tauladan.

moya said...

Hadith ni orang kata org tu cakap yang nabi sabda. Orang yg hidup se zaman nabi yg di kabarkan punca pertama, yg kita gelar sahabat2 nabi. Sebagai org yg percaya 100% akan Alquran, kita kena lihat perangai 'sahabat2' nabi ini, dari perspektif sahabat2 yang sama ada disisi nabi semasa itu. Sebagai contoh, Abu Hurairah, dia cuma bersama nabi selama 4 bulan, dan buta huruf pula, tapi hadith reported by Bukhari, dari abu hurairah yg terbanyak. Abu hurairah pernah di pukul belakang beliau oleh Omar sampai berdarah kerana dia banyak cakap quoting the prophet. I personally 'blank' my brain cells whenever anybody quoting hadith from abu hurairah. This will encourage me to get closer to quran.

Moya

Kassim Ahmad said...

1. Jangan lupa Hadis tidak wujud kecuali selepas 250 tahun Nabi wafat!
2. Imam Shafi'e yang menyebabkan timbulnya Hadis selepas beliau membuat doktrin baru menyatakan Hadis wajib dengan menyalah-tafsirkan 4: 59.

Hanizul said...

Macam mana pula tuan sembahyang? apa rujukkan tuan?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.