KEDANGKALAN DAN FITNAH:
KEKELIRUAN UMAT MELAYU-ISLAM
Oleh: Kassim Ahmad
23
gos,
2012-08-23
Saya terkejut membaca apa yang
dinyatakan oleh Mufi Perlis, Dr. Juanda Jaya, Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Zakaria dan juga Haji Ahmad Naka’ie bahawa saya pengikut mendiang Dr. Rashad
Khalifa dan menolak semua Hadis. Saya juga dikaitkan dengan Osman Ali yang
menghasilkan tafsir “Bacaan”.
Hairannya mereka merujuk kepada
semua buku saya, termasuk buku terbaru, Islamic
Renaissance” (2012: Amerika Syarikat), yang, insya Allah, akan diterbitkan
di Malaysia dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu dengan satu kata
pengantar oleh Dr. Chandra Muzaffar.
Namun demikian, rujukan mereka
terhadap buku-buku itu, nampaknya, tidak bermakna mereka telah membaca
buku-buku itu. Buku-buku itu dengan jelas menunjukkan saya bukan pengikut taksub
Dr. Rashad Khalifa dan saya bukan “anti-Hadis”, seperti yang mereka cop saya.
Itulah sebabnya saya menjudulkan esei ini “Kedangkalan dan Fitnah: Kekeliruan
Uman Melayu-Islam”
Kalau hal ini dinyatakan oleh orang
biasa, yang boleh kita sifatkan sebagai pak turut, saya tidak hairan. Tetapi
ini dinyatakan oleh tokok-tokoh agamawan yang tahu dan patut tahu.
Apa sudah jadi? Sudahlah pemahaman dangkal, buat fitnah lagi!
Satu kekeliruan dan tragedi yang besar!
Ini membuktikan kebanyakan orang
tidak membaca dengan teliti apa yang tertulis. Apa yang mereka baca itu
prasangka mereka. Lihat apa yang terjadi dalam sejarah umat Islam.
Kumpulan-kumpulan rasmi Hadis (Bukhari, Muslim dan lain-lain) tidak muncul
sehingga 200-250 tahun setelah Nabi wafat! Di antara kewafatan Nabi dan
kemunculan buku-buku rasmi Hadis, apa yang berlaku? Tiada apa. Nol. Kosong.
Nabi Muhammad tidak tahu-menahui dan tidak bertanggungjawab terhadaap
kemunculan Hadis. Lalu pereka-pereka Hadis berdusta mengatakan beliau
menginggalkan dua perkara, “ Kitab Allah dan Hadisku”.
Apabila kita mengkaji dengan lebih
teliti, kita dapati tokok perundangan Islam, Imam Besar Shafi’e, menafsirkan
ayat 4: 59 secara sabjektif dengan mendakwa bahawa “taat kepada Allah” bermakna
berpegang kepada Quran dam “taat kepada rasul” bermakna berpegang kepada Hadis!
Setelah beliau membuat doktrin baru ini, barulah pengumpul-pengumpul Hadis
muncul. Hari ini kita dapati daki Hadis ini sudah terlalu tebal; tidak dapat
dikikis dalam masa sehari, malah sedekad pun!
Hadis sudah membayangi pemahaman kita
terhadap Quran. Bolehlah kita katakan Quran tertutup bagi kita. Lalu kita
menjadi keliru. Kita berbalah tentang negara Islam, tentang hukum hudud (tidak ada hukum hudud dalam Quran), dan
tentang berbagai hal lagi.
Bolehkah kita mengatasi kekeliruan
ini? Jawabnya, boleh! “Dengar semua pendapat. Ikut yang paling baik.” (Quran, 39:
18) Dengan kita mendengar dan menganalisis semua pendapat dalam masyarakat
kita, kita akan tahu yang mana satu pendapat yang paling baik. Sejak munculnya
kasta paderi dalam masyarakat Islam (“ulama”, yang kita tiru dari agama-agama
Kristian dan Hindu) mereka (“ulama” ini: budak-budak nakal menggelar
mereka “ular dalam semak”!) jadi
diktator, mentafsirkan agama bagi rakyat.
Sesat di hujung jalan, balik ke
pangkal jalan, kata pepatah Melayu. Pangkal jalan kita Nabi Muhammad dan empat
kahlifan rasyidun. Mereka berpegang kepada Quran dan contoh-contoh Nabi yang
sahih, seperti Perjanjian Hudaibiyah, Piagam Madinah dan beberapa dokumen lain. Mereka letakkan Quran di
atas sekali (tiada kitab suci yang boleh
disamakan dengan atau mengatasi Quran) dan sumber-sumber lain, termasuk falsafah,
teologi, sejarah dan sains, terletak pada
kedudukan kedua.
-------------------------------
-------------------------------
KASSIM AHMAD
seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
9 comments:
Syabas Pak Kassim.Saya "tabek" ketabahan anda
"melawan arus"menghadapi mereka yg enggan berfikir secara kritikal. (S 39 :18 )
Salam pak kassim
Kalau pak kasim anti hadis sekalipun apa salahnya...
Ini kerana ajaran dlm Quran adalah diwarisi dari Nabi Ibrahim...
Tetapi Nabi Muhammad mewarisinya melalui wahyu...
Orang yg tak tahu sahaja yg anggapnya salah...
Jangan keliru, tokoh2 agamawan tidak semestinya orang yang pandai...
Aper yang pandai kalau nak menjustifikasikan hukum secara terus dari al-Quran pun tak berani - takut, malah mungkin tak tahu pun...
salam Pak Kassim,
Q9:31 "Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah,....
Ayat diatas ditujukan kepada kaum Yahudi dan Nasara tetapi ia adalah pengajaran buat kita.
Mengapakah Allah menuduh kaum Yahudi dan Nasara mengambil paderi2dan rahib2 mereka sebagai Tuhan? Sedangkan kita tahu bahawa mereka ini (Yahudi dan Nasara) tidak menyembahpun paderi2 dan rahib2 mereka. Sebaliknya kaum Yahudi menyembah Tuhan/Yahweh dam Nasara menyebah Tuhan/Jesus. Jadi mengapa Allah mengatakan mereka ini mengambil paderi2 dan rahib2 mereka sebagai Tuhan? Ini adalah kerana mereka telah mengambil ajaran2/kata2/petunjuk2/rujukan2dan kitab2 paderi dan rahib mereka melebihi dari ajaran2/kata2/petunjuk2/rujukan2 dari Kitab Allah.
Cuba kita bandingkan diri kita dengan kaum Yahudi dan Nasara, adakah perbezaannya atau kita pun sama saja.
t.kasih
mikat
1. Saya bukan "anti-Hadis" kerana Nabi Muhammad juga meninggalkan dokumen-dokumen yang beliau tulis sendiri, seperti Perjanjian Hudaibiyah, Piagam Madinah, dll.
2. Quran itu kalimah Tuhan ("kalimat'ul-Rabbik") dan Piagam Madina ijtihad Nabi Muhammad
sebenarnya saya amat sedih bila membaca tulisan tuan haji. benar lah rupanya dengan memakai perkataan seperti ulama dan menggunakan platform agama, berduyun duyun la golongan ini mencari nama, populariti dan kuasa.
semoga allah melaknati mereka ini.
Pak Kassim, orang Melayu jangan taksub dengan ugama yang dibawa oleh orang Arab ini. Seperti ustaz saya kata ambil apa yang baik kerana banyak yang tak masuk akal bagi kita orang Melayu.
Seperti pergaduhan Sunni dan Shiite pembunuhan Ali dengan kejam ustaz hanya ketawa geleng kepala. tapi itu hakikatnya. Islam pun ada dua di Arab saling benci membenci dan bunuh membunuh hingga hari ini seperti di Syria.
Jadi kita orang Melayu perlu mengekalkan budaya Melayu, cara hidup dan pemikiran Melayu seperti yang diterdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
Orang Melayu itu berugama Islam tapi mengamalkan cara hidup orang Melayu. Bermakna kita memertabakan bahasa Melayu bukan bahasa Arab. Bermakna kita bersopan santun dan lemah lembut berbahasa.
Ambil yang asas seperti keadilan, perbankan islam/melayu dan sebagainya.
Hudud perundangan cara hidup Arab tidak sesuai dengan orang Melayu. Begitu juga tudung tidak terdapat dalam Alquran tapi budaya Arab.
Wassalam.
Alhamdulillah. Piagam Madinah antara hadis-hadis Nabi yang paling sahih. Para pengunjung bolehlah membaca Nota Pendek Piagam Madinah.
Pak Kassim
Saya dah banyak kali baca buku Pak Kassim HSPS. Penulisan Pak Kassim dalam buku telah mendorong saya untuk mencari kebenaran dalam agama yang saya warisi dari keluarga saya ini. Namun begitu keyakinan yang telah ditanam sejak kecil oleh guru-guru agama semasa bersekolah dulu menjadikan saya keliru apabila Majlis Faktwa mengharamkan membacabuku Pak Kassim. Larangan ini saya anggap penyekatan kepada perkembangan pemikiran manusia dan mendorong saya untuk terus mencari kebenaran. Saya amat berharap dapat berjumpa dan menemani Pak Kassim bagi saya mendalami penulisan Pak Kassim di dalam HSPS. Terdapat kelebihan di dalam penulisan itu, terutama keadaan politik hari ini yang menajdi perbalahan adalah di atas isu-isu yang bukan isu pokok.
Saya tinggal di Sungai Petani dan sangat-sangat hendak berjumpa Pak Kassim (orang yang amat saya hormati)melalui perjuangan Pak Kassim dan penulisan Pak Kassim. Kalau di izinkan Allah hajat saya sejak 30 tahun dahulu, kita akan dapat berjumpa. Saya berharap Pak Kassim sudi berjumpa saya
Agree to disagree menjadi rencah dlm kehidupan yang deennya/cara hidupnya adalah Islam=beramandamai.
**Probacaan.
Post a Comment