Wednesday, August 29, 2012

RANCANGAN MENGHAPUSKAN KEMISKINAN



Bolehkah kemiskinan dihapuskan? Sesetengah cerdik-pandai menyatakan, ‘Tidak’. Sebab itu, hujah mereka, dalam  sistem sosio-ekonomi Islam, cukai zakat dikenakan sekian peratus ke atas kelebihan pendapatan untuk dipulangkan kepada fakir-miskin. Saya tidak beresetuju dengan pendapat ini. Sistem Islam bertujuan mencipatkan sebuah dunia adil.
Di bawah disiarkan surat saya kepada Perdana Menteri Malaysia tentang tajuk
ini – K.A.  

1504 Jalan Kulim Height 3,Kulim Golf & Country Resort,
09000 Kulim, Kedah, Malaysia. TEL. 604-4031871. FAKS. 604-4080035
TB 012-4291152

Dafar A. R
17 Ogos, 2012.

Yang Amat Berhormat

Dato’  Sri Najib  Abdul Razak,

Perdana Menteri Malayisa,

Blok Utama, Bangunan Perdana Putera,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502  Putrajaya.

Tuan Perdana Menteri,
Menghapuskan Kemiskinan di Malaysia

            Dengan hormatnya, saya ingin mengemukakan rancangan untuk menghapuskan kemiskinanan di negara kita.
            Kemiskinan satu daripada tiga malang besar, diikuti dengan kejahilan dan kebodohan, yang dideritai oleh masyarakat manusia, termasuk masyarakat kita. Selepas 55 tahun merdeka, malang besar ini masih berada di tengah-tengah kita, tiap minggu ditunjuk dalam t.v. kita. Kita mesti menghapuskannya dengan segera.
            Saya harap Tuan akan memberi perhatian berat kepadaanya. Rancangan diperturunkan di bawah.

Rancangan Menghapuskan Kemiskinan di Malaysia
Dalam Masa  Setahun 

Nota:  Warganegara Malaysia sekarang 26 juta. Berdasarkan lima orang sekeluarga, kita ada 5.2 juta keluaraga. Jika hetong panjang kita ada  3,000 keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan, dan kita memperuntukkan RM 7,000 [1] untuk sebuah keluarga miskin, kita memerlukan RM 7,000x3,000x13 buah negeri untuk menghapuskan kemiskinan di negara kita. Jumlah peruntukan ini hanya RM 273 juta. Jumlah ini, berbanding dengan peruntukan kepada  perkhidmatan sosial (5.9%) dalam Bajet 2012 (RM 230.8 bilion) berjumlah RM 13.8 bilion.  Angka ini jauh lebih besar daripada angka yang kami unjurkan. Oleh yang demikian,  mengapakah  kita belum berjaya menghapuskan kemiskinan?
            Jika kita gandakan unjuran ini, jumlahnya (RM 546 juta) masih rendah.
            Di bawah bajet kami untuk menghapuskan kemiskinan:- 
A.      Perbelanjaan                                      RM 273,000,000.00

1.      3000xRM7,000x13: RM 273,000,000
2.      Lain-lain:                         000,000,000
---------------------
JUMLAH                                                                                             273,000,000.00
                                                                                                          ===============

B.      Pendapatan                                            273,000,000.00

1.      Daripada Kerajaan Pusat:  RM 136,500,000
2.      Daripada  Kerajaan Negeri:      136,500,000
3.      Daripada lain-lain                     000,000,000
               ---------------------
            JUMLAH                                                                                 273,000,000.00
                                                                                                             ===============

*****
            Sekian dimaklumkan.
            Selamat Hari Raya
          Dengan salam takzim,
         Tt ……………………
             (Kassim Ahmad)


[1] Jumlah ini untuk membiayai keluarga miskin itu menyewa tapak rumah, membuat sebuah rumah kayu dan tiga bulan sara hidup. Pemberian ini mesti dikelolakan dan dipantau oleh pihak berkuasa, termasuk pekerjaan yang boleh dilakukan oleh keluarga miskin untuk keluar dari kemiskinan.

3 comments:

Anonymous said...

Pak Kassim
OK diberi RM7,000 pada setiap isi keluarga. Wang itu akan habis diguna untuk melangsaikan hutang kereta, rumah, belanja menaikkan taraf hidup seperti belanja komunikasi, perabot rumah, pengangkutan. Isi keluarga balik pada tahap asal iaitu memperolehi pendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan saban hari kos sara hidup termasuk harga barang keperluan duk naik baik di kota mahupun di desa, wal hasil balik ke tahap miskin walaupun baru nikmat habuan RM7,000 one-off.Macam 3 juta rakyat dapat RM500 one-off, mereka kembali bergelut nak hidup selesa seperti nak hidup dalam rumah 4 bilik, boleh hantar anak ke universiti dan mempunyai 2 buah kereta,tapi tak mungkin dapat direalisasikan.
Jadi saranan Pak Kassim itu kureng meyakinkan. Menyelesaikan soal kemiskinan melibatkan soal perubahan struktur dan ia memerlukan satu tindakan drastik dan memerlukan masa yang lama untuk menjayakan.
Lihat negara Arab/Islam yang kaya dengan minyak tetapi dikuasai oleh kapitalis tempatan dan AS, majoriti rakyatnta hidup dalam relatif kemiskinan. Sekiranya rakyatnya diberi RM 1 juta one-off tak lama kemudian rakyat majoriti akan jatuh miskin seperti asal.

Kassim Ahmad said...

Tuan tidak baca dengan teliti. Cuba lihat nota 1. Selalu baca dengan teliti. Jangan gopoh hendak kritik saja. Ini perangai tak bagus.

Kassim Ahmad said...

1. Sekarang tuan baru tahu.
2. Mengapa tak mengaku salah dan minta maaf? Ego besar?