Saturday, September 15, 2012

PROVOKASI TERHADAP ISLAM




PROVOKASI TERHADAP ISLAM
Oleh: Kassim Ahmad
15 September, 2012

            Masyarakat Barat, atas nama kebebasan bersuara, telah membuat fitnah dan cercaan keji terhadap Islam dengan menyiarkan sebuah filem bertajuk Innocence of Muslims yang mengandungi satu pembohongan besar kaum Yahudi terhadap Nabi Muhammad. Ini sama sekali tidak boleh diterima, dan yang bertanggungjawab patut dikutut keras dan ditahan. Ajaibnya ini tidak berlaku. Reaksi spontan dan emosional di Dunia Arab telah menyebabkan Duta Besar A.S. di Libya terbunuh dan kedutaan-kedutaan A.S. dan Jerman diserang oleh penunjuk-penunjuk perasaan.
            Televisyen CNN mengutuk tunjuk-tunjuk perasaan di Mesir dan mengugut apakah A.S. patut menurunkan tahap perhubungannya dengan negara itu! Keangkuhan Polis Dunia!
            Sudah sampai masanya kita mengoyak-rabakkan tabir kebohongan besar A.S dan Eropah, kecuali segelintir sejarawan mereka yang saksama, tentang peranan tamadun Islam awal sebagai guru kepada Eropah (Robert Briffault, The Making of Humanity, 1919 dan G. Sarton, A History of Science, Jil. I, 1970); Eropah pada zaman itu baru keluar dari Zaman Gelapnya. 
            Juga sudah sampai masanya kita mengisytiharkan keruntuhan sistem Neo-Liberalisme tidak lama lagi. Sistem Marxis-Komunis runtuh pada 1998-2001 di Rusia dan China dan balik belayar dalam tongkat besar Neo-Liberal yang sedang karam!
            Eropah dan A.S itu muflis. Greece, Sepanyol, Ireland muflis. A.S. negara  yang hutangnya meningkat trilion dolar!
            Sarjana dan cendekiawan Islam tidak perlu bersikap apologetik terhadap tamadun Barat. Mereka yang perlu meminta maaf kepada kita kerana mereka yang telah membuat provokasi dengan mencerca Nabi Muhammad.
            Namun demikian, kita perlu menjawab secara rasional dengan fakta tentang fitnah mereka. Kita tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan. Sebalinya, merekalah yang telah menyembunyikan banyak perkara, dari doktrin Majlis Gereja Nicene pada 325 T.M. (yang menentukan doktrin kufur Tritunggal sebagai teologi Kristian) hingga zaman sekarang.
            Ideologi kebebasan Neo-Liberalisme itu mengandungi kontradiksi dalaman. Individu itu pasangan dari kolektif. Mana boleh individu bebas dari kolektif?   
            Seperti kata arif, kebenaran tidak boleh ditekan. Ia pasti akan muncul. Tidak dapat tidak!
-----------------------

KASSIM AHMAD penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

salam Pak Kassim,
Satu topik yg menarik untok diperbicangkan. Apa yg sy lihat disini adalah sifat munafik orang2 yg bergelar Muslim ini. Kita lihat mereka ghairah bakit menentang pihak yg biadap terhadap Nabi s.a.w. akan tetapi pada masa yg sama mereka ini juga bolih menerima Hadith2 yg menghina Nabi.

t.kasih
mikat.

Anonymous said...

Salam,

Rasanya perkara ini kena dibendung melalui permohonan injunction mahkamah dan bagi tujuan untuk menyekat (ban) hadis-hadis yang tidak sesuai untuk bacaan, terutamanya bagi pelajar sekolah dan kanak-kanak.

Banyak golongan muda terdedah dengan hadis-hadis melalui internet dan merasa benci dengan agama sendiri kerana terdapat banyak hadis yang berbentuk lucah dan kekejaman. Terlampau banyak yang menjadi murtad (contoh Makcik Hajjah Sitt AL-Wazura, dan Kumpulan Murtad Malaysia & Singapura), dan terpengaruh dengan pemikiran atheist.

Jika dibandingkan, Bible juga telah disekat di China kerana berunsurkan lucah dan kekejaman. Oleh itu dan atas dasar ini, serta bagi tujuan menjaga pemikiran generasi remaja yang bebas terdedah kepada pelbagai hadis berbentuk lucah dan kejam melalui internet, maka Mahkamah mungkin akan memberikan pertimbangan untuk menilai kembali kebenaran hadis di dalam agama Islam.