TUDUNG: PENEMUAN
BARU
Oleh: Kassim Ahmad
28 Mei, 2014
Tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu yang beragama
Islam sekarang tidak berasal dari ajaran Quran. Dalam ajaran Quran, rambut
wanita bukan ‘aurat. Buktinya terdapat dalam ayat-ayat berhubung dengan wuduk
(Quran, 5: 6) dan dengan pakaian (Quran, 24: 30-31).
Tudung ini berasal dari kitab Taurat, Perjanjian Baru,
Bab Korintus I, 11: 5-9 yang berbunyai, “Tetapi
tiap-tiap perempuan yang berdoa dan bernubuat dengan kepala yang tidak
bertudung menghina kepala-nya sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur
rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya maka haruslah ia
juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahawa
rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. Sebab
lelaki tidak perlu menudungi kepalanya; ia menyinar-kan gambaran dan kemuliaan
Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan lelaki. Sebab lelaki tidak
berasal daripada perempuan, tetapi perempuan berasal daripada lelaki. Dan
lelaki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana
lelaki.” (1)TUDUNG: PENEMUAN bARU. (Tekanan ditambah.)
Tidak banyak orang Islam mengetahui
bahawa tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita mereka sekarang berasal dari
kitab Taurat.
KASSIM
AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Blognya
www.kassimahmad.blogspot.com